chapter 21

Romance Completed 4509

"arghh.." zahra merengek. dia tidak dapat lupakan kisah disekolah tadi. tapi kenapa? dia marah irfan sebab naikkan suara ke?
zara.. jangan nak mengada ngada. memang salah kau sebab sibuk menyampuk. tapi aku cuma nak tolong dia je. tolong dia lepas keluarga kau dah hina dia? tolong dia lepas kau sendiri hina dia? kau sendiri pernah cakap kau menyesal percayakan dia. tapi sekarang, kau percaya dia tak meniru. tapi irfan betul betul meniru ke?
"arghh aku tahu irfan takkan meniru. zara.. apa kau dah buat ni?!" rengek zahra lagi.
"zara.. kenapa ni. lagi tadi mama dengar zara asyik merengek je. kenapa? kalau penat belajar, berhenti dulu. jangan streskan diri. ni siapa meniru ni? zara buat apa?" soal puan ratna.
"mama.." zara memeluk ibunya meminta kekuatan.
"kenapa ni sayang?" soal puan ratna.
"zara masih serba salah." jawab zahra.
"serba salah dekat siapa? irfan? zara dah minta maafkan?" soal puan ratna lagi.
zahra melepaskan pelukannya. perlahan lahan dia menggeleng.
"zara tak minta maaf lagi? kenapa?" puan ratna terkejut dengan pengakuan anaknya. dari haritu dia menyuruh anak anaknya berjumpa dengan irfan untuk meminta maaf. tapi si abang masih ego tidak mahu meminta maaf. terus sahaja pulang ke universiti nya.
"zara takut. dia masih marahkan zara." kata zahra.
"mestilah masih marah. sebab zara tak minta maaf lagi." kata puan ratna.
"tapi kalau dia taknak maafkan zara?" soal zahra.
"itu masalah dia. sekarang ni, zara cuba minta maaf dulu. okay" kata puan ratna.
zahra mengangguk.
"jadi sekarang. zara jangan stres. lagi beberapa hari je nak spm. tak boleh stres stres. kalau penat belajar, baring kejap. tengok tv ke. nak makan apa apa bagitahu mama." kata puan ratna.
zahra senyum. "ma.. sayang mama." ucap zahra sebelum sekali lagi dia memeluk mamanya.


___________________________________
"nasib baik sempat sampai sebelum hujan." kata irfan. dia memecut laju semasa pulang dari sekolah. sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumahnya, terus hujan lebat. dia menanggalkan helmetnya dan membuka kasut untuk masuk ke rumah.
"assalamualaikum.." belum sempat dia menghabiskan ucapannya, ada orang memanggilnya di belakang. badan irfan terus keras. dia kenal suara itu. walaupun sangat perlahan kerana suara itu tergelam dalam bunyi hujan lebat ini.

"irfan." panggil orang itu buat kali kedua.
"zara." irfan memusingkan badannya untuk melihat perempuan itu. irfan terkejut melihat baju perempuan itu sudah lencun akibat terkena hujan.
"zara! buat apa kat sini? kan hujan ni." kata irfan. dia lihat zahra memeluk begnya tanda dia mahu buku di dalam beg itu basah. sakit hati dia melihat zara begitu.
"aku datang sebab nak minta maaf dekat kau atas semua tuduhan aku cakap dekat kau. aku tahu aku salah." ucap zahra.
irfan cepat membukakan pagar untuk zahra.
"zara! masuk sini. kau basah dah! nanti demam." kata irfan. dia tak peduli langsung apa yang zahra cakap tadi.
"taknak! aku takkan gerak kalau kau tak maafkan aku." jerit zahra.
"zara jangan degil boleh tak?! masuk sini!" jerit irfan pula. aduh zara ni. macam tak boleh cakap kat dalam rumah.
zahra hanya menggeleng.
irfan terus keluar dari rumah dah cuba menarik zahra ke dalam rumah. tetapi zahra mengeraskan badannya. tidak mahu berganjak.
"kenapa kau jadi degil sangat ni?! jangan sampai aku dukung kau masuk rumah. masuk rumah aku sekarang!" haishh sebab zahra dia turut basah sekali.
zahra mengeluh sebelum dia membiarkan irfan menariknya masuk ke dalam.

"kau kenapa ni zara? dah gila ke!?" jerit irfan geram.
"tengok kau dah basah ni? kalau demam macam mana? tahu tak kita belum exam lagi? jangan buat macam tu lagi boleh tak?" marah irfan lagi.
"aku cuma nak minta maaf. salah ke?" ucap zahra.
"salah! sangat salah! kalau kau jadi apa apa kat luar tadi macam mana? kau tahukan kalau hujan lebat macam akan ada apa?" kata irfan. dia tidak boleh bayangkan kalau apa apa terjadi pada zahra. "ni siapa ajar kau jalan kaki datang sini ni? kau lalu jalan dalam eh? aku tak nampak kau pun tadi. kan aku dah cakap jangan jalan sorang sorang. kenapa tak reti nak faham!" sambung irfan lagi.
"aku nak minta maaf." ucap zahra lagi. dia tak peduli apa yang dikatakan oleh irfan.
"minta maaf sebab apa ni? kau tak pernah ada salah dengan aku. aku yang ada salah dengan kau. aku yang patut minta maaf." kata irfan.
"tak.. tak. kau takda salah langsung." kata zahra. dia mula angkat kepala memandang irfan. lagi tadi dia hanya menunduk sahaja.
"ya Allah zara. masuk rumah dulu. kau dah pucat ni. zara.. kenapa suka buat aku susah hati ni." mahu sahaja dia peluk perempuan dihadapannya ini. tapi dia tahu dia tak boleh. dia mengambil beg zara dan memegang hujung baju di pergelangan zahra untuk membawa zahra masuk ke dalam rumah.

zahra hanya mengikuti langkah irfan.
"iyel.. iyel mandi hujan ke? kan iyel tak boleh.." kata makcik intan risau.
jari telunjuk irfan sudah di mulut irfan tanda menyuruh makcik intan tidak meneruskan kata katanya tadi. kemudian mata irfan diherotkan kearah kiri tanda menyuruh makcik intan untuk melihat siapa di belakangnya.

makcik intan melihat belakang irfan. seorang gadis yang sedang menunduk memandang lantai. dan turut basah kuyup. "zahra!" jerit makcik intan. dia berlari ke arah zahra.
"kenapa basah basah ni zahra. kau orang main hujan ke?" makcik intan memandang kedua dua mereka silih berganti.
"takda kerja orang nak mandi hujan. orang bawak laju seboleh boleh taknak kena hujan adalah." sampai dia sanggup tinggalkan nasir dan haziq. nasib baik mereka faham.
"jom. masuk bilik makcik. kamu mandi dulu. dalam bilik makcik ada bilik air. nanti makcik sediakan baju." kata makcik intan.
"takpalah makcik. saya tunggu baju kering je." kata zahra.
"zara. jangan degil. awak ingat awak tak seksi ke sekarang ni? pergi tukar mandi and tukar baju sana. lepastu kita bincang masalah tadi." irfan terus masuk ke biliknya.
zahra tengok dirinya sendiri. dia menjadi malu. dia memakai baju dalam. tapi masih menampakkan lengannya yang terdedah. arghh malu. walaupun dia memakai baju kurung biru, tapi baju sekolahnya ini akan jadi jarang kalau terkena air.
makcik intan sudah tahan senyum bila melihat muka zahra bertukar merah.
"jom masuk bilik makcik dulu." kata makcik intan.
zahra mengikuti makcil intan.

"ibu. zara mana?" kata irfan setelah dia usai mandi dan solat.
"ada dalam bilik ibu. sedang solat. iyel okay tak?" dia tahu anaknya akan demam nanti. iyel tak boleh kena hujan. dari kecil lagi bila kena hujan mesti akan demam. iyel kuat dalam semua benda. tetapi lemah bila terkena hujan.
"okay lagi bu. zara okay tak?" irfan merisaukan dirinya. dia lebih risaukan zahra.
"dia okay. kamu berdua kenapa ni?" soal makcik intan.
"nanti iyel cerita kat ibu." kata irfan bila dia lihat pintu bilik ibunya dikuak dari dalam.

"makcik. saya sudah selesai. terima kasih." kata zahra. bila dia melihat irfan, dia jadi malu kembali.
"makcik. saya duduk di depan ya." kata zahra lagi. terus dia meluru ke ruang tamu.
"kamu kedepan dulu. ibu buat air panas." kata makcik intan.
"jap. iyel nak bawakan makanan untuk zara. dia mesti belum makan tu." kata irfan sebelum dia ke dapur.
makcik intan senyum. sayang betul anaknya itu terhadap gadis tadi.

"zara." panggil irfan.
zara melihat irfan sesaat sebelum dia menunduk malu.
irfan senyum. dia meletakkan pinggan berisi makanan di atas meja.
"dah makan?" soalan pertama irfan. lembut sahaja. dja duduk betul betul dihadapan zahra. zahra duduk di atas sofa dan irfan duduk di lantai.
bila zahra melihat irfan dihadapannya dia pandang ke kanan dan pejam mata.
irfan tersenyum lagi.
"comel." kata irfan.
zahra makin pejamkan matanya.
"kenapa ni? malu?" soal irfan.
zahra diam.
"takyah malulah. aku tak nampak apa apa pun." kata irfan.
"tipu." jawab zahra.
"betul lah. kalau nampak pun, aku buat buat tak nampak." kata irfan lagi.
"irfan." marah zahra.
irfan ketawa.
"ni kau datang sini, mama kau tahu tak?" soal irfan.
zahra memandang irfan sambil buat muka terkejut.
"mama kau tak tahu?" soal irfan juga terkejut.
zahra menggeleng. dia lupa.
"nah ambil phone aku ni. call mama kau sekarang." kata irfan sambil memberi telefon nya. "cakap nanti aku hantar kau balik." sambungnya.
zahra segera mengambil telefon di tangan irfan dan mendail number mamanya.

"terima kasih mama." kata zahra sebelum dia mematikan panggilan telefon.
dia menghulurkan telefon itu kembali ke tuannya.
"dah?" soal irfan sebelum mengambil telefonnya kembali.
zahra mengangguk.
"sekarang makan. aku tahu kau belum makan." kata irfan.
"takpalah. nanti aku makan kat rumah." kata zahra.
"aku takkan hantar kau balik rumah kalau kau tak makan." kata irfan serius.
"hishh suka paksa orang." marah zahra.
irfan senyum. "makan sekarang. kalau nak aku suap bagitahu." kata irfan.
"orang ada tanganlah nak makan." marah zahra lagi.
"mana tahu. nanti ibu bawak air panas. kau minum eh. panaskan badan. nanti demam susah pula." kata irfan.
"maaf susahkan keluarga kau pula." kata zahra.
"tak pernah sekali pun kau susahkan keluarga aku apatah lagi aku. makan dulu. aku pergi dapur kejap." kata irfan sebelum dia menghilang di dapur. dia sudah terasa pening kepala. aduhh cepat betul kesannya.

"zahra. minum ye." kata makcik intan sebelum dia menghidangkan teh panas pada zahra.
"terima kasih makcik. susah susah je makcik ni." kata zahra.
"takda susahnya zahra. iyel makcik suruh dia makan dulu ye. nanti dia keluar duduk sini." kata makcik intan.
zahra mengangguk. "sedap makcik masak." kata zahra. dia sudah hampir menghabiskan hidangan itu.
"kalau macam tu, habiskan lah. kalau tak cukup bagitahu makcik. nanti makcik tambahkan." kata makcik intan.
"ehh takpalah." zahra kembali menyuapkan makanan ke mulutnya
"zahra okay?" soal makcik intan. lama sudah dia tidak melihat zahra.
"okay sahaja makcik. cik.. saya pergi dapur dulu ye." kata zahra terus berdiri.
"eh.. takyahlah zahra. letak sini je pinggan. lagipun kamu guna sudu. takpa. nanti makcik basuhkan." kata makcik intan.
"takpalah makcik. saya asyik susahkan makcik je." kata zahra.
makcik intan hanya diam. nanti dengarlah tu irfan bising di dapur. tapi lihat zahra, dia tidak takut pada irfan.

zahra masuk ke dapur. irfan sedang membasuh pinggannya di singki. irfan memandang zahra.
"buat apa kat dapur ni? jangan cakap nak basuh pinggan." kata irfan.
zahra mengangguk.
"bak sini pinggan kau biar aku basuh." kata irfan.
"eh takpalah. eee.. janganlah buat aku makin susahkan kau." kata zahra geram. orang datang sini minta maaf bukan nak susahkan lagi.
"kan aku cakap tak susahkan aku." kata irfan turut geram.
"eee.. tepi lah. nak basuh pinggan." kata zahra sedikit menjerit.
"duduk depan sana. bak sini pinggan." kata irfan sedikit menjerit juga.
"hishh.." zahra masih tak dengar kata.
"letak pinggan sini then duduk depan. kalau tak aku simbah air kat baju kau biar terus takda baju." kata irfan.
"eee.. nah ambik! nak sangat basuh pinggan orang kan. tu je lah kerja kau. tak paksa, ugut. menyampahlah. tak suka dengan kau ni." kata zahra sebelum kembali ke ruang tamu.
"ahh membebel je tahu." kata irfan sebelum ketawa.

makcik intan di ruang tamu berhenti ketawa apabila melihat zahra ke depan dengan muka masamnya.
"minum air ni zahra." kata makcik intan.
zahra senyum pada makcik intan. buat perangai gedik pula kau zahra depan makcik intan.

irfan didapur memakan ubat dulu sebelum dia bergerak ke ruang tamu. dia lihat ibunya dan zahra sedang berbual. irfan mendekati mereka.

"dah minum?" soal irfan.
"dah." balas zahra geram.
irfan ketawa.
"apa ketawa ketawa. duduk cepat. kata nak cakap fasal tadi. lepastu aku nak balik." kata zahra.
"fasal apa ni?" irfan buat buat lupa.
"irfan." suara zahra seperti kecewa. irfan main main.
irfan ketawa lagi. "ye.. jap jap." irfan duduk di sofa dihadapan zahra.

"okay.. let's talk." kata irfan. kalini wajahnya bertukar serius.
"okay.. aku.." belum sempat zahra cakap, sudah ada yang menyampuk.

"assalamualaikum ibuku tersayang!" nasir munculkan diri di hadapan pintu rumah itu.
semua terkejut.
"opss.. macam salah timing. ahhh.. ibu nak makan. lapar." kata nasir.
"ehh zara. buat apa kat sini?" soal nasir.
"kau baru balik ke nas?" soal irfan.
"haah. tadi hujan lebat sangat masa nak gerak. stay sekolah jap." balas nasir.
"tulah.. aku dah ajak balik awal taknak." kata irfan lagi.
"kau sempat sampai sebelum hujan?" soal nasir.
"sempat." balas irfan.
"huishh.. awal." jawab nasir.

"nasir kata lapar. jom makan." kata makcik intan.
"jom. sejuk sejuk ni memang lapar gila." kata nasir. dia terus pergi ke dapur.
makcik intan juga turut ke dapur.

"dia dah jadi adik beradik angkat kau ke?" soal zahra.
"hahaha.. ye lah kot. dari kecik dia gitu." tak lama lagi haikal pun akan ikut jejak nasir lah tu.
"so apa yang aku nak cakap tadi, im sorry. aku minta maaf atas apa yang aku pernah cakap dekat kau dan atas apa yang abang aku pernah cakap fasal keluarga kau. aku tahu kami salah. tapi aku minta sangat kau maafkan kami." terang zahra terus terang.
irfan senyum. zahra pelik, irfan ini asyik senyum sahaja.

"aku nak tanya kau.. apa yang kau pernah cakap kat aku?" soal irfan.
"aku cakap.. kau jahat?" kata zahra serba salah.
"aku memang jahat." terang irfan sambil tersenyum sinis.
"tak.. aku tahu..."
"aku jahat sebab dah curi hati kau." kata irfan sebelum ketawa.
"hishh irfan. orang series lah!" marah zahra. orang series dia main main pulak.
"okay okay. jap aku series." irfan bertukar kepada mood series kembali.
"okay zara. meh sini aku nak cakap. aku memang mula mula akan marah dan kecewa. tapi lama lama. aku akan okay. lagi lagi untuk orang yang aku sayang. akukan sayang kau. takkan aku nak marah lama lama. lepastu.. fasal apa yang kau cakap tu. aku jahat. kau menyesal percayakan aku. aku tak percaya pun. yes yang fasal jahat tu aku percaya. sebab aku akan sentiasa curi hati kau. hahaha.. dulu memang aku jahat. tapi lepas aku kenal kau. aku cuba untuk berubah. bukan untuk kau, tapi untuk semua orang. yang fasal apa abang kau cakap pula, yes aku marah. tapi takda hak aku nak marah kalau apa yang dia cakap tu betul. betul aku selalu susahkan kau. betul aku anak penjenayah. semuanya betul. tapi satu je salah which is masa dia cakap kalau bapak dia penjenayah, anak mesti sama. aku boleh dan dah berubah dan ayah aku tak boleh berubah. beza kami. mula mula aku memang tak boleh terima hakikat sikit bila dia cakap macam tu. tapi betul lah. aku sendiri benci ayah aku, takkan aku nak ikut jejak dia. so ayat abang kau, boleh buat aku buka mata dan buka hati untuk berubah. cuma.. ayat abang kau tu kurang ajar lah. nasib baik ibu takda masa tu." kata irfan.

"tulah.. kalau ada mesti ibu kau kecil hati. abang aku memang kurang ajar. aku minta maaf bagi pihak abang aku." kata zahra.
"shh.. jangan asyik minta maaf dekat aku boleh tak? kau dan abang kau tak buat salah pun. aku yang patut minta maaf. sebab aku hidup kau jadi huru hara. sebab aku, kau dengan abang kau bergaduh. sebab masalah aku, kau terpalit sekali. aku selalu susahkan kau. sebab tu aku cakap aku memang tak layak untuk kau. tapi.. hati aku tetap nak kau. sebab tu aku cuba untuk berubah. aku belajar betul betul. nak jadi orang pandai biar dapat berdiri sama tinggi dengan kau. even ikut ketinggian memang aku dah lagi tinggi dari kau." kata irfan lagi.
zahra senyum.
"ohh.. cakap fasal percaya. haritu kau cakap kau menyesal percayakan aku dan taknak percaya aku, tapi minggu lepas, kau percaya pula aku tak meniru. perempuan perempuan. complicated. kalau kau sendiri cakap aku jahat, aku boleh je reka cerita masa tu. atau hapuskan semua bukti." kata irfan.
"jadi.. betul lah kau.." zahra seperti terkejut.
"aku tak meniru lah gila." irfan mengeluh.
zahra pula menarik nafas lega. "aku pun tak tahu. kau buat apa pun, hati aku tetap cakap kau tak salah. sebab tu aku percayakan kau. lagi satu aku tahu kau selalu belajar dengan haikal dengan nasir kan." jelas zahra.
"kau tahu? haikal bagitahu?" soal irfan.
zahra mengangguk.
"tapi yang ni aku nak marah. kenapa kau tak minta aku ajar je? kan selalu kau minta aku ajar. kenapa tiba tiba nak minta haikal ajar pula? pastu pastu.. asal kau marah aku dekat bilik disiplin haritu? aku nak back up pun tak boleh ke?" marah zahra.
"dah kau cakap kau taknak kawan aku. takkan aku nak terhegeh hegeh pulak cari kau minta ajar." marah irfan pula.
"alaa.. tadi kau sendiri cakap kau tak percaya apa yang aku cakap. kau tahu aku tak maksudkan apa aku cakap. asal tiba tiba nak amik series pulak." balas zahra taknak kalah.
"manalah aku tahu kau maksudkan ke tak. aku bukan boleh baca otak kau. aku tak percaya je. belum tentu aku betul." irfan juga taknak kalah.
"ahh.. yang kau marah aku kat bilik disiplin tu kenapa? malu tau aku kena marah depan cikgu ramlan tu. nampak sangat kau yang taknak kawan aku dah. bukan aku." kata zahra lagi.
"mana ada aku marah!" kata irfan.
"habis kau jerit. marah lah tu. ni pun kau marah kan." marah zahra.
"aku tak marah lah. haritu aku just taknak kau campur dalam urusan aku lagi." kata irfan.
"tengok. kau yang taknak kawan aku!" zahra sudah tunjuk sifat mengada ngadanya. dia seperti mahu menangis.
"mana adalah. aku taknak susahkan kau lagi. aku taknak nama kau naik lagi bila aku ada masalah." jelas irfan.
"aku tak kesah pun semua tu." kata zahra.
"kenapa kau tak kesah? sebab semua orang akan kesah bila dia tak buat salah tapi dia terkena tempias." soal irfan.
zahra terdiam.
"takyah jawab. biar aku teka. sebab kau sayang aku kan?" soal irfan.
"tak.. eee perasan." zahra cuba menafikan.
"tak perasan. haritu masa gaduh kau cakap kau menyesal sebab sayang aku. so maksudnya, sebelum tu kau sayang aku lah kan." teka irfan.
zahra diam.
"kalau diam tu betul lah tu. sekarang sayang lagi tak?" soal irfan sambil tersenyum.
"diamlah!" marah zahra. dia sudah malu.
"sayang sebagai kawan ke, lebih daripada kawan?" soal irfan lagi.
"diam!" marah zahra lagi.
"hishh yang tu takyah jawablah. kang kau cakap sayang sebagai kawan, aku yang sakit." jelas irfan.
zahra ketawa.
"yeahh.. saya dapat sayang saya balik." kata irfan gembira.
zahra tersenyum sambil minum teh panas tadi. dia menilik jam di dinding. serta merta dia berhenti minum.

"irfan." panggil zahra.
"yes." sahut irfan.
"tengok jam." kata zahra.
irfan lihat jam. 4:25. "kenapa? nak balik?" soal irfan.
zahra mengangguk.
irfan senyum. "habiskan air. then aku hantarkan kau balik." kata irfan.
zahra mengangguk lagi.
irfan pandang sahaja wajah yang sedang tekun minum air teh itu. hatinya berasa sejuk setiap kali dia pandang gadis itu. Ya Allah.. jodohkan aku dengan gadis ini.

"irfan. termenung apa?" soal zahra pelik.
"hah?" balas irfan.
"termenung apa ni? aku dah siap minum." kata zahra.
"dah siap minum. jom aku hantar balik. jap nak panggil ibu." kata irfan sebelum hilang ke dapur.
zahra senyum melihat kelakuan irfan. dia bahagia dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience