"assalamualaikum makcik intan." tegur zahra di luar pagar.
"eh zara!" tegur seseorang.
"nasir!" tegur zahra pula.
"kau nak jumpa irfan ke?" soal nasir. dia baru sahaja balik dari kedai untuk membeli barang.
"haah.. dia orang ada kan?" soal zahra pula.
"ada rasanya. kau bagilah salam dulu, aku masukkan motor jap." kata nasir.
"assalamualaikum makcik intan." tegur zahra lagi.
"waalaikumusalam. kejap kejap." zahra mendengar ada orang jerit dari dalam rumah.
"eh zara! lamanya tak jumpa." tegur makcik intan.
zahra menyalami makcik intan dan peluk makcik intan.
"masuklah. iyel tidur lagi. kejap makcik kejutkan." kata makcik intan.
zahra mengangguk. dia melihat jam tangannya. hampir jam 12 tengahari. irfan masih tidur? zahra menggeleng pula. awal sangat ke dia datang? tak rasanya.
"zara." nasir tegur hadapan pintu rumah itu.
"nasir. sinilah. aku ada benda nak tanya." tegur zahra pula.
"jap jap.." dia menanggalkan kasut. tanpa memberi salam dia terus masuk ke dalam rumah itu.
"ehh kau ni main masuk je. bagilah salam dulu." kata zahra.
"ni rumah aku. suka hati akulah." rumah kedua aku. rumah pertama dekat sebelah.
"hishh kau ni. aku nak tanya.. betul ke irfan kena pukul? aku call dia, dia cakap dia okay je. lagi satu, kenapa dia kena pukul?" soal zahra.
"betul lah wey dia kena pukul. dia memang taknak bagitahu kau sebab memang ada kaitan dengan kau." kata nasir.
"kaitan dengan aku? kenapa?" soal zahra lagi.
"eh nas? bila datangnya?" tegur makcik intan.
"baru je. hehe." nasir buat muka selenganya.
"ermm.. makcik dah kejut iyel tu. terkejut dia kamu datang. dia sedang mandi tu." kata makcik intan. "makcik ke dapur sekejap ya. berbual dulu." kata makcik intan.
zahra mengangguk. "okay sambung." kata zahra selepas susuk tubuh makcik intan hilang.
"ahh okay.. aku serba salah nak cakap. tapi nak cakap jugak. hahahah.. biar kau serba salah. okok kau ingat tak orang yang hampir nak ermm kau tu?" nasir menunjuk dua jarinya pada 'ermm' itu.
"nak ermm aku? apa?" soal zahra blur.
"eee kau ni tengahari ni jangan lembab boleh tak? karang irfan dah keluar cerita ni tutup kat sini je tau." kata nasir.
"ermm? aku teka. yang kacau aku lebih sebulan lepas tu ke? kat bus stop?" teka zahra.
"yes.. inilah pelajar pandai. dialah bawa geng belasah si irfan tu." kata nasir.
zahra melopong. "serieslah wey?" soal zahra terkejut.
"kau nampak muka aku macam main main ke?" nasir buat muka garangnya.
"wey! serba salahnya aku." zahra series berasa serba salah. kerana dia, tidak pasal pasal irfan yang kena.
"ahh kau serba salah kan? hahah itu yang kita mahu." kata nasir.
"weyy!!!" jerit zahra perlahan.
nasir ketawa lagi. "takdalah. saja je. takyah nak bersalah. kalau kita orang takda masa tu. lagi teruk kau. kita orang kena belasah no hal lah. irfan tu biasa dah. kalau apa apa jadi kat kau. irfan mesti lebih rasa serba salah sebab dia orang terakhir jumpa dengan kau." terang nasir.
"yeke wey?" serba salahnya zahra.
"tapi ni shhh je tau. buat je macam kau tak tahu apa apa." kata nasir.
"tapi asal kau bagitahu aku eh?" soal zahra.
"kan dah cakap tadi nak buat kau serba salah." kata nasir sambil ketawa.
"nasir! kau ni." zahra rasa nak pukul je nasir itu.
"tapikan tapikan.." tidak sampai nasir bercerita lagi, ada seseorang tegur mereka.
"ketawa apa kau ni nas? apa yang seronok sangat?" soal irfan.
"ahh hello bro. sihat?" soal nasir dengan sisa tawanya.
irfan menjeling nasir. "kau zara, buat apa kat sini? takkan aku terus letak call semalam pastu tak call kau balik terus datang nak jumpa aku harini?" kata irfan.
"kau kata kau okay." kata zahra pula. dia memandang irfan dari atas hingga bawah.
"aku okay je lah. kenapa? si bahalol ni cakap aku tak okay ke?" soal irfan sambil memandang nasir tajam.
"kau okay jelah? series ah? habis yang muka kau lebam lebam ni. jalan terhincut hincut? tangan kanan kiri kau tu luka luka still okay?" sungguh dia rasa bengang selepas melihat keadaan irfan begitu.
"alaa.. sikit je lah ni. aku pernah kena cekik sampai rasa nak mampus masa kecik dulu. tu lagi sakit." kata irfan.
makcik intan yang kebetulan baru sampai ke ruang tamu sambil menatang dulang air terus terhenti pergerakannya.
bukan sahaja makcik intan, nasir juga turut tergamam dan memandang makcik intan.
"makcik ni buat susah je lah. saya datang singgah je makcik, takyahlah air air." kata zahra selepas semua diam. dia mengambil alih menatang dulang itu.
"ehh zara. takda apa yang susah pun. buat air je. borak panjang panjang dahaga nanti." balas makcik intan. kemudian dia ke dapur kembali.
"ni kau datang dengan siapa ni?" soal irfan. takkan naik abang dia? mustahil lah.
"naik grab." zahra tunjukkan 'peace'
"kau ingat kau comel lah buat macam tu? ermm sikitlah. kau naik sorang ke? semata mata nak jumpa aku ke? kau tak tahu makna bahaya lagi?" soal irfan tertubi tubi.
"kau tak sakit ke cakap banyak banyak? semalam kau kata kau tak boleh cakap banyak. sakit." balas nasir pula.
"kau diam gila. aku tengah marah perempuan ni hah." kata irfan.
"aku dah biasa lah naik grab sensorang." kata zahra sambil menunduk.
"aku tak faham lagi kalini kenapa mak kau bagi izin kau datang sini naik grab sensorang lepas apa yang dah pernah jadi dekat kau. abang kesayangan kau tu mana? dia tak boleh hantar adik dia ni? adik dia teringin nak tengok kawan dia yang luka teruk gila nak mampus ni." kata irfan dengan marah.
zahra geram dan malu. dia terus bangun. dia mahu balik.
"kau nak pergi mana?" soal irfan yang turut berdiri menghalang zahra dari terus keluar rumah.
"balik." suara zahra sudah ada getaran.
"duduklah. kenapa nak balik pula? kata nak melawat aku." balas irfan. kalini suaranya kembali tenang.
"kau marah. kau tak bagi aku melawat kau. aku... malu." jawab zahra.
"kenapa malu? dah duduk. nanti lepas zuhur aku hantar kau balik. ni ibu aku tengah siapkan makan. kita makan dulu. aku pun dah janji dengan mama kau nak jaga kau kan. takkan aku nak hantar anak dia dengan mata berkaca ni." kata irfan.
zahra cepat cepat kesat air matanya.
"bila nak habis drama ni? geli lah tengok." kata nasir sambil mengambil segelas air dam minum.
"kalau geli baliklah!" jawab irfan.
"kau taknak ajak aku makan sekali ke?" soal nasir sambil tersengih.
"aku tak ajak pun, tahu tahu kau dah siap makan kat dapur tu. muka tak tahu malu kau tu bukan aku tak kenal." balas irfan. dia lihat zahra kembali duduk. cuak dia bila zahra mahu balik tadi.
"zara.. kau nangis ke?" soal nasir.
"entah dia tu. baru marah sikit dah nangis. macam budak tadika." sambung irfan.
"eeee korang ni! diamlah!" jerit zahra perlahan.
irfan dan nasir ketawa.
"ahh sakit sakit." kata irfan. irfan memegang pipinya yang ditumbuk.
"padan muka. ketawakan orang lagi." jawab zahra.
irfan sudah buat muka.
nasir sambung ketawa.
"zara, iyel, nas. makan jom. ibu dah siapkan makanan tengahari ni." tegur makcik intan.
"kenapa nama nas sebut last? huh merajuk." kata nasir sambil memuncungkan mulut dan silang tangan.
"eee kau memang mengada ke?" soal zahra.
"kau diam!" balas nasir.
zahra ketawa. makcik intan turut ketawa.
"alaa.. nas ni. sini sayang jom makan. alaa anak angkat manja ibu." panggil makcik intan lembut. dia menghulurkan tangannya kearah nasir.
nasir tersenyum dan menyambut huluran tangan itu.
"manja nya dia." kata zahra bila nasir dan makcik intan sudah menuju ke ruang makan.
"biasalah dia. dah jom. sini sayang jom makan. alaa.. sayang saya sorang ni." panggil irfan pula.
"eee.. bila sampai kat kau tak jadi lembut dah. jadi geli bila dengar." kata zahra sebelum berdiri dan bergerak laju menuju ke ruang makan.
"sayang.. orang tengah sakit ni. tak boleh jalan laju laju. tolong lah!" lembut sahaja suara irfan merengek.
"kau nak aku tolong apa? campak kau biar terus sampai kat meja makan?" soal zahra garang.
"eee.. garang. hahahah dah lah pergi dulu sana. takpa takpa aku boleh jalan lagi." kata irfan. tidak sempat irfan habiskan kata katanya, zahra terus kembali berjalan laju menuju ke ruang makan. irfan tersenyum.
_____________________
"abang kau tahu ke tak kau datang rumah aku ni?" soal irfan sambil menyerahkan helmet ke zahra.
zahra menggeleng. dia mengambil helmet itu dan menyarungkan ke kepalanya.
"kalau dia tahu macam mana?" soal irfan lagi sambil menyarungkan helmet ke kepalanya juga.
"taktahu. biarlah. ni dia kerja. jadi mungkin dia takkan tahu." balas zahra.
irfan mengangguk.
"kau.. okay tak ni hantar aku balik? tak sakit ke?" soal zahra. dia nampak irfan tahan sakit semasa irfan menyarung helmet.
"aku lagi tak okay kalau biarkan kau balik naik grab sendiri." balas irfan.
"lyel, bawa motor hati hati ya." tegur makcik intan.
"ya ibu. ibu ada nak kirim barang apa apa tak?" soal irfan.
makcik intan menggeleng sambil tersenyum.
"datang lagi ya zara. kita makan makan lagi." sambung makcik intan lagi.
"inshaAllah makcik. sedap makcik masak. terima kasih." balas zahra.
"sama sama." jawab makcik intan.
___________________
"balik hati hati. ada apa apa call aku." kata zahra.
"ermm.. kirim salam family kau." balas irfan.
"nak masuk dulu?" soal zahra.
"taknak. nanti abang kau balik malas aku." balas irfan.
"takut eh dengan abang aku?" soal zahra sambil ketawa.
"bukan takut. malas nak jumpa." jawab irfan selamba.
"hahaha yerlah. sakit sakit ni pun jangan lupa belajar. next week last tau aku ajar kau. lepasni belajar sendiri tau." kata zahra.
"yerlah. tahu.. pandai pandai lah aku nanti. tahu tak panas? masuk sana. tadi kat rumah taknak ajak berbual. ni kat panas panas terik ni sibuk nak ajak berbual." kata irfan.
"hishh dia ni. dah lah pergi balik. terima kasih." kata zahra lalu terus masuk ke dalam rumah.
irfan tersenyum melihat gelagat sayang dia itu.
Share this novel