"so harini last kita belajar sama sama tau." kata zahra.
"tahu.. tapi tak boleh ke kita belajar sama sama lagi lepasni?" soal irfan.
"inshaAllah boleh." kata zahra.
"so next week kita macam ni lagi eh?" soal irfan.
"ehh taknak taknak. bagilah aku rehat. dari bulan 2 sampai hujung bulan 8 ni aku tak rehat petang tau." kata zahra.
"dapat pahalakan ajar orang?" soal irfan sambil tersengih.
"kau takyah nak sengih sangat. taknak ah. aku nak belajar jugak. petang aku nak rehat puas puas. malam nak pulun belajar." jawab zahra.
"pulun belajar? ingat, nak pulun pun jangan sampai tak tidur malam eh." kata irfan.
"yer.. so setakat ni je eh aktiviti kita? kalau kau tak tahu apa apa soalan, tanya je aku. kalau aku tahu aku ajar kau okay?" kata zahra. dia sedih juga sebenarnya. dia dah terbiasa melakukan aktiviti ini dan sebab ini hubungan dia dan irfan menjadi akrab. tetapi ramai yang tidak suka keakraban kami. abang ajiq dan balqis. hmm..
"termenung apa ni sayang saya? tak rela eh?" soal irfan sambil ketawa. yaa.. dia juga tak rela.
"takdalah. aku rasa dah terbiasa ajar kau. so lepasni bila tak ajar kau petang petang ni mesti rasa lain macam." kata zahra lalu katawa.
"dah lah. bukannya kita nak pindah sekolah ke apa. boleh je jumpa waktu sekolah ke. lepas sekolah kau nak ajak dating pun boleh." kata irfan.
"hishh benda je lah kau ni." jawab zahra.
"kalau nak datang rumah, datanglah. ibu suka kalau ada ramai ramai datang rumah dia." kata irfan.
"inshaAllah. tapi tak boleh lah datang selalu. mama aku pun tak kasi kita selalu datang rumah orang." balas zahra.
"ermm.. okay. dah jom kemas." kata irfan.
"kau balik lah dulu. aku kena pergi bilik disiplin hantar buku laporan aktiviti ni." kata zahra.
"okay. make sure cerita yang baik baik je okay pasal aku?" kata irfan.
"kau ada yang baik ke?" soal zahra sambil ketawa.
"tak guna kau!" irfan tunjuk muka marahnya.
"huishh marah. hahah iyer iyer. dont worry. pergi balik." jawab zahra.
irfan tersenyum. "okayy bye. see you next time." kata irfan.
"okay! bye." balas zahra.
________________________
"cikgu ni buku laporan sepanjang aktiviti saya dengan mentee saya." kata zahra.
"okay thank you." jawab cikgu laila. dia membelek buku laporan itu. "mentee kamu... irfan. wow. bagusnya. dia ada improvement. tak sangka saya. cikgu ramlan, tengok ni pelanggan tetap kita dulu kat bilik disiplin ni. sekarang dah jadi budak bijak dah. boleh pun dia ni buat sebenarnya." sambung cikgu laila. dia menyerahkan buku laporan itu kepada cikgu ramlan.
"ye cikgu. dia semakin hari semakin banyak perubahan berlaku. dari dia sangat malas nak belajar, sampai dia betul betul semangat nak belajar." terang zahra.
"bagus. awak ke yang bawa perubahan tu?" soal cikgu laila.
"yerlah tu. ada awek cun sikit baru nak belajar. entah entah ni depan awak je zahra dia belajar. dia suka kamu mungkin." kata cikgu ramlan pula.
"tu saya tak tahulah cikgu. tapi dikira bagus jugalah kan. kalau benar dia memang nak tunjuk saja dekat saya yang dia boleh belajar, mesti markah pertengahan tahun dia tak macam tu. sangat memuaskan kan? kalau nak tengok lagi sama ada dia betul semangat nak belajar, kita tengok keputusan percubaan spm dia. atau kalau betul apa yang cikgu ramlan cakap, baguslah. mungkin dia jadikan saya sebagai pemangkin semangat dia untuk terus usaha belajar. wow." terang zahra.
"betul tu zahra. kalau kita lihat rekod disiplin dia pula, kali terakhir dia bergaduh kat sekolah ni adalah 3 bulan lepas. itu pun bukan salah dia sepenuhnya. dikira lama jugak tu dari sebelum. kalau sebelum ni, dalam sebulan tu mesti ada muka dia." terang cikgu laila pula.
"saya tak kata yang saya bawa perubahan pada dia. saya cuma nampak je semangat dia semakin ada. saya cuma bagi nasihat yang termampu. selebihnya saya nampak sendiri usaha dia." ya.. makcik intan juga ada cerita, sejak akhir akhir ni dia lihat irfan belajar sendiri di biliknya.
"baguslah kalau awak kata macam tu. saya harap lepas aktiviti ni tamat, dia tak berubah balik kepada sikap dia yang dulu. saya ni, naik menyampah tengok muka dia bila tak habis habis buat perangai. tu belum lagi kes libatkan polis. dekat luar sana pun nak jadi samseng. saya juga dipanggilnya. macam takda orang lain. baru baru ni saya tengok muka dia lebam lebam. dekat dua kali lah. ahh tu gaduh lagi lah tu. kata dah berubah." kata cikgu ramlan.
"tentang dua kes tu saya tahu sebab apa. yang pasti, semua itu bukan berpunca dari dia. dia nak tolong orang ketika itu." kata zahra.
"wow. awak tahu semua cerita tentang dia ya zahra." kata cikgu ramlan seperti sinis sahaja.
"saya hampir setiap hari dengan dia. mestilah saya akan tanya apa apa yang sudah terjadi pada dia. dia pun terbuka untuk berkongsi cerita." terang zahra. cikgu ramlan ni benci sangat dengan irfan.
"sudahlah zahra. apa apa pun tahniah sebab berjaya laksanakan tanggungjawab awak dengan baik. semoga awak juga berjaya spm nanti." kata cikgu laila. dia sudah nampak ketegangan antara cikgu ramlan dan zahra. baik dia regangkan ketegangan itu.
"aamiin inshaAllah. terima kasih cikgu. saya balik dulu lah ya." kata zahra dan terus berlalu.
"dia nak back up si irfan tu ke? bukan saya tak tahu mereka tu sedang bermadu kasih. selalu saya nampak mereka balik berdua." kata cikgu ramlan setelah zahra sudah pergi. menyesal selama ini dia mempertahankan zahra.
"takpalah cikgu ramlan. asalkan dia dah buat kerja dia dengan baguskan. bukan takda hasil pun kan." kata cikgu laila.
"jangan dapat hasil yang lain sudah. kalau dah selalu berdua. macam macam boleh jadi." balas cikgu ramlan.
"huishh tak baik kita sangka buruk cikgu." kata cikgu laila. dia menggeleng kepala apabila mendengar tanggapan cikgu ramlan tadi. semoga dijauhkan.
_______________________
"woi." tegur seseorang.
irfan terkejut. dia baru keluar dari pagar sekolah dan mahu melihat kereta di kiri dan kanannya. irfan memandang orang yang memanggilnya di belah kanannya. dia mengeluh. dia membuka cermin helmetnya.
"raziq." tegur irfan.
"adik aku mana?" soal raziq.
"dia pergi bilik disiplin hantar buku laporan." balas irfan.
"ooo.. harini last dia ajar kau kan?" soal raziq.
"haah." dia beralih ke kanan sikit bagi memberi laluan kepada kereta yang berada di belakangnya.
"baguslah. jadi lepasni takyah susahkan adik aku lagi nak kena ajar kau bagai. kau kena start belajar sendiri. takyah berharap dekat orang dah. dan kalau boleh, jangan jumpa adik aku lagi. aku harap kau faham apa yang aku maksudkan." terang raziq.
"ya aku faham. maksud kau, kau tak suka aku rapat dengan adik kau kan?" soal irfan.
"yup. pandai juga kau ni. tak sia sia adik aku ajar kau selama ni." balas raziq.
"tahu.. dah lah. aku balik dulu." irfan kembali menutup cermin helmetnya dan motornya menderu laju.
"ingat apa aku cakap tadi!" jerit raziq.
"pergi mampus." jawab irfan. ingat dia siapa aku nak kena ikut cakap dia. daripada aku ikut cakap dia, baik aku ikut cakap ibu. dapat pahala. kihkih.
Share this novel