Riuh sekali suasana di dalam Dewan Besar Talib. Seramai 350 orang pelajar kemasukan baru berkumpul membanjiri dewan ini.
Asfan berdiri keseorangan, melihat situasi gelagat rakan setahunnya. Gelak tawa, suara sembang semuanya disatukan, hasilnya adalah bingit. Asfan tersenyum, dia sedar ramai sudahpun menemui teman untuk berdamping. Ada juga yang sudahpun bermanja-manja seperti kekasih, walhal baru 2 jam sejak pendaftaran.
" Sorang je ke? " tanya satu suara dari belakang. Asfan pantas berkalih.
Seorang lelaki, berpakaian kot seragam biru tua sama sepertinya. Asfan memerhati degan lebih fokus. Ada sesuatu yang pelik pada mukanya. Ya, muka tuan empunya suara bagai ada kacukan. Namun bukan kacukan yang biasa, mukanya kacuk ala british dengan penyangak. Asfan mula berfikir, sama ada ayahnya atau ibunya yang penyangak.
" Ya, sorang je ni. Biasalah baru masuk sekolah kan " jawab Asfan bersahaja.
" Itulah tu. Apa apa pun, nama aku Shahrun. Shahrun Ibad "
" Asfan, Asfan Haniff "
Mereka sama sama melemparkan senyuman. Lalu berjabat tangan sebagai tanda permulaan bagi pengenalan mereka berdua.
" Aku straight " kata Asfan secara tiba-tiba.
" Kau ingat aku gay ke? Jangan risau, I'm straight as a ruler too! " seloroh Shahrun.
Pecah ketawa mereka berdua. Kini Asfan telah jumpa rakan yang sama kepala dengannya.
Skreet skreet!
Frekuensi speaker dewan mula membingit. Sepertinya ucapan akan bermula sebentar sahaja lagi. Asfan dan Shahrun mula tumpukan perhatian. Begitu juga dengan yang lain. Dari situasi bertebaran kedudukan pelajar, kini semuanya berdiri dalam keadaan berbaris.
4 orang berpakaian mewah seperti pakaian orang-orang ternama mula menaiki pentas. Suasana menjadi hening seketika. Mereka berempat mengambil tempat di kerusi empuk diraja yang disusun selari di tengah pentas menghadap hadirin.
MC memulakan ucapan alu-aluan sebelum memberikan kata sambutan atas kedatangan pelajar baru.
" Baiklah, sudah pasti anda semua tertanya-tanya siapakah 4 wajah yang hebat di atas pentas ini. Betul kan? " tanya MC bertugas.
" Tak betul " sahut semua pelajar di dalam dewan.
MC itu menelain air liur. Kelihatan agak resah dengan jawapan yang diberikan pelajar baharu. Dia membetulkan semula postur tubuhnya.
" Tak mengapa, saya tetap akan perkenalkan juga " MC membelek kertas di hadapannya buat seketika.
" Untuk pengetahuan anda semua, Malaya's Elite School ini diterajui 4 orang utama. Mereka digelar Majlis Pengetua. Mereka lah yang bertanggungjawab membawa nama sekolah ini untuk terus harum di serata negara "
" Yang Pertama, dipersilakan Puan Maizura. Ahli Keempat daripada Majlis Pengetua. Dipersilakan "
Puan Maizura berdiri dari duduk. Orangnya berkulit sedikit gelap namun wajahnya manis. Bibirnya tak lekang dari senyuman. Kelihatan beliau lah paling ceria di antara tiga yang lain.
" Seterusnya, Tuan Abdou Mohein. Selaku ahli Ketiga Majlis Pengetua. Dipersilakan "
Figura kali ni kelihatan sangat berbeza dengan yang lain. Sungguh jelas beliau bukanlah orang tempatan negara kerana kulitnya yang gelap seperti orang timur tengah. Mukanya pula tidak menunjukkan apa apa reaksi.
" Seterusnya, Yang Berhormat Puan Syarifah Rini Mutahir. Menyandang jawatan ahli Kedua Majlis Pengetua "
Beliau seorang wanita dalam lingkungan usia pertengahan 40-an. Namun kulitnya yang cerah membuatkan wajahnya kelihatan awet muda. Penampilannya yang elegan juga membuatkan para hadirin tertarik dengan beliau.
" Fuhh, choke me mama " seloroh Shahrun. Ketawa Asfan langsung pecah.
" Perempuan cantik camtu selalu dah kahwin, run. Entah entah anak pun dah ada "
Secara tiba-tiba, keadaan di dalam dewan yang tadinya riuh, bertukar menjadi hening. Hanya ditemani bunyi udara deras pendingin hawa.
Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an bangun dari kerusinya. Beliau memakai kot berwarna coklat, dihias bersama tali leher hitam. Wajahnya sedikit berkedut, matanya pula galak menikam para hadirin. Yang lebih membimbangkan adalah misainya yang kontot seakan memberi vibes Adolf Hitler. Bezanya cuma dia berketurunan Melayu.
" Dipersilakan, Yang Amat Berhormat Tuan Syafiq Rafak. Selaku ahli Pertama, yakni merangkap pengerusi Majlis Pengetua, untuk memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan "
Beliau terus melangkah terus ke podium. Setibanya di situ, beliau membetulkan kedudukan mikrofon mudah lentur menghadap ke mulutnya. Tubuhnya yang tinggi lampai itu menampakkan hampir separuh dari tubuhnya di podium.
" Saya ucapkan tahniah kepada kamu semua kerana terpilih menjadi sebahagian dari komuniti Malaya's Elite School. Namun, perjalanan kamu semua di sini masih panjang. Justeru, suka saya ingin mengingatkan agar sentiasa mematuhi segala perintah yang berkuatkuasa di sekolah ini, dan menghormati setiap majlis yang ada. Dengan melakukan perkara itu, saya jamin kamu semua akan 'selamat' " ucap Tuan Syafiq panjang.
Usai memberi ucapan, beliau terus kembali ke tempat duduk. Suasana di dalam dewan itu kekal diam seribu bahasa. Para hadirin seakan mendapat tamparan keras dengan ucapan yang kedengaran tegas tadi. Biarpun tiada tanda-tanda ugutan, namun aura dari Tuan Syafiq itu sendiri yang membuatkan para pelajar pegun.
" Dengan itu, tamatlah perhimpunan perdana untuk pelajar baharu pada hari ni. Semua pelajar diminta ke kelas masing-masing untuk taklimat lanjut. Sekian "
Perlahan-lahan semua pelajar mula bersurai.
" Jom pergi cari kelas " ajak Asfan.
" Kau gerak dulu jap. Aku ada hal " Shahrun menolak.
" Ok " Asfan terus beredar meninggalkan rakannya itu.
Shahrun terus berdiri di tengah lautan pelajar yang mula bersurai. Pandangannya masih tepat menghadap pentas di depan. Lebih spesifik lagi, matanya sedang fokus pada tubuh PIC Majlis Pengetua itu, Tuan Syafiq.
Tuan Syafiq yang sedang menunggu pelajar bersurai sedar akan kehadiran seorang pelajar yang berdiri di tengah dewan itu. Matanya dikecilkan untuk lebih fokus.
Shahrun terus berpaling, melangkah keluar dari Dewan Besar Talib. Wajahnya kemerahan seperti sedang menahan marah. Riak benci dapat dikesan pada wajahnya ketika ini.
" Tunggu kau, Syafiq " ujar Shahrun penuh kebencian.
***
Sudah 20 minit Zurina berada di dalam kelas. Dia merupakan orang pertama yang hadir ke kelas, berbanding yang lain sibuk melencong ke sana dan ke sini sejak tamat perhimpunan.
Hidupnya di MESC masih keseorangan sejak bermulanya pendaftaran. Dia masih lagi menyesuaikan dirinya di sini kerana hidupnya yang selalu berada di luar kota. Ini juga kali pertama bagi dirinya memakai kot seragam sekolah yang mahal. Sebelum ini hanya uniform putih bersama kain nipis sahaja yang dipakainya di sekolah lama.
" Weh, kau tengok awek depan tu. Lawa beb "
Satu bisikan menyapa ke telinga Zurina. Biarpun kumpulan lelaki itu berbisik sesama sendiri mengenainya, telinganya jelas dapat mendengar segala butiran yang memuji dirinya. Namun reaksinya sedikitpun tak kisah. Sejak dulu lagi, dia sering mendapat pujian sebegini rupa.
Zurina pun tidaklah fikir dirinya terlalu cantik. Tiada kacukan pun pada dirinya, cuma kulitnya putih bersih. Matanya bundar. Rambutnya pula lurus melepasi bahu dan berwarna hitam. Ramai perempuan yang mempunyai ciri yang sama dengan dirinya. Kadang dia juga hairan, di mana titik tambah yang ada pada dirinya.
" Body dia lawa do "
Mata Zurina membulat, cuba menahan marahnya dari meletus. Dasar jantan tak tahu malu. Dia dapat rasakan selepas 5 saat dari sekarang, pasti dia akan berdiri dan menjerkah terus ke arah kumpulan lelaki itu. Zurina menarik nafas panjang, dia bersedia. Dalam kiraan 3,2,1
" Hai, saya Wafa. Wafa Halim " sapa seorang perempuan yang berada di meja bersebelahannya. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat.
Marahnya yang tadi kian meletus mula terpadam serta merta. Zurina sedikit kekok ingin menyambut tangannya.
" Err, saya Zurina. Zurina Othman " balas Zurina janggal.
" Awak ni cantik lah! "
Mata Zurina membesar. Pipinya mula kemerahan, cuba menahan malu agar tidak terlalu jelas ditunjuk.
" Te..terima kasih... awak pun cantik jugak "
Wafa tersenyum lebar. Dia juga berkulit putih seperti Zurina. Namun matanya sedikit sepet. Mereka berdua terus bersembang dan bertanya khabar. Zurina mula mengenali rakan sebelah mejanya dengan lebih dekat. Lama kelamaan perasaan kekoknya mulai hilang. Dialah rakan pertamanya di sekolah ini.
Share this novel