7:15AM
KRINGGGG!!!! KRINGGG!!!!!
"........"
7:17AM
"tutup pagar je lah. dia tak datang kot." kata mira.
7:20AM
"zara!! awat datang lambat? tak pernah pernah." soal mira.
"semalam aku study sampai pagi. tu yang terlajak tidur." balas zahra.
"ermm.. so. peraturan tetap peraturan kan. kau tulislah nama." kata mira serba salah. dia tangkap ketua pengawas wey.
"yeah.. i know." balas zahra malas dan berlalu pergi.
zahra duduk di barisan perempuan yang datang lewat.
"wui.. cik ketua. lewat ke?" perli seseorang.
muka zahra sudah naik kemerahan. yerlah. selama ni dia duk kutuk kutuk orang yang datang lambat ni, tapi akhirnya dia juga telah menjadi salah satu ahli disini.
"hahahah.. padan muka kau. haritu macam bagus sangat." dan zahra sangat kenal suara ini. geramnya dia. lelaki itu masih suka cari fasal dengan dia. dan dia juga sudah agak. kawan kawannya juga pernah pesan 'sekali kau cari fasal dengan dia, dia tak akan berhenti kacau kau sampai kau tertunduk malu.'
"woi.. kau dengar tak aku cakap ni? apa rasa datang lambat?" soal irfan sambil ketawa.
"diamlah. nanti kena marah karang. bukannya lawak pun." marah zahra.
"kesah pula aku." irfan masih dengan ketawanya. entah apa yang kelakar.
"kau tak kesah. tapi aku kesah. so, shut up!" kata zahra dengan geram.
irfan masih lagi ketawa.
"irfan. awak ketawa kenapa? apa yang kelakar sangat tu? dahlah datang lambat." marah cikgu ramlan.
"dia ni sibuklah. aku peliklah. aku buat salah, marah macam apa. kau buat salah, tak cakap apa pun." luah irfan. mulutnya memuncung.
"sebab aku baru lambat sekali. kau tu dah berkali kali. and kau selalu buat jahat. aku baik. tu pun tak faham ke." jelas zahra. aku ni dah lah datang lambat. dia ajak berbual pula. kang tak fasal fasal aku yg kena marah.
"tapi.. datang lambat still datang lambat jugakan? perlu ke nak bandingkan pelajar baik dengan pelajar kurang baik? inilah mereka. suka pilih kasih." irfan membebel.
"kau ni bisinglah. cuba duduk diam je." kata zahra. betul juga apa yang irfan katakan itu. padahal aku juga bercakap dengan irfan walaupun aku hanya suruh dia diam. tetapi cikgu bukan dengar apa yang kami sedang perkatakan. tetapi hanya irfan sahaja yang kena marah.
_______________________
"irfan. awak ingat, awak ni bagus sangat ke? nak jadi gangster? samseng sekolah? kalau macam tu, takyah datang sekolah. awak menyusahkan kami pihak sekolah tahu tak? bukan tu saja, awak malukan sekolah ni. nama sekolah ni naik bukan sebab akademik cemerlang ke apa.. tapi sifat samseng awak ni lah. sudahlah fan. takyah gaduh gaduh. ni kalau cikgu ramlan tahu ni, habis awak." penat cikgu laila membebel. untung sahaja irfan cikgu ramlan masih menghadiri khusus di luar negeri. kalau tidak mungkin sudah dimakinya irfan ini.
dengan irfan, cikgu ramlan sudah tidak ada kesabarannya lagi. main lepas sahaja cakapnya.
zahra mendengar bebelan cikgu laila dari dalam bilik disiplin. kebetulan dia mahu menghantar buku latihan yang sudah dikumpulnya untuk diberikan pada cikgu laila. sudahnya dia tunggu diluar bilik disiplin sahaja. malas mahu masuk. nanti dikata menyemak pula.
tidak sampai tiga minit selepas itu pintu bilik disiplin dikuak dari dalam.
"awak ingat ya irfan. jangan buat masalah lagi." marah cikgu laila lagi. cikgu laila ini cantik orangnya. tapi apabila marah.. panjang betul bebelannya.
"bising betul perempuan ni. muka tak kena dengan perangai betul." bebel irfan pula. dia pandang kedepan. mahu sakit jantung dia selepas itu. tiba tiba sahaja ada orang didepannya.
"kau pahal kat sini? buat terkejut aku je." kalau aku sakit jantung. nahas aku kerjakan kau. sambungnya dalam hati.
"aku nak hantar buku ni." kata zahra sambil menunjukkan buku buku latihan di tangannya itu.
"hmm.. ketepilah." bentak irfan lalu memakai kasut sekolahnya.
"kau gaduh lagi ke? asyik gaduh je." haishh.. mulut. asal kau tanya soalan tu. matilah kau lepas ni.
irfan sudah berhenti dari memakai kasut. matanya tajam memandang kearah zahra.
zahra sudah telan air liur. matilanak.
"aku paling pantang orang sibuk nak tahu hal aku. kau tu siapa hah? nak hantar buku tadikan. pergilah masuk sana! bodoh semak kat sini." marah irfan.
zahra cepat cepat masuk ke dalam bilik disiplin.
"apa yang bising bising kat luar tadi tu zahra? dia kacau awak eh?" soal cikgu laila.
"eh.. takdalah. dia tak kacau saya pun." balas zahra. "ni bukunya eh cikgu." zahra meletakkan buku latihan itu ke rak buku yang telah disediakan.
"pening kepala saya fikirkan hal irfan ni. tak faham bahasa betul. banyak kali kena tegur, tapi satu pun tak masuk dalam kepala otak dia tu. tak tahu cara apa lagi yang boleh buat dia insaf." kata cikgu laila.
"sabarlah cikgu.. lagipun tahun ni kan, tahun last dia. tahun depan cikgu dah tak jumpa dia dah." kataku.
"tapi ni masih awal tahun. jadi, saya masih ada beberapa bulan lagi untuk hadap masalah dia ni. awak tahu, untuk bulan ni je.. dah 2 kali polis datang sekolah kita." kata cikgu laila lagi.
"saya sebagai kawan dia, saya akan cuba tolong dia ya cikgu." kataku. kerana aku tak tahu mahu cakap apa lagi pada cikgu laila selain bersabar.
"saya nak buat apa eh?" cikgu laila mula memikirkan cara untuk membuat irfan berubah menjadi lebih baik.
"ermm.. macam tu saya masuk kelas dulu eh cikgu." balasku dan terus berlalu.
Share this novel