Asfan melentokkan kepalanya di atas meja beralaskan kedua-dua tangan. Dia membuat keputusan untuk tiba di kelas awal 10 minit sebelum waktu rehat tamat. 5 minit lagi untuk tamat waktu rehat, pelajar kelas 1-5 mula berpusu masuk memandangkan kertas peperiksaan seterusnya akan bermula sebentar lagi.
" Weh Asfan! " tegur Shahrun sebaik saja dia melihat Asfan berada di mejanya.
Asfan mengangkat kepalanya.
" Kau pergi mana tadi? Oh pandai kau eh, amacam Zurina dah mesej kau belum? " tanya Shahrun sambil tersengih-sengih.
" Hah? " Asfan bingung. Baru dia teringat, kali terakhir dia membuka telefonnya adalah ketika Payed menghubunginya.
' 10 missed call from Zurina '
' 5 new message from Zurina '
" Pahal minah ni tiba-tiba call mesej aku? Mana dia dapat nombor aku? " tanya Asfan masih kebingungan.
" Aik? Bukan ni taktik kau nak pancing nombor dia ke? " giliran Shahrun pula yang pening.
" Sejak bila pulak? "
" Kau kan ambil jam dia, kau tak pulangkan sebab kau nak dia datang cari kau kan? "
Asfan berfikir sejenak. Selang beberapa saat, matanya membulat. Mulutnya juga ikut terlopong. Lekas dia meraba tubuh badannya mencari poket baju, dia terus mengeluarkan jam tangan milik Zurina itu. Seraya itu dia melepaskan keluhan berat.
" Aduh Shahrun... aku terlupa betul ni. Aku memang nak pulangkan tapi ada urgent pulak tadi "
" Lah.. bukan taktik kau nak ngorat dia la ni? "
" Pala hotak kau la. Aku tak ada masa nak ngorat " Asfan meraup wajahnya.
" HOI PENCURII!!!! "
Asfan dan Shahrun saling menoleh. Seluruh tumpuan kelas itu juga tertumpu pada sang betina yang baru melepaskan jeritannya. Suasana terus menjadi hening seketika. Wafa terlopong, ini kali pertama dia melihat Zurina menjerit sepanjang pengenalan mereka bersama. Kali ini pasti darahnya betul-betul membuak. Zurina terus datang mendekati Asfan.
" Mana jam aku yang kau curi tu? " tanya Zurina dengan matanya terjegil.
" Aku tak curi lah " jawab Asfan bersahaja.
" Habis tu? "
Asfan terbungkam. Dia sendiri tak tahu nak jelaskan pada Zurina bagaimana. Tak mungkin dia perlu cerita pasal Jack dari awal, kenapa dia perlu datang jumpa, dengan telefonnya yang silent mode lagi. Pasti itu semua hanya akan menjadi alasan di mata Zurina.
Tanpa berkata apa-apa, Asfan terus menghulurkan jam tangan itu padanya. Zurina terus mengambilnya secara kasar, dia mendengus dan terus mendapatkan tempat duduknya di hadapan. Kerusinya dirapatkan ke meja agar dirinya berjauhan dari Asfan yang berada di belakang.
Asfan meraup wajahnya. Hari yang paling malang buat dirinya, dari Jack yang tak sedarkan diri sehinggalah dirinya dituduh pencuri. Shahrun dari tadi hanya ternganga dengan apa yang berlaku, dia masih tidak dapat menghadam perkara sebenar. Siapa yang dia perlu percaya? Asfan atau Zurina. Suara-suara di dalam kelas mula kedengaran berbisik.
' Betul lah orang kata, budak Stigma ni memang semua bermasalah '
' Baru je mula nak sekolah dah mencuri? Apa benda lah '
' Weh garang rupanya Zurina tu. Tak berani dah aku nak usha dia '
Serentak itu, pintu kelas terbuka. Satu guru masuk membawa kertas peperiksaan seterusnya. Dia terus mengarahkan untuk kertas soalan diagihkan. Tepat pukul 12 tengahari, kertas peperiksaan Bahasa Melayu bermula. Semua pelajar mula tekun menjawab.
***
Jari jemari Asfan laju menyentuh skrin papan kekunci telefonnya. Dia menerangkan segalanya pada Shahrun menerusi mesej berkaitan hal jam Zurina pagi tadi, termasuklah Jack. Dia mengeliat di atas katil, lenguh satu badannya dengan hari yang penuh malang ini. Matanya tertangkap pada rakan sebiliknya, Haidar yang tekun menghadap komputernya.
Asfan bangun mendekatinya, dia berdiri di belakang kerusi Haidar dan melihat apa kerja yang sedang dilakukannya sehingga dia begitu fokus. Namun skrin komputer itu hanya penuh dengan coding, satu perkataan pun Asfan tak faham. Dia mendekatkan lagi wajahnya pada skrin.
" Kau buat apa tu? " tegur Asfan.
" HOIIIII!!!! " terloncat Haidar di atas kerusinya dek terkejut.
" Aduh kau ni, fan. Jangan tegur aku bila aku tengah fokus, ada caranya " Haidar merungut.
" Oh, macam mana caranya? "
" Kau ketuk meja 3 kali, confirm aku toleh. Lepas aku toleh, baru kau cakap. Tak hidup lama aku ni asyik terkejut je nanti " terang Haidar. Dia kemudian kembali menghadap skrin komputernya.
" Oh, sorry la aku taktau. By the way, kau tengah buat apa ni? " Asfan mengulang semula soalannya.
" Jailbreak " jawab Haidar sepatah.
Asfan pernah dengan istilah itu yang sering digunakan pada peranti Iphone, ia untuk menembusi sesuatu pertahanan yang telah ditetapkan sistem.
" Untuk Iphone sekolah ni ke? "
" Haah, tapi aku rasa macam tak ada harapan je ni. Firewall dorang improve sangat "
*Firewall : Satu rangkaian pertahanan sesuatu sistem.
" Oh, kau nak tembus mana? "
" Data cikgu "
Asfan terdiam seketika. Lama dia berfikir segala kemungkinan motif untuk Haidar melakukan sedemikian. Lebih baik dia tembus data peperiksaan, tetapi data guru? Untuk apa?
" Kenapa kau tak tembus data periksa je? Mana tau boleh jumpa kertas soalan " cadang Asfan. Haidar tersenyum sinis.
" Dalam mimpi je la, fan. Kau ingat senang-senang je ke benda-benda gitu terlepas. Takdenya " balas Haidar.
" Tapi kenapa data cikgu? "
Jari Haidar terhenti dari menaip. Asfan turut terdiam seketika. Selang beberapa saat, jari Haidar mula bergerak menaip semula.
" Aku rasa bapa aku kat sini " jawab Haidar masih tekun pada skrin.
Mendengar sahaja jawapan itu, Asfan pun mengganguk faham. Banyak lagi persoalan yang bermain di fikirannya, namun ini bukanlah masanya untuk dia menyibuk hal peribadi orang. Cukup lah Haidar memberitahunya daripada merahsiakannya.
Tok! Tok! Tok!
Asfan terus membuka pintu, Bad sudahpun tercegat di hadapan.
" Bad? Ada apa? " tanya Asfan.
" Siap-siap tukar seluar, fan. Payed ajak jalan-jalan kat bawah jap " arah Bad.
Asfan melirik pada jam dinding biliknya. Jam menunjukkan 10.45 malam, agak lewat untuk keluar merayau ketika ini. Pasti sudah ada sekuriti yang bersedia meronda bila-bila masa sahaja. Bad terus beredar dari situ,
Asfan menurut sahaja arahan Payed. Pasti ada sesuatu yang dia mahu beritahu padanya. Selesai menukar seluar track hitam dengan ber T-shirt putih, dia melangkah keluar.
" Aku keluar kejap Haidar, nanti nak tidur tutup je lah lampu " ujar Asfan. Namun tiada respon dari Haidar. Baru Asfan teringat pesanan Haidar apabila dia mula fokus pada skrin komputer. Dia tersengih dan terus berlalu pergi.
***
Mereka bertiga terus menyusuri satu jalan yang gelap bermula dari belakang kondominium Stigma. Lampu di sepanjang jalan itu semuanya rosak, sama ada malap ataupun tidak menyala terus. Seakan jalan ini sudahpun dibiarkan pihak pentadbiran bertahun lamanya tidak di servis semula. Dia terus berpaling pada Payed yang berada di sebelahnya.
" Kita nak ke mana ni? "
" Black Market " jawab Payed.
" Apa tu? "
" Tempat jual barang-barang terlarang kat sekolah ni. Aku nak beli stok aku untuk bulan depan ni "
" Barang terlarang? "
" Macam-macam. Kau tengok lah kat situ nanti, kalau nak , jangan segan segan, beli je terus. Hahaha " Payed berseloroh.
Share this novel