"okayy dah siap." kata irfan dengan gembira.
"ehh series dah siap?" soal zahra. dia menyuruh irfan membuat 10 soalan matematik.
sebelum ini, 5 soalan pun belum tentu irfan dapat selesaikan dalam masa 2 jam 30 minit. tetapi kali ini pelik, irfan dapat menyelesaikan 10 soalan tidak sampai 2 jam 30 minit.
"huh. soalan kau bagi ni senang sangat." irfan sudah mula menunjukkan sisi berlagaknya.
"yeke. macam tu nanti aku cari soalan susah sikit." balas zahra.
"so... kita dah boleh balik kan?" irfan melihat jam tangannya. ada lagi 20 minit sebelum jam 3:30.
"jom lah balik. aku pun tak rancang nak ajar kau apa apa harini." kata zahra.
"yeahh balik. jom!" jerit irfan.
"harini abang aku balik. excited nak jumpa! dah lama dia tak balik tau. last raya tu pun sekejap. berapa hari je dia cuti." jerit zahra.
"iyeke? dia sampai sini bila?" irfan tahu tentang abang zahra yang sedang menyambung pelajarannya di terengganu.
"tak tahulah. maybe petang sebab dia gerak pagi tadi." kata zahra.
"dia okay tak?" soal irfan. sejak irfan menghantar zahra pulang, irfan sudah berkenalan dengan keluarga zahra. dia bersyukur kerana keluarga itu melayannya dengan baik.
"dia the best brother in world!" jerit zahra sambil menghayunkan kedua dua tangannya ke kiri dan kanan.
"woi woi. behave. atas motor ni. malu orang tengok." kata irfan.
zahra ketawa. baginya irfan sudah menjadi teman rapatnya. mana tidaknya hampir setiap hari mereka bertemu. dan setiap malam irfan akan menelefonnya. teringat dia kisah 5 hari lepas. kisah yang membuat dia terasa di awan.
"zara." panggil irfan.
"iya." sahut zahra.
"aku rasakan.. hmm.." kata irfan.
"rasa apa?" zahra tertanya tanya.
"aku takut nak luah kat kau. tapi aku penat dah pendam." balas irfan.
"luah je lah. apa dia? siapa suruh kau pendam?" kata zahra tanpa syak apa apa.
"aku rasakan zara, aku perlukan kau. maksud aku, aku suka kau." luah irfan.
zahra terdiam. irfan bergurau mungkin.
10 saat kemudian..
"kau kenapa diam? aku tak bergurau tau." kata irfan lagi.
"aaaakkuu.."
"kau suka aku tak zara?" belum sempat zahra menjawab, irfan bertanyakan soalan cepumas.
jantung zahra berdegup kencang. dia tidak tahu mahu berkata apa.
"zara? tidur ke?" soal irfan gelisah.
"takk.. takk aku tak tidur." balas zahra.
"kau taknak bagi respond ke apa yang aku cakap tadi?"
"aku tak tahu nak cakap apa."
"kau tak suka aku ke?" soal irfan lagi.
"haishh mana ada. takdalah sampai tak suka kau." balas zahra.
"habistu?" soal irfan.
zahra memikirkan jawapan yang harus diberi. dia tidak tahu dengan perasaannya. itu apa yang dia rasa. apa yang harus dia katakan?
"zara?"
zahra masih memikirkan jawapan.
"sayang saya."
zahra suka dia memanggilnya dengan panggilan itu. terasa tenang. tapi apakah maksudnya? dia juga suka pada irfan?
"zara! dah sampai rumah kau ni!" kalini irfan seperti jerit. dekat 10 kali dia memanggil nama zahra.
zahra tersedar dari lamunan.
"kau fikir apa ni? taknak balik rumah dah? kata nak jumpa abang kau." kata irfan.
"nak nak. kejap lah." zahra turun dari motor.
"haishh kalau taknak balik rumah, bagitahu. boleh ikut aku balik rumah." kata irfan.
"hishh ngarutlah dia ni. nah." zahra menyerahkan helmet pada irfan.
ketika itu sebuah kereta berhenti dihadapan mereka.
"siapa tu?" soal irfan.
"entah." jawab zahra.
seorang lelaki keluar dari kereta produa myvi itu.
zahra kelihatan teruja.
"abang ajiq!" jerit zahra. dia terus meluru ke arah abangnya.
raziq senyum gembira melihat adik kesayangannya. rindu dia pada gadis itu.
"sweetheart!" ucap raziq. dia memeluk adiknya yang sorang ini.
irfan disitu melihat senang aksi adik beradik itu. seperti jejak kasih. zahra seperti seorang yang manja bila bersama abangnya.
"abang.. zara nak kenalkan abang kat kawan zara. tinggal abang sorang je belum kenal." kata zahra.
"siapa?" suara raziq bertukar serius.
"ni. nama dia irfan." kata zahra.
"assalamualaikum bang." irfan senyum dan salam lelaki dihadapannya ini.
"waalaikumusalam. ermm.. zara, abang masuk ke dalam dulu eh? rindu kat mama." kata raziq. dia meneliti dari atas sampai bawah lelaki dihadapannya ini sebelum masuk ke rumah.
irfan faham dengan pandangan itu tanda lelaki itu tidak begitu menyukainya. tapi mengapa? baru sahaja berjumpa sudah tidak suka?
"zara. aku balik dulu lah. lama lama kat sini panaslah." kata irfan.
"ohh okay. thank you. bye." ucap zahra.
irfan senyum. "malam aku call kau okay. now, pergi luangkan masa dengan abang kau." kata irfan sebelum dia menghidupkan enjin motornya.
"okayy hati hati. bye!" kata zahra sebelum irfan berlalu pergi.
"siapa tu zara?" soal raziq.
"laa.. kan zara dah cakap tadi kawan zara." jawab zara.
"kawan? ke boyfriend?" soal raziq lagi. dia seperti kenal lelaki itu. dan tidak tahu kenapa dia tidak berkenan dengan lelaki itu. lelaki itu seperti tidak sesuai untuk adiknya atau mungkin dia cemburu. adik kesayangannya sudah sayang orang lain.
"kawan je lah. zara kena ajar dia math setiap petang. pihak sekolah yang suruh." kata zahra.
"sampai kena hantar zara balik rumah ke?" soal raziq tak puas hati.
zahra terdiam. pelik dengan perangai abangnya ini.
"lepasni cakap dengan dia tak payah hantar zara balik lagi. abang boleh amik zara." kata raziq.
"abang ni kenapa? cemburu ke apa?" soal zahra.
"mana ada cemburu! dengar ni abang cakap, esok biar abang ambil zara dari sekolah." kata raziq lagi.
"apa yang macan gaduh je ni? baru balik dah gaduh?" soal puan ratna sambil menatang sedulang air. sampai dapur dia dengar perbualan dua beradik dia. nampak sangat abangnya cemburu.
"mana ada gaduh ma. abang cuma nak ambil zara balik sekolah je mulai esok." kata raziq.
"ooo okaylah tu. lepasni zara tak payah susahkan irfan lagi kan." kata puan ratna.
zahra mengeluh. "ye.. esok abang ambil. jangan lambat. lambat siap!" kata zahra.
"macam ni lah my sweetheart." kata raziq sambil membelai kepala adiknya.
"eee.. dah lah nak naik atas. nak mandi." kata zahra.
__________________________
"assalamualaikum" ucap irfan sebelum dia masuk ke rumah. dia membuka kasut dihadapan pintu.
"waalaikumusalam" irfan dengar orang membalas salamnya. tetapi seperti ada orang lain juga yang sahut salamnya. dia juga pelik ada kasut sekolah lain di hadapan pintu rumahnya ini.
"takkan nas. dia cakap dia ada hal lain sekarang. haziq? huh kasut ni bersih mustahil haziq punya." daripada dia tertanya tanya, lebih baik dia masuk ke dalam rumah.
irfan terus ke ruang tamu. ya ada orang lain. irfan terkejut ada lelaki itu di rumahnya.
"hai irfan." ucap lelaki itu.
"kau buat apa kat sini?" soal irfan dingin.
"haikal hantar ibu balik tadi. haikal kata dia kawan kamu ya." kata makcik intan. dia perasan reaksi muka anaknya yang dingin itu.
"ibu pergi mana? kenapa tak tunggu iyel balik?" tanya irfan.
"relax lah irfan. tak suka aku pun tak payah soal ibu kau macam nak marah." tegur haikal.
"kau diamlah. aku tanya ibu aku kan." balas irfan.
"gaduh kenapa ni? ibu cuma pergi kedai depan je. beli barang masak sikit. nak tunggu kamu memang tak makanlah kamu." jawab makcik intan.
irfan hanya diam dia tahan saja geram itu.
"ermm makcik, saya balik dulu lah ya." haikal bangun dan mahu menyalami makcik intan.
"ehh.. sabarlah. kita tak habis berbual lagi. kamu tak habis cerita zahra tu macam mana orangnya." kata makcik intan.
"zahra? kau cerita apa kat ibu aku pasal zara?" soal irfan.
"aku ceritalah macam mana aku kenal zara. dia macam mana orangnya. nampaknya makcik intan teruja nak tahu pasal dia. makcik intan pun kenal eh zara? wow.. dah kenalkan kat family. hebat." jawab haikal.
"kau diam haikal. aku tak tahu siapa kau dan kenapa kau tiba tiba muncul antara aku dengan zara sebab kat sekolah berlambak lagi perempuan cantik. so aku harap kau boleh balik sekarang." irfan tahan marah. tak disebabkan mereka sekarang berada di depan makcik intan, mahu lebam muka haikal irfan kerjakan. baginya haikal selalu mencabarnya. dia tidak tahu mengapa, lelaki itu seperti sedang mencabar irfan dan irfan pula terasa dirinya tercabar lagi lagi bila lihat haikal seperti suka terhadap zahra. sebab ini juga irfan padamkan hasratnya untuk pendam perasaannya terhadap zahra. dia terus meluahkan perasaannya terhadap zahra kerana dia tahu dia sangat memerlukan zahra dalam hidupnya.
"yerlah yerlah aku balik. saya balik dulu makcik." haikal salam makcik intan.
"yerlah. bosan bosan singgah lah sini ya. boleh makan lagi." jawab makcik intan perlahan.
"inshaAllah." balas haikal. "aku balik dulu irfan. jumpa kat sekolah." kata haikal lagi sambil senyum. sinis.
irfan diam sahaja tanpa berkata apa apa.
"kenapa layan tetamu macam tu?" soal makcik intan.
irfan diam lagi dan terus melangkah masuk ke biliknya.
__________________________
"kau okay ke ni? macam takda mood je. taknak share dengan aku?" soal irfan di dalam talian. dia juga sedang mengambil mood nya kembali.
"aku ada benda nak cakap dengan kau ni." kata zahra.
"apa dia?"
"esok kau takyah hantar aku balik lah. abang ajiq cakap dia nak ambil aku mulai esok." kata zahra.
"ooo.. yeke. takpalah kalau macam tu. habistu yang kau moody kenapa? elok lah kan kalau abang kau ambil kau dari sekolah." kata irfan.
"aku suka dia dapat ambil aku dari sekolah, so aku takyah susahkan kau lagi. tapi cara dia. dia macam..." zahra tidak meneruskan kata katanya.
"tak suka aku?" soal irfan.
"takdalah tak suka kau..." kata zahra meleret.
"alaa.. biasalah tu. kau adik dia sorang. mesti dia risau dengan siapa kau kawan. kalau dia tahu aku ni selalu pukul orang, mesti dia tak bagi kau jumpa aku lagi. so no wonder lah kalau dia tak suka aku. tak pun dia cemburu. sebab kau sayang aku kan? dia cemburu lah tu kau sayang orang lain." kata irfan selamba.
"eee perasanlah kau ni!" zahra tersenyum. sepanjang dia rapat dengan irfan selama 4 bulan ini, irfan lain sangat. tak macam irfan yang sebelum ni. irfan selalu menceriakan dia. bagi semangat untuk dia. bantu dia. jaga dia. irfan baik sangat.
"ohh aku perasan eh. hahaha takpalah. yang pasti aku sayang kau. so.. sebagai seorang yang sayang kau. jangan sedih sedih. aku tak suka tengok kau takda mood macam ni. nanti aku buat lawak kau tak layan." kata irfan.
zahra ketawa. "tapi lawak kau tu memang nonsense. memang malas aku nak layan."
"sampainya hati. takpa takpa lepasni aku belajar lagi cara nak melawak." jawab irfan.
"eee baik kau belajar math banyak lagi. banggakan aku sebagai pengajar ni." kata zahra.
"alaa.. takyahlah cakap pasal math. menyampahnya dengar. nak muntah aku dengar." kata irfan lagi.
zahra ketawa lagi. "hishh orang cakap jangan menyampah. nanti suka."
"otak kau!" kata irfan dengan geram.
zahra ketawa lagi.
_______________________
"ma.. zara dengan irfan tu betul ke tak ada apa apa?" soal raziq. tadi dia mahu berjumpa adiknya, tetapi dia terdengar adiknya sedang bercakap dengan seseorang. dia dengar perbualan itu dan dia seperti cemburu. itu adik kesayangannya, tetapi sekarang adiknya seperti sedang berbahagia bersama orang lain. tak guna! dia harus tahu siapa lelaki itu.
"tak tahu mama. nampak macam ada apa apa. bila ditanya dua dua tak mahu mengaku. so takda apa lah kot." jawab puan ratna.
"tapi macam ada apa apa je." jawab raziq.
"bagi mama okay je asalkan zara tak lupakan pelajaran. so far dia okay lagi. ujian pertengahan tahun dia haritu pun membanggakan." balas puan ratna lagi. dia sedang membuat air untuk suaminya.
"mama kenal ke kawan dia tu?" soal raziq.
"nama dia irfan. kenal lah juga. tapi takda lah kenal sangat. cuma tahu dia duduk mana." jawab puan intan.
"mama pernah pergi rumah dia?"
"tak pernah."
"mama patutnya pergi rumah dia untuk lebih tahu siapa dia. kenal dengan family dia semua. bukan bagi zara kawan dengan sesiapa je."
"eh.. mama pula kena bebel? kamu ni kenapa ajiq?" pening kepala dia layan anak bujangnya ini. cemburu betul.
"kenapa apa mama? ni untuk keselamatan zara juga." balas raziq.
"mama tengok irfan tu baik je orangnya."
"depan mama memang baik sebab dia nak zara. belakang mama? kita tak tahu." balas raziq.
"ni yang mama tak suka, menilai orang tanpa kenal dia dulu. suka buruk sangka. kita ni bukan siapa siapa tau nak menilai orang tu macam mana. apa kata kita kenal dia dulu baru kita cakap tentang dia. ni tidak, belum apa apa dah nilai dia macam tu." bebel puan ratna.
"ajiq cakap je. nanti dah kena jangan menyesal tau. kita ni jadi orang tak boleh percaya orang luar sangat. kena berhati hati." balas raziq lagi.
"apa apa je lah ajiq. tapi bila orang layan kita dengan baik, apa salahnya kalau kita pun layan dia dengan baik. dia layan zara dengan baik. dia hormat mama dengan papa. jadi apa salahnya kami layan dia baik." jawab puan ratna.
"yerlah ma.. mama menang. tapi ajiq akan cari tahu jugak siapa laki tu. ni soal adik ajiq. ajiq berhak tahu dengan siapa dia berkawan." balas raziq sebelum keluar dari dapur.
puan ratna mengeleng dan mengeluh melihat sikap anak bujangnya itu. raziq seperti obses dengan adiknya sendiri. terlalu melindungi adiknya. memang dari dulu raziq akan mengambil tahu dengan siapa zahra berkawan sama ada lelaki mahupun perempuan. katanya itu sahaja adik yang dia ada. jadi harus dijaga dengan betul. ya.. memang betul tindakannya, tetapi agak keterlaluan sehingga mahu tahu latar belakang kawan kawan zahra itu.
Share this novel