chapter 3

Romance Completed 4509

"zara.. sini cepat duduk. ada berita hangat ni." teriak atirah dari dalam kelas. zahra baru sahaja mahu masuk ke kelas.

"lambatnya kau masuk harini." kata kila.

"tadi kita orang kena check pelajar yang datang lambat tu. dari hujung rambut sampai hujung kaki." balas zahra.

"so dapat apa apa tak?" soal atirah.
"dapatlah dua tiga 'ketul' handphone." balas zahra lagi. "so apa yang berita hangat tu?" zahra pun kadang kadang makcik bawang jugak.

"ohh.. ni, tadi irshad masa nak amik buku demerit kat bilik disiplin. dia tegur cikgu laila. pastu sempat berbual bual lah ngan cikgu laila tu. kau tahu, cikgu laila kata apa. maybe dalam minggu depan kita akan ada sesi mentor mentee." jelas atirah.

"ohh yeke.. so siapa mentor kita? mesti cikgu cikgu kan?" soal zahra.

"ahh.. ni yang hangat ni. mentor tu. kitalah. pelajar pelajar kelas 3 keatas. hah.. terkejut tak?" kata atirah lagi.

"hah? kita mentor? series ah? kita nak buat apa je kalau jadi mentor?" zahra sudah buat muka terkejutnya. masakan tidak, mereka sahaja masih lagi belajar, takkan sudah mahu jadi mentor.

"tulah. kita nak buat apa je kan. cikgu laila kata kita kena jadi cikgu dia orang. nak ajar apa je wey? kita ni bukan pandai sangat." kata kila pula.

"ehh.. wait. siapa dia orang tu? i mean siapa mentee kita tu?" ni ke rancangan cikgu laila tu?

"hah.. mentee kita ialah pelajar pelajar kelas 3 kebawahlah." kata atirah.

"wey. series ah? eee taknak aku. bukan nak berlagak atau kedekut ilmu ke apa, tapi korang tahulah kan perangai dorang macam mana? huishh.. pendek nyawa kita kalau jadi mentor dia orang." balas zahra.

"eleh.. cuba kau fikir balik eh. kau rasa, dia orang nak ikut ke rancangan cikgu laila ni? kita pun kalau boleh tak nak ikut, inikan lagi dia orang." kata kila pula.

"haah eh. ermm entahlah. kita tengoklah apa yang bakal terjadi. kalau jadi betul betul, aku harap aku tak dapat yang menyakitkan hati." kata atirah.

tiba tiba zahra memikirkan seseorang. dan tiba tiba dia menelan air liurnya. ya Allah jauhkanlah aku daripadanya.

________________________
"perhatian kepada semua pelajar tingkatan 5, anda diminta untuk tunggu sebentar di tapak perhimpunan selepas perhimpunan ini. terima kasih." ucap jurucakap perhimpunan pagi itu.

"ni mesti nak cakap fasal mentor mentee ni." kata zahra sendirian.

"baru baru ini saya telah mencadangkan kepada pihak pengetua untuk membuat satu aktiviti yang di namakan mentoran. kamu semua mesti pernah dengar kan? aktiviti ini dibuat untuk kamu semua saling membantu antara satu sama lain."

panjang cikgu laila membebel, panjang lagi murid murid tingkatan 5 itu merungut.

"apa benda siot mentoran ni?"
"apa jadah ni? aku boleh belajar sendirilah syaiton."
"alamak.. malas lah hoi nak ajar orang."
"lepas sekolah? huh. memang tak ah."
"budak kelas atas jadi mentor? huh mulalah nak riak tu."
"apahal.. kau cikgu dah tak boleh nak ajar kita orang yang bodoh ni ke?"

banyaklah mulut mulut longkang yang mula kurang ajar pada cikgu.

"saya tidak kesah ya awak mahu ke tidak. yang pasti, saya tetap mahukan aktiviti ini berjalan. ingat, saya tidak lakukan aktiviti ini dengan tangan kosong. mesti ada habuan untuk kamu semua."

mereka masih merungut. alaa.. apalah sangat hadiah yang mampu diberikan oleh pihak sekolah.

"nanti.. senarai mentor atau mentee awak saya akan tampalkan pada papan kenyataan di kelas masing masing. aktiviti ini akan berjalan mulai minggu depan. sekian terima kasih. kamu semua boleh bersurai." dengan itu, semua pelajar tingkatan 5 mula memasuki kelas masing masing. tetapi mulut mereka masih merungut mengenai aktiviti tadi.


___________________________
"wey. kau dah tengok belum nama mentee kau?" soal atirah.

"belum. malas." jawab zahra. kata kila.

"alaa.. alaa.. tengoklah." atirah mula merengek.

"apahal kau ni? berianya?" kata zahra. dia mula buat muka menyampah.

"wey. aku dapat pelajar perempuan. haih. tak syok lah. tapi yang aku tahu, budak ni okay je. cuma lambat sikit." kata kila.

"aku pun sama. aku dapat maisarah tu. okaylah jugak." sambung atirah.

"hah tirah. memandangkan kau ni agak beria. why not kau tengokkan aku punya." kata zahra.

"halah.. kau tengoklah. tak surprise lah kalau kita orang tengokkan." kata atirah.

"surprise? kau orang mesti dah tengokkan siapa mentee aku?" zahra mula membuat muka curiganya.

"tak tengok lagi.. kalini kita orang tunggu kau." kata kila.

"eleh.. yerlah tu. jom ah tengok." ajak zahra.

kila dan atirah mula tersenyum.

"zahra.. zahra... zahra.." zahra mula mencari namanya. "k jumpa. zahra zuyyin binti zainal mentor.. mentee dia... Muhammad irfan daniel bin maslan."

ketiga tiga mereka senyap.
"asal macam aku pernah dengar eh nama ni?" soal zahra.

"aku pun. tapi aku tak tahulah ni nama panjang dia ke tidak." kata kila pula.

"kan. aku tahu nama pendek dia je. irfan." kata atirah.

"wey... huaaa.. huaa.. huaa.." zahra mula meraung.

"apahal wey?" soal kila.

"betul lah.. lelaki ni irfan. irfan daniel. mampus. mati aku. mati aku!" ya Allah. kenapa lelaki ini juga. bulu roma zahra mula naik.

"tulah kau. aku cakap jangan cari gaduh dengan dia. kan dia dah kenal kau. nanti mesti akan kenakan kau." kata atirah. mereka juga sudah tahu cerita.

"hua... tak nak lah. aku tak suka dia." luah zahra lagi.

"cuba kau minta tukar." kata kila.

"nanti aku try.. harap dapatlah tukar." kata zahra yang penuh berharap. matilah kalau irfan betul betul menjadi mentee nya. irfan sudah mula mengacaunya apabila mereka bertemu.

contohnya ketika di kantin. ketika zahra dan rakan rakannya sedang seronok menikmati makanan. tiba tiba irfan dan kumpulannya datang ketempat mereka bertiga. dengan selamba irfan mengambil makanan zahra dan membawa ke meja lain. lagi panas hati zahra apabila irfan selamba sahaja menghabiskan makanan itu.

apa salah zahra? dia hanya menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sahaja. itu adalah amanah yang dia harus pikul. apa salahnya jika irfan mengaku kesalahannya dan akur dengan undang undang sekolah.


______________________
"wey. kau nak tahu tak siapa mentor kau?" soal haziq.

"ahh.. malas aku. ingat aku nak ikut ke?" balas irfan.

"aku tahu memang kau takkan ikut benda ni. tapi kau nak tahu tak siapa mentor kau? aku confirm kau mesti suka punya." kata haziq lagi.

"siapa wey? aku harap bukan perempuan. so takda lah dia suka kat irfan." soal soal balqis. dia sudah lama berharap irfan akan membalas cintanya suatu hari nanti. hari hari dia buat baik pada irfan. tapi hati irfan terlalu keras untuk dia lembutkan. sudah pakai ketat ketat dan seksi juga. tapi masih tak jalan. tidak tahu apa yang dimahukan irfan. suka kaum sejenis ke? dia buat aksi seksi pada lelaki lain, sudah semestinya menjadi. ada yang ajak untuk membuat sex lagi. tapi pada irfan. tiada gunanya.

"harapan kau hanya tinggal debu. memang perempuan pun. untung kau bro. aku ni dapat lelaki. tak rasa apa doh." kata haziq lagi.

"siapa perempuan tu?!" kata balqis. suaranya sudah naik seoktaf.

"eleh.. macam lah kau nak join benda ni kalau dapat perempuan. kat kelas pun tak study.. ini lagi lepas waktu sekolah. sembang lebih." balas nasir.

"alaa.. aku saja nak tengok. kalau dapat perempuan, aku confirm join. tapi bukan untuk belajar lah." jawab haziq sambil tersenyum nakal.

"woi bodoh. aku tanya siapa perempuan tu?" soal balqis keras.

"kau apahal kecoh. irfan tak kecoh apa pun. kau suka irfan eh?" soal nasir. memang balqis tidak pernah beritahu sesiapa yang dia menyukai irfan. tetapi dari caranya saja sudah menunjukkan dia menyukai irfan.

"aku just tanya je kan." balas balqis geram.
"okaylah. siapa wey?" soal irfan yang lagi tadi hanya diam sahaja. matanya tertumpu pada telefon bimbitnya.

"hah.. tanya pun. okay.. cuba teka eh.. seorang gadis.. masih suci. sungguh comel pada penglihatanku..." haziq cuba berteka teki.

"cepatlah syaiton bagitahu siapa. aku terajang karang." marah irfan.

"eleh.. tadi macam taknak tahu siapa. sekarang beria." kata haziq sambil tersenyum sinis.

"aku cakap..."
"okay. okay. nak bagitahu lah ni. haishh.. kau ni. aku baru nak main teka teki. tapi kau ni gelojoh nak tahu. okay.. aku bagitahu. tu hah.. ketua pengawas tu. siapa nama dia? zahra? hah tu." kata haziq.

"perghh.. barang baru tu. tapi dia garang wey. masa si irfan ni makan makanan dia kat kantin haritu. aku tengok dia macam nak telannya si irfan ni. titew yang takut." kata nasir sambil ketawa.

"perempuan tudung labuh tu? huh kampung." perli balqis.

"tudung dia takda lah labuh sangat. ok lah tu. tutup dada. daripada kau ni. nak terjojol biji mata aku tengok gunung kau tu. nasib baik kau bukan taste aku. so.. nafsu tak naik lah." kata haziq sambil ketawa.

"kau memang jahanam haziq!" marah balqis.

"kau apahal diam je fan? suka ke tak? tapi an.. aku cadang kau pergi lah join aktiviti ni. kau rapat rapat ngan si zahra tu. pastu kita share k. dia boleh tahan juga." kata nasir.

"kau diam ah." marah irfan.
"eh.. koyak ke ni?" kata nasir dan terus ketawa.

"memang tak lah. hmm.. aku ada plan. aku nak perempuan ni yang cari aku. bukan aku cari dia. perempuan ni kan jenis ikut arahan. nak tengok.. dia cari aku tak?" kata irfan.

"function?" soal haziq. macam takda faedah je. apa motif sebenar irfan.

"adalah aku nak buat." kata irfan sambil tersenyum sinis.

"contoh?" soal haziq lagi.

"adalah.." balas irfan.

"tak payah buat apa apalah irfan. you tak payahlah join aktiviti bodoh ni. biar je lah perempuan tu. i rasa dia pun lagi suka takda mentee ni. kita buat macam biasa kay. kita keluar lepas habis waktu sekolah. tak payahlah nak kenakan dia. salah dia sikit je pun." kata balqis. irfan.. seorang yang kacak. tak mustahil zahra akan jatuh suka pada irfan. dan irfan juga seorang yang mengambil berat tentang kawan kawannya. jika ada kawannya dalam kesusahan, mesti irfan ada untuk membantu.

"mana boleh aku lepaskan dia macam tu je. and aku sukalah kenakan dia. dia naif. haritu macam berlagak bagus. bila aku herdik sikit, takut jugak dia. buat muka terkebil kebil dia tu. kelakar gila." balas irfan sambil ketawa.

"ehemm ehemm. ni nak bagi hint cinta sudah berputik ke apa?" soal nasir.

"no way!" -
"takdalah bodoh!" - balqis dan irfan sama sama membangkang kata kata nasir.

nasir dan haziq sudah ketawa.

"eh.. btw, kalau dia mintak tukar macam mana? dia boleh buat apa sahajakan?" soal haziq.

"huh.. aku pun boleh buat apa sahaja." balas irfan sinis.

setelah itu. yang lain hanya diam.


_________________________
"tak guna! dia lebih cepat. huaaa.."bentak zahra.

"sabar wey.. sabar." atirah cuba tenangkan zahra.

"macam mana dia boleh tahu eh?" soal kila pula.

"entahlah." balas atirah.

tadi ketika mereka mahu menukar mentee kepada zahra, irfan sudah terpacak di depan bilik disiplin. dengan sinis dia memandang kearah mereka.

setelah zahra menyatakan hasrat untuk menukar mentee, irfan menentang sekeras kerasnya. apalagi berbahas lah mereka berdua tadi. setelah habis berbahas, cikgu laila cuma katakan..

"maaf ya zahra. irfan sudah beritahu saya yang dia setuju dengan nama mentor itu. dia katakan kalau mentornya ditukar kepada orang lain, dia tidak akan turut serta lansung dalam aktiviti ini. awak tahu, saya buat aktiviti ini salah satunya adalah disebabkan dia." kata cikgu laila.

panas betul hati zahra. irfan bukan nak belajar pun! irfan cuma nak kenakan dia sahaja!

"kenapa semua ini terjadi pada aku? sedihlah macam ni." zahra masih tidak puas hati.

"sabar kay. mana tahu kau memang boleh buat dia berubah." kata kila.

"apabenda? dia yang boleh buat aku berubah. berubah jadi gila." balas zahra.

"tenang.. cuba kau buat matlamat baru. buat dia berubah. letakkan target kau. at least dia kredit semua subjek spm. cuba kau bayangkan eh. kalau benda tu jadi kenyataan, nama kau yang akan disebut. orang semua kagum wey." jelas kila.

"tapi bukan dia mentee aku. bagi orang lain, and aku akan buat matlamat tu." balas zahra.

"kalau orang lain, tak best lah. dia kan popular dengan sikap gangster dia tu." kata kila lagi.

"haah lah wey. ingat. yang berlaku ni mesti ada hikmahnya." kata atirah pula.

"hishh.. hidup aku huru hara sejak ada dia." kata zahra dengan geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience