2 bulan kemudian.
hubungan zahra dan irfan semakin rapat. zahra semakin dapat menerima kenakalan irfan dan irfan juga dapat menerima ketegasan zahra.
"okay.. since kau dah pandai sikit ni. kita potong hari nak tak? maksudnya biasa kita buat 4 hari seminggu. lepas ni kita buat 2 ke 3 hari seminggu? nak? so kau ada masa rehat kau jugak." jelas zahra. dia penat sebenarnya hari hari kecuali jumaat dia pulang jam 3:30 petang (zahra sudah tukar masa dari tamat waktu sekolah iaitu jam 1 petang hingga 3:30 petang.)
"aku ada masa rehat ke kau yang ada masa rehat?" soal irfan.
"ahhh.. both. kenapa? kau taknak eh?" jawab zahra.
"kau dah penat ajar aku eh?" soal irfan lagi.
"bukan penat.. tapi penat lah jugak. bukan penat ajar kau. tapi penat nak kerah otak lagi. hehe. sorry." zahra senyum manis tanda minta simpati.
"hmmm.. yerlah.. orang dah taknak tolong kita belajar nak buat cemana." jawab irfan sambil muncungkan mulut.
"bukan macam tu lah wey. kau ni.." balas zahra.
"kalau bukan macam tu, macam mana? ahh takda takda. kau kena ajar aku setiap hari juga." balas irfan.
"kau tak bosan ke doh?" soal zahra.
"ooo.. kau bosan? habis mana tanggungjawab kau nak ajar aku? dulu bukan main cakap fasal tanggungjawab. sekarang lupa dah ke?" soal irfan.
"okok yerlah.. okay kita proceed. kat mana tadi?" kata zahra sambil muncungkan mulutnya.
"macam ni lah sayang saya. nanti aku belanja makan eh?" kata irfan sambil ketawa.
"hishh kau ni.." ini bukan kali pertama irfan katakan 'sayang saya' malah sejak kebelakangan ini, perkataan itu sering keluar dari mulut lelaki itu.
irfan tersenyum. suka dia melihat gadis itu marah. ya.. dia suka sebut perkataan itu. rasa sesuai untuk gadis dihadapannya ini. dia sayang zahra? entah. dia tidak pasti kerana ia terlalu awal. tetapi ini satu rasa yang dia tak pernah rasa sebelum ni.
"zara. kau ada pakwe ke zara?" soal irfan.
"dah 2 bulan kita selalu berdua je, baru harini kau nak tanya? kau rasa?" soal zahra balik.
"takda." jawab irfan dengan selamba.
"kenapa kau rasa takda?" soal zahra.
"sebab... siapa je nak kat kau yang garang ni? mulut suka membebel. muka tu, berkerut je. jantan semua takut. macam ni hah muka kau." jawab irfan sambil buat muka berkerut. selepas itu dia ketawa besar.
"irfan! sampai hati." zahra rasa hendak menangis.
irfan pula masih belum reda lagi ketawanya.
"jadi betul lah takda kan?" soal irfan sebelum menyambung ketawa.
zahra sudah memuncungkan mulut.
"dah lah irfan. kuat sangatlah ketawa." tegur zahra melihat irfan masih belum berhenti ketawa. entah apa yang kelakar.
"amboi.. bestnya korang. ketawa ketawa ya." tegur nasir.
"ehh.. buat apa kau kat sini?" soal irfan dengan sisa tawanya.
"saja. aku baru habis study ngan mentor aku tu. lalu sini. dengar kau ketawa. amboi seronok eh sekarang." kata nasir.
"tapi kau datang sini, jadi tak seronok dah."
"ooo.. kira aku ganggu lah ni? kesahnya pulekkk.. zara. kau buat lawak apa? share lah sikit." kata nasir.
"eee sibuk lah kau ni." bentak irfan.
"amboi.. marah nampak." balas nasir.
"hishh korang ni. takda apa yang lawak pun. entah dia ni ketawa tiba tiba." balas zahra.
"you know what zara, irfan jarang sangat sangat dapat ketawa macam tu. rasanya seumur hidup dia, boleh kira dengan jari berapa kali dia ketawa berbahak bahak macam ni." kata nasir.
"woiii!! mana ada syaiton. dengan korang pernah ehh aku gelak macam tu." kata irfan.
"pernah memang pernah. tapi berbelas tahun berkawan dengan kau. aku boleh kira dengan sebelah tangan ni je berapa kali. ni dengan zara ni, baru 2 bulan wey. amboi.." balas nasir.
"blahh lah kau. tunggu je lah aku kat motor. semak kat sini apahal." suara irfan sedikit tinggi. dia malu. iyerlah.. kawan kawan nya tahu perangai dia yang hati kering.
"ehh.. janganlah gaduh. ermm takpalah. sekarang pun lagi 3 minit nak pukul 3:30. kita stop je lah. jumpa esok eh. hal korang settle tempat lain." zahra mula kemas barang barangnya.
irfan pandang zahra. dia mengeluh. kemudian dia ikut kemas barangnya.
"jom ah nas." kata irfan.
"jom." balas nasir.
"thanks zara." kata irfan lagi.
"my pleasure" balas zahra sambil tersenyum.
"bye sayang saya." kalini irfan bisik pada zahra. muka zahra berubah. berkerut mukanya. zahra mengawal hati. perempuan mana yang tiada perasaan apabila ada lelaki yang kata begitu pada mereka. segarang garang zahra sekalipun, dia tetap seorang perempuan yang ada hati yang lembut.
ya.. dulu dia benci pada irfan. tetapi sejak sebulan yang lalu, dia lebih mengenali irfan. lelaki itu baik. walaupun nakal dan hati kering. tetapi lelaki itu baik sebenarnya. kadang kadang dia bawa makanan untuk zahra kerana katanya zahra sudah penat mengajarnya.
"hah.. tu kata apa tu?" soal nasir. dia nampak perubahan wajah pada muka zahra. dia sebagai seorang yang sangat rapat dengan irfan, bersyukur temannya itu ditemukan dengan gadis dihadapannya ini. sejak kejadian yang menimpa keluarga irfan, hidup irfan berubah. tidak seceria dahulu. sikapnya berubah. mudah marah dan hati kering. tetapi irfan sangat pentingkan keselamatan ibunya. bagi irfan ibunya adalah segalanya.
"dah.. takda apa. sibuk je kau ni." kata irfan.
"okay bye zara. see you." kata nasir pada zahra.
zara senyum dan melambaikan tangan.
_______________________
"sayang zara?" soal nasir.
"hah?" irfan tidak faham.
"kau suka zara? kau 'hah' lagi, aku tumbuk muka kau." kata nasir.
"hah? Hahahah.. merepek lah kau ni." balas irfan sebelum dia memakai helmetnya.
"alaa.. jujur jelah. aku kenal kau bukan sehari dua bro." kata nasir.
"so kau nak cakap kau dah expert dengan hati perasaan aku lah?" soal irfan.
"bukan expert lah. tapi tahulah." balas nasir.
"dah jom ibu aku dah panggil balik." kata irfan. dia malu. dia malu untuk berterus terang tentang perasaannya.
"dan dan lah ibu kau panggil balik. jom ah. aku dah bau masakan ibu kau." kata nasir. ibu bapanya kerja. memang hampir setiap kali pulang sekolah, dia akan lepak rumah irfan. keluarga irfan juga sudah dianggap macam keluarganya sendiri. sudah 18 tahun keluarga mereka hidup berjiran. sejak mereka belum lahir lagi.
_______________________
"assalamualaikum ibu." jerit irfan. mukanya ceria.
"waalaikumusalam. amboi anak ibu. sejak akhir akhir ni, balik rumah asyik senyum senyum je ye." kata mak cik intan.
"ada apa apa ke kat sekolah?" soal makcik intan lagi.
"mestilah ada sesuatu mak cik." kata nasir.
"iye? ada apa? jom kita membawang dulu." balas mak cik intan.
"ibu! nas! apa ni. dah lah. orang dah lapar dah ni. orang bad mood balik baru tahu. nak ceria pun salah. kang marah, kata apa pula. tak faham lah." kata irfan sambil dia berjalan masuk ke biliknya.
mak cik intan dan nasir lihat saja perlakuan irfan. sejak kecil irfan memang manja dengan ibunya. tapi lepas apa yang dah jadi dulu, macam macam perangai irfan telah berubah.
"kenapa tu nas?" soal mak cik intan.
"dilamun cinta macam tu lah." kata nasir.
"iyeke? biar betul kamu ni nas." mak cik intan teruja rasa. anak nya masih ada perasaan. selama ini mahu senyum pun mulut terasa berat. tetapi dia tidak salahkan irfan sepenuhnya. dia tahu irfan masih trauma dengan kejadian dulu.
"betul mak cik. tak tipu. tapi dia taknak ngaku. malu kut." kata nasir.
"cerita apa lagi yang kau reka nas dengan ibu aku?" soal irfan dengan mukanya berkerut.
"reka cerita apanya?" balas nasir terkebil kebil.
"iyel nak makan? jom makan. ibu dah siapkan semua dah. jom nas." kata mak cik intan.
irfan terus berlalu ke meja makan.
"tambah lagi ye nas. macam biasa, buat macam rumah sendiri." kata makcik intan.
"okay makcik. macam biasa, tak pernah mengecewakan." balas nasir.
selepas itu ruang makan itu sunyi tanpa suara mereka bertiga.
selepas makan mereka bertiga duduk di ruang tamu menonton televisyen.
"iyel tak keluar?" soal mak cik intan. dia memandang irfan. kemudian memandang nasir.
irfan yang sedang meneliti telefon bimbit terkejut disoal ibunya tiba tiba.
"ye ibu? apa?" soal irfan.
"tak keluar?" ulang makcik intan lagi.
"ermm tak. malas. penat. tapi nanti haziq datang sini." kata irfan.
"ooo.. iyel taknak cerita fasal perempuan tu?" soal mak cik intan.
"perempuan mana ni?" soal irfan. matanya kini tajam memandang nasir.
"asal pandang aku?" soal nasir sambil mengunyah keropok.
"ceritalah kat ibu." kata mak cik intan.
"takda apa lah ibu. kawan je. macam iyel ngan balqis." kata irfan. cerita mengenai balqis, sekarang balqis seolah olah berjauh hati dengan dia. fasal apa, dia pun tak tahu.
"mesti special kan? sebab ibu nampak iyel lebih happy sekarang." kata mak cik intan.
"huh.. selama ni iyel tak happy ke?" soal irfan.
"maksud ibu kau, kau lebih happy lah. bukan tak happy.. tapi sekarang lebih happy. ada faham?" nasir mencelah. dia tekankan perkataan lebih itu. irfan.. cakap tak pernah tak sinis ayatnya.
"bawalah dia jumpa ibu. nak juga ibu kenal kenal dengan dia. kut kut ibu berkenan." kata mak cik intan. dia tidak kisah jika anaknya ini bercinta. tetapi jangan sampai lupa pelajarannya sahaja.
"buat apa nak bawa jumpa ibu? bukannya ada apa apa pun. kawan biasa je. dia ajar iyel je." kata irfan.
"kawan pun. apa salahnya bawa jumpa ibu. alaa.. mula mula kawan lah. lama lama? macam ibu dengan ayah dulu. kita orang kawan dari zaman sekolah lah. last last? kahwin jugakan. tak mustahil pun kalau dah suka." kata mak cik intan.
"huh.. last last kahwin? last last apa jadi sekarang? bahagia ke? dia buat apa kat ibu? iyel nak kena cakap berapa kali dengan ibu? jangan pernah sebut nama jantan tu depan iyel. tu pun susah nak faham ke?" soal irfan geram. dia tidak suka panggilan ayah itu disebut sebut. dia tiada ayah lah!
"irfan.. apa kau cakap macam tu dekat ibu kau?" kata nasir. kata kata irfan tadi agak biadab baginya.
"kau diamlah nas! aku dah cakap tak sukakan. disebutnya lagi. benci kau tahu benci?" kata irfan. dia sudah bangun untuk pergi ke bilik.
"dia tetap ayah kamu iyel walau kamu benci macam mana pun." kata mak cik intan.
"takda ayah lagi baguslah kalau ada ayah pun tapi perangai macam tu. sampai mampus pun aku takkan mengaku dia ayah aku!" irfan menjerit kuat di dalam bilik. dia marah. sampai bila bila dia takkan lupa apa yang ayah dia buat pada dia dan ibunya.
"iyel.." luluh hati mak cik intan apabila irfan berkata begitu.
"sabar ya mak cik. irfan masih trauma. dia masih belum terima semua tu." nasir cuba tenangkan mak cik intan.
Share this novel