"wahh.. cantik kau harini zara." kata atirah.
"yeke. ni mama aku yang pilihkan baju." kata zahra.
"cantik. pandai mama kau pilih." kata kila pula.
"kau pakai sedondon dengan irfan ke?" soal atirah.
"hishh takdanya lah. pakai je lah ikut suka." kata zahra. tapi irfan datang ke? dia tanya irfan sama ada ada datang atau tidak, dia cakap malas kerana tiada baju.
"aku nampak irfan tadi. warna baju dia hampir sama je dengan kau. cuma kau biru laut, dia dark blue. tak jauh tu kan." kata atirah.
"ohh dia datang ke? kata taknak datang sebab takda baju." kata zahra.
"habis tu dia pakai baju siapa?" soal kila.
"entah. mana aku tahu." balas zahra.
"zara.." panggil irfan.
zahra pandang orang itu. irfan semakin mendekati mereka.
"ingat tak datang." kata zahra.
"si haziq tu suruh datang." balas irfan.
"kacak kau harini irfan." kata atirah. irfan ni semula jadi kacak, cuma dia agak tidak terurus. kulit sawo matang, tinggi dan tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk. sangat sempurna. cuma tidak ambil tahu dengan penampilannya sahaja. tetapi hari ini irfan nampak lain.
"baju siapa kau pinjam?" soal zahra.
"ehh baju aku lah. ibu aku beria belikan semua ni. nak anak dia nampak kacak konon. aku pakai apa pun kacak dah." kata irfan.
"eee.. tak untung mak kau dapat anak perasan macam ni." kata zahra.
"korang dua, apa tak handsome aku harini?" soal irfan.
"handsome. kalah haikal tu." kata kila sambil menunjuk haikal. haikal juga nampak lain harini. haikal membuat kelainan pada rambutnya. jadi tidaklah nampak 'nerd'.
"see.. aku lagi handsome dari haikal tu tahu tak." balas irfan. "tapi kau harini pun. ermm not bad." zahra nampak sangat cantik pada penglihatannya.
"not bad je?" soal zahra sambil buat muka geram.
"okaylah tu dari aku cakap buruk." balas irfan.
"hishh tak guna betul." balas zahra.
irfan tersenyum.
kila dan atirah ketawa. mereka seronok lihat pasangan dihadapan mereka.
______________________
"aku dah cakap baik baik taknak dengar. nak aku guna cara kasar juga." kata balqis. sakit mata dia melihat dua orang itu ketawa bersama.
"kau tak tahu aku ni siapa tau zara. kalau aku nak, aku akan dapatkan apa yang aku nak tu. jadi kalau aku nak irfan.. aku akan dapat. you wait and see zara." kata balqis lagi.
dia tidak kisah apa yang terjadi pada dia, asalkan dia dapat apa yang dia nak. kalau dia tidak boleh dapatkan irfan, zahra juga dia boleh dapat irfan.
"kau pandang siapa tu balqis?" tegur haziq yang baru sahaja tiba di meja makan bahagian kelasnya.
"pandang siapa? tak pandang siapa pun." jawab balqis sambil menyambung makan.
"ooo.. okay. takda ah. cara kau pandang tu macam nak makan orang tu." kata haziq lagi.
"memang pun." balas balqis.
"apa?" soal haziq.
"takda apa. tadi aku terpandang irfan dia dengan budak kelas atas tu, boleh ke dia duduk situ?" soal balqis.
"takdalah. dia jumpa si 'sayang saya' tulah. rindu katanya. nanti dia datang sini lah tu." jawab haziq.
"hah? apa sayang saya? siapa?" hati balqis kembali terbakar.
"zara tulah. si irfan tu simpan number zara apa tu 'sayang saya'. sweet. oiittt!" tiba tiba pinggang haziq dicucuk oleh nasir.
"kau kenapa ziq?" soal balqis pelik.
"ehh tiada apa." jawab haziq.
"macam tak betul lah kau ni." balas balqis.
"huishh kau ni apasal?" soal haziq perlahan. dia menggosok pinggangnya yang sakit.
"kau bagitahu dia kenapa? tahukan dia suka irfan?" kata nasir juga perlahan.
"alamakkk.. terbagi tahu. alaa tapi itu kan dulu. sekarang bukan dia dah ada boyfriend ke?" soal haziq.
"dia mana cukup satu bro." kata nasir.
"huishh kau ni. slow lagi lah cakap. dia dengar nanti." kata haziq.
"slow lah ni. kan bunyi lagu lagi kuat." kata nasir.
tiba tiba balqis berdiri.
"ehh qis. nak pergi mana?" soal haziq terkejut.
"dah habis makan. sap kok lu ah. yang kau tiba tiba care fasal aku nak pergi mana ni pahal?" soal balqis.
"sap kok? fuhh gini hah. rare ah kau doh." haziq tunjuk ibu jarinya.
balqis menjeling dan berlalu pergi.
"fuhh dah cantik. dah mantap. rambut ikal mayang. tinggi lampai. tapi sayang..." kata haziq dalam nada kecewa.
"rosak..." sambung nasir yang juga dengan nada kecewa.
akhirnya mereka menyambung makan.
"woi. makan tak ajak." tegur irfan. dia menepuk bahu haziq perlahan. dia duduk di kerusi yang tadinya balqis duduk.
"kau pun tak pernah ajak kita orang bercinta. tahu tahu dah ada 'sayang saya' tu." jawab haziq.
"kau cemburu ke apa sekarang ni?" soal irfan.
"cemburulah. dulu kau selalu dengan aku. malam malam kita gelak sama sama. sekarang kau dah makin lupakan aku." kata haziq.
"dulu malam malam kau orang selalu gelak sama sama? aku tak tahu pun." kata nasir.
"kau mana boleh tahu. benda ni boleh buat berdua je." balas haziq lagi.
nasir dah melopong. cuba menangkap apa yang haziq katakan.
"ahh kau percayalah cakap si gampang ni. kalau kau percaya kau memang bodoh." kata irfan.
nasir senyum. "iyer ziq? huishh benda apa yang kau orang buat tu? cerita ah sikit. hishh aku rumah sebelah je pun kau orang tak ajak eh. memang tak boleh buat bertiga ke?" soal nasir dengan teruja.
"tak boleh. aku tak belajar lagi cara buat betiga. baru belajar berdua. irfan ni lah first partner aku." balas haziq yang turut teruja.
"cehh lupa dua ketul ni kembar. sorang kalau perangai gampang, sorang lagi pun ikut. dah lah aku nak ambil makanan. jaga tempat aku." kata irfan sebelum pergi mengambil makanan.
nasir dan juga haziq ketawa sebelum menyambung makan.
"sedap ek nas makanan ni?" soal haziq.
"sedap sedap." jawab nasir.
Share this novel