chapter 5

Romance Completed 4509

"wey. teruk ke aku buat zara tu tadi?" soal irfan tiba tiba.

"aikk.. pelik. tiba tiba tanya keadaan mangsa kau. bukan irfan yang aku kenal ni." balas nasir sambil tersengeh.

"aduhh kau ni.. aku tanya je pun. jawab je lah." diri dia sendiri pun tidak tahu mengapa. dari tadi dia asyik fikir keadaan perempuan tu sekarang.

"aku tengok dia okay je. cuma aku rasa kau melampau. dia perempuan. dia bukan bangsat bangsat yang biasa kita pukul tu sampai kau nak cekik dia macam tu." balas nasir.

"aku tahu. tu yang aku tanya tu. masa tu aku tak dapat fikir apa. dia buat aku hilang sabar." jawab irfan.

"aku rasa dia pun tak tahu apa yang dia cakap. kau pun buat dia hilang sabar." balas nasir sambil tersenyum.

"aku harap dia okay." kata irfan.
"kau suka dia?" soal nasir.
"takdanya lah. gila ke?" balas irfan.
"apa yang gila? hahah.. okay biar aku teka kenapa kau tiba tiba macam ni. mesti kau teringat apa yang jadi kat mak kau dulu kan? mesti sama dengan apa yang jadi tadi kan?" dia dengan irfan sudah lama kenal. sejak kecil lagi. masakan tidak, dia dan irfan berjiran sahaja. semua cerita melibatkan keluarganya, mesti dia akan tahu.

irfan tidak menjawab. dia hanya mengangguk.

"kalau kau tahu apa yang mak kau rasa dulu, kenapa kau buat dia macam tadi?" soal nasir.

"aku pun tak tahulah wey. aku gila agaknya." irfan meraup mukanya.

"kau minta maaf dekat dia." cadang nasir.

"seriously? hell no!" memang tidak si 'bad boy' ini untuk meminta maaf dengan si 'nerd' tu.

"huh.. takut harga diri kau jatuh?" soal nasir.

irfan diam. angguk tidak, geleng juga tidak.

"suka hati kau lah bro." kata nasir lagi sambil menepuk nepuk bahu irfan. dia tahu walaupun irfan digelar samseng sekolah, suka buat jahat sana sini. irfan seorang lelaki yang baik. hanya orang yang terdekat dengannya sahaja yang tahu siapa irfan daniel yang sebenarnya.

"guys.. nah" haziq muncul selang beberapa minit. dia menghulurkan 2 air tin kepada irfan dan nasir.

"mana balqis?" soal nasir.
"dia nampak group perempuan dia, dia terus join sana. aku pun malas nak tunggu aku blah ah." jelas haziq.
"makin rimas aku tengok dia tu." kata nasir.
"aku pun bro. makin menjadi perangai dia." balas haziq.
"tulah.. pastu dia nampak obses sangat dengan irfan ni. entah apa apa perangai." kata nasir.
"tu satu hal juga. lagi lagi tadi tu. dia takda kena mengena, tapi dia yang sibuk." balas haziq. kemudian haziq pandang ke arah irfan. hanya diam. termenung.. teguk air.. termenung kembali.

"ni apasal member kau sorang ni? diam jer." soal haziq.
"biasalah.. orang dah buat salah, menikus lah." balas nasir sambil ketawa.
"kau memang hmmm.." marah irfan. mahu sahaja dia luku kepala nasir ini.
"series ah? irfan reti mengaku salah sendiri ke wey?" kata haziq lagi. haziq juga turut ketawa.
"kau pun sama je ziq. korang dua blah ah sama. semak aku dengan korang ni." marah irfan.
"reti touching dah dia sekarang. hmm.." usik haziq lagi. sepanjang dia kenal irfan, dia belum lagi pernah lihat irfan terkenangkan salah sendiri. kecuali dengan ibu dia. tapi ni.. hmm kita tak tahu lah.

"cilaka korang dua ni." irfan makin hilang sabar.
"kau tak tenang kan bro. pergi minta maaf. settle." kata nasir.
"tulah.. tak boleh go bro kita pukul perempuan. kalau bapak aku tahu tu, di libasnya aku." kata haziq.
"aku tak pukul dia kan!" marah irfan.
"habis kalau kau tak pukul dia, asal kau serba salah?" soal haziq lagi. "tapi tulah perempuan tu memang buat orang hilang sabar pun. benda kecik je pun. marah sampai macam tu sekali." kata haziq lagi.

"perempuan tu memang over. melampau!" marah irfan lagi.
"tapi kau lagi melampau kot bro. kau nampak tak chill bro tadi. nampak cepat melatah. benda cenggitu pun kau nak melenting." balas haziq.
"dia kata aku anak haram kot." kata irfan.
"sebelum dia, siapa lagi yang ada cakap kau anak haram? ramai kan? kau boleh chill je. konon konon macho. ni tak pula. terkesan betul eh ayat dia tu dekat kau." kata haziq.

"lastly, kena pukul juga kan dorang tu?" soal irfan.
"yes.. tapi tu memang dorang yang minta kena pukul." balas haziq.
"dah lah. macam ni lah bro. kau sendiri pun tahu. perempuan kalau marah, apa yang dia cakap pun dia tak sedar. pastu bila tanya balik, dorang tak ingat. so maafkan lah kata kata dia tu." kata nasir.

"tulah.. suka sangat perangai macam tu. cuba kalau diam je. takyah cakap apa apa." balas irfan.
"ermm.. yerlah fan.. tak tahu nak cakap apa lagi dengan kau ni." kata nasir.


_____________________________

"Wahh.. baguslah kau. on time" irfan melihat jam tangannya. 3:20 minit petang. mereka berjanji untuk berjumpa jam 3 petang.

zahra hanya diam. dalam hati sudah maki hamun lelaki dihadapan dia ini.

"dah lah. nak maki aku, maki depan depan. jangan simpan simpan dalam hati. aku lambat 20 minit je." kata irfan lagi.

"cepat keluarkan buku kau. malas aku nak layan perangai kau ni." kata zahra.

"huishh garang eh? buku apa? aku pun tak tahu kau nak ajar aku subjek apa ni, lagi nak ada buku." balas irfan.

"serieslah takda buku? ni subjek matematik. kau sepatutnya ada buku." kata zahra.

"halah kesahnya lah aku." balas irfan sambil meneliti telefon pintarnya.

"memang aku duduk sini just nak tengok kau main phone je." kata zahra. dia masih cuba sabar.

"habistu kau nak suruh aku buat apa? aku takda buku kan." balas irfan.

"dia ni kan.. nak cakap bodoh, kesian. tapi memang bodoh." kata zahra perlahan. perasaan marah mula meningkat.

"kau cakap apa?" balas irfan dengan senyum sengetnya.

"takda apa. haishh kau ni.. macam budak tadika. semua benda nak kena ajar. amiklah kertas. keluarkan pencil case kau. dah besar tu, kena bawak otak selalu. tak boleh tinggal mana mana. nanti orang nampak kita bodoh, malu." bebel zahra.

"mula dah bebel kau. mulut kau ni memang kena berbunyi selalu eh?" soal irfan.

"kalau kau reti guna otak kau tu, takdanyalah aku nak membebel macam ni. membazir air liur je." balas zahra lagi.

"fine fine. gaduh dengan kau ni sampai bila tak habis. tak serik betul lepas kena pagi tadi." kata irfan selamba.

serta merta zahra terdiam. perlakuannya juga terhenti. dia hanya menunduk. dia hampir terlupa kes pagi tadi apabila dia ikut sangat perasaan marahnya hingga dia terlepas cakap. sekarang perasaan takut itu kembali datang.

irfan yang perasan kelakuan zahra itu juga terdiam. serba salah juga rasanya. mesti gadis itu kembali takut.

irfan mengeluarkan kotak pensilnya dan buku nota kosong.

"hah.. cepatlah ajar. kalau kau diam macam ni, baik aku balik je." kata irfan.

zahra mula pandang kehadapan. dia pandang irfan sebentar dan terus mengeluarkan buku latihan matematiknya.

irfan lihat saja kelakuan zahra yang telah berubah 360 darjah.

"okay.. dah pukul 5. cukuplah tu. hari lain aku ajar lagi." zahra mula kemas barang barangnya.

"aikk.. sekejapnya." kata irfan.
"kalau nak rasa lama, kau cuba datang awal sikit." balas zahra.

irfan terdiam.
zahra berdiri dan mahu beredar.
"zara. aku nak minta maaf tentang pagi tadi." kata irfan. dia agak malu sebenarnya.
"ahhh.. apa?" zahra terkejut. irfan minta maaf? wahh bukan biasa biasa ni. aku salah dengar ke?
"hishh kau jangan buat aku ulang banyak kali. aku minta maaf tentang pagi tadi." ulang irfan lagi.
"ooo.. ahh okay." zahra masih terkejut.
"okaylah.. bye. jumpa next week. btw, aku pun nak minta maaf. aku terlepas cakap tengah marah. bye.." zahra cepat cepat pergi.

irfan hanya lihat pemergian zahra itu. hatinya rasa tenang sedikit. yaa.. hanya minta maaf. bukannya susah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience