KRINGG!!
Biarpun sekolah ini penuh dengan bermacam teknologi yang canggih, tidak ada satu niat pun dari pihak autoriti sekolah untuk memansuhkan loceng. Bunyi loceng yang sudah lazim dengan suasana sekolah itu akan terus dikekalkan. Setiap hari, MESC akan membunyikan loceng pada waktu tertentu sahaja, iaitu pukul 8 pagi, rehat pada pukul 11 pagi dan pukul 3 petang menandakan sekolah tamat. Termasuklah juga segala jenis kecemasan seperti kebakaran dan lain-lain, loceng juga akan dibunyikan turut serta.
Kelas 1-5 itu sudahpun dipenuhi pelajar. Kelas itu berada di tingkat 5 Bangunan C.
Zurina menjongketkan kakinya di tepi tingkap untuk lihat ke bawah, dia ingin melihat pagar masuk ke kawasan Pusat Bangunan itu. Terdapat 4 orang MPP yang sedang bertugas, mungkin mengambil nama pelajar yang datang lewat. Sedang dia mengelamun, satu suara menyapa dari belakang.
" Zurina " dia terus berpaling.
" Raiqal? " Zurina terkejut sedikit akan keberadaan lelaki itu di sini. Raiqal hanya tersenyum.
" Saya dah agak dah kita satu kelas, sebabtu saya macam cam awak masa kita jumpa dekat library hari tu "
" Oh yeke, saya tak tahu pulak. Awak duduk kat mana? "
" Tu, sebelah ketua kelas kita. Abuman " kata Raiqal sambil menuding jari ke arah tempat duduknya.
" Oh okay " Zurina hanya tersengih kelat.
" Cikgu datang! " jerit satu pelajar lelaki yang dari tadi dia tunggu di luar pintu kelas. Ada desas desus mengatakan semenjak dia tadika lagi dia sudah menjadi part time informer bergaji. Namun sehingga kini status gaji itu diberikan oleh siapa masih tidak diketahui.
" Nanti kita sambung borak ok " ujar Raiqal.
Zurina hanya mengangguk. Lelaki berkulit coklat itu pun beredar ke mejanya. Wafa yang duduk di sebelah terus mendapatkan Zurina.
" Awak ni nak siapa? Budak tu ke budak belakang awak? " tanya Wafa tiba-tiba.
" Dua dua saya tak nak "
Wafa terus ketawa terkekeh-kekeh.
" Ehem, minta maaf " satu suara menyapa dari belakang.
Zurina dan Wafa berpaling. Melihat ke arah tuan empunya suara yang memanggil. Pelajar itu tersengih.
" Rasa kita tak kenal lagi, saya Shahrun. Nak tanya korang ada nampak Asfan tak? " tanya Shahrun dengan tersengih-sengih.
" Asfan? " soal Wafa musykil.
" Ha, yang duduk sebelah saya ni. Dia duduk belakang awak " Shahrun memaksudkan Zurina. Namun dia hanya menggeleng.
" Oh! Budak tu yang kat cafe tu! " Wafa baru teringat akan video Asfan yang tular dalam komuniti pelajar. Shahrun hanya mengiyakan sambil menggaru belakang kepalanya.
" Hmm kita bersembang pun tak pernah, lagilah nak nampak. Memang tak nampak rasanya " balas Wafa sedikit kepoh. Reaksi Shahrun mula bertukar pelik.
Saat itu pintu kelas dibuka, CIkgu Naira masuk membawa satu kotak putih bersama-sama beg sandangnya.
" Bangun! " arah Abuman, mengisytiharkan tugas pertamanya pada hari pertama sebagai ketua kelas 1-5.
" Tak payah, duduk balik " arah Cikgu Naira pantas. Semua pelajar yang baru saja hendak berdiri, terbantut. Mereka duduk semula secara perlahan-lahan.
Cikgu Naira meletakkan kotak putih itu di atas meja. Dia melakukan stretching ringan sebelum menulis sesuatu di papan digital. Semua pelajar di dalam kelas masih tekun dan menunggu Cikgu Naira untuk memulakan bicara. Usai menulis, Cikgu Naira meletakkan semula pen itu ke dalam poketnya. Di papan digital itu memaparkan dua perkataan,
' Account Balance '
' Periksa pertama '
" Baiklah semua, saya... "
KREKK!
Pintu kelas terbuka. Tumpuan satu kelas beralih pada pelajar yang tercegat di pintu itu.
Yang menarik perhatian mereka, pelajar itu memakai kot sekolah berwarna hitam, menandakan dia dari seksyen Stigma. Sedangkan mereka semua masih lagi kekal memakai kot berwarna biru tua. Pelajar itu terus melangkah masuk bersama begnya yang dipegang sebelah bahu.
" Oh ya, dalam kelas ni, sayalah orang yang terakhir masuk kelas. Memandangkan ni hari pertama, saya lepaskan awak. Yang lain tolong ambil perhatian " ujar Cikgu Naira tegas.
" Baik, cikgu " sahut semua pelajar.
" Minta maaf, cikgu " ujar Asfan sambil menundukkan kepalanya. Cikgu Naira mencemik.
" Duduk " Tanpa sebarang kata, Asfan terus bergerak mendapatkan tempat duduknya.
Tumpuan Zurina terlekat pada Asfan. Sedang Asfan mahu lalu melepasi mejanya, dengan tidak sengaja mata mereka bertembung. Asfan terus mendekati.
" Kau tengok apa " tegur Asfan apabila dia sedar dirinya diperhati. Zurina terus melarikan pandangannya ke kiri. Asfan mendapatkan tempat duduknya di belakang, dia mengeliat sebentar.
" Weh asal kau lambat " kata Shahrun sebaik saja Asfan duduk di sebelahnya. Asfan menguap.
" Oh Shahrun, tak ada lah tadi aku tertinggal bas pulak. Jauh jugak kondo Stigma dengan pusat bangunan "
" Tapi fan, kau nampak cool doh pakai kot hitam ni. Dengan kau masuk lambatnya tadi, pastu kau macam buat hal sendiri bila semua orang tengok kau. Peh macho teruk "
" Mende lah kau ni " Asfan menggeleng.
" Saya cikgu ke kamu cikgu? "
Shahrun dan Asfan berpaling ke depan.
" Saya cikgu ke kamu cikgu? " ulang Cikgu Naira melihat ke arah Shahrun dengan mata yang membulat. Dia mula teragak-agak, postur duduknya mula diperbetulkan.
" Cikgu lah cikgu, Cikgu " jawab Shahrun dengan nada sopan. Cikgu Naira pun mencemik, dia kembali menumpu pada seluruh pelajar.
" Baiklah, saya sambung. Di sini saya nak sebutkan dua perkara, perkara pertama ialah saya nak awak semua buka apps Student's Account sekarang " semua pelajar di dalam kelas itu mula mengeluarkan telefon masing-masing, mereka serentak mengikuti arahan untuk membuka aplikasi itu.
" Seterusnya, pelajar yang ada baki bawah RM500 sila angkat tangan dan sebutkan nama awak " arah Cikgu Naira.
" Saya cikgu, Norizan "
" Lagi "
" Saya cikgu, Afham "
" Lagi "
" Saya cikgu, Ida "
" Lagi "
Cikgu Naira terus mengambil semua nama yang diberi. Jari jemarinya terus bermain pada skrin Ipad yang direka khas untuk guru. Segala maklumat tentang pelajar kelasnya tersimpan di dalam. Memudahkannya untuk key in segala data yang diberi.
" Baiklah, siap " kira kira terdapat lebih 20 pelajar yang bakinya bawah RM500. Mungkin hasil perbelanjaan mereka sepanjang minggu pertama yang bebas.
" Ok, semua account pelajar yang bawah RM500, saya tolak 10 SP di bawah peraturan tidak mendengar arahan guru "
" Hah?! "
" Cikgu! "
Suasana di dalam kelas itu mula riuh. Semua pelajar yang memberi nama tadi mula mengadu. Mereka ingin mencari keadilan di atas kekejaman yang baru saja berlaku di sini.
" Weh Asfan, duit kau tinggal berapa? " tanya Shahrun.
" RM600 lebih kot. Aku memang tak gi mana-mana sangat pun minggu lepas "
" Fuh, aku punya tinggal RM510 mat. Nasib baik "
Wafa pula memandang ke arah Zurina.
" Awak punya tinggal berapa? " tanya Wafa. Zurina berpaling.
" RM645, saya ada beli barang-barang sikit "
" Ingat tak saya ada beli beg RM80 haritu time kita pergi tengok wayang " Zurina mengangguk.
" Nasib baik lah saya insaf, tak beli apa apa dah lepastu " Wafa melepaskan nafas lega.
TAP! TAP! TAP!
Cikgu Naira menepuk tangannya untuk mendapatkan perhatian semula. Suasana bising di dalam kelas mula reda. Mereka kembali menumpukan perhatian pada Cikgu Naira.
" Saya dah cakap masa hari first minggu lepas, jangan boros. Awak tak dengar arahan, bukan salah saya. Awak dekat sini semuanya dah lengkap. Seminggu awak habis sampai RM200, apa yang awak buat kalau bukan boros? " Cikgu Naira mula berleter.
" Tapi cikgu, SP kami... "
" Ah, jangan risau. Saya tau SP kamu semua 200, tapi pertukaran seksyen awak semua berlaku lepas Periksa Pertama " Kemudian matanya tertangkap pada Asfan. Dia seorang sahaja yang memakai kot hitam di dalam kelas.
" Kecuali kesalahan besar " sambung Cikgu Naira.
" Jadi buatlah betul-betul untuk Periksa Pertama, supaya awak dapat selamatkan diri awak dari keluarga Stigma yang awak sangka teruk tu "
" Cikgu! Saya ada soalan " Abuman mengangkat tangan.
" Ah iya, ketua kelas kita. Siapa ya nama kamu? " Padahal baru seminggu dia melantik pelajar itu, namun dia sudah lupa namanya.
" Abuman, cikgu " namun suaranya sedikit melalut.
" Oh Abaman "
" Abuman, cikgu "
" Abeman? "
" Abuman, cikgu "
" Ya man, awak nak tanya apa? " Cikgu Naira tak pasti sama ada dia yang mempunyai masalah pendengaran atau si Abuman yang cakap melalut.
" Bila Periksa Pertama ni dijalankan? "
" Oh, Sekarang "
Abuman mula mengerutkan dahi. Bukan dia sahaja, malah satu kelas mula bingung dengan kenyataan Cikgu Naira.
" Apa dia, cikgu? " ulang Abuman untuk mendapat kepastian.
" Awak tak dengar ke? Saya cakap sekarang " Cikgu Naira masih tetap dengan jawapannya. Cikgu Naira mengalihkan pandangannya pada jam yang digantung di atas papan digital. Jam itu menunjukkan pukul 8.30 pagi.
" Ok dah pukul 8 setengah, buka telefon awak semua. Ada mesej daripada pentadbiran sekolah " Mata pelajar kelas 1-5 mula fokus pada gajet mereka semula.
' You have one unread message '
Zurina menekan notification itu, terus membawanya ke ruang mesej, satu fail telah dihantar oleh pihak pentadbiran. Dia membuka fail itu, lalu terpampang lah jadual peperiksaan Periksa Pertama pada minggu ini. Matanya membulat melihat tarikh harini yang dimulakan dengan subjek Sejarah pada pukul 8.35 pagi.
" Seperti yang awak dah lihat jadual tu, kita mulakan peperiksaan dengan subjek Sejarah pagi ni. Dalam kotak putih ni lah kertas peperiksaan awak semua " Cikgu Naira menudingkan jari ke arah kotak putih yang dibawa masuk bersamanya sebentar tadi.
" Tapi cikgu, kita tak belajar apa apa lagi " adu Shila, menjadi wakil suara kelas memandangkan dia penolong ketua di dalam kelas itu.
" Siapa suruh awak semua tak belajar lagi? Buku teks semua awak dah dapat masa hari pendaftaran lagi. Seminggu lepas time tak ada kelas awak tak buka buku ke? "
" Buka cikgu, cuma... "
" Tiada alasan. Awak yang pilih masuk sekolah ni, jadi ikut cara sekolah ni. Awak kene ingat sekolah ni sekolah no.1, kalau awak taknak ikut, boleh keluar. Ada beribu-ribu lagi pemohon yang nak sangat masuk sekolah ni " Cikgu Naira mula mendapatkan kotak putih itu, dia mengeluarkan timbunan kertas peperiksaan dari dalam dan diletakkan di atas meja Abuman.
" Agihkan "
Abuman pun mula memberi separuh kertas itu pada Shila. Mereka berdua mula mengagihkan kertas soalan peperiksaan Sejarah itu. Kedudukan meja di kelas itu sudahpun dijarakkan dari awal lagi, memang begini cara pembelajaran yang ditetapkan Malaya's Elite School.
" Dapat je kertas awak dah boleh mula menjawab " ujar Cikgu Naira. Dia kembali duduk di kerusinya yang berada di depan, tangannya pula disilangkan. Matanya kembali fokus melihat seluruh pelajar di dalam kelas itu.
Kelihatan seorang pelajar cuba berbual dengan rakan sebelahnya secara berbisik. Mereka berdua saling berpandangan.
" Meniru ketika peperiksaan antara kesalahan besar dalam MESC Law. Amaran pertama bagi yang terasa! " tempik Cikgu Naira dari depan. Dua orang pelajar itu mula fokus pada kertas masing-masing.
Cikgu Naira tersenyum. Lucu melihat gelagat pelajar kelasnya yang bermacam-macam ragam. Dia dapati ada segelintir pelajar yang tekun menjawab, ada juga pelajar terpinga-pinga, ada juga yang berputus asa terus melentokkan kepala di meja. Namun matanya tertarik pada pelajar yang berkot hitam dalam kelas itu, reaksinya tenang menjawab dari tadi.
Share this novel