"dah tengok papan kenyataan depan tu belum?" soal atirah.
"apa lagi? aktiviti apa pula dia nak buat kalini?" soal zahra.
"kalini punya aktiviti sumpah seronok." balas atirah.
"apadia?" soal zahra lagi.
"majlis aprisiasi." kata atirah.
"apa yang seronok?" zahra sudah buat muka pelik.
"seronoklah. kita boleh pakai cantik cantik, pastu naik pentas dapat penghargaan." kata kila pula.
"yeke.. nak pakai baju apa? baju kurung?" soal zahra.
"baju kurung? really? pakai dress lah babe. baru gojes gitu." kata kila lagi.
"hmm.. nantilah aku fikirkan." balas zahra.
"zara, awak pakai baju warna apa majlis graduasi tu nanti?" tak sempat zahra berfikir sudah ada yang bertanya.
"tak tahu lagi lah haikal." jawab zahra.
"apa kata nanti kita pakai warna sedondon?" cadang haikal.
zahrah sudah melopong. biar betul dia ni? dari aku sedondon dengan dia, baik aku sedondon dengan irfan.
"wuuu..." kila dan atirah berkata serentak.
"hishh korang ni. ahh tak tahu lagi lah haikal. pakai je lah warna apa yang ada." jawab zahra.
"kalau gitu..." belum sempat haikal habiskan kata katanya, atirah menyampuk.
"haikal, cikgu dah masuk." kata atirah.
"okay nanti kita bual lagi." kata haikal dan terus pergi ke tempat duduknya.
"asal kau taknak sedondon dengan haikal? dia elok apa? handsome pun ya. cuma.. nerd sikitlah. tapi okaylah." kata kila.
"daripada dia sedondon dengan haikal tu.. baik dia sedondon dengan irfan. ye tak zara?" kata atirah pula.
"entah. tahu takpa. tirah jugak pandai." balas zahra.
mereka bertiga ketawa perlahan.
_________________________
"zara." tegur irfan. sudah jarang dia berjumpa dengan buah hatinya itu sejak mereka tamatkan aktiviti itu. berbual hanya di telefon sahaja. itu pun semakin jarang. kerana mereka kini makin fokus pada peperiksaan yang bakal tiba.
"ya." jawab zahra. kila dan atirah seolah olah faham terus naik ke kelas dahulu.
"sayang saya." sebut irfan perlahan tetapi cukup untuk didengari zahra.
"nak apa irfan? ada nak aku ajar apa apa ke?" soal zahra. dia pandang sekeliling. lihat sama ada perempuan itu atau tidak. balqis. dia masih ingat apa yang balqis mahu dia lakukan. dia masih berfikir mahu ikut atau tidak. hatinya kata tidak mahu kerana irfan tidak layak untuk perempuan yang suka bertukar tukar lelaki itu. tetapi kalau dia tidak ikut, dia takut balqis akan lakukan perkara yang bukan bukan.
"takda nak suruh ajar pun." jawab irfan.
"habistu?" soal zahra.
"rindu." kalini juga perlahan suaranya.
zahra tahan senyum. "hishh ingatkan apalah tadi." kata zahra.
"jom aku hantar kau pergi kelas." kata irfan.
"okay." balas zahra.
mereka berjalan seiringan.
"dah lama tak berbual dengan kau." kata irfan.
"takdalah lama mana pun kan. baru 3 hari lepas kita berbual." jawab zahra.
"lama lah tu. dulu, hari hari kita berbual." kata irfan.
"nak buat macam mana. kita kena belajar sungguh sungguh sekarang ni. kita ada impian kita masing masing." terang zahra.
"apa impian kau?" soal irfan. dia nak berbual panjang panjang bersama zahra dalam masa yang cukup singkat itu.
"impian aku? aku nak buka satu cafe yang hidangkan semua jenis makanan dan dalam cafe tu ada juga library. nampak unik dan menarik." dia tahu pasti cafe seperti itu sudah diwujudkan sekarang, tapi dia mempunyai konsep tersendiri.
"ermm menarik." jawab irfan.
"impian kau?" soal zahra pula.
"aku? simple. nak tunaikan impian kau tadi." jawab irfan selamba.
"eee.. so lame!" kata zahra sambil ketawa.
irfan turut ketawa. "ada jodoh inshaAllah." kata irfan.
zahra tersenyum.
"lepas ni subjek apa?" soal irfan setelah mereka hampir tiba dia kelas zahra.
"add math." jawab zahra.
"ooo.. okay belajar betul betul. kalau nak harapkan aku je tunaikan impian kau tak boleh jugak. kau pun kena ada usaha." kata irfan.
"hishh tahulah. kau pun belajar pandai pandai. aku tahu kau ponteng kelas siap kau." kata zahra.
"baik sis! bye!" balas irfan sebelum bergerak ke kelasnya.
_______________________
"iyel, lama ibu tak dengar cerita tentang zara. dia dah lama tak datang sini." kata makcik intan.
"dia sihat je ibu. haritu ada dia kirim salam. lupa nak cakap." jawab irfan.
"dia tak datang sini lagi ke?" soal makcik intan.
"buat masa ni takdalah kot. dia busy belajar dah." jawab irfan lagi.
"ooo.. semalam kawan kamu si haikal tu ada datang rumah ni. ibu pun dah lama tak dengar cerita fasal dia. tak alih alih semalam datang dia kat rumah kita." kata makcik intan sambil memasukkan barang kosmetik ke dalam beg pos. dia menjadi dropship untuk sebuah jenama kosmetik. alhamdulillah hasil agak lumayan kerana sudah lama dia melakukan kerja ini. jadi sudah ada pelanggan tetap. mereka hidup berdua sahaja, jadi tidak memerlukan kos sara hidup yang banyak.
"kenapa dia datang? tak malu ke tiba tiba datang?" soal irfan. menyampah betul dia dengar nama itu.
"dia kata dia tiba tiba rindu ibu. tu yang dia singgah sini. rumah dia pun tak jauh dari sini." kata makcik intan.
"eee.. tak malu nak rindu ibu orang." balas irfan. dia juga menolong ibunya memasukkan barang kosmetik ke dalam beg pos.
"hishh tak baik kamu ni" makcik intan memikul bahu irfan perlahan.
"yerlah.. dia takda ibubapa ke?" soal irfan.
"takda. ibu dia dah meninggal masa kecil. ayah dia pula baru je meninggal tahun lepas. sekarang ni dia duduk dengan abang dia." terang makcik intan.
"ooo.. yeke. ahh yerlah." balas irfan malas.
Share this novel