akhirnya, peperiksaan percubaan spm telah selamat mereka duduki. dan keputusannya juga sudah mereka ketahui. hanya tunggu peperiksaan spm sahaja yang bakal mereka hadapi tidak sampai sebulan itu.
"fan.. kau buat apa doh sampai boleh dapat 5A?" soal haziq terkejut. tidak percaya dia irfan boleh sepandai itu. kebiasaan, irfan akan dapat nombor 5 kebawah. tapi kali ini, fuhh kalah budak kelas depan. dari 8 subjek yang mereka ambil. irfan mendapat 5A 2B dan 1D. D itu semestinya bahasa inggeris. tetapi lagi terkejut matematik dan sains irfan mendapat A. mereka mengambil jurusan perdagangan dan seni.
"belajar lah." jawab irfan bangga. dia juga tidak menyangka dia mampu mendapat markah begitu. tak sia sia dia tak keluar bilik hanya untuk belajar. dia harus belajar balik dari awal. soalan yang dia tidak tahu, dia akan tanya pada haikal. tetapi haikal tidak mengambil perdagangan. jadi untuk perdangangan dia bertanya pada nasir. kalau nasir tidak tahu juga, baru dia tanya cikgu.
"habis kau nak cakap aku tak belajar lah ni?" haziq hanya mendapat 2A sahaja iaitu pada seni dan pendidikan islam.
"belajar. tapi tak macam aku belajar." kata irfan lagi.
"riak eh kau sekarang." balas haziq.
mereka ketawa.
nasir hanya diam sahaja. dia gembira melihat irfan sekarang. dia menjadi saksi berapa tekunnya irfan mengulang kaji pelajaran. sampai dia jadi bosan. datang rumah irfan, irfan tak mahu keluar bilik. hujung hujung dia ikut irfan belajar sekali. irfan belajar di meja belajar, dia belajar di katil irfan.
"ohh.. kalau kau betul betul pandai, cuba ajar soalan math yang ni." cabar haziq.
"ini? alaa ni. senang je. bak pensil." jawab irfan.
baru sahaja irfan mahu mengambil pensil di tangan haziq, ada suara memanggilnya.
"irfan. cikgu ramlan panggil." mereka bertiga pandang ke arah orang itu. naim. seorang pengawas.
"nak apa dia panggil aku?" soal irfan.
naim hanya menjuirkan bibir tanda tak tahu.
"tapi cikgu kita orang nak masuk dah lepas ni." kata nasir.
"kau bagitahu cikgu kau yang cikgu ramlan panggil irfan. cikgu ramlan kata nanti pun dia akan contact cikgu kau tu." jawab naim. dia lihat atas meja irfan ada kertas peperiksaan math.
"sejak bila geng korang ni jadi budak nerd?" naim hanya tahan gelak.
nasir dan haziq pandang atas meja mereka.
"sejak aku ada kawan yang dah pandai ni." jawab haziq.
"dah lah. jom lah lah naim." kata irfan sebelum dia berjalan keluar kelas.
naim hanya mengikut irfan.
"kau buat hal apa lagi doh?" soal naim pelik.
"entah. aku dah lama tak buat hal rasanya." jawab irfan. dia kenal naim ini. di sekolah seorang pengawas. di luar sekolah mawas. hampir sama je perangai naim dan dia. banyak kali juga mereka lepak sama sama di tempat snooker.
"tulah. nak ucap tahniah kot. result percubaan kau kan dah viral. ingat dah lama tak datang lepak, sebab apa.. belajar rupanya." jawab naim sinis.
"rindu gak aku nak lepak situ. ada masa aku turun ah." kata irfan.
"ramai doh tanya pasal kau. ingat dah arwah lepas kena belasah 4 bulan lepas. lepas kau gaduh tu terus kau tak datang." kata naim.
"aku jadi malas dah lepas apa yang dah jadi haritu." kata irfan.
"ooo.. ermm kau pergilah bilik disiplin tu. aku nak gi bengkel. kau jangan lari pula. dia suruh aku bawak kau sampai sana supaya kau tak lari. tapi dia ingat aku body guard? takda kerja aku. kau lari kau siap eh." kata naim.
"tahulah. lagipun aku yakin aku takda buat salah. nak takut apa." jawab irfan selamba.
"baguslah kalau gitu. aku gerak dulu lah." kata naim sebelum dia berjalan ke arah lain.
"assalamualaikum. cikgu ramlan nak jumpa saya?" soal irfan apabila dia memasuki bilik disiplin itu.
"yes.. duduk." kata cikgu ramlan.
kebetulan ketika itu zahra memasuki bilik disiplin itu kerana mahu mengambil kertas yang cikgu laila minta.
"okayy irfan. ni antara kita je. kalau zahra dengar pun rasanya awak tak kisah." kata cikgu ramlan.
"kenapa ni cikgu?" soal irfan aneh. dia abaikan zahra yanh berada dibelakangnya.
"awak tiru siapa masa percubaan spm haritu? kalau awak jujur saya tak bagitahu siapa siapa. janji." kata cikgu ramlan.
irfan sudah terkejut.
zahra sudah terhenti dari mencari kertas itu akibat terkejut. irfan meniru? dia juga dengar yang keputusan percubaan spm irfan sangat menajubkan. tapi dia tahu irfan belajar dengan haikal dan nasir kerana haikal ada memberitahunya haritu.
"tiru? siapa yang cakap dengan cikgu saya meniru ni?" irfan sudah mula panas hati. apa salah irfan? sampai semua benda dia buat akan nampak salah.
"tiada siapa siapa bagitahu. saya dah kenal kamu lama. jadi saya tahulah kamu ni macam mana." kata cikgu ramlan sinis.
"wow. lama betul eh cikgu kenal saya sampai boleh tahu semua benda benda ni. saya tahu saya teruk. tapi seteruk teruk saya, saya tak pernah meniru masa exam." jawab irfan sedaya upaya tahan marah. benar.. dia memang jahat. tapi bukan dia kalau meniru ketika exam. kalau benar soalan itu susah, dia tidak akan jawab soalan itu.
"awak ingat saya akan percaya ke cakap awak irfan?" soal cikgu ramlan tegas.
"okay. make it easy. tunjukkan saya bukti yang betul saya meniru." kata irfan juga tegas.
cikgu ramlan sudah terkebil kebil.
"see.. cikgu takda bukti pun. so jangan main sedap mulut je tuduh orang." haishh nasib baik di depannya ini seorang guru. kalau tidak sudah lebam dia kerjakan.
"awak jangan nak biadab yer irfan. saya masih cikgu awak." kata cikgu ramlan.
"jadi? hanya sebab cikgu ni adalah cikgu saya, saya kena hormat cikgu even cikgu dah tuduh saya macam macam? tak adil eh. habis saya hanya sebagai pelajar ni, tak layak dihormati?" kata irfan lagi.
"awak jangan macam macam irfan. awak sudahlah meniru, mahu kurang ajar dengan saya pula." jawab cikgu ramlan.
"saya takkan mula, kalau orang tak mula dulu." irfan masih tahan sabar.
"awak yang meniru!" cikgu ramlan makin hilang sabar bila irfan masih tidak mahu mengaku.
"irfan tak meniru!" jerit seseorang. dia tahan sahaja mahu menyampuk sebentar tadi. orang dah bercakap benar, makin dipaksa untuk mengaku benda yang tak dibuat.
"awak jangan nak bela dia ni sangat zahra. dia ugut awak apa?" soal cikgu ramlan.
"dia tak pernah ugut saya apa apa. tapi cikgu tak boleh tuduh orang tanpa bukti." kata zahra.
"zara.. keluar sekarang." kata irfan. dia tidak mahu libatkan zahra lagi dalam masalah dia.
"aku percayakan kau irfan. aku tahu kau tak meniru." kata zahra lagi.
"keluar zara." suara irfan seperti orang yang hampir hilang sabar.
"awak bagi dia makan apa irfan sampai dia berminat betul dengan awak." kata cikgu ramlan.
"dia.." belum sempat zahra menghabiskan kata katanya sudah ada orang menjerit. dia menggigil ketakutan.
"zara! aku cakap keluar! keluar sekarang!" jerit irfan.
serta merta bilik itu jadi sunyi.
zahra tahan diri untuk menangis. dia terus keluar dari bilik itu.
irfan mengeluh. dia salah. tetapi dia hanya tidak mahu zahra masuk campur dalam urusannya.
dia memandang cikgu ramlan yang masih terkejut itu.
"kau. kau cari dulu bukti kalau betul aku meniru. aku nak tengok bukti apa yang kau dapat. kau nak mengadu kat pengetua? silakan. aku tahu pengetua pun takkan jatuhkan hukuman kat pelajar tanpa sebarang bukti. kalau ada saksi, bawak sekali saksi tu jumpa aku. faham?" kata irfan. dia terus keluar dari bilik itu.
"dah tua tua makin bodoh. macam mana boleh jadi cikgu tah." kata irfan setelah dia di luar bilik disiplin.
sekali lagi dia mengeluh.
_________________________________
"tira. zara mana?" tegur irfan.
"ahh. dia dekat library." jawab atira.
"dia tak makan?" soal irfan. dia melihat jam tangan dia. lagi beberapa minit lagi sebelum habis waktu rehat.
tira menggeleng. "dia kata dia takda selera nak makan. bila aku tanya kenapa, dia cakap dia teringat result exam dia. tapi.. result dia okay je. ermm entahlah. kau ada buat dia ke?" soal atira.
irfan mengagak mereka tak tahu cerita tadi. "aku buat apa?" soal irfan.
"entah. manalah aku tahu." jawab tira. dia benar benar tak tahu masalah zahra.
"kalau gitu.. kau tunggu kejap." irfan menghilang selepas itu.
"irfan nak buat apa?" soal kila pelik.
"entah. tak tahu aku." jawab nasir. irfan selepas balik dari bilik disiplin dia kelihatan tak senang duduk. bila ditanya, irfan beritahu dia dituduh meniru. tapi apa yang menyebabkan dia tak senang duduk. takut kalau cikgu ramlan betul betul ada bukti dia meniru? mustahil kerana irfan tak meniru. dia percaya irfan.
beberapa minit kemudian irfan datang dengan plastik di tangan. irfan menghulurkan plastik itu kepada tira.
"nah. bagi zara. suruh dia makan. tapi jangan cakap aku yang belikan. nanti dia taknak makan." kata irfan.
semua di situ seolah olah pelik. tergamam.
"takyah pelik sangat. amik je lah. belajar belajar jugak, makan jangan skip. tahu. dah geng. jom." kata irfan. harap zahra makan.
mereka bertiga meninggalkan atira dan kila yang masih terdiam itu.
"kau okay tak irfan. pelik lah kau ni." kata haziq.
"ni lagi sorang. pelik apa gila? takkan aku ambil berat dekat zara, terus kata aku pelik. before this pun aku ambil berat dekat dia jugakkan?" jawab irfan.
"betul jugakkan. kau siap hantar dia sampai depan rumah." kata haziq.
"ahh kan. so apa masalah kalau aku belikan dia makanan?" kata irfan.
"tapi tu dulu irfan. haritu kau cakap, kau dengan dia dah takda kena mengena pun. even sebagai kawan. ni ambil berat lagi kenapa?" soal nasir pula.
irfan sudah terdiam.
haziq dan nasir sudah tersenyum sinis.
"ke ada cerita lain ni?" soal nasir sinis.
"mana adalah."
"ke masih sayang dia ni?" soal haziq pula.
irfan diam lagi. semestinya masih sayang.
tira bukak plastik yang diberi irfan tadi.
"wahh.. banyaknya. ni bukan zara je boleh makan, kita pun boleh join makan sekali." kata tira.
kila turut melihat isi di dalam plastik itu. ada sandwich 2 paket. kuih muih dalam 10 keping.
"dia betul betul sayangkan zara eh?" soal kila.
"kan aku dah cakap. tengok cara dia layan zara dengan kita pun dah boleh agak." kata atira.
kila diam. betul. dengan mereka, irfan tak pernah senyum. asyik bengis je. bila dengan zahra, tak lekang senyuman dia. bila dia nampak zahra, muka terus ceria. aneh betul.
Share this novel