Babak 18 – Jerat Pemisah Hati

Romance Completed 17168

Seminggu kemudian.

Encik Rahman telah hilang dari pandangan di alam nyata ini. Duka yang terlara hati Ghazali remuk redam menanggung kecewa kerana belum sempat menunaikan permintaan bapanya itu. Di sebalik kekecewaan, timbullah perasaan yang menghangat hati Ghazali untuk membunuh Zaim.

Ya betul. Lelaki tempang yang merosakkan segala perancangannya dulu sehinggakan dia dituduh sebagai perogol. Oleh kerana Faiqah masih hidup, Ghazali memulakan taktik liciknya dengan memberi surat amaran atau ugutan kepada Faiqah.

“Faiqah... aku akan hapuskan kau... aku nak kau terseksa... kau tunggu pembalasannya nanti!...” kata hati Ghazali berkocak sambil merenung tajam ke gambar Faiqah yang dia simpan dulu.

Surat itu dihantar oleh Ghazali sebagai orang tidak dikenali untuk mengancam Faiqah agar meminta cerai dengan Zaim jika Faiqah ingin nyawa suaminya selamat. Pada awalnya, Faiqah tidak peduli dengan ugutan itu kerana ia mungkin hanya gertak saja dan orang itu tidak akan bertindak secara ganas.

Dua bulan kemudian.

Perhubungan Faiqah dan Zaim semakin akrab dan Azzahra telah menerima Zaim sebagai bapanya. Faezah turut bangga dengan kebaikan Zaim itu. Menurut peguam dari arwah Dato Saidun, Faezah dapat syer sebanyak 40 peratus dan dia telah memberikan 35 peratus kepada suaminya kerana ingin membalas budi yang telah menjaganya sejak dia berumur 10 tahun dulu. Ziyyad kini, telah dilantik sebagai penolong urusan syarikat untuk membantu Zaim. Ziyyad bersyukur mempunyai isteri Faezah yang sudi terimanya seadanya di waktu senang mahupun susah.

Kegembiraan Husayn tidak terucap apabila dia mendapat cahaya mata lelaki sebulan lalu dan Rashinah sedang berpantang di rumah mereka. Kehilangan Wafiy, telah merapuhkan perasaan Rashinah yang masih merindukannya. Oleh itu, Rashinah menamakan bayinya Wafiy Husayn dan berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan menjaga anaknya dengan baik. Faezah pula kini telah mengambil alih katering makanan arwah Kak Bibah memandangkan minatnya yang suka memasak. Zaim memberi geran itu kepada kakak iparnya untuk menerusi legasi Kak Bibah itu.

Namun, hidup ini tidak lepas dari hasrat dengki sesama manusia. Setiap pergerakan Faiqah telah dipantau jauh oleh Ghazali. Di luar angin bertiup perlahan. Cuaca panas terik sejak dari pagi tadi masih lagi jelas terasa menyelubungi suasana petang. Faiqah sedang pergi ke taska untuk menjemput Azzahra pulang.

Semasa sampai disana, Faiqah ternampak ada pemuda sedang memberi lolipop serta sampul surat kepada Azzahra. Sekilat kaki Faiqah melangkah sambil memanggil nama anaknya. Riak wajah Azzahra yang ceria melambai semula ke ibunya. Pemuda itu dalam ketakutan lalu dia beredar cepat dari situ.

“Mama... Mama... ada orang bagi lolipop kat Zahra...” ujar Azzahra sambil menunjukkan lolipop yang berbentuk lingkaran dengan warna pelangi. Faiqah kurang selera lalu dia merampas lolipop dan sampul itu dari Azzahra.

“Zahra... kan Mama dah pesan... jangan ambil barang dari orang yang kita tak kenal...” Tegas Faiqah sambil menyembunyikan lolipop itu. Azzahra melompat-lompat untuk mencapai lolipop itu.

“Nak lolipop... Mama!... Zahra... nak lolipop tu!” Azzahra mula merenyuk dan dia tidak henti melompat.

“Sudah cukup... nanti Mama belikan yang baharu okey...” Faiqah memujuk Azzahra.

“Tapi Mama... orang itu cakap dia kenal Mama...” Jelas Azzahra dengan mukanya yang monyok itu.

“Apa?... dia cakap... dia kenal Mama?... siapa nama dia?...” Hati Faiqah tidak tenang.

“Dia cakap nama dia Zali... dia suruh Zahra panggil dia ‘Abang Zali’...” ujar Azzahra sambil melipat tangannya dan menunjukkan mukanya. Faiqah merendahkan badannya sambil memandang jelas ke wajah Azzahra.

“Baiklah... Mama minta maaf... kita pergi kedai... Mama ganti semula lolipop yang baharu ya... sudahlah tu... senyumlah sikit...” pujuk Faiqah dengan senyuman yang lebar. Azzahra tidak mampu merajuk begitu panjang lalu dia setuju dengan pujukan ibunya itu.

“Zali?... kenapa dia datang nak kacau anak aku?... apa surat ini?...” Hati Faiqah terusik dengan soalan itu.

Setibanya pulang ke rumah Zaim itu, Faiqah menyuruh anaknya pergi bilik dan bersihkan diri sementara dia duduk di sofa sambil membuka sampul surat itu membacanya.

“AMARAN! KALAU KAU NAK LAKI KAU HIDUP SELAMAT! KAU MESTI CERAI DENGAN LAKI KAU! KALAU KAU TAK DICERAIKAN DALAM MASA SEBULAN INI, AKU AKAN BUNUH LAKI KAU! INGAT!” tulisan itu berbentuk huruf dari akhbar atau risalah yang digunting dan ditampal menjadikan ayat-ayat itu. Manik-manik peluh membasahi dahi Faiqah dan debaran jantungnya memukul dadanya.

“Patutkah aku memberitahu kepada Abang Zaim?...” kekeliruan melanda di minda Faiqah.

Tiga minggu kemudian.

Ghazali memeras ugut Faiqah dengan menggunakan gambar intipan yang diambil secara rahsia. Ghazali masih memeras Faiqah dengan pelbagai cara. Dia mengirim surat yang berisi ancaman dan juga mengintai rumah Faiqah dan Zaim secara senyap. Dia bahkan mengirim pesan melalui orang lain untuk mengancam Faiqah.

Hari semakin hari, Faiqah berada di dalam ketakutan. Setelah 5 tahun berpisah dengan Zaim, kini dia diancam oleh Ghazali untuk meminta perkara yang amat berat baginya iaitu cerai. Ghazali semakin mengintensifkan ancamannya dengan mengikuti Faiqah di mana-mana saja, termasuk di tempat kerjanya sekali.

Naik buntu dibuatnya. Faiqah tidak ingin melaporkan hal ini kepada pihak polis kerana dia sering diserang ketakutan sehingga lututnya lemah dan tangannya terkulai apabila ingin memberitahu perkara tersebut. Tambahan pula, perasaannya didera kebimbangan jika tindakannya itu akan membuat situasi semakin buruk.

Pada malam yang sunyi itu, ketika Zaim sedang merangkak ke katil perlahan sambil ingin memandang wajah isterinya, Faiqah mengerling ke kanan dengan berpura-pura tidur. Zaim menghinggut badan Faiqah sambil memanggil nama isterinya dengan suara yang manja.

“Isy... Apa Abang nak ni?!...” Faiqah mula melenting.

“Oh... maaf... Neera okey ke?...” kata Zaim dengan suara yang senada.

“Neera nak tidur kan!... kenapa Abang asyik nak kejut kan Neera saja?!...” tekanan di dalam dirinya memaksanya untuk berkata kasar kepada suaminya.

“Maafkan Abang... lain kali Abang tak kan usik Neera bila Neera sedang tidur...” Zaim memujuk isterinya lalu dia beralih ke tempat tidurnya bersebelahan Faiqah. Dengan keadaan semakin tenang, Faiqah mengembali posisi tidurnya semula. Matanya mula terasa basah.

“Maafkan Neera... Abang... Neera tak berniat nak menengking Abang... Neera buat macam tu... supaya Abang boleh bencikan Neera... dan Neera boleh mintak cerai dari Abang... ini semua demi keselamatan Abang...” Fikiran Faiqah semakin runsing. Muka Faiqah bertikar menjadi merah-padam mengenangkan nasibnya itu.

Pancaran suria menyinari bumi. Di kaki langit matahari kelihatan bersinar indah. Namun, ia tidak seindah dengan wajah Faiqah yang bermuram durja. Semasa Zaim melihat ke cerminnya sambil mengikat tali lehernya, Faiqah telah mengumpulkan keberaniannya lalu dia berkata.

“Ceraikan aku!...” Mata Faiqah memandang tepat ke Zaim.

“Apa?... cerai?... kenapa ni Neera?...” Zaim berpaling ke Faiqah lalu dia memegang bahu Faiqah. Tekanan di dalam diri Faiqah memaksanya menolak pegangan itu.

“Aku nak kau ceraikan aku!...” teriak Faiqah sambil menolak dada Zaim bertubi-tubi.

“Neera... kita dah lama berpisah... kini kita dah bertemu semula... tak kan sekarang awak nak mintak cerai dari saya?...” Zaim perlukan penjelasan.

“Ya... aku nak cerai!... aku dah meluat tengok muka kau!... dasar kaki tempang!” Faiqah berlapikkan kata. Riak wajah Zaim berubah menjadi pucat seolah-olah Faiqah yang dulu kembali menghantuinya.

“Neera... kenapa ni?... saya tak akan cerai kan awak!” Zaim terus keluar dari biliknya dan pergi ke syarikat Dato Saidun. Faiqah melutut kakinya sambil merendahkan badannya. Juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipinya.
Di dalam kereta Zaim semasa dalam perjalanannya ke syarikatnya, fikiran Zaim semakin kusut. Dia tidak menyangka yang Faiqah akan sebut perkataan yang berat untuknya melafazkan. Setibanya berada depan kaunter resepsi, penyambut tetamu itu memberi sampul surat kepada Zaim.

Apabila Zaim masuk ke dalam bilik pejabatnya, dia menarik kerusinya lalu menduduk sambil membuka sampul surat itu. Bibit-bibit lampau tidak henti-henti menghantui otak Zaim setelah membaca isi kandung surat tersebut. Mindanya masih memikirkan isterinya lalu dia bingkas dari kerusinya dan berangkat pulang ke rumahnya.

Husayn terserempak Zaim sedang tergesa-gesa keluar dari pejabatnya dan tercicir surat tersebut. Husayn menghampiri ke surat itu lalu dia mengutipnya dan membacanya. Hati Husayn kurang selesa lalu dia mengekori Zaim dari belakang.

Setibanya pulang, Zaim membuka pintu itu dan dia terperanjat melihat isterinya sedang memimpin tangan Azzahra sambil menolak bagasinya. Zaim menahan tolakan bagasi itu.
“Neera... kenapa ni?! Apa erti semua ni?!” Zaim mahukan penjelasan.

“Aku nak kau ceraikan aku!...” Faiqah menepis tangan Zaim lalu dia menolak semula bagasi tersebut.

Kaki Zaim terenjut-enjut mengejar Faiqah lalu dia terjerit.

“Okey!... Baiklah aku ikut permintaan kau!” kata Zaim dengan nada yang kasar. Zaim menarik bagasi Faiqah lalu dia masuk ke dalam rumahnya.

Faiqah berdiri tegak sambil menanti perlafazan cerai dari Zaim. Apabila mata Faiqah bertentangan dengan mata suaminya, Zaim menghela nafas yang panjang.

“Faiqah Mahneera binti Saidun Amal.... Saya....” ujaran Zaim dihalang oleh Ghazali yang telah menerjah dan memukulnya dari belakang.

Teriakkan kuat bermula. Faiqah menyuruh anaknya berlari ke atas dan bersembunyi sementara dia sedang membangunkan suaminya. Riak wajah Ghazali yang mengerikan itu melangkah perlahan demi perlahan.

“Apa kau nak dari kami?!!” Faiqah ingin kepastian.

“Oh... baru sekarang kau nak melutut kat aku?!... kan aku pernah cakap... dulu.. aku nak kau la!... hari tu... tak sempat nak merasa tubuh kau yang mantap!...” kata Ghazali dengan gelakkan yang mengerikan.

“Kau dan ayah kau pun sama!!! Dasar setan bertopengkan manusia!!!” Faiqah meludah ke arah Ghazali.

“Wau... hebat juga kau ni kan... kau tahu tak... kenapa papa aku nak sangat harta-harta dari papa kau?!!” wajah Ghazali mendekati di samping kiri wajah Faiqah.

“Isy... tepilah!...” Faiqah menolak kepala Ghazali.

“Hei!... Kau dengar sini baik-baik!... Papa aku sebenarnya adalah bapa saudara kau!!!” jari telunjuk Ghazali menghala ke Faiqah.

Berkerut muka Faiqah bagai cermai masam dan hatinya seperti dihantui kebimbangan. Ghazali meneruskan dengan ceritanya itu.

Kisah hidup Encik Rahman.

Encik Rahman telah dibuang oleh keluarga Shakil, datuk Faezah dan Faiqah, sejak kecil kerana dia adalah anak yang bukan sah taraf hasil dari hubungan gelap antara ibunya dan seorang lelaki yang tidak mengenali asal usulnya. Keluarga Shakil tidak mahu mempunyai anak yang bukan sah taraf dan memaksa ibu Dato Saidun membuangkan Encik Rahman di perkampungan yang sunyi.

Sejak kecil, Encik Rahman sering dibuli orang di perkampungannya dulu kerana dia bukan anak kandung dari ibubapa angkatnya. Apabila dia mendapat tahu perkara sebenar mengenai asal usulnya itu, dia telah memendam rasa kebencian terhadap keluarganya sendiri kerana tidak menganggap dirinya sebahagian dari keluarga Shakil. Dia merasa tidak adil bahawa dia harus dibuang dan tidak mendapat bagiannya dari kekayaan keluarganya itu.

Ketika Encik Rahman sedang membesar ke usia dewasa, dia merancang untuk menghapuskan keluarga Dato Saidun, abangnya sendiri. Gerak hatinya mengatakan bahawa dengan mengambil alih harta warisan keluarga Dato Saidun, dia akan mendapatkan haknya sebagai anggota keluarga Shakil yang sah. Selain itu, Encik Rahman juga berhasad dengki kerana mendapati bahawa keluarga Dato Saidun telah mempunyai segala-galanya sementara dia harus hidup dalam serba-serbi kekurangan dan penuh kebencian.

Dia mulai merancang rencananya untuk mengambil alih semua harta dari keluarga Dato Saidun, termasuk membuat rancangan untuk menjebak Faezah dan Faiqah semata-mata hendak mendapatkan hak warisnya.

Encik Rahman pula melakukan penculikan Faezah semasa Faiqah sedang berusia dua tahun. Bukan itu saja, sebuah van yang ingin melanggar Faiqah, pada masa 15 tahun dulu, adalah hasil perbuatan licik dari Encik Rahman dan ia menyebabkan kaki kiri Zaim bermasalah semasa menyelamatkan Faiqah dulu. Dia sangat berhasrat untuk mendapatkan kekayaan dan kedudukan yang dianggapnya layak untuk dirinya sebagai anggota keluarga Shakil yang sah.

Sekarang.

Perasaan Faiqah berkecamuk dengan sedih dan ketakutan. Tidak diduga. Tindakan orang sekelilingnya dapat mengubah nasib hidup seseorang itu. Begitu juga nasib Encik Rahman. Namun begitu, masa tidak boleh berputar dan nasi sudah menjadi bubur.

Setelah bercerita, Ghazali bergegas ke Faiqah sambil menarik rambutnya dan mengheretnya ke belakang. Kemudian, Ghazali menerkap kedua tangan Faiqah agar tidak bergerak. Sepintas tiba di depan pintu, Husayn ternampak Ghazali sedang membuat perkara yang tidak senonoh kepada Faiqah lalu dia segera menyerang Ghazali.

Dalam perkelahian tersebut, Ghazali jatuh tersungkur dan dia tidak mengaku kalah. Lantas dia bangkit semula dan menyerang Husayn dengan sebilah pisau kecil yang dibawanya. Kedua-duanya bergulat dengan sengit, dan akhirnya, pisau tersebut tertembus ke perut Husayn. Tumpahan darah mengalir ke lantai. Lantas Husayn rebah rampak di lantai. Jari jemari Ghazali terkesan darah dari perut Husayn.

Tubuh badan Zaim mula bergerak dan kepalanya berdenyut-denyut sambil mencuba melihat sekelilingnya. Sekilas terpandang kawannya terlantar di situ, Zaim menguatkan semangatnya untuk bangun dan bergegas ke arah Husayn.

Dalam kejadian yang tidak dijangka, tangan Faiqah menggigil semasa mengeluarkan telefon pintar dari beg lengannya lalu dia menelefon polis manakala Ghazali sedang bercanggung di tepi pintu dengan tangannya menggeletar sambil menitiskan air matanya.

Diubah jalan cerita

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience