"apa abang dah buat ni?! kenapa abang cakap macam tu kat dia?" soal zahra marah.
"sabar zara." puan ratna cuba untuk tenangkan zahra pula. dia tak mahu adik beradik ini bergaduh.
"mama tengoklah anak mama ni. melampau tahu tak. dah lama zara sabar dengan perangai dia ni." marah zahra lagi.
"abang cuma nak selamatkan adik abang dari dia tu. zara tak tahu dia tu siapa. dia ada muslihat tersendiri zara." kata raziq.
"zara dah kenal dia lebih lama dari abang kenal dia. fasal family dia semua zara tahu. siapa dia semua zara tahu. abang tu yang baru kenal dia. opss tak pernah kenal pun, terus judge dia macam tu. siapa abang nak nilai orang?" kata zahra.
"zara jangan nak kurang ajar dengan abang eh?!" marah raziq pula.
"anak anak mama.. jangan gaduh gaduh." puan ratna sudah panik. dia tidak tahu bagaimana mahu selesaikan masalah ini.
"zara bukan nak kurang ajar. tapi abang fikirlah. abang tu pun manusia juga, jadi abang takda hak nak kutuk ke nilai ke tentang kehidupan orang lain. dia bukan nak pun ada keluarga macam tu. kalau mak dia dengar apa abang cakap ni, mak dia terasa hati tau. belajar hormat kehidupan orang. abang beruntung ada keluarga yang namanya terjaga. tapi tak semua orang beruntung macam abang. abang sepatutnya bersyukur bukannya malukan orang lain sebab tak dapat ada keluarga macam abang. siapa ajar abang jadi macam ni? mama? papa? rasanya dia orang tak pernah ajar anak anak dia orang macam tu. malah mungkin dia orang malu ada anak yang perangai macam tu." zahra terus melepaskan apa yang terbuku dalam hati.
"ni bukan kali pertama abang buat macam ni. sebelum ni dengan semua kawan zara abang nak check latar belakang keluarga dia. tahu tak sebab abang ni, zara ni tak ramai kawan kat sekolah. apa masalah abang? dekat universiti tu pun abang nilai dulu hidup orang ke baru abang kawan dengan dia? you are judge mental tahu tak?!" marah zahra lagi.
"zara.." tegur encik zainal yang baru sahaja balik dari kerjanya. dari luar pintu dia dengar orang sedang marah marah. "kenapa ni zara marah marah? apa tak kena?" soal encik zainal lagi.
"kejap eh pa.. zara tak puas lagi dengan abang ni." kata zahra.
"dahlah zara. takyah nak bebel. lepasni zara nak kawan dengan siapa pun kawanlah. abang tak kesah. ni yang zara nak sangat kan." kata raziq.
"zara tak kesah abang nak ambil tahu tentang kawan kawan zara, tapi cara abang ni melampau. abang judge hidup orang. tu yang zara tak boleh terima." kata zara.
"abang cakap diam tu diam je lah. dah cukup. ma pa.. abang keluar kejap." kata raziq.
"nak pergi mana tu raziq?" soal puan ratna.
raziq tidak menjawab.
"kenapa ni.. papa tak faham." soal encik zainal.
puan ratna menceritakan apa yang sudah terjadi tadi.
"Allahuakhbar. papa malu dengan sikap raziq tu. apa dah jadi dengan raziq tu?" soal encik zainal.
"entahlah bang. saya pun tak tahu apa yang merasuk anak abang tu." balas puan ratna.
"dah lah mama papa. zahrah nak naik atas nak mandi. nak solat." kata zahra.
"ermm yerlah." jawab encik zainal.
_________________________
"kita tunggu iyel balik ya." kata makcik intan.
"akak dah sedia nak bagitahu dia semua ni?" kata seseorang.
"sedia atau tak, kita kena bagitahu juga sebelum benda ni jadi makin berat." kata makcik intan.
"irfan pergi mana tak balik balik ni?" soal seseorang.
"tak tahulah makcik. dia tak balik dengan kamu? kenapa?" soal makcik intan kepada dua orang rakan baik irfan. nasir dan haziq.
nasir menggeleng.
"irfan suruh kita orang balik dulu. dia kata dia ada hal." jawab haziq.
tidak lama selepas itu kedengaran bunyi motorsikal memasuki kawasan rumah.
"tu dia dah balik." kata nasir.
mereka berdebar debar mahu menunggu reaksi dari irfan.
beberapa saat kemudian irfan memasuki rumah. irfan nampak terkejut.
"kau orang buat apa kat sini?" soal irfan setelah melihat dua orang sahabatnya di rumahnya.
"haikal? kau buat apa kat rumah aku? ni siapa?" soal irfan kepada haikal dan seorang lelaki lagi situ.
"ni abang safuan. iyel tak kenal abang dah? yang masa kecil kecil kita selalu main sama sama?" kata abang safuan.
irfan mengangguk. "abang baru pindah sini balik ke?" soal irfan. tak silap selepas kejadian yang menimpa dirinya, tidak lama selepas itu abang safuan pindah rumah.
"ermm.. haah. errr ni adik abang. haikal. iyel kenal kan?" soal abang safuan.
"ooo yeke. ermm korang buat apa kat sini. ada meeting apa ni?" soal irfan.
"errr... iyel dari mana tadi?" soal makcik intan.
"rumah kawan. korang borak borak lah dulu since takda siapa yang jawab pertanyaan aku tadi. masuk bilik dulu." dia pun sudah penat malas mahu cari fasal dengan orang.
"irfan.. kita orang ada benda nak cakap." kata haikal.
"apa.. cepat." kata irfan.
"firstly aku minta maaf kalau selama ini aku macam cari gaduh dengan kau. aku cuma jalankan tugas aku je." kata haikal.
"tugas apa ni? aku series tak faham."kata irfan dengan muka ketatnya.
semua seperti gerun sahaja melihat reaksi irfan begitu.
"duduk dulu iyel." kata makcik intan.
"kita orang just nak kembalikan irfan daniel yang dulu. yang aku kenal seorang yang ceria, tak cepat marah dan selalu senyum." kata haikal lagi.
"huh.. tu dulu kan. so perangai seseorang akan berubah ikut peredaran maaa dan umurkan. so what?" irfan senyum sinis. dia sangat tak faham dengan situasi sekarang ni.
"yer fan. aku tahu aku lambat kenal kau. tapi aku teringin jugak nak kenal kau yang macam mereka cakap tu." kata haziq.
irfan menjelingnya. haziq terus telan air liur.
"tapi kau terus berubah macam ni lepas apa yang dah jadi dekat ayah kau kan?" soal haikal.
"kau tahu apa je pasal kejadian tu? abang safuan cerita apa je? kenapa nak kena ungkit cerita lama ni? kenapa nak kena cerita hal orang lain dekat orang luar ni?" soal irfan sinis.
"iyel.." tegur makcik intan. nampak sangat soalan irfan tadi memerli safuan.
"buat apa abang aku nak cerita semua tu kalau aku sendiri nampak kejadian tu berlaku?" soal haikal sinis juga.
"apa maksud kau ni? kau nampak?" soal irfan pelik.
"muka aku nampak berubah sangat ke irfan? aku haikal. yang selalu kita main sama sama dengan nasir kat depan rumah ni. kau lupa aku pernah bagitahu abang aku jaga aku sementara mak aku sakit tenat kat hospital? masa kejadian tu mak aku baru je meninggal dan kami baru balik dari rumah family aku. aku berdiri sebelah nasir masa tu lihat apa yang jadi. masa kau dihantar ke hospital aku ada di sebelah kau masa dalam kereta." terang irfan.
irfan senyum senget. macam mana dia boleh tak perasan tentang haikal ini. kawan yang pernah rapat dengannya selain nasir dulu.
"jadi kau orang nak apa ni? buruk sangat ke perangai aku ni sampai kau orang buat semua benda ni?" irfan mula faham apa yang mereka sedang lakukan.
"ibu rindu anak ibu yang dulu. yang selalu buat ibu tak kering gusi." kata makcik intan. sekarang kerap kali anaknya itu marah. buat salah sikit terus melenting. sampaikan dia mahu buat apa apa kena minta persetujuan anaknya itu. bila mahu menegur tentang kejadian di sekolahnya akan dimarah balik.
"ibu tak happy dapat anak macam iyel ye?" soal irfan sedih.
"bukan macam tu lah fan. kau dengar dulu boleh tak? jangan nak jump to conclusion." kata nasir.
"okay.. aku senyap je. explain lah." balas irfan.
"kami just nak irfan jadi macam sebelum ni. tu je. bila dengan abang, irfan senyum sampai ketelinga. ceria je. hormat abang. sekarang tengoklah macam mana." masa masuk tadi pun tak salam dia. siap diperli. kata safuan.
"kebetulan zara muncul dalam hidup kau. aku start nampak yang kau boleh berubah. mula mula aku tak nampak tapi lepas kau dah start belajar dengan dia setiap petang tu, aku nampak kau ni boleh berubah. aku nampak kau mula sayang dia. even kau selalu nafikan, mata kau tak boleh tipu irfan. aku kenal kau lama. sikit sikit kau jadi macam dulu balik. dan kebetulan abang safuan pindah sini balik dan jumpa makcik. dan kebetulan haikal juga ikut dipindahkan sekali disini. jadi kami rancang zara lah orang yang akan kami guna untuk ubah kau. kami nak kau sayang seseorang balik. aku tahu kau sayang ibu kau, tapi aku sendiri nampak macam mana dinginnya kau layan ibu kau. jadi haikal masuk sekolah tu dan cabar kau banyak kali untuk buktikan kau betul betul sayang zara." terang nasir panjang.
"well kami berjaya. kau dah jadi macam dulu. kau selalu senyum. kau selalu tolong ibu kau tanpa marah marah. kau start belajar balik. happy aku tengok muka ibu kau irfan bila kau mula jadi macam dulu balik. aku pun teruja bila dapat kenal kau yang dulu." kata haziq. nasir kata irfan dulu seorang yang pandai. irfan pernah kata dia nak ubah hidup ibu dan ayahnya bila besar nanti. tapi lepas apa yang dah jadi dulu. semua berubah.
waktu peperiksaan pun hanya haziq dan nasir sahaja belajar. irfan hanya membuang masa. bila bergaduh, haziq dan nasir sedaya upaya mengelak. tapi irfan tidak dengar. disebabkan mahu selamatkan irfan, mereka ikut sekali.
"tapi lepas si sapa kawan kau tu? qis? balqis.. ahh tu buat hal. ermm.. masalah betul. benda dah nak settle dia rosakkan pula." kata haikal.
"tu jangan risau, aku dengan haziq dah suruh atirah dan kila untuk pujuk and explain kat zara." kata nasir.
"huh.. tak payahlah. aku dengan zara dah takda apa apa dah. even sebagai kawan sekalipun. kau orang tak payah susah susahlah. kalau nak aku berubah macam dulu, takyah libatkan orang lain. just bagitahu aku. aku cuba. so zara.. takyah libatkan dia lagi. jangan susahkan dia lagi. cukup aku datangkan masalah pada dia. aku dah taknak kacau dia dah." kata irfan.
"zara sayang kau irfan. aku tahu." kata haikal.
"tu dulu. takpalah. aku dah banyak susahkan dia. bagi dia belajar. dia nak spm dah. nope. kita nak spm dah. lagipun kita sekolah lagi. yang sibuk nak fikir fasal tu kenapa? sebab dia boleh ubah aku? ada orang lain dan ada cara lain. atau aku sendiri boleh berubah. kalau aku rasa aku nak berubah aku akan berubah. dah lah, aku penat. cukup penat. thank you lah apa yang korang dah buat ni. aku akan cuba untuk berubah ya." irfan bangun dan bergerak ke biliknya.
suasana jadi sunyi di ruang tamu.
"takpalah kak. safuan tahu dia akan balik macam dulu balik. akak sabar ya." kata safuan yang mula memecahkan suasana sunyi tadi.
makcik intan senyum kelat. "eh kamu semua minumlah." balas makcik intan. hati berasa sedih. salah ke apa yang dia telah lakukan. dia bukan ibu yang baik?
di dalam bilik irfan yang sedang baring dikatilnya memandang sayu nombor telefon zahra. dulu kalau dia sedih atau marah mesti dia akan luahkan ke zahra dan zahra akan bagi nasihat. zahra mesti suruh sabar dan istigfar. irfan menghempas telefonnya dan mula meletakkan lengannya di dahi dan memejamkan mata.
"lupakan zara. arghh!!" hati irfan menjerit. dan buat pertama kalinya air mata irfan mengalir.
Share this novel