chapter 19

Romance Completed 4509

lagi seminggu sebelum percubuaan spm, irfan masih lagi baring sambil main telefon di katilnya.
"ermm.. bosan." irfan mengeluh.
dia memandang kipas yang melekat pada siling biliknya. kemudian dia terpandang meja belajarnya yang ibu belikan untuknya sejak dia mula belajar beberapa bulan lepas. banyak buku buku di atas meja itu. sudah lama dia tidak duduk disitu lepas apa yang dah jadi. semangatnya kian hilang.

"ni lepas dah takda awek cun ajar, jadi bodoh baliklah dia ni." tiba tiba irfan teringatkan kata kata cikgu ramlan minggu lepas bila mereka terserempak di koridor sekolah. irfan mengeluh lagi. dia belajar sebelum ni hanya sebab zahra je ke? irfan mula tertanya tanya.

"kau ada ibu lagi irfan. kau cakap dulu nak banggakan ibu kau. tapi cara kau sekarang ni, macam nak buat mak kau kecewa je." teringat pula kata kata nasir beberapa bulan lepas. kerasnya hati aku sampai ayat itu langsung tak terhadam dalam hati aku.

"kalau kau rasa kau layak nak dapatkan zara, tunjukkan kat aku. aku nak tengok jugak. kalau kau tanya aku sekarang ni kau layak ke tak, jawapannya memang tak layak. she deserve better." kata kata haikal pula dia teringat. ya. aku memang tak layak untuk zara. aku terlalu teruk. zahra baik hati dan bijak.

"iyel.. ibu tak minta banyak pun yel. jangan buat masalah kat luar lagi boleh? ibu tak sanggup lagi dah nak tahan malu. lagi sakit bila kamu kena pukul dan kena maki iyel. tolong yel. jangan buat lagi. ibu merayu ni." kata ibu pula. jahatnya aku sehingga sanggup melukakan hati ibu aku sendiri.

"irfan.. aku harap kau boleh bersabar. jangan dengar cakap cakap buruk orang lain. kalau dia orang cakap buruk pasal kau, jangan melenting. tapi ambil tu untuk kau lebih semangat nak buktikan kat mereka yang kau sebenarnya bagus. mereka yang teruk sebab pernah rendahkan kau. jadi lepasni berusaha. buka mata semua orang. banggakan keluarga kau. banggakan aku sebagai pengajar kau ni. aku tahu kau boleh buat dan aku percayakan kau." kata zahra kepadanya ketika irfan merungut cikgu ramlan menuduhnya meniru ketika peperiksaan pertengahan tahun.

"aku bila besar nak belikan ayah dengan ibu aku rumah besar. aku nak pakai kereta besar. sebab tu aku nak belajar betul betul. dapat nombor 1 kat kelas. aku nak banyak duit. takyah suruh ayah aku kerja lagi." irfan mula sebak. itu kata katanya pada nasir ketika mereka kecil dulu.

dia bercita cita tinggi seperti itu selepas asyik melihat ayahnya balik dalam keadaan terhuyung hayang. bila ditanya pada ibunya kenapa ayahnya jalan begitu, ibu kata ayahnya sakit kepala kerana kuat bekerja. bila dah besar baru aku faham rupanya ayah aku sedang mabuk.

irfan tersenyum sinis. rupanya ramai yang masih ambil berat tentangnya terutama ibunya. sanggup belikan dia itu ini untuk dia berjaya. tapi dia tetap butakan mata. butakan hati. maafkan iyel ibu.

irfan terus bangun dari katil dan menuju ke meja belajarnya. dia harus belajar bersungguh sungguh untuk buktikan kat semua orang yang dia juga layak untuk berjaya dan untuk merealisasikan impiannya dulu.


_________________________________
"iyel.. ibu dah siapkan makan malam. jom makan." kata makcik intan selepas dia diberi kebenaran untuk masuk kedalam bilik anaknya itu. dari siang anaknya itu duduk sahaja dibilik. sejuk hatinya bila melihat anak kesayangannya itu tekun belajar.

"okay.. ibu.. sini kejap." kata irfan lembut.
makcik intan mendekati irfan sambil tersenyum.
irfan melihat ibunya berdiri disebelahnya. manis tersenyum. irfan turut tersenyum. dia berdiri betul betul dihadapan ibunya.
irfan malu.. tapi dia nekad. perlahan lahan dia mendepakan tangan dan memeluk ibunya itu.
makcik intan tergamam. dia tidak sangka apa yang anaknya ini sedang lakukan.
"iyel minta maaf ibu. maafkan iyel?" soal irfan.
air mata makcik intan terus mengalir. dia terharu. lekas dia membalas pelukan anaknya itu.
"iyel.. iyel tak pernah buat salah dengan ibu. ibu tahu iyel jadi macam tu pun sebab ibu. jadi iyel tak perlu minta maaf pun." kata makcik intan.
"ibu.. iyel sayang ibu. sayang sangat lebih dari segalanya." kata irfan lagi. irfan tersenyum.
"ibu lagi sayangkan irfan. ibu sayangkan irfan lebih dari nyawa ibu sendiri." balas makcik intan. dia menangis dalam kegembiraan.

lama mereka seperti itu.
"makan jom iyel." kata makcik intan.
"jom.. tapi.. ibu berhenti nangis dulu." dia masih tak melepaskan pelukan lagi.
"mana ada ibu nangis." makcik intan mengesat air matanya.
"yeke? habistu kenapa bahu iyel basah ni? peluh ye?" soal irfan sambil senyum.
tiba tiba pinggangnya dicubit oleh ibunya.
"aduhh.. ibu sakit." irfan lepaskan pelukan dan menggaru pinggangnya yang dicubit tadi.
"usik ibu lagi." kata makcik intan.
"alaa.. dah lama tak usik ibu." balas irfan sambil muncungkan bibir.
"banyaklah. besar dah anak bujang ibu ni." makcik intan membelai rambut anaknya.
irfan tersenyum.
"dahhhh jom makan. ibu lapar." kata makcik intan.
"jom.. iyel pun lapar. lapar gila." balas irfan.
"tahu. duduk dalam bilik je. mana tak lapar. kalau nak study hard pun jangan sampai tak makan." balas makcik intan.

"ibu.. rumah abang safuan kat mana?" soal irfan sambil menyuapkan makanan ke mulutnya.
"lorong 31 tu. rumah warna hijau. kenapa? iyel nak pergi sana ke?"soal makcik intan.
irfan hanya mengangguk.
"nak buat apa pergi sana?" soal makcik intan.
"saja." jawab irfan sambil tersenyum.


____________________________________
"iyel.. buat apa kat sini?" tegur safuan. terkejut dia bila dia melihat orang yang memberi salam lagi tadi.
"nak jumpa haikal." jawab irfan sambil tersenyum.
safuan tersenyum melihat senyuman irfan itu. nampak manis. senyuman irfan sangat manis kerana ia mata irfan akan menjadi sepet sedikit dan bersinar ketika senyum. orang panggil mata senyum gitu.
"sekejap ye. dia kat bilik tu. masuklah dulu." balas abang safuan. dia bukakan pagar untuk irfan masuk.
"abang.." panggil irfan sebelum safuan masuk ke dalam rumah.
"ye?" sahut safuan.
"ermm.." irfan sudah meramas tengkuknya tanda dia sedang malu.
"kenapa yel?" soal safuan. pelik pula dia lihat irfan ini.
"iyel.. nak minta maaf kalau haritu iyel kurang ajar dengan abang. masatu iyel betul betul takda mood dan tengah serabut." kata irfan.
safuan tersenyum. dia mendekati irfan dan meramas rambut irfan sehingga rambut lelaki itu kelihatan serabut sikit. "hishh adik abang ni. besar dah. takda apalah. biasalah remaja. abang dah maafkan dah pun. abang faham." kata safuan. dia kembali memasuki rumah.

irfan juga memasuki rumah itu. kemas. abang safuan sama seperti dahulu. sangat kemas. ehh abang safuan tak kahwin lagi ke? rasanya sekarang umurnya sudah 33 tahun.

"irfan. ada apa nak jumpa aku ni?" terkejut haikal bila abangnya panggil kerana irfan ingin berjumpa dengannya.
"ermm.. ajar aku sains and math. zara dah takda. so.. kau kena ajar aku. boleh?" soal irfan sambil tersenyum.
haikal sudah membuat muka pelik. dia memandang abangnya yang berada disebelahnya. abangnya hanya senyum dan memjongketkan kedua dua bahunya.
"asal kau buat muka macam tu? tak boleh ke? tak boleh cakaplah tak boleh." irfan sudah tahan malu disitu.
"asal pulak tak boleh? jomlah naik bilik aku. kau bawa buku buku kau kan?" soal haikal.
irfan mengangguk.
"okay jom." kata haikal.

"okay.. kalau gitu abang buat air untuk kamu berdua ye." kata safuan.
mereka berdua mengangguk.
"terima kasih abang." kata irfan.
"my plessure iyel." jawab safuan.

sedang mereka menaiki anak tangga.
"kal.. abang safuan.. belum kahwin eh?" soal irfan.
"belum. aku tak bagi kahwin. kalau dia kahwin, siapa nak jaga aku?" jawab haikal sebelum dia ketawa. tapi benar, dia hanya ada abangnya sahaja. kalau abangnya sudah kahwin, siapa mahu jaga dia.
"kau lelaki boleh jaga diri sendiri kan? macam mengada ngada je kau ni. manja." balas irfan.
"haishh.. suka hati aku lah. kau ni, sejak bila jadi busy body ni?" jawab haikal berang.
"sejak tadi." kata irfan dan kemudiannya dia ketawa.
haikal menjelingnya dan kemudian membuka pintu biliknya.

irfan mengamati bilik tidur haikal. kemas juga. wahh.. keluarga ini memang pentingkan kekemasan.

"masuklah. takyah nak terpegun sangat kat situ." kata haikal.
"terpegun? really? aku pun ada bilik sendiri lah gila." balas irfan.
"tapi mesti bilik kau tak sebersih bilik aku." jawab haikal dan kemudiannya ketawa jahat.
"aku sumbat spender aku dalam mulut kau baru tahu. baik kau diam." mana haikal tahu bilik aku bersepah ni? dia pernah masuk dalam bilik aku ke? irfan tertanya tanya.
"eee pengotor. hahah aku pernah termasuk bilik kau haritu. saja nak tengok tengok. ingat kau je boleh busy body?" kata haikal.
"sapa izinkan kau masuk bilik aku hah?!" ibu dia pun minta izin dia dulu tau sebelum masuk ke biliknya.
"ibu kau? nasib baik bilik kau tak bersepah sangat. so.. okaylah. boleh lah. cuma lepasni baju kotor masuk kat dalam bakul bukan letak atas katil." jawab haikal.
"diam bodoh! kau memang dari dulu cari pasal dengan aku kan." balas irfan. malu sudah dia.
haikal ketawa. "relax lah. aku tak bagitahu orang lain." walaupun dia tahu nasir dan haziq juga tahu keadaan bilik irfan. eleh.. tapi mereka berdua sama sahaja seperti irfan. haikal senyum sinis.

"dah lah.. aku nak belajar lah." kata irfan. dia cuba kembali tenang.
"jap. aku tengah cari nota math aku. hishh kau ni. selama setengah tahun belajar math ngan zara takkan tak pandai pandai lagi. tulah. bercinta je tahu. orang suruh belajar bukan bercinta." kata haikal. ada sahaja akal dia untuk kenakan irfan.
"lagi sekali kau cari pasal dengan aku, memang aku hempuk kepala kau dengan buku math ni." dia sedang memegang buku latihan math nya yang agak tebal itu. tak tebal sebenarnya. tapi disitu terdapat 5 buku latihan math yang dikepilkan bersama sehingga nampak seperti hanya ada 1 buku sahaja. buku ini semua zahra yang beri dan zahra yang buat buku itu jadi begini. zahra kata ini hadiah dan habiskan semua latihan tanda penghargaan irfan terhadap zahra.

"tak takut sebenarnya. okay dah jumpa." dia sudah jumpa buat nota dan latihan yang dicarinya tadi.
dia tergamam lihat buku latihan math irfan. tak sangka irfan seorang yang ganas tetapi ada buku latihan math yang banyak.
"fuyoo.. banyak bhai buku math kau. tak buat jugak tak tahu lah." kata haikal.
"buatlah. tinggal lagi 2 buku je aku tak siapkan lagi." tujuan zahra kepilkan kesemua buku ini, supaya irfan boleh rujuk balik soalan soalan yang hampir sama dan supaya buku buku yang telah habis dibuatnya tidak hilang begitu sahaja. tapi irfan tengok soalannya, semua takda yang sama pun. semua lain lain. jadi pening dia mahu fikir.
"tengok jap." kata haikal. dia membelek buku itu. di belakang muka depan ada nota.
"buat sampai habis. jangan give up. aku tahu kau boleh buat. ingat orang yang dah susah payah nak bagi kau berjaya. from zara." haikal baca ayat tu.
"eee.. bodohlah!" jerit irfan geram. nak baca, bacalah senyap senyap. irfan mahu mengambil balik buku tu.
"ooo.. zara bagi. sweet. ehh.. kata haritu nak lupakan zara. ni guna buku dia bagi ni." kata haikal.
"bila aku cakap aku nak lupakan dia gila? aku cakap aku dah taknak ganggu dia je kan?" irfan merampas buku tu.
"ermm you guys love each other." kata haikal. dia mengeluh kecil.
"asal mengeluh? kau suka dia kan?" irfan sejak hari pertama dia nampak haikal dan zahra bersama dia sudah nampak yang haikal minat pada zahra.
"aku mengaku yes.. tapi dia tak suka aku. nampak sangat. so.. aku pun, actually tak boleh suka dia. ermm.. what can i do." jelas haikal.
"nak aku dapatkan dia untuk kau tak?" soal irfan ragu ragu.
"sure kau boleh bagi dia kat aku? kau rela ke?" dia tahu irfan sayang sangat dekat zahra.
irfan tersenyum kelat tanda dia tak rela.
"takpalah fan. belajar je lah dulu. turn aku akan sampai jugak nanti." balas haikal.
irfan hanya diam.

"so.. soalan mana yang kau nak aku ajar ni?" soal haikal.
irfan mula membuka buku itu dan menunjukkan soalan yang dia tak faham.
"oh ni.. simple. sini pensil." jawab haikal.


_________________________________
"irfan. nak tanya." kata haikal sebelum dia minum air sarsi ais yang abangnya buatkan untuk mereka.
"tanyalah." balas irfan sambil mengemas semua buku bukunya.
"tebiat apa kau tiba tiba nak belajar ni?" itu yang dia nak tahu sangat sejak awal tadi.
"kau series nak tahu?" soal irfan sambil senyum sini. dia mengambil air yang sudah disediakan untuknya.
haikal mengangguk.
"ada 3 sebab. first.. sebab aku nak capai semua impian aku untuk banggakan ibu aku." kata irfan sambil memasukkan tangan kanannya pada pemegang kanan bag pack nya.
"second.. sebab aku nak buktikan kat semua orang yang aku pun boleh berjaya." irfan memasukkan pula tangan kirinya pada pemegang kiri bag pack nya.
"third.." irfan berdiri. haikal masih diam untuk mendengar sebab sebab haikal.
"sebab.. aku nak jadi orang yang layak untuk dapatkan zara. dulu kau cakap aku tak layakkan. so aku belajar sampai berjaya dan aku jadikan zara aku punya. sampai kau pun tak layak untuk dia." irfan terus berjalan keluar dari bilik haikal sambil ketawa.
haikal tergamam.
irfan berhenti dan berdiri dihadapan bilik haikal. kelakar dia melihat muka haikal yang sedang tergamam itu.
"thank you kal ajar aku. sekarang mesti kau nak cakap aku dah layak untuk zara kan. hahah aku tahu. thank you again. ooo.. wait. nanti bawakkan cawan aku sekali ke dapur eh. segan nak masuk dapur kau. bawak tau. nanti bersepah bilik kau yang suci ni. bye and thank you!" kara irfan sebelum berlalu pergi.

sudah sampai dibawah dia mendengar haikal menjerit.
"irfan bodoh!" kuat haikal menjerit. irfan ketawa.
"kenapa dengan haikal tu?" terkejut safuan bila mendengar adiknya menjerit begitu.
"entah dia tu." tulah. dari awal tadi sibuk kenakan aku. kan kena balik.
safuan hanya menggeleng. "ni nak balik dah ke?" soal safuan.
"haah. terima kasih abang untuk air dan makanan ringan tadi. maaf susah kan abang dan ganggu hari minggu abang ni." jawab irfan.
"takda susahnya lah. iyel dah macam adik abang." kata safuan.

"woi bodoh. asal kau tak balik lagi? pastu abang takyah nak abang adik ngan dia sangat eh. haikal sorang je adik abang." kata haikal bengis.
irfan ketawa. "eee.. dah besar panjang nak cemburu lagi. mengada ngada. manja. kahwin je bang. tinggalkan je dia ni. menyusahkan je jaga dia." jawab irfan.
"kau berambus sana! balik!" kata haikal.
irfan ketawa lagi. "iyel balik dulu bang. kal. nanti ajar aku lagi." irfan menyalami safuan dan berlalu keluar.
"balik!" jerit haikal.
irfan makin kuat ketawa.

"kau kenapa ni dengan iyel? dia buat apa?" soal safuan bila bayang irfan sudah tidak kelihatan.
"tak buat apa pun. saja. gurau gurau member." kata haikal.
"dia dah back to normal. dah besar ni, memang nampak manis bila dia ketawa. patutlah zara suka. handsome." kata haikal lagi.
"woi.. seram sejuk je kau cakap macam tu. tahu tak pernah ada makwe. tapi jangan tukar cita rasa pulak." balas safuan.
"otak kau lah abang." jawab haikal sambil ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience