mentoran (DAY 1)
"mana dia ni.. rasanya aku dah cakap dah tempat and pukul berapa." kata zahra. rasanya semalam dia sudah bersemuka dengan irfan dan beritahu untuk berjumpa dia di pondok taman bunga ini jam 3 petang.
dia memilih taman bunga ini kerana suasana disitu sungguh selesa dan nyaman. tidak terlalu panas kerana pondok itu disediakan kipas.
"dia tipu aku ke?" soal zahra sendirian. sudah 30 minit dia menunggu di pondok itu.
"tak guna lelaki ni tipu aku. dia ingat dia bagus ke? ingat aku nak sangat agaknya ajar dia." marah zahra lagi. tidak lama selepas itu zahra mula beredar dari pondok itu.
(DAY 2)
"Still? kena tipu?" memang nak kena ah lelaki ini. tunggu kau.
(DAY 4)
"janganlah macam ni.. kau ingat aku ada masa ke nak tunggu kau macam ni? bencinya aku dengan dia ni." kesabaran zahra mula menipis. dia kena buat something. report kat cikgu laila.. atau jumpa sendiri dengan irfan.
(DAY 5)
"muhammad irfan daniel bin maslan." ucap zahra. dia kena berani menegur sikap irfan itu walaupun dibelakang irfan ada geng gengnya.
"yes i am..." sambut irfan dengan lembut. senyum juga menghiasi rupanya.
"asal tak datang mentoran tu? kau tahu tak aku tunggu lama." marah zahra.
"so?" soal irfan selamba. dia nampak muka zahra sudah bertukar merah. tanda marah yahh.. ini yang dia mahu. buat perempuan itu sakit hati.
"tu je? kau ingat aku ni nak sangat ajar kau ke? kau ni tahu tak kau dah banyak buang masa aku. dah menyusahkan aku tahu tak. takkanlah sebab aku tahan kau , kau balas dendam sampai macam ni sekali dekat aku. memang salah kau kan. kau memang jahanamlah." zahra makin menyinga. nanti dia mahu hantar report apa? seminggu sekali, mentor perlu hantar laporan tentang aktiviti ini. tapi kalau dah seminggu aktiviti ini masih tidak jalan. macam mana?
"wehh.. perempuan. yang kau bising bising apahal. mentor kita orang semua takda macam kau pun. kau kalut sangat apahal? kau nak marah irfan? kau tahu tak irfan ni siapa kau nak marah marah macam ni?" marah balqis pula. geram pula dia bila buah hatinya dimarah dengan perempuan tak sedar diri ini.
"lantak dia oranglah nak jadi mentor kau ke tak. yang aku pasti. kalau orang dah bagi tanggungjawab, buat. ohh.. pasal dia ni siapa? kesah pula aku dia siapa. kalau dia ni anak haram pun aku tak kesah." zahra kalau sudah marah, apa yang dia cakap pun dia tidak perasan.
sedar sedar dirinya sudah ditolak ke dinding. zahra mengerang kesakitan. dirinya sudah dikunci oleh lelaki berbadan tegap itu.
"kau melampau perempuan. kau melampau! anak haram kau panggil aku? huh. ya.. aku tahu memang aku salah sebab datang lambat masa tu. tapi lambat sikit je wey. dengan pengawas lain, dia orang boleh beransur lagi. dia orang just suruh aku duduk tempat lambat je. takda pun tulis nama. sebab datang masa dia orang baru separuh tutup pagar. dengan kau ni.. memang tak faham lansung. kau tahu
disebabkan kau.. aku kena amaran tiga. tiga tiga amaran tu semuanya datang daripada kau. tahu tak maksudnya apa kan. aku kena gantung sekolah 3 hari. mesti kau seronok kan aku takda 3 hari tu. tapi jangan ingat kau boleh seronok sangat." irfan makin mendekatkan wajahnya. kau tahu zahra, aku menderita 3 hari itu.
zahra sudah pejamkan mata. haishh.. kenapalah tiba tiba takda orang lalu kat blok ni. ya.. blok c tingkat 3 ini agak sunyi. kebanyakan di tingkat ini adalah makmal makmal. dan tiada cctv. haishh.. kenapalah irfan ajak berjumpa disini. dia hanya ajak berjumpa, tetapi tidak sangka disini tempatnya ajak berjumpa.
"ni baru sikit aku buat kau zahra. kau cakap fasal tanggungjawab? huh.. kau ingat aku lupa. masa kau datang lambat tu. takda pula aku dengar kau dapat surat amaran. kau tulis nama, tapi si cilaka tu takda pun bagi kau surat amaran. ingat aku tak tahu ke? aku dengan bilik disiplin tu dah jadi member dah. so, siapa lagi jahanam sekarang? kau dengan si ramlan tu sama je. tak adil. lagi nak cakap fasal tanggungjawab." dia lagi geram bila dia tahu cerita ini.
ingat zahra.. ketua pengawas dan sudah banyak membanggakan sekolah ini, tidak boleh dapat surat amaran semua itu ke? peraturan tetap peraturan. itu yang zahra katakan padanya. sekarang apa jadi?
"aku tak tahu? series aku tak tahu. dia yang tak bagi surat tu. takkan aku nak minta pula. lepaskan aku." mana ada orang minta surat amaran. mula mula dia terfikir juga. dia tidak dapat surat amaran ke. tapi dia biarkan sahaja. seluruh badan zahra sudah mengigil gigil. air mata tunggu masa je nak jatuh.
"huh.. banyaklah kau tak tahu. and.. kau nak marah aku tak datang aktiviti jadah tu. ingat aku kesah ke. kau nak buat apa kalau aku tak datang? nak report aku tak hadir gitu? aku pun boleh buat. aku pun boleh cakap kau yang tak nak ajar aku. bukti? kau sendiri yang nak tukar mentee sebab tak suka aku. kukuh kan?" balas irfan.kukuh apa kebenda.
"lepaskan aku irfan. lepaskan aku. aku minta maaf." rayu zahra.
"okay.. okay.. settle cara baiklah eh. aku nak mengalah lah. kau nak ajar aku sangatkan. okay.. aku datang petang ni. tapi.. jangan kau yang tak datang pula. kau ni bukan boleh percaya sangat. kau tak datang, tahulah aku nak buat apa." kata irfan lagi.
zahra hanya mengangguk. air matanya sudah jatuh.
irfan tergamam tengok air mata zahra jatuh. dia teringat seseorang. dan dia juga teringat situasi ini. terus dia lepaskan zahra.
zahra terjelopok jatuh. dia tidak tahan. dia takut dengan badan irfan yang terlalu dekat dengannya. dia takut dia di apa apakan.
irfan diam. dia perhatikan zahra. sekali lagi. situasi yang sama.
"kau tak payah nak mengada ngada nangis macam tu lah perempuan. kau bangun sekarang!" teriak balqis. dia menendang kaki zahra. kuat.
"balqis. kau kenapa?" marah haziq.
"aku menyampah tengok perempuan ni macam ni. minta simpatilah tu." balas balqis selamba.
"dah... bangun zahra." ucap nasir. dia menghulurkan tangan untuk membantu zahra.
zahra tidak menyambut huluran itu.
"dah lah guys. jom blah. biar je lah dia." kata irfan. dia kena lupakan kesilapan silam itu. jangan diingat lagi.
"irfan.. macam kesian pula dia aku tengok." kata nasir. memanglah dia sekaki dengan irfan. tapi dia bukan orang yang sanggup tengok perempuan sebegini. rasanya irfan juga begitu. apa kena dengan irfan ni sekarang?
"kau tak payah nak acah acah kesianlah. kalau kau nak tolong dia.. tolonglah. aku blah dulu." balas irfan. baik dia pergi dahulu sebelum dia rendahkan egonya.
"kau takyah nak berbaik dengan perempuan macam ni." marah balqis lalu menendang kaki zahra sekali lagi dan berlalu pergi.
hanya tinggal nasir dan haziq sahaja di situ. mereka memandang antara satu sama lain. haziq duduk mencangkung dihadapan zahra.
"kau mesti dah benci dia kan?" soal haziq.
"bodoh." itu sahaja jawapan zahra. menipu kalau dia tak benci irfan selepas apa yang jadi tadi.
"kau ni pun satu. cari fasal ngan dia. memang kenalah." kata haziq lagi.
zahra diam. mana ada dia cari fasal. takkan fasal anak haram tadi. bukan biasa ke orang zaman sekarang cakap macam tu. lagipun masa tu dia sedang marah. tak alih alih perkataan itu yang keluar.
"bangunlah. nanti tiba tiba ada orang datang kang. tak fasal fasal kita orang pula yang kena." kata nasir. dia menghulurkan tangan pada zahra.
zahra tidak menyambut huluran itu. dia bangun sendiri. dia mengesat air matanya. dalam hati penuh kebenciaan. zahra terus pergi dari situ.
nasir dan haziq memandang sesama sendiri lagi dan mereka juga terus berlalu.
________________________
"aku nak duit! kau faham tak aku nak duit?" jerit seorang lelaki.
"saya takda duit bang." balas seorang perempuan sambil teresak esak menangis.
"menipu!" jerit lelaki sambil menampar pipi perempuan itu.
"betul abang.. saya takda duit." kata perempuan itu lagi.
"kau tunggu sini. aku jumpa.. kau siap perempuan." lelaki itu memasuki kamar mereka.
perempuan itu sudah mengigil gigil di tepi pintu kamar itu. tahu selepas ini dia akan dipukul lagi. sedih apabila mengenangkan nasib ini.
"ini apa betina! ini apa? bukan duit? hah? bukan duit?" soal lelaki dayus itu. pipi perempuan itu sudah ditampar tampar.
"abang.. ini duit yuran sekolah iyel.. janganlah amik. saya merayu." perempuan itu merayu pada suaminya.
"kau kan kerja.. kumpul lah balik. apa susah." senang sahaja lelaki itu kata.
"kalau macam tu.. abang kerja lah. cari duit." balas perempuan itu.
tiba tiba lehernya sudah dicengkam oleh suaminya. tercungap cungap dirinya itu.
"ab... abang.. lepas. le...pas."
"kau cabar aku ye betina. kau sebagai isteri. ikut apa aku cakap. jangan melawan. kalau tak.. ini makan dia." sudahlah dicekik.. pipinya juga menjadi tamparan lelaki itu.
"ayahhhh!!! lepaskan ibu!!!!" jerit seorang budak kecil anggaran umur 9 tahun.
dia berlari kearah ayah dan ibunya. dia cuba untuk melepaskan ibunya dari menjadi mangsa ayahnya. dia baru sahaja pulang dari sekolah, terus dihidangkan dengan situasi seperti ini.
"kau jangan masuk campurlah budak." marah lelaki itu. kalini budak itu dicampak ke lantai. mengerang kesakitan kanak kanak itu.
tetapi dia tetap tidak berputus asa. dia keluar dari rumah dan menjerit meminta pertolongan.
"tolong... ibu saya kena pukul dengan ayah.. TOLONG!!!!" budak itu menjerit dengan kuat.
"cilaka punya budak!" lelaki itu melepaskan perempuan itu.
"abang.. jangan buat apa apa kat iyel. saya merayu." perempuan itu melutut pada suaminya untuk tidak apa apakan anaknya.
"lepaskan aku perempuan sundal!" lelaki itu merentap tangan isterinya dan sempat menendang perut isterinya.
"tolong!!! ayah pukul ibu saya. TOLONG!!!" jerit budak kecil itu lagi.
"budak.. kau sini kau budak. kecil kecil dah pandai buat macam tu ya." marah lelaki itu. dia memegang erat tangan budak kecil itu dan menampar budak itu.
budak itu meraung kesakitan. "ayah.. sakit ayah.. sakit." rengek budak kecil itu.
"kau ni.. patut dibunuh je." lelaki itu menampar lagi kanak kanak itu. tidak cukup dengan itu, leher budak kecil itu dicekiknya.
"maslan.. kau buat apa tu lan.. anak kau tu!" tegur encik zakir. jiran mereka. dia cuba untuk membuka pagar rumah lelaki itu. tapi dikunci.
"kau diam eh. ni urusan keluarga aku. kau jangan nak sibuk." bentak lelaki itu.
"bukak pagar ni lan. kesian anak kau tu lan. lepaskan dia." kesian dia melihat budak kecil itu menangis. sungguh tergamak dia melakukan sebegitu pada anaknya. sudahlah itu adalah satu satunya anak kepada keluarga lelaki itu. kasihan kanak kanak itu kecil kecil lagi sudah dihidangkan dengan aksi aksi sedemikian. maknya dipukul oleh ayahnya. ayahnya pulang dengan keadaan mabuk. melihat rumah tangga ibu bapanya berantakan.
sepatutnya, pada usia 9 tahun itulah ibu bapa harus mendidik anak anak dengan baik seperti kata pepatah meluntur biarlah dari rebungnya. atau anak seperti kain putih, ibu bapa yang harus mencorakkan kain tersebut. kalau pada usia sebegini sudah dihidangkan dengan aksi sebegini, bagaimanalah masa depan anak kecil itu nanti.
"ayah.. lepaskan iyel ayah. iyel sakit." rengek kanak kanak itu.
"abang.. lepaskan anak kita abang." kata wanita itu. walaupun perut masih sakit. tapi nyawa anaknya lebih penting. sedih hatinya. luluh hatinya. apabila melihat anak kesayangannya dibuat sedemikian.
"kau diam perempuan. kau nak kena lagi? kau orang berdua ni selalu menyusahkan aku. cuba kalau apa yang aku suruh kau orang terus buat. tak payah nak membantah." makin kuat cengkaman pada kanak kanak lelaki tadi. "cuba kalau..."
"kau melampau lan!" tidak sempat lelaki itu habiskan kata katanya. belakang badannya sudah ditendang.
"ni anak kau. tu bini kau. kenapa kau buat macam ni? kau dah tak sayang dia orang ke?" marah safuan pula. encik zakir masih berusaha untuk membuka pintu bagar. dia yang masih muda ini terus sahaja memanjat tiang. bengang dia lihat situasi tadi.
"kau ni kenapa hah? jangan nak tunjuk hebat kat sini." marah lelaki tadi. tidak sempat dia bertindak, encik safuan terus menghempap badan lelaki tadi dan menumbuk lelaki itu. habis berdarah hidung lelaki itu.
"sudah safuan." perempuan tadi merayu supaya suaminya dilepaskan. tidak sampai hati pula. dia memangku anaknya yang sudah longlai.
"akak masih nak bela dia ke kak.. dia sedap sedap je cekik iyel tadi. orang lain sibuk berdoa nak anak, tak dapat dapat. tapi dia boleh pula buat anak dia macam tadi. ayah jenis apa dia ni?" sudah separuh mati dia melihat lelaki itu. dia betul betul geram dengan lelaki itu.
"akak.. jom bawa iyel pergi hospital. sekarang kak." balas safuan. sedih dia melihat keadaan budak kecil itu.
kanak kanak itu dia sudah anggap sebagai adiknya sendiri. tidak sampai hati dia melihat budak kecil itu dicekik oleh ayahnya sendiri. sampai naik biru mukanya.
"intan... bukak pagar ni." jerit encik zakir.
wanita itu meletakkan perlahan lahan kepala anaknya di lantai dan berlari mengambil kunci pagar untuk membuka pagar rumah. memang dari kecil iyel diajar untuk mengunci pintu pagar setelah balik dari sekolah atau balik dari berjalan.
setelah pintu pagar telah dibuka, cepat cepat Encik zakir menggendong anak kecil itu dan dibawa ke keretanya.
Share this novel