2 bulan kemudian.
Penyakit jantung Dato Saidun semakin melarat. Namun begitu, Dato Saidun masih bertahan kerana dia ingin menimang cucu sebelum tutup mata. Faiqah dan Zaim melawat Dato Saidun untuk menanya khabar. Sejak Faiqah tahu kesihatan ayahnya, dia sering menjenguk ayahnya setiap minggu.
“Papa tak rimas ke... tinggal seorang di rumah ini?... tentu Papa rasa sunyi kan?...” tegur Faiqah.
“Papa okey saja... memang betul sunyi... nanti kalau ada cucu... pasti tak sunyi lagi...” ujar Dato Saidun.
Zaim dan Faiqah tersedak semasa masing-masing menghirup secawan teh.
“mungkin belum rezeki lagi Papa...” balas Zaim.
“tak mengapa... Papa hanya bergurau saja...” ujar Dato Saidun.
Faiqah menjadi risau kalau ayahnya sempat melihat anaknya jika dia mengandung kelak. Tiba-tiba, Dato Saidun kelihatan pelik dan mula mengarut.
“Zaim... kalau Papa tak ada nanti... janji pada Papa... Zaim jaga anak Papa ini...” kata Dato Saidun.
“Papa?... apa yang Papa cakap ini?... tolong jangan buat Iqah risau...” Faiqah mengalih ke sofa dan duduk di samping ayahnya.
“Iqah... Iqah mesti janji pada Papa... jadi isteri dan ibu yang baik kepada Zaim dan anak-anak Iqah nanti... Papa tak tahu bila Papa akan pergi...” Dato Saidun membelai rambut Faiqah.
“Zaim janji Papa... Zaim akan jaga Neera lebih daripada diri Zaim sendiri... Papa... Papa perlu berehat... tolong jangan cakap bukan-bukan...” Zaim cuba menghindari soal ajal maut itu.
“Iqah pun janji dekat Papa... tapi Papa bertahan ya... Papa kata Papa nak timang cucu... tolonglah Papa jangan buat Iqah cemas...” air mata Faiqah mula mengalir.
“jangan risau Iqah... Papa yakin... Zaim adalah pilihan yang terbaik dan dia mampu menjaga Iqah... Papa harap... bila kamu berdua sudah ada anak... tolong tinggal di rumah ini... itu saja permintaan Papa...” tambah Dato Saidun. Setelah panjang bersembang, Faiqah dan Zaim memohon diri untuk pulang ke rumah mereka.
Pada keesokan harinya, Faiqah sedang menyediakan makanan pagi manakala Zaim sedang mengikat tali lehernya. Seperti pasangan yang lain, setiap suami isteri setelah bernikah, akan sering dikaitkan dengan berbulan madu untuk meluangkan detik-detik indah bersama. Begitu juga yang terlintas di fikiran Zaim setelah hampir setahun sudah menambat hati Faiqah. Oleh itu, Zaim ingin berkata sesuatu kepada Faiqah tetapi wajah Faiqah kelihatan pucat dan tidak bermaya. Lantaran itu, Zaim hanya menasihati Faiqah agar berehat di rumah sahaja. Faiqah pun turuti nasihat suaminya dan menelefon Rashinah sambil menerangkan bahawa dia tidak hadiri ke butik itu.
Zaim tidak pergi ke syarikatnya malah, dia pergi ke katering Kak Bibah untuk menjenguk sambil bertanya khabar. Kak Bibah sangat teruja melihat seorang telah dianggap sebagai adik sendiri datang di depannya lalu menjemput Zaim ke bilik pejabat untuk berborak sakan.
“wau... dah lama juga Zaim tak datang jenguk Akak?... Zaim sihat?...” tegur Kak Bibah.
“Zaim sihat Kak... maaf kalau jarang jenguk... sebab sibuk sikit... Akak macam mana?... sihat? Kandungan Akak sihat?...” jawab Zaim.
“aku macam inilah... sejak jadi mak budak... tak boleh buat kerja berat-berat... tak sabar nak dia lahir... lagi 4 bulan... kau tanya aku... kau itu bila lagi?” tanya Kak Bibah.
“bila apanya Kak?...” Zaim hanya pura-pura bertanya.
“alah... kau ini... maksud Akak... bila lagi kau nak ada anak?...” jelas Kak Bibah.
“oh.. fasal itu... lambat lagilah Kak... lagipun saya dan isteri saya baru saja berbaik... tak boleh nak desak dialah Kak...” jelas Zaim sambil memandang jauh dari Kak Bibah.
“eleh... Akak tahu... kau mesti malu kan?... kenapa ini?...” soal Kak Bibah.
“tak ada apa-apa Kak... Cuma saya tak pasti yang isteri saya terima saya atas cinta atau simpati... sebab dia dah mula sangat prihatin dengan saya... dan Akak pun tahu kan yang saya bukan macam lelaki yang suka berayat manis kepada wanita...” balas Zaim dengan suara yang pasrah itu.
“Akak rasa... kau ini saja fikir bukan-bukan... kalau betul dia simpati dekat kau... kenapa dia cepat cemburu bila kau sedang berbincang dengan klien perempuan?... kalau orang itu rasa simpati... dia tak akan rasa cemburu kepada seseorang itu... okey... macam begini... apa rasa kau kalau dia bersembang dengan lelaki lain?...” tambah Kak Bibah.
“Akak ini... ada sampai ke situ pula... macam tak kenal saya saja... tentulah saya akan cemburu melihat isteri saya dengan lelaki lain...” Zaim semakin malu dengan pertanyaan itu.
“dengar nasihat Akak ini... hidup berumah tangga ini... ibarat air... ada pasang dan surutnya... jadi... bila kita ada perselisihan faham atau tak bersependapat... kita mesti ingat saat-saat yang kita pernah lakukan bersama... maksud Akak... kenangan indah... kau cuba bincang dengan dia secara rasional... Akak yakin dia pun nak ada anak sendiri...” pesan Kak Bibah.
“baiklah Kak... saya cuba... terima kasih sebab sudi mendengar dan memahami saya... kalau Kak tak ada kan... tak tahu dengan siapa saya boleh luahkan perasaan saya ini...” Zaim hanya menyusun sepuluh jarinya kepada Kak Bibah.
“sudahlah itu... kita ini manusia biasa... sekarang Akak bantu kau... manalah tahu kan kalau Akak susah nanti... kau pula tolong Akak... lagipun Akak dah anggap kau macam adik Akak sendiri... dah... tak perlu bersedih lagi... “ tambah Kak Bibah dan Zaim melebarkan bibirnya tanpa bersuara.
Di kafe, Encik Rahman sedang menyorok informasi yang amat penting untuk Dato Saidun dan berikan kepada konco-konconya.
“Ingat... aku nak kau cari perempuan itu... tapi jangan cuai atau lalai...” tegas Encik Rahman.
“tapi dia ini nampak macam umur 2 tahun... kalau dah besar... susah nak cam muka dia bos...” jelas konco-konconya itu.
“sebab itu aku bayar kau mahal-mahal... kalau kau tak nak buat... aku boleh kasi duit ini kepada orang yang sudi melakukannya... “ Encik Rahman menarik semula sampul yang berisi wang berjumlah RM 20,000 dari konco-konconya. Konco-konconya pun bersetuju untuk melakukan tugas itu dan berjanji untuk melaporkan kepada Encik Rahman setiap perkembangan mengenai pencarian perempuan itu.
Semasa Rashinah sedang membeli-belah pakaiannya di pusat beli-belah, dia terserempak Suraya, kawan yang telah hampir hilang dari pandangan, dan dia memerhatikan dari jauh. Rashinah semakin musykil melihat penampilan Suraya yang berpakaian mewah dengan beg tangan Gucci kerana bagi Rashinah, Suraya bukan seorang anak dari orang yang berada.
“bergayanya dia itu?... mana dia dapat duit sebanyak itu?... peliklah aku tengok dia itu...” Rashinah pun beredar dari situ.
Semasa Zaim pulang dari rumah, dia melihat isterinya sedang berbaring di sofa dan melelapkan mata dengan memeluk anak patungnya. Faiqah tidak sedar akan kepulangan suaminya itu. Zaim tidak mahu mengejutkan Faiqah dan dia hanya memerhatikan raut wajah isteri yang amat comel ketika tidur. Bak pepatah orang tua, jika mahu melihat kecantikan isterinya, cuba pandang wajah isteri semasa sedang tidur.
“comel juga isteriku ini... peliklah dia ini... kata tak suka dengan anak patung... tapi dia pula yang peluk Pooh aku... “ Faiqah mengalih posisinya ke kiri dan Zaim pun pergi ke biliknya untuk membersihkan diri.
Setelah 2 jam ketiduran, Faiqah mula mencelikkan matanya sambil meregangkan tubuh badannya. Buat kelentang kelentung di dapur telah membuatkan dirinya berasa ghairah untuk memasuk ke dalam dapur itu. Tiba-tiba, Zaim menegur Faiqah seolah-olah Faiqah sedang ternampak hantu atau perompak. Hilang semangat Faiqah dengan teguran Zaim itu. Zaim pun menyajikan makanan malam untuk disantap bersama.
Ketika mereka berdua sedang menikmati makanan, Faiqah dan Zaim mula dengan soalan secara spontan.
“tak apa... Neera cakap dulu...” Zaim mengalah.
“sebenarnya... Abang... tak... teringin... mendapat anak?...” Faiqah mula tergagap.
“apa?... anak?... siapa tak nak anak...Abang mahukan anak... Abang cuma risaukan Neera... Neera sudah sedia ke... untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu?...” Jelas Zaim sambil menghirup jus oren.
“Neera... sebenarnya belum sedia tapi saya akan cuba belajar dan baiki diri saya sendiri...” Faiqah memegang kiri Zaim. Zaim tidak berkata apa-apa lalu dia bangun dari meja makan itu dan pergi ke biliknya. Tindakan Zaim itu sudah membuatkan Faiqah menjadi keliru ibarat Zaim tidak sudi mempunyai anak dari Faiqah. Itulah sifat Zaim. Zaim sangat sukar meluahkan perasaannya kepada isterinya. Faiqah pun mengemaskan meja dan mencuci pinggan mangkuk lalu beralih ke ruang tamu dan duduk di sofa sambil dibuai andaiannya sendiri.
Beberapa minit kemudian, Zaim keluar dari biliknya lalu mencari isterinya. Setelah melihat wajah isterinya sedang kemurungan, Zaim menegur.
“Neera... kenapa Neera bersedih ini?...” tanya Zaim. Faiqah bangun dari sofa dan cuba menghindari dari Zaim. Zaim memegang tangan Faiqah dan Faiqah melepaskan pegangan itu.
“awak ini... kalau tak sudi nak anak dari saya... cakap... janganlah buat saya macam batang kayu...”
“apa Neera cakap ini?... Abang pergi ke bilik sekejap nak ambil...”
“ambil apa?... sampul surat apa itu?... surat cerai?... awak tipu dengan saya kan?... kata sanggup nak mulakan hidup baharu dengan saya... tapi nak cerai...”
“okey sekejap... bawa bersabar... kalau Neera nak tahu apa isi surat ini... cuba buka dan baca...” Zaim memberi surat itu kepada Faiqah dan Faiqah membuka sampul itu sambil mengikut perasaannya.
“pakej percutian ke Langkawi?... untuk saya?...” Faiqah mula tergagap.
“taklah... untuk Pooh Abang saja... semestilah untuk Neera...”
“kenapa kita pergi cuti?...” Faiqah masih keliru.
“oh... sebab... kita belum luangkan masih kita kan... lagipun... sejak kita kahwin... Abang belum ajak Neera pergi berbulan madu...” jelas Zaim. Faiqah berasa serba salah.
“Neera minta maaf... itulah... Abang tadi pergi bilik dengan senyap saja.. sekurang-kurangnya... bilanglah... nak pergi ambil barang kejap ke... atau pergi tandas ke... buat Neera terfikir bukan-bukan fasal Abang tau...”
“okey... Abang pun minta maaf... Abang janji... tak akan buat Neera fikir bukan-bukan lagi... jadi... macam mana?... Neera setuju nak bercuti dengan Abang?...” Zaim memegang kedua tangan Faiqah sambil memandang wajah Faiqah. Dengan perasaan yang teruja, Faiqah melepaskan genggaman itu lalu dia mencubit-cubit pinggang Zaim berterusan. Zaim cuba mengelak dari cubitan itu kerana dia terasa geli dan Faiqah mula menggelakkan suaminya.
“itulah... nak kejutan dengan kita lagi... kan dah kena cubit...” Faiqah mengetawakan suaminya. Zaim hanya memberi senyum nipis kepada isterinya.
“oh... dah mula gelakkan Abang?... “ Zaim menyepit hidung Faiqah. Pipi Faiqah menjadi merah dan Faiqah masuk ke dalam bilik.
Zaim kemudian masuk ke dalam bilik dan melihat isterinya sedang menutupkan seluruh badan dengan selimut. Zaim meletakkan sampul surat itu di atas laci lalu mematikan suis lampu dan merangkak di atas katil untuk mengusik isterinya.
Seminggu kemudian.
Pasangan yang berputik itu sedang berada dalam kapal terbang untuk menuju ke Langkawi. Zaim tidak tahu bahawa isterinya gayat. Semasa kapal terbang sedang berangkat, Faiqah genggam tangan Zaim kuat-kuat dan tanpa sengaja, Faqidah termuntah di lengan kiri Zaim. Sepintas kilas Zaim memanggil pramugari untuk menyediakan berapa beg kertas untuk isterinya.
Setelah tiba di tempat peranginan, Faiqah kelihatan pucat dan tidak bermaya. Zaim mengiring isterinya di bilik beradu. Faiqah terus baring di katil itu dan melelapkan mata. Zaim kemudian pergi ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya.
Sejak itu, Zaim sangat berhati-hati untuk membuat sesuatu agar Faiqah berasa selesa semasa dalam percutian itu.
Hari demi hari, keakraban Faiqah dengan Zaim sangat kuat dan Faiqah mula merasakan nikmat kasih sayang yang diberi oleh suami yang tercinta. Bagi Zaim, ia amat sukar untuk dibentuk dan disayangi isterinya sebab sikap Faiqah yang panas baran dan suka memberi andaian palsu itu, adalah cabaran untuk Zaim. Meskipun begitu, Zaim tetap mencintakan Faiqah dan menerima segala kebaikan dan keburukan terhadap isterinya.
Pelbagai kerenah Faiqah dan Zaim telah diperlihatkan apabila mereka berdua perselisihan faham. Zaim hanya mengalah untuk mengelakkan masalah remeh-temeh itu. Bak pepatah orang tua, mengalah tidak semestinya kalah tapi untuk melembutkan hati yang panas.
“Ya Allah, sesungguhnya aku hanya bermohon pada-Mu. Kau selamatkan keluargaku dan keluarga isteriku... ampunilah segala dosa kami ya Allah... hanya pada-Mu aku berserah... Amin...” doa seorang suami yang penyayang terhadap keluarga-keluarganya dan isterinya. Faiqah menyalam tangan suaminya setelah menunai solat berjemaah. Tangan kanan Faiqah tidak lepas sambil menitiskan air matanya.
“Abang... ampunilah semua dosa-dosa Neera dekat Abang... Neera banyak buat salah dekat Abang... buat perjanjian yang mengarut itu... caci Abang... hina Abang... kutuk Abang... tapi Abang tetap ada di samping Neera... saat Neera sedang sedih... ceria...” Zaim menutup bibir isterinya dengan jari tunjuk kirinya. Faiqah merenung mata Zaim.
“Neera... Abang sudah maafkan semua kesilapan Neera... Abang janji... Abang takkan lepaskan Neera macam mana Abang pegang tangan Neera ini... “ pujukan Zaim sambil membela kepala Faiqah. Senyum di bibir manis Faiqah itu amat berpanjangan seolah-olah dirinya berasa lega setelah diluahkan perasaannya itu.
“Jadi... Neera masih taknak abang panggil Neera ‘Iqah’?...” tanya Zaim.
“tak naklah...” jawab Faiqah.
“tapi kenapa?... Neera tak suka ke?...” tambah Zaim.
“Neera lebih suka dengan nama gelaran itu... tak payahlah nak tukar... rasa kekok pula nanti...” jelas Faiqah.
“okey... habis itu... Neera tak pening kepala ke?...” Zaim masih tertanya-tanya.
“pening kepala?... kenapa?...” Faiqah mula bingung.
“yalah... sebab... orang lain panggil Neera, ‘Iqah’.... Abang seorang yang tak panggil nama itu...” ulas Zaim.
“tak apa... sekurang-kurangnya... Neera tahu siapa akan panggil saya... Neera nak Abang seorang panggil Neera dengan gelaran itu... boleh tak Abang?...” ujar Faiqah sambil menyandar di bahu kanan Zaim. Zaim hanya menganggukan kepalanya dan membelai kepala Faiqah. Kemudian, pasangan manja itu sedang beradu bersama.
Share this novel