Completed
4509
"assalamualaikum kelas" ucap cikgu zakiah.
"waalaikumusalam cikgu zakiah!" balas kelas 5 amanah. mata mereka semua tertumpu pada seorang lelaki di sebelah cikgu zakiah.
"okay. ni kawan baru kamu semua. haikal, awak boleh perkenalkan diri." kata cikgu zakiah.
"assalamualaikum semua. nama saya muhammad haikal. kau orang boleh panggil saya haikal atau kal. selamat berkenalan." haikal memberikan senyuman paling manis pada rakan kelasnya.
"kamu semua ada apa apa nak tanya haikal sebelum saya mula pembelajaran kita." soal cikgu zakiah.
"weyy.. handsome nya!" kata atirah pada zahrah dan kila.
"kau pakcik jual karpet pun kau kata handsome." kata zahra.
"ermm.. boleh tahan jugaklah zara." kata kila.
"see.. kau tu je yang buta. yerlah.. mata kau nampak irfan je kan yang handsome." kata atirah.
"tirah!" suara zahra separuh menjerit.
"tu apa yang bising bising tu?" soal cikgu zakiah.
mereka bertiga senyap serta merta.
haikal memandang mereka bertiga dan tersenyum.
"haikal, awak boleh duduk disebelah luth." arah cikgu zakiah.
"baik. terima kasih." ucap haikal.
________________________
waktu rehat telah pun tiba. haikal memandang zahra yang sedang keseorangan. dia tersenyum lagi. sejak dari dalam kelas lagi dia perhatikan gadis comel itu. dia cuba untuk mendekati zahra.
"hai. saya haikal. awak?" tegur haikal.
"hai. zahra. panggil zara je." kata zahra. dia pandang sekeliling. atirah dan kila pergi ke tandas. ahh memang waktu waktu macam ni lah mereka hendak ke tandas dan tinggalkan dia keseorangan.
"awak kawan sekelas saya kan?" soal haikal.
"ahh.. haah. kita sekelas." balas zahra dengan ragu ragu. dia agak janggal dengan situasi ini.
"awak sorang je? mana kawan kawan awak?" soal haikal.
"ermm.. pergi tandas." balas zahra.
"kalau macam tu, saya temankan awak sekejaplah. boleh?" kata haikal.
"tak payah. aku boleh teman dia." perbualan mereka diganggu oleh seseorang.
kedua dua mereka memandang kearah hak milik suara itu. dua reaksi yang berbeza. haikal tersenyum dan zahra terkejut.
"kau siapa eh?" soal haikal.
"boyfriend dia. so.. kau dah boleh berambus." kata lelaki itu.
"irfan.. buat apa kat sini?" soal zahra. dia terkejut dengan kemunculan irfan di tempat yang agak jauh dari kantin dan lebih terkejut dengan pengakuan irfan. boyfriend?
irfan tersenyum sinis.
"boyfriend eh? awak dah ada boyfriend zara? ohh i see." kata haikal.
belum sempat zahra berkata kata irfan mencelah.
"ya.. boyfriend. aku rasa kau faham kot maksudnya apa. so baik kau pergi. jangan ganggu orang punya." kata irfan.
"orang punya? rasanya kau sebut boyfriend je tadi. belum hak kau pun. so.. aku still boleh berkawan dengan dia. or lebih dari kawan? kita tak tahu." balas haikal sinis.
"kau ni siapa bro? kau jangan cabar aku." dia tak pernah lihat lelaki di hadapannya ini sebelum ini.
"aku? kawan zara. kawan sekelas. ermm.. aku tengok kau ni macam nak gaduh je. takpalah aku blah dulu. jap, aku bukan takut. tapi just taknak datangkan masalah. aku bukan macam kau. and one more thing, kau cakap kau boyfriend dia eh? haha satu je aku nak cakap. macam tak layak kau untuk dia. " balas haikal. ayat terakhir itu dia hanya berbisik pada irfan sahaja. dia akan sedaya upaya taknak nampak buruk pada pandangan zahra.
irfan seperti air yang mendidih. mahu sahaja dia tumbuk lelaki ini.
"bye zara. jumpa kat kelas nanti." kata haikal.
zahra yang lagi tadi hanya diam. blur. tak dapat mentafsir kejadian yang sedang berlaku ini.
irfan tajam pandang ke zahra.
serentak itu atirah dan kila datang ke situ.
"wey.. sorry lambat sangat. kila ni hah. memerut lama gila." kata atirah.
"hehe sorry. ehh irfan. buat apa sini?" soal kila.
"tadi pun kita orang terserempak dengan haikal. dia buat apa sini? something happen?" soal atirah.
"ermm.. jom kita naik kelas. kejap lagi nak bunyi lonceng." balas zahra. dia takut mahu pandang irfan. entah apa tidak kena dengan lelaki itu.
"errr... jom." kata kila. dia pandang irfan. muka irfan makin berkerut. makin menakutkan.
"zara tinggal sini. kau orang naik kelas dulu." kata irfan.
"ooookkayy." balas kila. dia menarik tangan atirah untuk beredar.
"jap kau orang. aku ikut sekali." kata zahra. dia juga ketakutan. dia sudah rasa bahang bahang kepanasan.
"kau memang tak faham bahasa ke? kau duduk sini." kata irfan sambil menahan marahnya.
kila dan atirah cepat cepat tinggalkan zahra.
"dia siapa?" soal irfan.
"hah?" zahra tidak faham. atau buat buat tidak faham.
"jantan tadi siapa aku tanya? itu pun susah nak jawab ke?" irfan semakin marah.
"jap. yang kau nak marah marah ni kenapa? dia haikal. budak baru kat kelas aku." zahra pula makin geram bila irfan marah marah begini.
"kau jangan kawan dia" kata irfan.
"kenapa pula? dia kawan sekelas aku. why not kalau aku nak berkawan dengan dia?" balas zahra.
"ikut je lah cakap aku." kata irfan.
"asal aku nak kena ikut cakap kau pula? kau siapa? boyfriend? sejak bila hah? sejak bila kau jadi boyfriend aku?" luah zahra.
"sejak tadi. sejak aku tengok jantan tak guna tu dekat dekat dengan kau." kata irfan.
"sedap je kau cakap dia jantan tak guna. kau tu berguna sangat? berguna sangat ke hah? tengok diri sendiri dulu baru cakap orang." kata zahra geram.
"aku jaga kau zara. entah entah dia ada niat tak baik dengan kau." kata irfan.
"siapa suruh kau jaga aku? aku dah besar boleh jaga diri sendiri. kau tu, pergi bersihkan hati dulu. jangan selalu sangka buruk dekat orang." kata zahra. dia ingin beredar dari tempat itu.
"ahh irfan. petang ni takda aktiviti tu. kau free petang ni. kau nak ke taknak, aku tak kesah. aku tak datang. aku rasa malas nak jumpa kau harini." kata zahra. bagi dia redakan kemarahan dia dulu.
"zara..." panggil irfan.
zahra tidak pandang langsung. dia teruskan berjalan. lonceng sudah berbunyi 1 minit lepas.
irfan kejar zahra.
"zara.. aku nak cakap dengan kau." kata irfan.
"kau nak cakap apa lagi? aku penatlah nak sakit hati." balas zahra.
"kalau aku cakap aku sayang kau, kau sakit hati tak?" soal irfan.
zahra berhenti. dia tergamam.
"asal berhenti mengejut ni?" soal irfan. dia tersenyum.
"kau cakap apa?" soal zahra.
"aku cakap apa?" soal irfan pula.
"tadi.. ada kau cakap something. kau cakap apa?" soal zahra lagi.
"aku cakap, kau sakit hati tak?" kata irfan. dia tahan tawa.
"sebelum tu. ada kau cakap sesuatu." kata zahra.
"takda cakap apa pun. dah lah. nanti cikgu marah kita masuk lambat. aku dah biasa. kau tu." kata irfan.
"ohh takda cakap apa eh? dah ah malas aku cakap dengan kau ni." zahra seperti kecewa. dia ada dengar sesuatu tadi.
"okay dah sampai kelas kau. nasib baik cikgu tak masuk lagi. okay. bye sayang saya." kata irfan sambil berbisik.
"ermm bye." balas zahra.
"by the way, petang ni macam biasa. kau tak datang aku datang rumah kau. sumpah apa aku cakap ni." kata irfan.
"irfan!" jerit zahra perlahan. dia selalu kalah dengan lelaki ini.
irfan ketawa dan memberi flying kiss. sempat dia mencari lelaki itu. lelaki itu sedang pandang kearahnya. dia senyum sinis.
_______________________
"okay nak dekat pukul 3. jom kemas kemas." kata zahra.
"ermm.. okay." balas irfan.
"bye irfan. jumpa esok." tolong cakap sesuatu. dia tak tahu kenapa dia jadi suka bila irfan katakan perkataan itu.
"bye sayang saya" yaa.. ayat itu. buat hati dia berbunga bunga. sesuatu yang tidak pernah dia rasakan. dia suka.
"arghh.. hati. calm down. aku suka dia ke eh?" kata zahra ketika berjalan pulang. dia berjalan sorang untuk ke hentian bas.
"bodohnya lah aku kalau suka dia. budak jahat macam tu." omel zahrah lagi.
"hai cik adik yang manis." tegur seseorang.
zahra pandang orang itu. dia tidak kenal. mana mungkin dia kenal. bukan dari sekolahnya. seorang lelaki yang agak ganas mukanya. zahra jadi ketakutan.
"nak apa?" soal zahra. tolonglah ada siapa siapa yang datang. dia takut.
"nak awaklah. jom ikut abang. abang bagi kepuasan kat awak. nak?" kata lelaki itu.
zahra diam. dia terus berjalan laju.
malang sekali lelaki itu tetap mengikutinya.
zahra takut sangat. dia seperti mahu menangis. harap harapnya apabila sampai di hentian bas, bas sudah datang.
dam lebih malang sekali, bas masih belum tiba.
"tunggu bas ya awak? takyahlah. ikut saya je." kata lelaki itu.
"pergilah. jangan kacau orang." kata zahra.
"lepas dapat awak, baru saya pergi." kata lelaki itu lagi. dia mula sentuh bahu zahra.
"eee.. janganlah. pergilah!" jerit zahra. air matanya sudah bertakung. tak boleh zahra. kau kena kuat!
"sikit je." kata lelaki itu.
"sikit.. hahh ni makan dia!" zahra tendang kemaluan lelaki itu. terbaring lelaki itu menahan sakit.
zahra lari.
lelaki itu cepat cepat bangun dan ikut lari. dia menahan sakit itu.
"woii perempuan. sini kau!" jerit lelaki itu.
zahra terus berlari. dia memakai kain sekolah dan menyebabkan itu lebih menyukarkan untuk dia berlari laju.
"perempuan! jahanam kau perempuan." lelaki itu berlari lebih pantas. akhirnya dia dapat mengejar zahra. ditariknya zahra. zahra kini didalam dakapan lelaki itu. untung lelaki itu kerana kawasan itu bukan kawasan yang sibuk.
"lepaskan akulah! tolong!" zahra meronta.
"jom ikut abang... ermmm" kata lelaki itu lembut.
tiba tiba lelaki itu ditarik kebelakang dan diberi sebiji tumbukan. zahra terjatuh.
"berani kau kacau dia." kata irfan.
lelaki itu mengerang kesakitan.
"zara!" irfan berlari ke arah zahra. dia mendekati zahra.
zahra tidak sedarkan diri.
irfan marah. dia tidak suka orang membuat orang dia sayang sebegini.
belum sempat dia pusing je belakang, badan irfan terlebih dahulu ditendang.
irfan mengerang kesakitan.
"kau siapa ni nak kacau aku? nak jadi hero lah ni?" soal lelaki itu. dia menumbuk muka irfan.
irfan yang semakin lemah cuba untuk mencari kekuatan. kalau dia lemah, gadis itu akan dalam bahaya.
dia menumbuk perut lelaki yang sedang berada diatasnya sekarang.
giliran lelaki itu pula yang mengerang kesakitan. tetapi dia tidak mengalah, dia tumbuk lagi muka irfan.
tiba tiba giliran lelaki itu ditendang dari belakang.
"arghhh!" lelaki itu mengerang kesakitan.
irfan memandang orang yang menendang lelaki tersebut. nasir dan haziq.
nasir meluru kearah lelaki itu dan memberi satu tumbukan tepat ke muka lelaki itu. lelaki itu semakin lemah.
"bangun dan blah sekarang sebelum kau mati kat sini." kata nasir.
lelaki itu berusaha untuk berdiri. nasir lihat sahaja dan bersedia.
lelaki itu terus pergi dari situ. nasir lihat sehingga lelaki itu hilang.
nasir kearah irfan. "apa jadi ni wey? kenapa dengan zara?" soal haziq. kebetulan ini memang jalan ke rumah nasir dan irfan. dan kebetulan juga dia dan nasir baru pulang dari aktiviti itu dan ingin pergi ke rumah irfan.
"zara wey. tolong dia." irfan meminta bantuan untuk berdiri. haziq menghulurkan bantuan.
"ni nak bawa zara pergi mana ni?" soal nasir. takkan mahu bawa zahra balik ke rumahnya. dan mereka akan disoal siasat?
"rumah aku." soal irfan. dia mengelap darah di hujung bibirnya dengan sapu tangan yang haziq berikan kepadanya.
"kau okay tak?" soal nasir.
"okay je. zara lagi penting. jom." kata irfan.
haziq dan nasir pandang sesama sendiri. mereka tersenyum.
dalam keadaan darurat irfan mendukung zahra.
"kau kuat tak fan? kalau tak kuat aku boleh tolong." pelawa haziq.
"takyah. aku kuat je lah." kata irfan.
Share this novel