chapter 22 (akhir)

Romance Completed 4509

10 tahun sudah pun berlalu. dan 10 tahun juga aku masih sayang dan cinta orang yang sama iaitu pada gadis yang buat aku berubah sehingga aku jadi seorang yang berjaya sekarang dan aku harap perasaan ini kekal hingga ke syurga nanti.

10 tahun. banyak yang kami lalui. pahit, manis, suka dan duka. ada suatu ketika, hubungan kami hampir terputus. tetapi kami tetap bertahan kerana kami sendiri tahu yang kami memerlukan satu sama lain.

dengan keputusan kami yang cemerlang, zahra dapat menyambung pelajaran pada peringkat asasi dan aku menyambung pelajaranku di universiti terkemuka di malaysia ini. setelah zahra tamat asasi, aku melamar dia dan kami bertunang dan ketika itu dia dapat melanjutkan pelajaran di luar negara. bertahun dia di luar negara untuk mengambil ijazah dan master. aku hanya menyambung ijazah di malaysia sahaja. ketika itulah hubungan kami mula renggang. banyak ujian yang kami dapat. tetapi kami lalui satu per satu.

selepas kembalinya zahra di Malaysia, kami terus bernikah. kehidupan kami selepas nikah tidak seperti yang di impikan kerana aku sibuk dengan kerja dan master. hubungan kami sekali lagi diuji. zahra pula sibuk dengan kerjanya sehinggalah zahra ditakdirkan hamil anak kami. aku bersyukur kerana dengan adanya zuriat itu, hubungan kami kembali dekat. kami lalui hari yang sangat indah walaupun kami sibuk bekerja. aku sedar, tuhan bagi aku masa 24 jam sehari. 8 jam untuk aku tidur. takkan aku tak boleh beri sedikit waktu untuk orang tersayang.

"ayah!" jerit seseorang yang mematikan lamunan irfan.
itu dia. gadis kecil irfan dan juga zahra. mia khaisara.
"anak ayah!" irfan turut menjerit seperti sudah lama tidak berjumpa dengan anaknya.
anak kecil berusia 2 tahun itu terkedek kedek lari kearah ayahnya.
"hug!" jerit mia sebelum masuk ke dalam dakapan ayahnya.
irfan mendukung anak gadisnya itu.

"awak!" mamanya pula menjerit.
"sayang saya!" jerit irfan sambil tersenyum.
"nak hug jugak." zahra merengek.
"Allah. nasiblah ayah dapat dua dua perempuan yang manja ni." ye.. selepas kahwin, zahra mula tunjukkan sisinya yang manja. sebelum ini tegas!
irfan membuka tangannya yang sebelah lagi untuk mendakap tubuh zahra.
zahra memeluk suaminya erat sebelum menghulurkan tangan untuk menyalami irfan.
irfan sambut salam itu dan menghadiahkan isterinya ciuman di pipi. zahra tersenyum.

"ayah.. nak kiss jugak." mia yang melihat aksi itu turut merengek.
irfan ketawa sebelum mencium pipi mia.
"best tak shopping dengan mama and nenek?" soal irfan pada mia.
"best." kata mia sambil tunjuk ibu jarinya yang montel itu.
"tapi.. kenapa ayah takda?" soal mia dengan sebutan yang tak berapa jelas itu.
"ayah ada kerja sayang. lain kali ayah ikut sekali eh?" kata irfan sebelum sekali lagi mencium pipi anaknya.

"ibu okay tak berjalan tadi?" soal irfan pada zahra pula.
"ibu.. mana tak okay. selagi ada cucu dia ni, dia okaylah. dia layan je cucu kesayangan dia ni." kata zahra sambil mencubit pipi tembam anaknya itu. ibu irfan kini tinggal bersama dengan mereka. sejak mereka berkahwin lagi.
"sayang saya okay? penat tak?" soal irfan lembut. selepas mereka dikurniakan zuriat, zahra mengambil keputusan untuk berhenti kerja. mahu membesarkan anak dulu katanya. tetapi ketika usia mia menginjak setahun, zahra menyambung pelajaran pada peringkat PHD pula.
"saya okay. tak penat pun. awak tu penat tak? lepas mengajar kena datang meeting pula." kata zahra. irfan sekarang bekerja sebagai pensyarah di universiti awam.
"penat sikit je. takpa cari rezeki. ermm sorry sayang tak sapat teman beli barang dapur." kata irfan sambil mencium umbum umbun isterinya. hilang penat terus. dia tidak dapat teman isterinya ke pasar raya kerana terpaksa hadir ke mesyuarat.

"takpa. saya faham. awak cari rezeki pun untuk kami jugak." balas zahra.
"terima kasih sebab faham saya." sekali lagi umbun umbun zahra dicium.
"saya yang patut berterima kasih dengan awak sebab sanggup tunggu saya." irfan tahu impiannya untuk belajar ke menara gading dan irfan tidak pernah menghalangnya malah menyokongnya.
"kalau 20 tahun lagi pun saya akan tetap tunggu awak sayang." irfan tahu dia takkan berdiri sama tinggi dengan zahra. tapi sekurang kurangnya dia bangga kerana zahra memerlukan dia untuk zahra berdiri tinggi lagi.
"sebab tu saya sayang awak sangat sangat." zahra memeluk irfan dengan lebih erat lagi.
"dan saya lebih sayangkan awak dari awak sayangkan saya." balas irfan.
"awak selalu taknak kalah kan." zahra pandang irfan dan memasamkan muka.
"yes. saya selalu nak menang dan akan selalu menang seperti saya menang dapatkan hati awak." kata irfan sebelum dia mencium bibir isterinya pula.

zahra terkejut. "awak. berani awak buat depan anak awak eh?" marah zahra. dada irfan dipukulnya perlahan.
"mestilah berani sebab anak awak tengah tidur. basah dah bahu saya kena air liur basi dia ni." balas irfan.
mereka ketawa.

"sayang..." panggil irfan meleret.
"erm.." balas zahra juga meleret.
"saya rasa nak anak lelaki pulak lah. mia pun dah besar." kata irfan manja.
"no way. saya kan tengah belajar." kata zahra.
"alaa.. tak boleh eh?" irfan sudah memasamkan muka.
"bukan tak boleh. tapi taknak. saya nak habiskan belajar dulu. bolehkan?" harap sangat irfan membenarkan. walaupun dia tahu irfan akan benarkan. hehe.
"ermm.. dah lah. nak nangis. nak bahu. sini." irfan menarik zahra lebih dekat dengannya dan dia meletakkan kepalanya di bahu zahra.
"aduhh.. eee suami manja saya ni. orang nak jadi manja dia pun sibuk nak jadi manja." marah zahra perlahan. sekarang dia berada ditengah tengah antara irfan dan mia. susah dia mahu bernafas.
"ni bukan manja. ni meratapi apa yang saya tak dapat." luah irfan.
zahra ketawa. "sabar ye sayang." zahra menepuk badan irfan.
lama mereka berdiri di koridor bilik mereka itu. bulan dan bintang menjadi saksi bahagianya keluarga kecil itu.

siapa kata cinta zaman sekolah tidak mampu untuk bertahan? mereka jatuh cinta ketika mereka 17 tahun. siapa kata cinta jarak jauh tidak mampu untuk bertahan? mereka masih setia walaupun berada di berlainan negara. siapa kata berkahwin ketika belajar tidak mampu bertahan? mereka buktikan bila mereka tahu mereka sangat memerlukan antara satu lain untuk kekal bersemangat. semua mampu untuk dilakukan jika hati masih setia pada orang yang sama. semua mampu untuk dilakukan jika masing masing faham antara satu sama lain.


______________TAMAT_______________

sekian sahaja cerita daripada saya. semoga anda yang membaca akan terhibur. terima kasih! ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience