chapter 8

Romance Completed 4509

"iyel.. anak siapa kamu bawa ni? kamu buat apa dekat dia?" soal makcik intan.
"sabar lah ibu. berat dia ni. bagi letak kat mana mana dululah." lama pula perempuan ni pengsan. irfan semakin penat. dia hanya bawa motor, jadi keadaan lebih sukar untuk membawa zahra.
"ahh okok." balas makcik intan. dia ke dapur mengambil air dan lap. lihat muka anaknya buatkan dia lebih risau.
zahra diletakkan di atas sofa.
"apa jadi ni iyel, nas, haziq? bergaduh?" soal makcik intan apabila dia tiba di ruang tamu.
"ermm.. ada orang nak kacau zara. irfan tolong." kata haziq.
"zara? ni ke zara?" soal makcik intan lagi. dia mendekati irfan yang juga sudah berbaring di sofa.
"haah. ni lah zara." kata nasir.
"iyel okay tak?" soal makcik intan.
irfan yang sedang pejamkan matanya mengganguk lemah. badannya masih sakit. mukanya semestinya sakit. tapi dia sudah terbiasa dengan itu.
tangan yang menutup mata irfan diangkat oleh makcik intan. dia merawat muka irfan. bukan kali pertama dia membuat begini, sebelum ini irfan juga sering bergaduh. tak tahu mahu kata apa lagi.
irfan diam sahaja ibunya merawat lukanya.

tidak lama selepas itu zahra mula menunjukkan reaksi sudah sedar.
zahra membuka matanya. suasana yang asing baginya. dia pandang sekeliling. nasir dan haziq sedang perhatikannya. dia di mana?
"kau kat rumah irfan. kau selamat kat sini." jawab nasir apabila melihat muka zahra yang keliru itu.
zahra mengucap syukur. dia mungkin ditempat yang selamat. berdekatan dengan sofa tempat dia berbaring ini dia nampak irfan. lukanya sedang dirawat. mungkin itu ibunya.
"zara dah bangun? nak apa apa tak?" soal makcik intan.
zahra senyum dan menggeleng. dia lihat irfan. mereka ke yang menolongnya?
"korang yang tolong aku?" soal zahra.
"irfan yang selamatkan kau. kau memang selalu lalu situ ke? kawasan tu kan sunyi. kau sorang pula tu." kata nasir.
"nasib baik memang kita orang akan lalu situ. kalau tak apa jadi tadi?" kata haziq pula.
air mata zahra sudah bertakung. salah dia ke? sebelum ini dia baik baik sahaja. harini sahaja dia bernasib malang.
"dah lah tu. benda nak jadikan. zara memang selalu balik sendiri ya?" soal makcik intan. dia makin faham cerita ini.
zahra mengangguk. "papa kerja. mama takda lesen." jelas zahra.
zahra memandang nasir dan haziq. "thank you korang selamatkan aku. kalau takda korang entah apa jadi dengan aku." kata zahra.
"aku harap kau okay lepas kejadian tadi." kata haziq.
"inshaAllah okay. makcik terima kasih bagi tumpang rumah. saya balik dulu ya. sudah jam berapa ni. nanti mama risau." kata zahra.
"ehh zara nak balik dah ke? naik apa ni?" soal makcik intan.
zahra terdiam sebentar. takkan mahu jalan kaki sendiri lagi. dia jadi trauma.
"korang.. boleh tempahkan aku grab ke teksi ke?" soal zahra kepada nasir dan haziq.
nasir teragak agak. dia memandang irfan.

"kau jangan ingat aku bagi kau sorang sorang lagi lepas apa dah jadi tadi zara." setelah diam sahaja tadi, irfan berkata. risau aku belum habis lagi zahra.
semua isi rumah itu memandang irfan. ingatkan irfan tidur.
"habistu?" sekali lagi zahra mahu menangis.
irfan bangun dari baringnya.
"dah jom aku hantar." kata irfan.
"haishh.. muka kau nampak sangat kau tengah sakit. takpalah. aku naik grab je. kesian dekat kau." kata zahra. dia terhutang budi dengan irfan.
"takyah degil lah. jom." bentak irfan.
"biar irfan hantar jelah zara. dia risau kat kau tu." kata haziq perlahan.
zahra mengeluh. dia mengangguk.
irfan berdiri dan mengambil kunci motornya.
zahra meminta izin untuk pulang. dia salam tangan ibu irfan.
zahra teragak agak mahu naik motor bersama irfan memandangkan ini kali pertama dia menaiki motor bersama lelaki selain papanya.
"naik jelah. aku takda kereta. dengan aku kau akan selamat." kata irfan. dia tersenyum.
"jaga anak dara orang irfan." kata makcik intan.
"ya ibu.. don't worry." irfan mencebik.
zahra naik ke atas motor. tadi dia pengsan macam mana pula keadaannya ya. aduhh malunya.
"zara, lepasni datanglah lagi rumah makcik ya. boleh kita kenal kenal." kata makcik intan.
zahra tersenyum.
motor irfan menderu keluar dari kawasan rumah.

"tu ke kata tak sayang? kawan biasa kononnya. sakit sakit pun boleh bangun hantar." soal makcik intan kepada nasir dan haziq.
"ego makcik. mana nak ngaku. takut malu lah tu." kata haziq.
mereka ketawa.
"jom makan makcik." pelawa nasir.
"dah jadi rumah kau ya nas?" soal haziq.
"mestilah. ni mak angkat aku. so ni rumah aku jugaklah." dengan bangga nasir berkata.
"huh. muka kau dengan tembok rumah kau tu tiada beza." sengaja haziq menunjuk tembok rumah nasir yang berada disebelah rumah irfan sahaja.
"haishh kamu berdua ni. buat je lah macam rumah sendiri. kamu berdua pun makcik dah anggap macam anak sendiri dah." kata makcik intan. "dah jom makan. makcik pun lapar ni." sambung makcik intan.
"jom ibu!" nasir dan haziq jerit serentak.


_________________________
"terima kasih irfan." ucap zahra. mereka masih diatas motor. dia pelik irfan tidak bertanya pun arah ke rumahnya.
"takda apalah zara. kalau ada orang lain lalu kat situ and nampak kau macam gitu pun dia orang akan tolong." balas irfan. "tapi lepasni, no more macam tu. aku takkan bagi kau jalan sorang sorang. macam mana mak bapak kau boleh lepaskan kau jalan sorang sorang?" sambung irfan.

"dia orang tak tahu pun aku jalan sorang." kata zahra perlahan.
"hah??! tak dengar!" jerit irfan. dah tahu atas motor, angin bertiup cakaplah kuat sikit.
"mak bapak aku tak tahu aku balik sorang." jerit zahra pula.
"asal dia orang tak tahu?" soal irfan.
"sebab aku tak bagitahu lah. sebab kadang kadang aku balik ngan kawan. so aku cakaplah aku ada kawan balik." balas zahra.
"so lepasni balik dengan aku je." kata irfan.
"taknaklah." balas zahra.
"jangan degil. habistu siapa nak amik kau? nak suruh papa kau yang tengah kerja tu?" soal irfan.
zahra diam.

"okay thank you again." zahra sudah selamat sampai ke rumahnya.
"no prob sayang saya." kata irfan sambil tersenyum.
zahra juga tersenyum.
"dah lah. balik lah sana." kata zahra sambil memberi helmet yang dipakainya tadi kepada irfan.
"taknak pelawa masuk ke?" soal irfan.
"taknak. hahaha lain kali eh?" balas zahra.
"okay.. ingat tau balik sekolah aku hantar." kata irfan.
"susahkan kau jelah irfan. takyah lah." balas zahra.
"aku tak kesah. setiap kali balik ikut aku. aku hantar. jangan degil lepas apa yang dah jadi tadi. okay sayang." irfan kembali menghidupkan enjin motornya.
"and.. jangan lupa cerita apa yang jadi tadi kat parents kau. jangan sorok sorok. okay. bye." kata irfan sambil kenyitkan matanya sebelah lalu beredar dari situ.
zahra geram. dia pula aturkan hidup kita.
zahra masuk ke dalam rumahnya.

"assalammualaikum ma. mama!" alangkah terkejutnya zahra bila mamanya sudah bercekak pinggang di depan pintu rumah.
"waalaikumussalam. hah baru balik. dari mana ni? dating ngan lelaki yang hantar zara tadi?" kata makcik ratna. risau dia apabila sudah hampir jam 6 petang tetapi zahra masih belum pulang. tidak pula diberitahu zahra akan pulang lambat.

"mana ada dating. hmm mama nampak ke?" soal zahra.
"nampak lah. zahrah zuyyin bagitahu mama kenapa balik lambat dan kenapa dia yang hantar kamu." soal puan ratna.
"dia tolong zara. zara kena kacau dengan lelaki mana tah tadi. then zara pengsan and dia tolong zara." jawab zara.
"ya Allah... jadi kamu okay tak ni? kena apa apa tak? nak kita report?" puan ratna mula risau.
"takyah lah ma. zara tak cam lelaki tadi." zahra mengeluh.
"then lelaki tadi tolong kamu ke?" soal puan ratna.
"hmm.. ma. zara lapar. makan jom." balas zahra.
"jom. mama nak dengar kamu lagi pasal lelaki tadi. kamu kenal dia ke?" kata puan ratna. semestinya dia mahu tahu siapa yang tolong anaknya ketika dalam bahaya.
"kenal. dia lah lelaki yang selalu zara cerita tu." zahra anak perempuan tunggal, jadi mama dia menjadi kawan rapatnya. tiada rahsia antara mereka. zahra mempunyai seorang abang. sangat rapat dengannya, terlalu rapat sehingga abangnya terlalu menjaganya.
"ooo.. laa kenapa tak ajak masuk? boleh mama nak kenal." kata puan ratna.
"lain kali lah ma." balas zahra. dia mula mengambil lauk pauk. sedapnya. ayam goreng, sayur ubi masak lemak dan sambal belacan. kalau macam ni, mahu tambah berkali kali ni.
"wait. kamu balik sorang ke?" soal puan ratna.
zahra berhenti dari mengambil lauk. dia menelan air liur. perlahan lahan dia mengangguk.
"mana kawan?" soal puan ratna.
"zara balik dulu tadi." jawab zahra.
"apa salahnya kalau kamu tunggu je kawan kamu. ni dah balik sorang sorang. jadi macam tadi. nasib baik ada orang tolong. kalau tak apa jadi ngan kamu tadi? astagfirullah tak dapat mama nak bayangkan apa yang akan terjadi kalau kawan kamu tu tak ada kat situ." dia betul betul risau dengan anak perempuan seorangnya ini.
"tak ada apa lah ma. dah selamat dah pun kan." balas zahra sambil menyuapkan makanan ke mulutnya.
"sedap betul kamu bercakap ya. cuba fikir risiko juga. geram tau mama ngan kamu ni. lepasni tunggu kawan kamu. jangan balik sorang sorang. faham?" kata puan ratna.
"faham. tapi irfan cakap dia nak hantar zara balik setiap hari." kata zahra.
"tu pun satu hal. nak berkawan tak apa. tapi jangan sampai anak mama ni lupa nak belajar sebab kemaruk sangat bercinta. ingat kamu tu masih 17 tahun lagi. belum layak nak bercinta ni." kata puan ratna lagi.

"amboi mama. membebel apa tu. sampai papa balik pun tak dengar. siapa yang bercinta? zara?" soal encik zainal.
"abang.. sorry. anak dara abang ni lah. tahu tak tadi..." puan ratna bercerita kisah tadi.
"zara. lain kali jangan balik sorang sorang. bahaya. kalau takda kawan balik, call papa. kat sekolah ada public phone kan. call. nanti papa terus amik. mama pula.. anak tengah makan, jangan dok membebel je. tahu risau. tunggu dia lepas makan. kang nanti hilang selera makan dia." jawab encik zainal.
"abang!" puan ratna cuba memberontak. orang risaukan anak.
"abang pun risaukan anak kita. tapi sabar. tunggu dia habis makan." kata encik zainal.
"ni yang zara sayang papa ni." kata zahra. dia sudah selesai makan. terus dia pergi ke singki. dia lihat papa dan mama nya sedang berbual. malas dia mahu ambil tahu.

"mama, bila abang ajiq balik?" dia rindu juga abangnya itu. itulah satu satunya abang yang dia ada. abang raziq. kini sedang menyambung pelajaran di universiti.

"dua minggu lagi balik lah. cuti sem sebulan dua gitu." balas puan ratna.
"okay. zara naik atas dulu." kata zahra.
"ingat zara. kalau takda kawan balik call papa. tentang kawan lelaki kamu tu. bawa jumpa papa dengan mama. lelaki sekarang bukan boleh percaya sangat." terang encik zainal.
"ahh tengoklah macam mana. zara nak mandi ni. dah belengas." kata zahra lagi sebelum naik ke biliknya.


______________________
sedang zahra melipat telekungnya tanda selesai solat isyak, telefon bimbitnya berdering. 'irfan' zahra tersenyum sendiri.

"hello sayang saya." ucap irfan setelah zahra sambut panggilan dari nya.
"sudahlah irfan. geli lah aku dengar." kata zahra sambil tersenyum.
"geli konon. padahal suka. macam aku tak tahu." irfan perasan perubahan muka zahra bila dia menyebutkan perkataan itu. irfan suka panggil zahra dengan panggilan itu. rasa sangat sesuai.
"kau sayang aku ke masalahnya? kalau tak sayang jangan panggil macam tu." kata zahra.
"aku saja je panggil kau macam tu. sedap pula dengar." balas irfan.
"aku ada hati dan perasaan irfan." kata zahra.
"aku pun ada hati dan perasaan." balas irfan.
buat seketika masing masing terdiam.
"ermm irfan. aku nak buat homework. since kau takda benda nak cakap, aku off eh. bye." kata zahra lalu meletakkan panggilan.
"zara..." panggil irfan. tapi dia sudah terlambat. irfan mengeluh.
'hishh apasal dengan aku ni. kemaruk ke?' katanya dalam hati.
dia membuat panggilan lain.
"nas. siap. lepak jom sekarang. inform haziq." kata irfan apabila nasir mengangkat panggilannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience