"abang kau nak amik pukol berapa?" soal irfan.
"habis ni dia amiklah." balas zara sambil tanda latihan yang irfan selesaikan. keputusannya semakin meningkat, malah sikapnya juga semakin baik. kali terakhir dia dengar irfan gaduh lebih kurang 3 bulan lepas. itupun kerana orang itu mengejek tentang bapa irfan.
ya.. zahra sudah tahu cerita tentang irfan. dia jadi kasihan. baru dia tahu kenapa irfan jadi begitu. mungkin kerana dia kurang kasih sayang. dia tahu cerita ini pun setelah dia paksa irfan untuk cerita. dia pelik kenapa irfan terlalu marah bila orang kata tentang bapanya. menurut irfan, dia terlalu bencikan bapanya sehingga dengar nama pun jadi benci.
"zara.. aku janji aku akan ada selalu dengan kau. aku janji akan setia dengan kau. aku janji yang kau akan jadi milik aku." luah irfan
"kau dah kenapa tiba tiba nak janji bagai ni? geli tekak pula aku dengar irfan. kita ni masih sekolah. tak layak lagilah nak cakap pasal ni. kita belajar dulu, dapatkan result baik. masuk u.. cari kerja, masa tu baru kau janji dengan aku macam ni eh?" balas zahra.
"hishh.. kau ni. aku baru nak beromantik dengan kau. spoil lah." irfan sudah memuncungkan mulutnya.
zahra ketawa terbahak bahak. "okaylah.. mana tadi yang kau nak aku ajar?"
"ni hah.." irfan masih dengan mucungnya.
"comel lah kau ni." zahrah juga masih dengan tawanya.
"tahu!" balas irfan.
zahra ketawa lagi. "okay ni macam ni...."
"okay dah siap tanda dah. wahh kau makin better lah irfan. kau salah 4 soalan je." jawab zahra bila dia selesai tanda kertas irfan.
"well.. soalan senang." balas irfan.
"ni yang malas kalau puji kau ni." jawab zahra sambil memuncung. menyampah.
irfan ketawa. "takdalah.. aku saja je lah. ni dah jam 3:30 ni. nanti abang kau tunggu lama pula. balik jom." kata irfan.
"eleh.. nak balik awal cakaplah." kata zahra.
"kalau boleh aku taknak balik zara. nak duduk dengan kau je dekat sini." jawab irfan.
"eee.. malaslah aku layan kau ni. menyampah. aku nak baliklah. bye!" kata zahra sebelum menggalas begnya dan pergi dari situ.
irfan tersenyum. dia tidak pernah rasa perasaan seperti ini. perasaan seperti di awang awangan. perasaan yang seperti nekad mahu memiliki seseorang itu.
______________________
"zara, tak boleh ke kalau zara tak ajar si irfan tu lagi?" kata raziq.
"kenapa pula? alaa abang ni. benda ni sampai hujung bulan ni je lah. lepastu dia kena belajar sendiri. sebab lagi 2 bulan nak spm so zara pun nak kena start fokus juga." balas zahra.
"yeke? baguslah kalau begitu. takdalah menganggu zara lagi kan?" kata raziq.
"dia tak ganggu pun lah. kan kalau kita ajar orang, automatik kita akan belajar dan ingat sekali." jawab zahra.
"hishh adik abang ni.. menjawab je kerjanya." raziq mencubit tangan adiknya yang sedang memeluk pinggangnya.
"ehh tu dah hijau dah. jalan!" kata zahra.
"hishh tahulah!" balas raziq dan terus memecut laju.
_____________________
"zara." panggil seseorang.
zahra toleh kebelakang. zahra agak terkejut. sudah lama balqis tidak menegurnya sejak irfan mula rapat dengannya. zahra mendekati balqis.
"kau panggil aku ke?" soal zahra.
"haah. aku nak cakap dengan kau sikit." balas balqis.
"nak cakap apa? cepat sikit. aku ada kelas ni." jawab zahra.
"aku suka irfan." terang balqis.
zahra melopong. "ahh jadi?" apa kaitan dengan aku? walaupun hatinya berdegup kuat.
"tapi aku tahu dia suka kau. so aku nak kau fokuskan je lah dekat pelajaran kau. jauhkan diri dari dia. lagipun minggu depan last dah kan kau ajar dia." kata balqis.
"wait, bukan kau dah ada boyfriend?" ya.. zahra pernah nampak balqis berpelukan di hadapan sekolah bersama seorang lelaki dari mana entah. lelaki itu juga turut mencium dahinya. lagak seperti pasangan suami isteri. tak malu agaknya di depan khalayak ramai buat begitu. irfan turut lihat aksi itu. irfan kata itu teman lelaki balqis.
"dah putus 2 hari lepas." balas balqis.
sekali lagi zahra melopong. serius lah perempuan ini? dah putus terus suka lelaki lain. sukalah orang lain kalau ya pun. irfan tak boleh. ehh aku cemburu ke ni? huaa..
"so.. boleh eh kau jauhkan diri dari irfan. aku cakap baik baik ni. kau macam tak sesuai dengan dia. kau nerd. sesuai dengan orang belakang kau tu." kata balqis.
kurang asam perempuan ni kata aku nerd. wait.. siapa belakang aku? zahra pusing ke belakang. haikal.
haikal mendekati mereka. dia senyum pada zahra. pelik dia sejak bila zahra berkawan dengan perempuan tak senonoh itu. dia tidaklah kenal sangat perempuan itu. tapi selalu juga nampak. lagi lagi bila tamat waktu sekolah.
"zara. tak pergi kelas ke? dah lambat ni." kata haikal.
"ahh kejap kejap. aku pergi dulu ya. bye." jawab zahra. dia mengekori haikal.
"zara!" jerit balqis. balqis geram. dalam hati sudah berbakul bakul dia maki zahra.
"awak kenal ke perempuan tadi tu?" soal haikal.
"kenal. tapi takdalah rapat sangat pun." balas zahra.
"macam mana boleh kenal dia? dia pun banyak masalah juga ke?" soal haikal lagi.
"dia kawan irfan. so kenal lah." jawab zahra.
"ooo.. awak dengan irfan rapat juga eh? macam belangkas saya tengok." kata haikal.
"ada ada je lah awak ni. kita orang rapat sebab aktiviti mentor mentee tu je lah. kalau waktu waktu persekolahan macam ni. kita orang buat hal masing masinglah." haikal ni semua benda dia nak tanya. aduhai...
"ooo.. yeke. ehh harini dia tak datang ke? biasa nampak dia lalu depan kelas.. ni nak dekat tamat waktu sekolah masih tak nampak dia." kata haikal.
"ehh tak tahulah. tak datanglah kot. kebetulan harini hari jumaat.. memang takda aktiviti tu pun." haikal pelajar baru, jadi dia tiada mentee. tetapi pelik kenapa irfan tidak hadir ke sekolah. semalam tidak cakap pula dia tak akan ke sekolah harini.
irfan memang seorang yang sering datang lewat ke sekolah, tapi kedatangannya ke sekolah sangat memuaskan. takkan dia bangun lewat pula. ermm.. mungkin kot.
"zara.. awak nak pergi mana? kita dah sampai kat makmal ni." tegur haikal.
zahra terkejut. dia berhenti dan menoleh haikal dibelakang. zahra tersengih.
haikal juga tersenyum. manis. "awak berangan ke zara? jadi tadi apa yang saya cakap tu awak tak dengarlah ya?" soal haikal.
"ehh dengar dengar." balas zahra.
"apa yang saya cakap tadi?" soal haikal dengan senyuman yang masih terlekat di bibirnya.
"ahhh...." zahra sudah buat muka selenga.
"sudahlah zara. apalah yang awak sedang berangankan tu. masuk jom. sini hah makmal. terus sana nak pergi mana?" kata haikal sebelum masuk ke makmal sains.
"zara.. jumpa pun kau. cikgu kau dah masuk ke? ok belum.. nasib baik." tegur nasir.
"ada apa nasir?" ramai pula yang mahu tegur aku harini. kalini suruh aku apa pula?
"ahh aku just nak inform, tapi ni irfan tak bagi aku beritahu pada kau. tapi aku nak bagitahu jugak." kata nasir.
"okayy.. nak bagitahu apa? cepat.." kata zahra.
"irfan tak datang sekolah." jawab nasir.
"jadi? ni je kau nak cakap? serieslah." haishh.. cari aku semata mata nak cakap irfan tak datang sekolah jeke?
"sebab kena belasah teruk semalam." sambung haziq.
"hah??!!!" zahra sangat terkejut. "kena belasah? dengan siapa? kenapa kena belasah?" soal zahra bertubi tubi.
"kalau nak cerita sekarang tak sempat. tu cikgu kau on the way. tapi kalau kau nak jenguk dia. balik ni aku tunggu kat depan pagar. okay.. bye." kata nasir dan terus berlalu pergi.
zahra masih tercegat di situ.
"eh zahra.. bediri kat sini kenapa? tak panas ke? masuklah." kata cikgu laila.
zahra masih terkejut terus masuk ke makmal.
sepanjang dia diberitahu berita tentang irfan, dia tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran. dia fikir bagaimana dia mahu ke rumah irfan kalau pulang dari sekolah nanti abangnya akan menjemputnya? dia ligat berfikir. urghh dia tidak dapat berfikir. kalau dia tipu abangnya yang dia mahu pulang bersama kawan sudah tentu abangnya juga tidak memberi izin. atau menipu dia lewat pulang ke sekolah? urghh abangnya 2 minit sebelum bunyi lonceng sudah tercegat di depan sekolah. kadang kadang ada abang yang 'over-protective' ni sangat merimaskan.
_____________________
"zara? nak ikut aku pergi rumah irfan tak?" soal nasir.
"ermm.. tak kot. abang aku dah tunggu. tu.. aku tak tahu nak bagi alasan apa dekat dia." kata zahra. nasir dan haziq memandang raziq yang tidak begitu jauh dari mereka. bengis. sama dengan apa yang irfan ceritakan.
"ooo takpalah. macam tu kita orang balik dulu ya." jawab nasir.
"kirim salam dekat irfan ya." kata zahra.
nasir tunjuk jari 'okay'
"siapa tu?" soal raziq.
"kawan. saja je dia orang tegur. just tanya balik dengan siapa." jawab zahra.
"ooo.." balas raziq.
_____________________
"irfan.. kau okay?" soal zahra di dalam talian.
"first time kau call aku. biasa aku je call kau." jawab irfan.
"aku tanya kau okay ke tak ni. jawablah!" geram pula dia dengan irfan ni.
"hishh.. takyah jeritlah. aku okay je lah. siapa cakap dengan kau aku tak okay?" jawab irfan.
"habistu kenapa tak datang sekolah?" soal zahra.
"aku bangun lambat. dah siang baru bangun." jawab irfan.
zahra teragak agak mahu tanya tentang apa yang diberitahu oleh nasir.
"dahlah. kau tengoklah jam sekarang jam berapa? orang nak gerak pergi solat jumaat ni. haishh call tak kena waktu dia ni." kata irfan dan terus matikan talian.
"eee.. peliklah dia ni. orang risau pun tak boleh." kata zahra dengan bengang.
"tapi kalau betul dia tak apa apa macam mana eh? nak datang ke rumah dia esok? tengok betul ke tidak. tapi nak bagi alasan apa dekat abang ajiq?" zahra giat berfikir.
"zara! mama panggil makan! sekarang!" jerit raziq dari tingkat bawah.
"ahhh.. yaa! sekejap!" balas zahra.
"abang ajiq dengan papa dah pergi solat eh ma?" soal zahra.
"haah. jom makan dulu." kata puan ratna.
"ma.. esok nak pergi rumah irfan boleh?" kata zahra.
"nak buat apa?" soal puan ratna.
"ermm.. irfan sakit. dia... kena pukul." kata zahra.
"kena pukul lagi? berapa bulan lepas kena pukul juga? dia memang selalu kena pukul ke? ke dia yang kaki pukul?" soal puan ratna.
zahra sengih. "mana ada lah ma.. apa yang zara kenal dia ni, dia takkan cari pasal dengan orang kalau orang tak cari pasal dengan dia. so boleh lah eh esok?" kata zahra.
"ye ye je lah kamu ni. zara nak pergi naik apa? abang ajiq esok kerja." rajiq sedang cuti sem 2 bulan, jadi setiap cuti sem, raziq memang akan ambil kerja separuh masa.
"baguslah abang ajiq kerja. nak suruh dia memang dia tak kasi lah kan. zara naik grab je. bukan tak biasa pun kan." kadang kadang zahra naik grab untuk pergi ke mall bersendirian.
"suka hati kamulah. hati hati. phone jangan pernah tutup. suruh grab tu hantar depan rumah irfan." kata puan ratna.
"baik ma.. sayang mama." balas zahra sebelum sambung makan.
"yang paling penting, jangan gedik sangat. mama tak suka." sambung puan ratna.
zahra ketawa. "melawat je lah ma. bukan nak gedik apa pun. mama tengok anak mama ni gedik ke orangnya?" soal zahra.
"haah." jawab puan ratna selamba.
zahra sudah memuncung.
kalini puan ratna pula ketawa.
Share this novel