chapter 15

Romance Completed 4509

"i need do something. yes, i need." kata balqis sendirian. dia membuang puntung rokok itu di lantai lalu memijaknya.
kemudian dia mengambil minyak wangi dari beg tangannya dan menyembur ke seluruh tubuh badannya dan selepas itu dia mengeluarkan telefon bimbitnya. dia membuka aplikasi what's app dan mencari nama itu.

'irfan. datang blok c sekarang. aku rasa kita ada benda yang nak dibincangkan. jangan ajak kawan kau.'- balqis tekan butang hantar.

tidak sampai 2 minit irfan balas mesej itu.
'bincang apa ni?'- balas irfan.
'aku sukakan kau. datang sini dan kita bincang tentang ini sebab aku tahu kau sukakan orang lain.'-

lama dia tunggu, tetapi irfan tidak membalas mesej itu.
'atau kau akan lihat aku mati terjun bangunan. aku sanggup buat.'- balas balqis lagi.

tidak lama selepas itu.
'tunggu aku. aku datang.'- balas irfan.
balqis tersenyum.

dia mencari lagi seorang kenalannya. 'zara' dia mendapat number ini dari kawannya.

'zara. terima kasih sebab ingat tentang janji kita. akhirnya irfan terima aku sebagai kekasihnya. blok c ini menjadi saksi.'- dia masih tidak tekan butang hantar. dia berharap zara datang ke sini juga.

dia nampak irfan dari jauh sedang memandangnya. irfan mula menghampiri balqis. masa itu balqis tekan hantar mesej tadi.

"kau nak bincang apa?" soal irfan.
"sayang..." jawab balqis dengan nada menggoda.


_____________________
"kau orang. nampak irfan?" soal zahra.
"irfan. dia keluar tadi. tak tahu pergi mana. kita orang tanya pun tak jawab." balas nasir.
"ooo yeke." jawab zahra. dia cuba mengawal diri. terkejut dia dengan apa yang balqis hantar mesej tadi. tidak tahu mahu percaya atau tidak.
"kenapa zara?" soal haziq pula.
"tiada apa." kata zahra lalu terus berlalu pergi.

"kenapa tu wey?" soal haziq.
"entahlah. nak ikut tak? kau nak makan lagi ke?" soal nasir.
"aku rasa ikut zara lagi seronok dari makan sekarang ni." balas haziq.
"apalagi jom lah ikut dia." kata nasir.
"jom." jawab haziq. serentak itu mereka berdua berlari mengikut zahra.


_____________________
"kau nak apa ni balqis?" soal irfan.
"aku nak kau. tak faham lagi ke?" kata balqis.
"aku bau something. mulut kau. baru rokok. kau hisap rokok? kau kenapa ni qis?" soal irfan marah.
"pergi mampus lah bodoh aku nak hisap apa pun. sekarang ni aku sayangkan kau!" jerit balqis.
"aku ingat kau dah lupakan aku." kata irfan.
"tak pernah. aku tak pernah lupakan kau irfan. kau je. kau je lupakan aku sejak ada perempuan sial tu!" jerit balqis.
"aku dah mula sayangkan dia. jadi aku harap sangat kau dapat lupakan perasaan kau tu." kata irfan.
"kau cakap senanglah! aku yang rasa ni. sakit. sakit tahu tak!" kata balqis lagi. dia sudah hilang sabar.
"tapi kau tahukan semua ni tak boleh dipaksa." balas irfan.
"yes. cinta memang tak boleh dipaksa. tapi aku boleh buat. aku boleh buat supaya kau lupakan dia. nak?" kata balqis.
"buat apa ni qis?" soal irfan. dia cuba untuk sabar walaupun hatinya sudah marah.
"bunuh perempuan tu?" soal balqis.
"kau gila ke?! kau dah kenapa? takkan sebab semua ni, kau sanggup nak bunuh orang? jangan jadi bodohlah!" tengking irfan.
balqis sudah nampak susuk tubuh zahra di tingkat bawah. dia harus cepat.
"irfan. tolonglah terima aku jadi kekasih kau. aku sanggup buat apa je." kata balqis lalu menarik tangan irfan supaya dekat lagi dengannya.
irfan yang dalam keadaan tidak sedia terus tertolak kedepan. pada masa itu, balqis mengambil peluang untuk memeluk irfan.
"woi ni kenapa gila?!" soal irfan. dia mencuba untuk melepaskan diri. tapi tidak sangka balqis sekuat ini. semakin dia cuba untuk melepaskan diri, semakin ketat pelukan balqis.
"lepaskan akulah bodoh. sesak nafas gila aku." marah irfan.
"bagilah aku peluang peluk kau irfan. kau tak seronok ke dapat pelukan dari aku." balqis menggoyangkan sedikit badannya.
tubuh irfan mengeras. dia tidak tahu mahu memberi reaksi apa. balqis tersenyum.

beberapa saat selepas itu, ada tiga pasang mata yang tergamam melihat aksi itu. zahra, nasir dan juga haziq.

"irfan." kata nasir perlahan.
"tu bukan irfan kan wey?" soal haziq.
"tu irfan." balas nasir.
haziq menutup mulut nasir daripada bercakap.
"tu bukan irfan." kata haziq meleret.
"irfan." kata zahra pula.
haziq dan nasir semakin tergamam. zahra sudah tentu kecewa dengan apa yang dilihatnya.

"zara." kata balqis.
irfan seperti baru tersedar dari mimpi. dia terkaku. takut untuk dia pusing kebelakang.
balqis melepaskan pelukan itu. rancangannya berjaya. yeahh! reaksi muka zahra sangat memuaskan hatinya.

zahra menekup mulutnya. dia mahu sahaja menampar muka balqis yang seolah olah terkejut setelah melihatnya itu. dan mahu sahaja menampar irfan yang sudah kecewakan hatinya ini.
"zara.. aku rasa situasi ni tak sama dengan apa yang kita lihat." kata nasir. dia cuba untuk tenangkan zahra.
"irfan!" jerit haziq. tak.. dia kenal irfan. tak mungkin irfan melakukan perkara itu.

irfan yang masih takut untuk toleh kebelakang cuba untuk berhadapan dengan mereka yang ada dibelakangnya.

"zara." ayat pertama yang keluar dari mulut irfan. dia kecewa dengan dirinya setelah dia melihat perempuan itu sudah mengalirkan air mata.
dia mahu mendekati zahra untuk menceritakan hal sebenar. tetapi zahra terlebih dahulu melarikan diri.
irfan memandang balqis dengan perasaan penuh benci.

"irfan." balqis lihat muka irfan yang kelihatan sangat marah. dia jadi takut.
"kau memang betina sial!" irfan tolak tubuh balqis sehingga perempuan itu terjatuh di lantai.
"auuu.. sakitlah irfan." kata balqis.
"patutnya aku biarkan kau terjun bangunan je tadi. biar mampus. hidup menyusahkan orang. lepasni aku taknak tengok muka kau lagi. kau muncul depan aku, siap kau betina!" jerit irfan lalu pergi dari situ.

nasir dan haziq mendekati balqis.
"aku harap lepasni kau pindah je lah sekolah. kau pun bukan bawa untung pada sekolah. tu pun kalau kau taknak dapat masalah. kau tahu irfan macam mana kan." kata nasir.
"and.. kau takyah lah tunjuk muka kesian kau ni kat kita orang. kita orang taknak hulurkan tangan pun. rasa nak ludah muka kau ni je adalah. menyusahkan orang." kata haziq pula.
"perempuan tu memang sial!" jerit balqis.
"perempuan yang sial tu kau. orang tak kacau kau, kau pula sibuk cari masalah. jom ziq." kata nasir.
haziq dan nasir juga turut pergi.

balqis seperti mahu menangis. lain yang dia harapkan, lain yang dia dapat.
tiba tiba ada satu susuk tubuh yang sedang menghulurkan tangannya.
balqis pandang atas. dia membuat muka menyampah.

"takyah nak buat muka macam tu lah. aku bukan nak tolong kau sangat pun. tapi tengok pada baju ketat kau ni, mesti susah nak bangun sendiri. kesian aku tengok. anak orang kaya, tapi pakai baju macam sarung nangka." kata haikal.
"kau buat apa kat sini?" soal balqis. dia sambut huluran tangan itu.
"saja. tengok drama. kau ni memang layak jadi watak antagonis dalam drama tv3 pukul 7 tu." kata haikal lagi.
"kau diamlah. bukan hal kau kan." kata balqis.
"siapa cakap bukan hal aku? apa apa pun, aku setuju cadangan nasir tu supaya kau pindah sekolah. tak pun takyah sekolah. nanti spm tinggal amik exam je. ada kau buat rosakkan rancangan orang je." kata haikal dan berlalu pergi.
"oh yaa.. selamat menjalani hidup hidup kau selepas ini. May Allah bless you! semoga cepat taubat!" jerit haikal sambil tersenyum sinis.
"bangsat punya lelaki." kata balqis. apa dia mahu buat ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience