"girls. aku nak pergi library hantar buku ni. nak ikut or nak naik kelas terus?" soal zahra.
"naik kelas terus boleh?" soal kila sambil kerdipkan mata.
zahra ketawa. "boleh. pergilah. aku pergi library dulu. bye." kata zahra sebelum pergi ke library.
"kau rasa zara dah boleh move on dengan apa yang jadi?" soal atirah.
"i don't know. tapi aku tak rasa dia dah move on." kata kila.
"aku pun rasa macam." kata atirah. tiba tiba dia terpandang seseorang yang semakin mendekati mereka. "wey. irfan. emm and the gang?" kata atirah.
kila sudah buat muka menyampah.
"zara mana?" soal irfan.
"buat apa kau nak cari dia lagi lepas kau dah sakitkan hati dia." kata kila.
"annoying nya dia ni. why not kalau dia jawab je soalan tadi." kata haziq perlahan.
"percayalah, hati aku juga turut sakit lepas apa yang dah jadi." kata irfan.
"dia ada dekat library. pergilah cari." kata atirah.
kila memukul bahu atirah perlahan.
"ohh thank you so much errr.. tirah?" irfan tidak mengenali sangat nama kawan kawan zahra. cuma ada beberapa kali zahra cerita tentang mereka dan memanggil nama mereka di depan irfan.
"yes tirah. pergi cepat." kata atirah.
irfan senyum dan terus berlalu pergi.
"kau kenapa bagitahu dia zahra kat mana?" soal kila.
"aku nampak yang dia betul betul sayangkan zara. kau tak perasan ke?" kata atirah.
"entah. kau tak perasan ke?" soal haziq.
"diamlah kau." kata kila.
"kau orang tahu cerita sebenar tak ni?" soal nasir. irfan sudah tunjukkan segala bukti yang dia benar diperangkap. semua mesej antara irfan dan balqis telah mereka baca.
"ahhh hhmm.."
"lepastu buat andaian kan?" kata haziq.
kila dan atirah diam.
"cikgu kau orang masuk lambat eh? meh sini aku buka cerita. nak dengar cerita tak?"
"cikgu kau orang dah masuk kelas belum?" soal atirah.
"entah. alaa tu tak masuk pun takpa. kita orang punya kelas kat tingkat bawah. cikgu tu tak perasan pun." kata haziq.
kila dan atirah melopong.
"ni nak dengar cerita tak ni?" soal nasir.
kila dan atirah serentah mengangguk kepala laju.
"jap aku panggil lagi seorang. weyyy.. sini!" nasir menjerit memanggil seseorang.
orang itu senyum dan mendekati mereka.
"ada apa?" soal orang itu.
kila dan atirah sekali lagi melopong.
_________________________
irfan menunggu kelibat zahra keluar daripada perpustakaan. tidak sampai seminit, gadis itu membuka pintu perpustakaan. gadis itu menunjukkan riak terkejut. tetapi hanya seketika sebelum dia meninggalkan lelaki itu dibelakangnya.
"zara, kau marah aku lagi ke?" soal irfan.
zara hanya diam dan memakai kasut sekolahnya.
"zara. aku tanya kau ni. kau marah aku lagi?" soal irfan buat kesekelian kalinya.
"mana kau tahu aku kat sini?" soal zahra.
"penting ke nak tahu?" kata irfan.
"jadi penting ke nak tahu aku marah lagi ke tak?" kata zahra dan terus berlalu pergi.
"zara... jangan buat aku macam ni." kata irfan.
"buat apa? aku takda kacau kau pun kan." kata zahra.
"zara.."
"dah jangan ikut aku. baliklah kelas sana. waktu rehat dah habis dah pun." kata zahra.
"aku nak kau dengar dulu apa aku nak cakap." kata irfan.
"kan aku dah cakap kau takyah cakap apa apa. aku sendiri yang mengalah dengan perempuan tu." kata zahra. "and jangan kacau aku lagi!" jerit zahra perlahan.
"kau tak fikir pun perasaan aku macam mana." kata irfan yang kian hilang sabar.
"i... don't... care. aku nak balik kelas. aku taknak terlibat dengan kes ponteng kelas kau ni." kata zahra dan terus berjalan laju meninggalkan irfan.
zahra memegang hatinya. sakit. dia sakit bila terpaksa menipu. dia terpaksa menipu tidak kisah. dia mahu mendengar penjelasan irfan, tetapi dia takut jika dia kembali pada irfan dan ia akan mendatangkan masalah kembali.
"zara.. lamanya kau marah aku." kata irfan perlahan dan terus berlalu. entah ke mana.
_____________________
"adik abang ni, abang tengok sejak dua menjak ni asyik sedih je. kenapa?" soal raziq sebelum dia memakaikan helmet ke kepala zahra.
"takda apalah." kata zahra sebelum menaiki motorsikal abangnya.
"sedih lah tu abang nak balik uni minggu depan." kata raziq.
"abang nak balik uni abang minggu depan?" soal zahra terkejut.
"yerlah. tak tahu ke? habistu ni sedih sebab apa?" soal raziq.
"ooo tahulah. mama ada cakap haritu. hmm sedihnya nanti takda kawan dah." kata zahra.
"alaa.. mama tu kan lagi rapat dengan zara daripada abang. zara jangan ingat abang tak tahu yang zara pergi rumah irfan tu haritu eh. senyap senyap eh abang pergi kerja zara keluar. abang diamkan je." kata raziq. dia marah sungguh ketika dia tahu akan berita itu dari kawannya. adiknya terhegeh hegeh pergi rumah lelaki itu kenapa?
"mana abang tahu?" alamak.. dari mana abangnya tahu ni.
"abang ni ramai kawanlah kat sini. mata mata abang banyak kat sini. kalau zara tak bagitahu abang ada orang lain boleh bagitahu abang. abang pernah cakap rasanya abang tak suka zara kawan dengan dia. zara ni degil kenapa?" kata raziq.
"kenapa abang tak suka zara kawan dengan dia?" soal zahra pelik. abang raziq kenal dia ke?
"kalau abang cakap jangan kawan dengan dia, ikut je lah. yang tak faham bahasa sangat ni kenapa?" kata raziq dalam keadaan marah.
"yer abang. zara taknak kawan dia lagi lepasni." ini bukan kali pertama dia dilakukan begini. abangnya akan mengambil tahu latar belakang semua kawannya. mesti raziq sudah tahu siapa irfan. 'kaki buli' 'samseng sekolah' 'kaki pukul' 'pelajar bermasalah' tapi itu semua dulu. dan zahra tahu sebab dia jadi begitu.
ketika mereka sudah sampai kerumah, ada seseorang sedang duduk di atas motornya dihadapan rumah mereka.
"apasal dia kat situ tu? jangan cakap zara ajak dia datang rumah." kata raziq.
"tak tak.. zara tak ajak dia datang rumah pun." kata zahra cuak.
"kau nak apa ni?" soal raziq setelah dia turun dari motor.
"nak jumpa adik kau sekejap." jawab irfan.
"aku tak benarkan kau jumpa adik aku. dah balik." balas raziq.
"irfan. baliklah." kata zahra pula.
"no. aku takkan balik selagi aku tak cakap dengan kau." kata irfan.
"kau ni tak faham bahasa ke?!" jerit raziq sejurus itu dia menumbuk muka irfan.
irfan yang tidak bersedia dengan tumbukan itu jatuh terduduk di lantai.
"abang! abang ni kenapa sampai nak tumbuk orang." marah zahra.
irfan marah. "apa masalah kau?! yang kau marah sangat kenapa? aku nak jumpa adik kau je." jerit irfan pula. "bodoh." sambungnya perlahan. dia menyentuh hujung bibirnya yang berdarah. dia berdecit.
"kau tu tak layak kawan dengan adik aku tahu tak?! kau jangan ingat aku tak tahu siapa kau?! aku dah lama sabar dengan kau. aku dah cakap sekali kau taknak dengar." jerit raziq.
"ajiq.. apa kamu marah marah ni?! ya Allah ajiq. apa kamu buat dengan irfan. anak orang ni jiq." puan ratna terkejut bila melihat pipi irfan lebam. dia mahu mendekati irfan.
"mama jangan masuk campur. jangan dekat dengan dia! dia ni budak kotor!" jerit raziq lagi.
"kamu ni kenapa ajiq? kotor apanya?" soal puan ratna.
"abang.. abang.. jangan cakap macam tu." zahra seperti tahu apa yang abangnya akan cakap. dia tidak tahu dari mana tentang cerita itu.
"dia ni.. anak penjenayah kalau mama nak tahu. bapak dia yang bunuh diri dalam penjara 7 tahun lepas. dah buat salah bunuh diri pula. kau mesti ikut jejak bapak kau sebab tu kau jadi kaki pukul, samseng semua tu kan. biasalah, dah di ajar cara macam tu. kau tu.." tidak sempat raziq habiskan kata katanya pipinya ditampar.
"diam abang! apa lagi abang nak cakap?" kata zahra.
raziq geram dan mahu menampar balik adiknya tetapi tindakannya terhenti.
"aku just nak jauhkan diri kau dari keluarga penjenayah ni." kata raziq.
"nak tampar? tamparlah. zara sanggup kena tampar dari dengar abang kutuk fasal hidup orang lain." kata zara perlahan. zara mendekati irfan yang masih terduduk. mungkin irfan terkejut dan marah dengan kata kata raziq tadi.
"kau jangan dekat dengan dia zara." kata raziq.
"raziq.. mama tak ajar kamu macam ni tau. tahu malu tak pada jiran jiran kamu marah marah macam ni." puan ratna mula rasa marah pada raziq. apa masalah entah anak bujangnya ini.
"irfan..." zahra cuba untuk membantu irfan berdiri.
"takyahlah. aku boleh bangun sendiri. jangan kotorkan tangan kau sentuh orang macam aku." irfan terus berdiri dan pergi ke arah motornya.
"irfan. aku minta maaf tentang apa yang abang aku cakap fasal keluarga kau. sumpah bukan aku yang bagitahu abang aku fasal kau. tengok ni irfan. kita tak boleh berkawan. bukan sebab kita tak sama taraf, tapi dunia kita sebelum ni berbeza. ramai orang tak suka kita berkawan. ada orang yang dengki kita berkawan. aku penat nak pertahankan. jadi aku harap kau faham apa yang aku cakap ni." terang zahra.
"buat apa lama lama tu zara? cepat masuk!" kata raziq sebelum masuk ke rumah.
irfan memandang raziq sinis.
"takpalah zara. aku takkan kacau kau lagi lepasni. tiada siapa pun akan terima aku macam ni. aku faham sangat sangat." kata irfan sambil memakai helmetnya.
"kau jangan salah faham irfan.." jawab zahra.
"masuklah zara. nanti abang kau bising lagi. by the way, aku tak kesah pun abang kau nak kutuk hidup aku. apa yang dia cakap tu betul. aku pun dah biasa dah kena semua benda ni. dah masuk rumah kau tu. thank you sebab pernah happy kan aku." kata irfan sebelum pergi dari situ.
mata zahra sudah berkaca. dia jadi serba salah.
Share this novel