Manakala, Faiqah sedang duduk di sofa butiknya sambil termenung. Rashinah menggoyangkan tangannya di depan mata Faiqah dan Faqiah masih dalam dunia khayalannya.
“Iqah!... ish kau ini kan asyik termenung saja...” tegur Rashinah.
“kau ini Shinah... apa kurangnya... asyik kacau aku saja...” balas Faiqah.
“kau ini kenapa?... baru-baru ini... aku tengok kau asyik termenung jauh saja...” Rashinah duduk di sofa bersebelahan dengan Faiqah.
“tak ada apa-apa... Zaim itu...” kata Faiqah.
“Zaim?... kenapa dengan Zaim?... dia curang dengan kau ke?...” Rashinah bertanya.
“ish kau ini... ada ke situ pula... Zaim itu... tak curang... Cuma aku sedang fikirkan macam mana nak ambil hati dia...” ujar Faiqah.
“sekejap... kau nak ambil hati dia?... bukan ke kau bencikan dia?... setiap kali... kau selalu bilang buruk fasal dia...” Rashinah semakin hairan.
“itu dulu... tapi sekarang... ish.. aku tak tahu Shinah... aku dah mula sukakan dia...” jawab Faiqah dengan kebingungan.
“la... kalau dah suka... terus terang dengan dia... kenapa nak pendam perasaan kau itu... aku yakin Zaim akan terima kau...” nasihat Rashinah.
“aku tak boleh... sebab dulu aku terbuat perjanjian antara aku dengan dia...” jelas Faiqah.
“itulah kau... buat sesuatu tanpa berfikir... sekarang kau nak buat apa?...” tanya Rashinah.
“aku sekarang buntu... kau tolong akulah... tak tahu macam mana nak ambil hati dia...” ujar Faiqah sambil memegang tangan Rashinah.
“baiklah... kau boleh masak kan?...” Rashinah memberi cadangan.
“masak?... boleh kenapa?...” Faiqah sedang terpinga-pinga.
“bagus... kau masak untuk dia... setiap suami ingin rasa masakan dari air tangan seorang isteri... jadi... kau balik awal masak untuk dia sebelum dia pulang...” ujar Rashinah. Faiqah pun mula tersenyum sipu sambil membayangkan juadah apakah yang ingin dihidangkan untuk suaminya itu.
Setelah Zaim pulang ke rumahnya, seluruh badannya lemah terutama sekali kaki kirinya itu. Oleh itu, Zaim terus masuk ke dalam biliknya untuk mengurut kaki kirinya. Faiqah cuba mengetuk pintu lalu bertanya sama ada Zaim sudah makan atau belum. Hiba perasaan Faiqah apabila mendengar jawapan Zaim. Faiqah hanya menutup tudung salji itu lalu masuk ke biliknya. Sejak berkahwin, Faiqah tidak memahami keadaan Zaim dan masih serkap jarang bahawa Zaim cuba mengelak darinya. Kesakitan kaki kiri Zaim mula berleluasa apabila Zaim berjalan atau bergerak terlalu lama dan ia akan menjejaskan urat saraf dari paha ke lutut kiri Zaim. Zaim tidak memberitahu hal itu sebab dia enggan untuk meraih simpati dari sesiapa walaupun orang itu adalah isteri sendiri.
2 minggu kemudian.
Fikiran Faiqah semakin celaru dan pelbagai cara sudah di buat mengikut cadangan Rashinah. Namun, cadangan-cadangan itu semua tidak berhasil.
“Shinah... aku rasa... aku terima saja kalau dia tak sukakan aku...” Faiqah mengeluh.
“jadi kau nak putus asa?... kau baru saja cuba 2 minggu... Zaim... dia cuba 3 bulan untuk menambat hati kau... takkan kau nak mengaku kalah?...” tegur Rashinah.
“habis itu... kau nak aku buat apa?... aku tak nak dia nampak aku macam terdesak... lagipun... aku sudah mati akal...” tunasi Faiqah berubah dan semakin perlahan. Rashinah pergi ke kaunter untuk mengambil senarai rekod lalu memberi kepada Faiqah.
“nah... kau tengok ini... kalau kau fikir dia tak suka kan kau... kau silap... tiap-tiap hari dia hantar makanan tengah hari untuk kau... kadang kala... dia bagi kau hadiah... “ Rashinah cuba menyedarkan Faiqah.
“ini ‘Jejaka Idaman’... bukan dia...” ulas Faiqah.
“habis itu siapa?... Zali?... lelaki tak guna itu?... kau bukalah mata kau besar-besar... dia terpaksa gunakan nama samaran... kalau tak... kau tak nak ambil barang-barang dari dia kan?...” jelas Rashinah.
“ya Allah... sampai ke situ... dia sanggup buat ini untuk aku?... tapi... aku keliru... macam mana dia tahu semua kegemaran aku?...” Faiqah bertanya.
“kalau fasal itu... aku minta maaf... Zaim sendiri bertanya pada aku dan suruh aku buat senarai... apa yang kau suka dan tak suka... Iqah... aku faham dulu kau masih dalam dilema sebab kau berkahwin secara mengejutkan... tapi... sekarang... kalau kau nak baiki perkahwinan kau... aku harap... kau jangan putus asa dan berusaha untuk pulihkan hubungan kau berdua... memang... aku pada mulanya aku sendiri tak setuju kau berkahwin dengannya... tapi... sejak Zaim asyik bertanya fasal kau... kau dah makan ke... kau sihat ke... sampai aku nampak keikhlasan dalam hatinya...” pesan Rashinah.
“aku malu Shinah... aku dah maki hamun... caci... hina dan kutuk dia... boleh ke dia beri peluang kepada orang angkuh macam aku?...” Faiqah tidak yakin pada diri sendiri.
“jangan risau... kau cuba luahkan perasaan kau dulu... kalau dia terima atau tak... itu belakang kira... yang penting... kau sudah keluarkan hasrat terpendam kau itu...” Rashinah memujuk Faiqah dan Faiqah akur kesalahannya.
Matahari mula terbenam dan cahaya bulan mula menerangi awan biru.
Ketika Zaim keluar dari biliknya untuk mengambil secawan susu, Faiqah terus membuka pintunya lalu mula dengan percakapan.
“tunggu dulu... ada sesuatu saya nak cakap...” Faiqah menahan Zaim daripada memasuki ke bilik Zaim.
“dah malam ini... abang penat... kita bincang esok saja...” Zaim cuba mengelak sebab dia risau kalau Faiqah ingin berpisah darinya.
“tak lama... 10 minit saja... boleh tak?... lepas itu saya tak ganggu awak... tolonglah...” Faiqah cuba merayu kepada Zaim.
“baiklah... kita bincang...” mereka berdua pun ke ruang tamu lalu duduk di sofa sambil bincang.
“Zaim... saya sebenarnya... sebenarnya... sukakan awak...” luahan Faiqah.
“apa Neera merepek ini... dah abang nak pergi tidur...” jawab Zaim.
“awak ini kenapa?... saya cuba nak berbaik dengan awak... baru-baru ini... awak asyik mengelak dari saya... saya betul dah sukakan awak... saya...” Faiqah belum sempat menjelaskan.
“sudahlah Neera... orang macam abang ini memang tak layak di jadikan suami... Neera jangan risau... abang akan teguh pada perjanjian itu...” jawab Zaim sambil membangunkan badannya untuk pergi ke biliknya. Faiqah bergegas di depan Zaim.
“awak tolonglah percayakan saya... saya mula cintakan awak... maafkan saya kalau dulu saya pernah sakitkan hati awak... tapi tolonglah... beri saya peluang...” rayuan dari Faiqah.
“Neera... abang dah maafkan semua kesilapan Neera... Cuma abang betul-betul tak layak menjadi suami Neera... tapi abang tak menyesal berkahwin dengan Neera... abang harap Neera boleh cari orang lebih sesuai dari abang...” jelas Zaim.
“kenapa susah sangat awak nak mengaku... awak suka kan saya?... “ soal Faiqah.
“perlu ke abang mengucap kata-kata itu?... sudahlah Neera... kita pun bersetuju dengan perjanjian itu...” Zaim masih berkeras kepala.
“awak cuba cakap... apa harus saya buat... untuk betulkan hubungan kita?...” Faiqah bersungguh-sungguh ingin berbaik dengan Zaim.
“Neera... jangan tipu diri Neera... dah abang nak pergi tidur...” Zaim mengelak dari Faiqah.
“siapa yang tipu diri sendiri?.... encik ‘jejaka idaman’?...” balas Faiqah. Zaim terus terpaku.
“Iqah tahu... awak yang hantar semua bekalan makanan... hadiah-hadiah itu semua... jadi tolonglah... awak terus terang pada saya...” tambah Faiqah.
“Sudahlah Neera... Abang tak...”
“Awak tak apa?... awak tak sukakan saya?...” sampuk Faiqah.
“Abang tak nak kehilangan Neera!” perasaan mendalam Zaim telah diluahkan.
“apa maksud awak?... saya tak faham...” Faiqah terkejut.
“Neera pernah bilang yang abang tak boleh luahkan kata-kata itu... kalau tak Neera nak minta cerai... jadi... abang tak nak luahkan perasaan abang... biarlah kita bersama hanya setahun... asalkan abang dapat mengubahkan sikap angkuh Neera itu...” jelas Zaim.
“awak... tolong maafkan saya... saya sudah menyakitkan hati awak... saya hina awak... caci awak... kutuk awak... tapi awak masih mengambil berat fasal saya... bila saya nampak awak dengan klien wanita.... saya mula cemburu... dan saya risau kalau saya akan kehilangan awak... saya tak pasti bila perasaan itu bermula... tapi saya yakin bahawa saya sudah cinta kan awak...” ujar Faiqah sambil memegang kedua tangan Zaim. Zaim sangat terharu dengan kata-kata isterinya lalu dia melepaskan pegangan itu dan memeluk isterinya.
“Maafkan abang... abang tak tahu yang Neera suka kan abang... abang sebenarnya risau kalau cinta abang tak terbalas... abang sangat bersyukur... terima kasih Neera sebab sudi terima cinta abang...” Zaim membelai kepala Faiqah.
Di sebuah gundang, Encik Rahman sedang mencari jalan supaya Zaim berjauhan dengan Faiqah agar senang menculik Faiqah.
“kau ingat... senang nak pisahkan mereka?...” Suraya menyampuk.
“hei... kau ini siapa?... macam mana kau tahu tempat ini?...” Encik Rahman terkejut dengan kedatangan Suraya tanpa disambut.
“aku Suraya... itu semua tak penting... yang penting... aku benci kan Faiqah... dan kita ada tujuan yang sama...” jelas Suraya.
“okey... apa rancangan kau?...” tanya Encik Rahman.
“sabar dulu... untuk memisahkan mereka berdua... kita perlu tunggu masa yang sesuai... dengar apa aku nak cakap...” Suraya memulakan dengan perancangannya kepada Encik Rahman.
Sebulan kemudian.
Perhubungan Faiqah dan Zaim semakin pulih tetapi mereka masih tidur berasingan. Zaim ingin mengajak isteri untuk tidur di biliknya tetapi dia malu dan segan. Manakala Faiqah pula tidak mahu tidur di bilik suaminya tanpa pelawaan dari suaminya sendiri.
Zaim berjumpa Kak Bibah untuk bertanya khabar.
“Zaim macam mana?... sihat tak?... isteri kau dah berbaik dengan kau?...” pelbagai soalan ditanya oleh Kak Bibah.
“saya sihat Kak... isteri pun dah okey... Cuma...” jelas Zaim.
“Cuma apa?... kau dah tawar hati ke?...” Kak Bibah bertanya.
“ish... bukan itu... Cuma kita masih tidur berasingan... Zaim tak tahu macam mana nak bilang atau pelawa dia... seganlah...” ujar Zaim.
“kau ini kelakarlah... apa kata kau pergi ke bilik dia... kau tidur di bilik dia dulu... kasi dia rasa selesa... lepas itu baru kau ajak dia tidur di bilik kau pula...” pesan Kak Bibah dengan ketawa sinisnya itu.
“oh kena buat macam itu... baiklah Kak... Zaim cuba... terima kasih Kak...” Zaim menghirup secawan kopi sehingga habis lalu dia meminta diri.
Pada malam yang gelap gelita, Zaim mengetuk pintu bilik Faiqah lalu masuk ke dalam dengan membawa dua bantal tidurnya. Faiqah hanya tercengang dan berasa hairan apabila memandang Zaim. Jantung Faiqah mula berdegup dan berdebar bila Zaim meletakkan bantal-bantalnya di atas katil Faiqah. Seluruh badan Faiqah menggigil seolah dirinya telah menjadi batu. Zaim pun mengangkat semula bantal-bantalnya lalu tidur di atas lantai setelah melihat reaksi Faiqah itu.
“Awak... kenapa awak nak tidur bawah?...” soal Faiqah.
“oh... Abang cuma pastikan Neera tidur dengan lena... Neera tidurlah... abang takkan ganggu Neera...” jelas Zaim.
“tapi sekarang awak dah menganggu saya tidur...” ulas Faiqah dengan wajah kelihatan seolah ingin memakan orang.
“okey... kalau begitu... Neera nak abang buat apa... supaya abang tak ganggu Neera tidur?...” Zaim mula keliru.
“kalau awak tak nak ganggu saya tidur... awak tidur di.... atas katil dengan saya... boleh tak?...” suara Faiqah berubah menjadi wanita manja. Riang hati Zaim sambil tersenyum sipu lalu dia duduk di katil itu dan baring di sebelah isterinya buat pertama kalinya.
Pada keesokan harinya, Rashinah menegur Faiqah apabila melihat Faiqah tersenyum seorang diri.
“ish kau ini... buat aku terperanjat saja... kalau aku pengsan nanti... siapa susah?...” ujar Faiqah sambil menepuk bahu kiri Rashinah.
“okey aku minta maaf... aku tengok kau tersengih macam kera busuk... apa hal?...” soal Rashinah.
“aku gembira... sebab... aku tidur dengan suami aku...” jelas Faiqah.
“Apa?!... sebab itu... kau gembira?... kau ini peliklah...” balas Rashinah sambil ketawa.
“dah puas gelakkan aku?... kau nak aku kongsi... tapi suka nak gelakkan... ish... nasib baik kau ini kawan baik aku... kalau tak ...aku piak telinga kau...” ulas Faiqah.
“okey...okey... maaf... aku cuma gurau saja... kau tahu kan aku suka usik kau...” balas Rashinah.
“aku tahulah... kau kan kawan baik aku dunia akhirat... kau saja aku ada...” kata Faiqah.
“sudahlah itu... aku akan sentiasa ada bersama kau kalau kau perlu aku...” Rashinah memeluk Faiqah dan bersurai untuk membuat kerja mereka masing-masing.
Semasa Faiqah sedang mengatur pakaian di tempat gantung pakaian, seorang membuka pintu butiknya dan masuk ke dalam sambil memandang Faiqah.
“hai sayang... “ Ghazali memberi ucapan.
“kau?!... “ Faiqah terkejut bila terpandang kelibat Ghazali.
Share this novel