Di dalam bilik rawat, terdampar seorang pelajar lelaki di atas katil dengan kelengkapan minimum. Pelajar itu masih bernafas namun matanya sahaja yang tidak celik. Payed menghembuskan nafas keluhan. Selang beberapa saat, pintu bilik rawat itu terbuka.
Tubuh Asfan terjegil di muka pintu, nafasnya sedikit tercungap akibat larian dari Bangunan C tadi. Mereka saling berpandangan sebentar sebelum Asfan melangkah masuk ke dalam.
" Asfan.. " ujar Payed.
Asfan terus mendekati Jack yang terlantar di atas katil. Dia melihat wajah pelajar itu dengan sayu, rasa bersalah kini berselubung dengan jiwa dalamannya. Dia masih tidak menafikan punca perkara ini berlaku daripada dirinya sendiri.
" Doktor cakap apa? " tanya Asfan.
" Sepatutnya pagi tadi dia sedar, kalau lambat pun pukul 7 ke 8 gitu dia dah boleh sedar. Tapi nurse cakap dah pukul 9 tadi pun dia masih macam ni "
Asfan memberi reaksi pelik. Dia meletakkan tangannya di dada Jack, keadaannya naik turun. Kemudian jari telunjuknya pula diletakkan pada hidung Jack, hembusan nafas tetap keluar masuk, menandakan keadaan Jack normal. Hanya dia tidak sedarkan diri.
" Tak perlu rasa bersalah, fan. Mungkin dia lambat sedar je. Aku rasa mungkin petang gitu dia sedar "
Asfan hanya melepaskan keluhan.
" Kita gerak dulu, fan. Aku ngan Bad ada exam lepas ni, kau pun sama kan? Tak apa lah kita serahkan kerja kat doktor je. Nanti elok lah tu "
" Tak apa, aku nak tunggu kat sini kejap. Terima kasih, Payed "
" King " Bad mencelah. Asfan melihat ke arahnya, kemudian baru dia tersedar.
" Sorry, terima kasih, King "
Langsung ketawa Payed pecah.
" Takpe Bad, aku suka Asfan ni. Biar je dia panggil aku guna nama, Erika pun suka dia ni. Bukan biasa-biasa " Payed berseloroh.
Asfan tersentak sedikit mendengar nama Erika disebut. Godaan perempuan gila itu semalam masih segar lagi dalam ingatannya.
" Kita gerak dulu, fan. Kalau jadi apa apa, call je aku "
" Ok "
Usai sahaja Payed dan Bad keluar dari bilik. Asfan terus mengambil tempat duduk di situ, kepalanya dilentokkan sebentar di atas tilam Jack. Fikirannya masih serabut hasil campuran isu Jack dan juga peperiksaan secara mengejut tadi. Sedang dia berehat sebentar, pintu bilik itu terbuka. Dia terus mengangkat pandang.
" Sorry, saya cuma nak bagi antibiotik " ujar nurse itu sambil memegang tray yang mempunyai alat-alat rawatan seperti picagari dan juga plaster.
" Oh, sila "
Dia terus bangun dan memberi ruang kepada misi itu untuk melakukan kerjanya.
Tanpa membuang masa, nurse itu terus mengambil picagari dan menyuntik ke dalam hos yang dicucuk pada urat tangan kanan Jack. Setelah selesai, dia mengelap sisa ubat itu dan terus beredar. Dia sempat melemparkan senyuman pada Asfan.
Asfan hanya memerhati sahaja gerak geri nurse itu dari tadi. Tiba-tiba dia terfikir akan sesuatu.
" Nurse " panggil Asfan.
Nurse itu berhenti. Dia sudahpun berada di hadapan pintu. Asfan terus melangkah mendekatinya.
Mata Asfan masih tepat pada wajah nurse dalam linkungan umur 30-an itu. Nurse itu mula berasa sedikit tidak selesa dengan tindakan Asfan.
Tiba-tiba Asfan terus mengambil picagari yang berada di atas tray. Tindakannya membuatkan nurse itu terkejut.
" Kenapa ya? " tanya nurse itu.
Asfan terus melihat alat suntikan itu dengan teliti. Nurse itu masih konfius dengan tindakan drastik Asfan.
" Antibiotik ke ni? "
Nurse itu melihat Asfan dengan riak wajah terkejut.
" A...apa maksud awak? " Ada sedikit nada takut dalam suaranya.
" Saya nak jumpa doktor in charge dia sekarang " Asfan merujuk pada Jack. Nurse itu masih teragak-agak.
" Tolong nurse, sekarang " ulang Asfan sekali lagi. Lalu nurse itu pun mengangguk, dia mula bergerak keluar dari bilik itu.
Di sepanjang koridor klinik, Asfan hanya membuntuti nurse itu. Klinik khas sekolah itu bertingkat dua dengan besar yang sederhana. Peralatannya cukup untuk pelajar-pelajar yang memerlukan rawatan yang ringan. Klinik ini juga mampu mengaplikasikan pembedahan kecil tapi jika terlalu teruk, semuanya akan dibawa keluar terus ke hospital.
" Sini " tunjuk nurse itu pada satu pintu.
" Terima kasih "
Asfan terus mendekati bilik doktor itu, di tangannya masih memegang picagari yang menyuntik Jack sebentar tadi. Dia membaca nama yang tertera pada pintu bilik itu.
DR ISMAIL BIN MADI
" Masuk! " ujar Dr Ismail dari dalam apabila pintunya diketuk. Asfan terus melangkah masuk.
Dr Ismail sedang tekun dengan kerjanya. Tangannya tak berhenti menulis dan melihat statistik di komputer peribadinya. Keadaannya mejanya juga bersepah dengan longgokan fail. Kata orang sepahnya meja itu tanda seseorang melakukan kerjanya. Jarinya masih kejap memegang pen hatta Asfan sudahpun terpacak di depannya.
" Ya, anak muda. Awak ada urusan apa? " tanya Dr Ismail.
" Jack "
" Jack? "
" Pelajar yang pengsan semalam " terang Asfan.
" Oh Jaafar, kenapa dengan dia? "
" Doktor bagi suntikan apa ya semalam dekat dia? "
" Kenapa awak nak tahu? "
" Sebab saya yang pengsankan dia. Saya rasa bertanggungjawab pulak nak tahu keadaan sebenar dia "
" Hmm "
Dr Ismail sengaja melengahkan responnya. Dia tetap tekun dengan kerjanya walaupun dia sedang berbual dengan Asfan. Pandangannya langsung tidak beralih pada Asfan, hanya suara dia sahaja yang respon.
" Keadaan dia dah normal malam tadi. Jadi kami suntik antibiotik je untuk kuatkan antibodi " jelas Dr Ismail
" Tadi pulak doktor bagi suntikan apa? "
" Antibiotik jugak. Kenapa ya? " ada nada rimas mula muncul daripada suara Dr Ismail.
" Oh ye ke, saya baca dekat picagari ni dia tulis neuromuscular blocking? " ujar Asfan sambil melihat tulisan pada picagari yang dipegangnya.
Tangan Dr Ismail berhenti menulis. Namun tidak pula dia mengangkat wajah untuk memandang Asfan. Selang beberapa saat, dia sambung menulis semula.
" Oh itu salah satu antibiotik jugak " jawab Dr Ismail.
" Mak saya doktor "
Sekali lagi tangan Dr Ismail terhenti.
" Ni dos untuk lumpuhkan orang " wajah Asfan serius.
Barulah Dr Ismail sedar pelajar di hadapannya bukan bodoh. Kali ini barulah dia mengangkat wajahnya, pandangannya dihala pada wajah pelajar itu. Asfan perhati, wajah itu dalam lingkungan akhir 40-an, namun sudah jelas kedut-kedut pada dahi dan pipinya. Rambut hitamnya pula diselangi beberapa uban putih.
" Siapa nama awak ya? " tanya Dr Ismail.
" Asfan "
" Ah, Asfan. Baiklah, jadi apa yang awak nak tahu? " Dr Ismail mula membetulkan postur tubuhnya menghadap Asfan, jari jemarinya pula disilangkan antara satu sama lain.
" Kenapa ya? "
Dr Ismail faham isi tersirat soalan Asfan, dia inginkan penjelasan kenapa dirinya bertindak sebegitu ke atas Jack. Seperti biasa juga, Dr Ismail melengahkan responnya berbanding terus menjawab.
" Saya dapat arahan dari pihak atasan sendiri "
" Doktor, awak adalah doktor. Mesti awak tahu tu menyalahi etika "
" Malangnya sekolah ni mengamalkan patriarki. Saya bekerja di bawah orang, kalau saya tak ikut, tindakan akan diambil "
Asfan menghembuskan nafas keluh, kesal dengan jawapan Dr Ismail.
" Sampai bila doktor nak pengsankan dia? "
" Saya tak tahu sampai bila. Arahan suruh pengsankan dia sehingga notis seterusnya. Tapi jangan risau, kami suntik dos yang sesuai dengan berat badannya. Dia tetap akan normal "
" Arahan dari siapa? "
" Hmm itu saya tak pasti " jawab Dr Ismail. Namun Asfan sedar akan nada suaranya yang bertukar, barangkali sedang menyembunyikan sesuatu.
" Majlis Tujuh? "
" Mungkin "
Mata Asfan terus membulat. Darahnya mula naik membuak sampai ke ulu hatinya.
" Doktor, dorang tu pelajar macam saya. Kenapa sampai perlu ikut telunjuk dorang? " nada suara Asfan mula meninggi, namun masih terkawal. Asfan masih menjaga adab adab ketika bersua dengan orang yang lebih tua.
" Asfan...Asfan.. kamu pelajar tahun 1 kan? "
Asfan mengangguk.
" Hmm maknanya awak tak kenal Majlis Tujuh lagi, dorang bukan pelajar biasa macam awak, tapi dorang pelajar yang berautoriti "
Asfan mengerutkan dahi, berharap agar Dr Ismail menerangkan dengan lebih lanjut.
" Macam ni lah kalau nak awak nak faham. Hierarki sekolah ni, Majlis Pengetua, kemudian Majlis Guru, barulah Majlis Tujuh. Bawah Majlis Tujuh? Barulah kita, iaitu staf dan pelajar " ulas Dr Ismail.
" Itu tak bermakna dorang boleh buat apa saja "
" Itu jugak terpulang pada mereka. Dorang ada kuasa, ada autoriti, dorang boleh buat apa saja. Ini lah realiti yang awak perlu hadap kalau awak nak terus berada di sekolah ni " ujar Dr Ismail.
Asfan mengetap bibir. Bukan pada sistem persekolahan ini yang dia geram, tapi pada manusia yang sanggup melakukan apa saja demi kepentingannya bila kedua tangan mereka sudah menggenggam kuasa. Demikian itulah zalim. Satu perkara yang paling dibenci Asfan dalam hidupnya. Dia melepaskan keluhan berat.
" Saya minta diri dulu, doktor. Minta maaf salah silap " Asfan terus melangkah keluar dari bilik. Doktor Ismail tidak membalas, dia hanya melihat diri Asfan itu pergi dengan perasaan yang sayu.
Di luar koridor, Asfan terus duduk di kerusi ruang menunggu. Dagunya ditongkatkan, mindanya sangat serabut.
Dia meraup wajahnya berulang kali, barangkali memikirkan apa yang perlu dilakukan oleh dirinya terhadap situasi begini. Dia mula menyandar dan meletakkan kedua belah tangannya di leher. Kaki kanannya pula dihentak perlahan, untuk menenangkan dirinya.
" Ok, aku main game korang "
Asfan terus bangun dari kerusi dan beredar ke Pusat Bangunan memandangkan kertas peperiksaan seterusnya akan bermula sebentar lagi.
Share this novel