"zara. tunggu. tunggu aku!" jerit irfan dia kejar zahra.
zahra masih tidak pedulikan.
irfan berlari lebih laju. akhirnya dia dapat mengahalang jalan zahra. tergamam dia seketika. wajah gadis itu penuh dengan air mata. tadi semasa majlis wajah itu penuh seri tetapi kini pucat dan suram.
"kau jangan nangis. aku serba salah. aku boleh explain dekat kau apa yang jadi." kata irfan.
"aku tak nak apa apa penjelasan pun." jawab zahra. dia pandang ke arah lain. tidak mahu dia lihat irfan.
"zara. dia cuba perangkap aku. kau tak percayakan aku ke? aku boleh tunjuk bukti kalau kau nak." kata irfan lagi.
"no need. it's okay. irfan, balqis sayangkan kau. aku yang ambil kau dari dia. sebab tu dia sanggup buat macam tu. aku salah. aku sepatutnya ajar kau je. bukan sukakan kau. aku silap. kau pergilah dekat dia. dia lagi perlukan kau." jawab zahra. dia cuba tahan tangis.
"tapi kau tahu aku sayangkan kau kan." kata irfan.
"sayang? huh. tak perlulah." jawab zahra sinis.
"zara. pandang aku. aku tak tipu, aku sayang kau." kata irfan. dia cuba untuk meyakinkan zahra.
"aku tak percaya lah irfan. aku dah taknak percaya kau dah! kalau kau sayang aku, kau tak biarkan situasi macam tadi tu. kau takda biarkan dia peluk kau dengan penuh rakus tu. kau tahu tak, aku menyesal sebab percaya dengan janji janji bodoh kau sebelum ni. nak jaga aku? lupakan je lah. kau takkan mampu nak jaga aku, apatah lagi setia. aku lupa siapa kau sebelum ni. sorry. samseng. kalau memang takkan berubah. bodohnya aku sebab percayakan kau dah berubah. orang kalau dah jahat, sampai bila bila pun samalah." kata zahra.
irfan terdiam. dia salah kerana membiarkan balqis peluknya. ya dia cuba melawan pada mulanya, tetapi pada akhirnya? dia tewas. dia hanya membiarkan.
"jadi lepasni, kita buat hal kita masing masing. baguslah, aku pun dah takda apa apa hutang dengan kau. so kita boleh buat hal kita masing masing. kau takyah cari aku lagi. aku takkan ambil peduli tentang masalah kau lagi. kau gaduh or what. aku takkan ambil peduli. dah tepi." kata zahra sebelum menolak tubuh irfan ketepi.
tubuh irfan semakin lemah. dia rasakan seperti dunianya kini gelap. ibu cakap cinta ini indah akan terasa seperti di awang awangan. tetapi aku menafikan kerana cinta itu membuat ibu seperti sekarang. dahulu ibu ikut apa yang ayah cakap sebab cinta. aku sangat bencikan cinta. tetapi setelah hadirnya seorang gadis seperti dia, aku percaya cinta itu. ya sangat indah. aku bahagia sangat. aku berjanji takkan buat cinta aku sama seperti cinta ibu dan ayah. tetapi harini semuanya musnah. dab musnah kerana salah aku sendiri.
akhirnya irfan terjelopok jatuh ke lantai.
haziq dan nasir dari jauh cuba mendekati irfan kini sudah berlari pantas apabila melihat irfan jatuh terduduk dilantai.
"irfan. kau okay tak ni?" soal nasir. dia menyentuh bahu irfan.
irfan tidak menjawab. hanya diam.
"irfan jawablah. kau okay tak?" soal haziq pula. haziq juga menyentuh bahu irfan.
irfan tiba tiba merentap tangan mereka berdua.
"tak okay! kau nampak aku okay ke?! macam mana aku nak okay kalau orang yang aku sayang tinggalkan aku macam tu?! macam mana aku nak okay kalau aku ada kawan bangsat macam betina tu?!" irfan cuba tahan air matanya. "perasaan ni sakit macam masa aku tengok ibu aku nangis bila ayah aku kena hukuman penjara. bila lihat ibu aku jadi meraung bila suami dia ceraikan dia dan sakit dia sama macam masa aku lihat ibu aku kemurungan bila bekas suami dia bunuh diri dalam penjara. sakit wey."
"sabar lah. setiap yang berlaku mesti ada hikmah kan." kata haziq.
"patutnya kau jangan mengalah. kau kena kuat. kalau betul kau sayangkan dia. kejar dia. jangan putus asa." kata nasir pula.
"dia benci aku." kata irfan.
"masa mula mula dia kenal kau pun dia cakap benda yang sama. biasalah kot tu perempuan." kata nasir.
"dah dah. bangun. malu lah lelaki macam ni. kau dah lah samseng sekolah. nangis sebab putus cinta." kata haziq.
"aku tak nangis lah bodoh!" kata irfan sambil memukul haziq.
"eleh. tengok muka tu dah tahu tengah tahan nangis. yes nasir kenal kau lebih lama, tapi aku kenal luar dalam kau tau. so aku tahu muka nak nangis kau macam mana." kata haziq sambil senyum.
nasir turut tersenyum.
"bodoh tau kawan kau ni nas." kata irfan kemudian dia bangun.
"apa apa pun jangan putus semangat. kita orang sebagai kawan sentiasa ada dekat belakang kau." kata nasir.
"yes betul tu. kau sedih, kita orang ada untuk hiburkan kau. kau gembira, kita orang tumpang happy untuk kau. kau ada awek, kita orang tumpang sekali." kata haziq.
citttt... semua pandang haziq dengan pandangan geram.
"series haziq series." kata nasir.
"ohh okay okay kita series. kita sahabat. kita orang lebih kenal kau macam mana. sabar fan." haziq tepuk bahu irfan.
"hmm.. kau orang. aku terharu. nak nangis. meh peluk." kata irfan sambil menekup mulut.
"eeewwww." kata mereka berdua serentak.
"jom lah ziq kita sambung makan. layan drama yang sudah ni buat aku lapar balik." kata nasir.
"cis makan je tahu. gemuknya tidak." kata irfan.
"biarlah. hidup aku. hidup kau pun tengah huru hara sekarang ni." kata nasir.
"bye irfan! jangan nangis lagi." kata haziq.
"ingat.. kalau kau sayang zara, dapatkan dia!" kata nasir pula. kemudian mereka berlalu pergi.
"macam perempuan dia orang ni. huh. yess.. aku kena dapatkan dia." kata irfan. dia tidak boleh mengalah begini. jadikan kisah tadi sebagai pengajaran.
"macam mana rancangan sekarang ni?" soal haziq.
"rosak semua sebab perempuan tulah. takpa, kita kumpul balik nanti." kata nasir.
"cilaka perempuan tu." jawab haziq geram.
"benda nak jadi, nak buat macam mana." nasir mengeluh.
Share this novel