Zaim memandang semua yang berada di situ sambil menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.
“bawa bersabar encik-encik semua... saya cuma berniaga... bukan nak buat maksiat... perempuan ini hampir dirogol orang... saya cuba membantu dia saja... “ jelas Zaim.
“maaf... kami sudah banyak dapat kes-kes yang hampir sama dari penjelasan Encik... jadi sila ikut kami di balai untuk buat keterangan...” tegas Ustaz Wahab.
“tapi encik... saya tak buat perkara terkutuk itu... saya baru masuk 15 minit kemudian... masa itu... saya nampak pintu terbuka luas... dan perempuan itu sedang baring di sofa... jadi...” Zaim belum sempat menjelaskan hal itu.
“oh... jadi kamu cuba mengambil kesempatan untuk mencabul kehormatannya?... sudah... ikut kami di balai!” dua orang daripada pencegah maksiat itu menahan Zaim manakala dua wanita daripada pencegah maksiat itu sedang menukarkan pakaian Faiqah.
Semasa, pakaian Faiqah digantikan, Faiqah telah menyedarkan dirinya lalu dia terkejut apabila melihat ramai orang di rumahnya. Sekilas terpandang ke arah Zaim, Faiqah bangun dari sofa lalu menampar Zaim.
“Apa kau dah buat dengan aku?!... kau cuba merogol aku?... mana Ghazali?!... kau pukul dia kan?!... dasar lelaki tak guna!... nak ambil kesempatan dekat aku?!... Faiqah tidak mampu mengawal perasaannya dan dia hanya memukul bahu Zaim secara melulu.
“Ghazali?... mungkin lelaki tadi adalah kekasihnya... kesian dia ini... kena tipu dengan kekasihnya hidup-hidup... apa yang harus aku bilang... kalau aku bilang teman lelakinya yang cuba merogol dia... tentu dia tak akan percayakan aku... bersabarlah Zaim... mungkin ini dugaan kau...” bisikan di hati Zaim.
Zaim dan Faiqah terpaksa patuh dengan arahan itu lalu mereka sedang perjalanan ke balai polis. Zaim boleh berfikir panjang dan dia tahu kalau buat keterangan yang benar, tiada sesiapa akan percayakannya. Justeru itu, Zaim terpaksa mengaku bahawa dia cuba mengambil kesempatan kepada Faiqah.
“Ya Allah...kenapa Kau beri dugaan ini?... kenapa aku jadi mangsa keadaan?... mampukah aku menelan semua penghinaan dan tuduhan yang palsu itu?... demi-Mu... aku berani bersumpah... aku tak buat perkara yang dilaknati oleh-Mu... Kau berilah aku kekuatan untuk merempuh segala cabaran dan dugaan-Mu...” luahan dalam hati Zaim semasa menulis keterangan yang palsu.
Setelah membuat keterangan, kedua bapa Zaim dan Faiqah pun sampai dan mula terpaku apabila Dato Saidun dan Encik Rasyad terserempak. Mereka mula mengimbas kembali peristiwa yang lalu.
10 tahun yang lalu.
“Rasyad... aku berterima kasih dengan anak kau... kalau anak kau tak selamat Iqah... tentu aku sudah kehilangan orang-orang yang aku sayang...” kata Dato Saidun .
“tak mengapa Saidun... itu semua takdir... cuma... aku risau masa depan Zaim... doktor bilang dia perlukan rawatan...” balas Encik Rasyad.
“Rasyad... untuk mengganti rugi... aku akan bayar segala kos rawatan anak kau... aku minta maaf pada anak kau..” tambah Dato Saidun .
“Saidun... aku faham... keikhlasan kau... tapi ini terlibat anggota tubuh anak aku... aku risau kalau dia tidak boleh dapat jodoh...” jelas Encik Rasyad.
“oleh kerana aku terhutang budi dengan anak kau... apa kata kita satukan mereka bila mereka dewasa nanti?...” Dato Saidun memberi cadangan.
“Saidun... aku hormat kau sebagai kawan aku... tapi aku tak bersetuju dengan cadangan kau... kita tak boleh paksa mereka... sebab ini bukan macam zaman kita dulu-dulu... lagipun Iqah tu sangat manja... aku risau kalau anak aku tak mampu memberi kebahagiaan kepada anak kau kelak... “ tegas Encik Rasyad.
“kita cuba dulu... mana tahu mereka setuju...” Dato Saidun cuba mendesak Encik Rasyad.
“Saidun... kalau beginilah kelakuan kau untuk satukan mereka secara paksaan... aku terpaksa putus sahabat... aku minta maaf... kalau aku tersilap kata... mulai hari ini... kita tak perlu berjumpa lagi...” Encik Rasyad berpaling ke belakang lalu dia beredar dari hospital itu.
Sekarang.
Dato Saidun memulakan dengan perbualan kepada Encik Rasyad. Apabila kejadian itu melibatkan anak-anak mereka, Dato Saidun mengajak Zaim dan Encik Rasyad ke rumahnya untuk menyelesaikan masalah itu dan keempat-empat orang itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah Dato Saidun .
Setelah sampai di rumah Dato Saidun, Faiqah membuka pintu kereta lalu dia bergegas ke bilik tidurnya tanpa berkata sepatah. Dato Saidun mempelawa Zaim dan ayahnya duduk di sofa.
“baiklah... menurut dari kata Iqah... aku tak yakin Zaim sanggup buat begitu... cuba Zaim jelaskan pada Encik... “ Dato Saidun ingin penjelasan dari Zaim. Zaim pun menjelaskan hal sebenar yang berlaku. Zaim juga mengatakan bahawa dia buat keterangan itu demi menutup aib Faiqah.
“kenapa Zaim?... kenapa Zaim tak berterus terang saja?... Bapa tahu Zaim tak bersalah... malah... di apartmen Iqah ada rakaman CCTV kan... boleh dapat bukti...” Encik Rasyad semakin keliru. Zaim cuba memberitahu pada mereka untuk membiarkan kekasih Faiqah sendiri buat pengakuan atau Faiqah dapat tahu hal sebenar dengan caranya sendiri.
Sementara itu, Faiqah sedang meniarap di atas katil sambil meratap dan bertungkus lumus menyalahkan Zaim. Jiwa Faiqah mula meronta sambil melemparkan bantal-bantal dan selimutnya. Semua barang berkeliaran dan berselerak. Setelah itu, Faiqah menurun ke ruang tamu untuk menolak daripada berkahwin dengan Zaim. Apabila hampir sampai ke ruang tamu, Faiqah terdengar perbualan bahawa Zaim setuju mengahwinkan dengannya.
“Iqah tak setuju!!!!.... Papa... Iqah tak cintakan dia ini... kenapa Papa nak Iqah kahwin dengan dia?... lagipun dia cuba perangkap Iqah!... “ Faiqah melangkah ke Zaim lalu dia menampar berterus-terusan dengan perasaan yang penuh kemarahan.
“Cukup Iqah!... Papa dah beri kata putus... lagipun dia pernah...” Dato Saidun belum sempat menjelaskan.
“dia pernah apa?!... pernah rasuah Papa ke?... orang tempang itu yang Papa nak jadikan suami Iqah?... sampai hati Papa jual Iqah semata-mata kejar kekayaan?... “ sampuk Faiqah dengan serkap jarang.
“Iqah... jangan tuduh sembarangan... kalau Iqah tak nak kahwin dengan Zaim... Iqah nak kahwin dengan siapa?... Ghazali?...” soal Dato Saidun .
“ya... Papa... Iqah nak kahwin dengan Ghazali... esok Iqah akan kenalkan dia pada Papa...” jawab Faiqah.
“baiklah... kalau itu Iqah nak... Papa ikut tapi ada syarat... Papa bagi tempoh 3 hari untuk Iqah kenalkan Ghazali kepada Papa... selepas tempoh 3 hari... kalau Iqah tak boleh kenalkan Ghazali pada Papa... Iqah mesti turut kata Papa... boleh tak?...” kata Dato Saidun .
“baiklah... Iqah setuju... esok Iqah bawa dia jumpa dengan Papa...” Faiqah terus pergi ke biliknya dengan senang hati sambil menjeling ke arah Zaim. Zaim tidak menyinggung hatinya malah dia faham akan situasi tersebut. Encik Rasyad memberi isyarat kepada Dato Saidun untuk berbual secara senyap.
“kan aku dah bilang kau 10 tahun lalu... cinta ini semua tak boleh dipaksa...” tegur Encik Rasyad.
“Rasyad... aku faham... tapi ...dah dua kali anak kau selamatkan Iqah...” balas Dato Saidun .
“jadi... apa kau nak cuba sampaikan?... jodoh mereka kuat?...” tanya Encik Rasyad.
“maksud aku... aku dah banyak terhutang budi dengan kau dan anak kau... jadi aku teringin sangat nak jodoh Zaim dengan Iqah..” jawab Dato Saidun .
“tapi kalau Iqah berjaya bawa lelaki itu jumpa dengan kau... macam mana?..” Encik Rasyad masih terpinga-pinga.
“Sabar Rasyad... kalau betul apa Zaim kata tadi... lelaki itu akan menghilang diri... melainkan dia tidak bersalah... tak apa... apa-apa pun kita tunggu saja selepas 3 hari nanti...” jelas Dato Saidun sambil menenangkan Encik Rasyad.
Setelah berbincang, Encik Rasyad dan Zaim pun berundur diri lalu pulang ke rumah mereka masing-masing.
Pada malam yang sama, pertengkaran antara bapa dan anak sedang bermula.
“Anak tak guna!... rosak semua rancangan aku!... kenapa kau tak tutup pintu dulu?!... kan dah kantoi!...” Encik Rahman setelah menampar pipi kiri Ghazali.
“Papa!... jangan nak salahkan Zali!... Zali cuma ikut rancangan Papa saja... Zali tak sangka ada orang datang... pintu itu biar terbuka supaya senang untuk mereka tangkap Zali dan Iqah...” jawab Ghazali.
“dah cukup!... aku nak kau sembunyi untuk beberapa bulan dulu... sebab ini mungkin boleh jadi kes polis...” Nasihat Encik Rahman.
“Zali nak sembunyi di mana?... “ tanya Ghazali. Encik Rahman sedang berbisik kepada Ghazali lokasi persembunyian dan juga menyarankan agar tidak berhubung dengan Faiqah buat sementara waktu. Ghazali akur dengan saranan ayahnya itu.
Dalam dunia serba canggih ini, menipu, menuduh dan memfitnah adalah amalan yang mulia disisih masyarakat dan kejujuran, amanah dan keadilan adalah menjadi mangsa keadaan dalam setiap situasi. Begitulah perasaan Zaim yang dia telah alami selama ini. Perwatakan Zaim sangat berbeza dengan Zaim yang dulu sebelum kemalangan itu terjadi. Dulu, Zaim seorang panas baran, degil, pantang di cabar dan mudah hilang sabar. Namun di sebaliknya, Zaim kini telah berubah menjadi penyabar, tidak melawan jika ditegur dan selalu menghormati antara satu sama yang lain.
Setelah menyempurnakan solat, Zaim duduk di katilnya sambil memegang kaki kirinya lalu dia mengenangkan apa yang terjadi sepuluh tahun yang lalu.
10 tahun lalu.
Selepas Zaim habis berlatih dengan sukan bola keranjang, dia pun berjalan seorang diri. Tiba-tiba awan menjadi gelap dan guruh berdentam-datung, Zaim terlupa untuk menyediakan payung dan dia terpaksa meletakkan begnya ke atas kepalanya sambil berjalan.
Dalam perjalanannya itu, Zaim ternampak seorang perempuan sedang berlari dengan kesedihan di hadapannya dan sebuah van sedang memandu ke arah Zaim. Tanpa berfikir panjang, Zaim menolak perempuan dan Zaim dilanggar oleh van itu. Tayar van itu hampir menekan kaki kiri Zaim semasa pemandu sedang brek. Perempuan itu terkejut apabila melihat lelaki yang tidak dikenali telah menyelamatkan dirinya. Zaim sedang menjerit kerana sakit di bahagian paha kirinya itu.
Sekarang.
“mungkin perempuan itu saja yang boleh terima aku seadanya... kalau aku kahwin dengan Cik angkuh tu... mampukah dia terima aku?...” Zaim membaringkan dirinya lalu dia melelapkan matanya.
Di bilik Faiqah, bagai kucing kehilangan anak, Faiqah masih cuba menelefon dan hantar mesej kepada Ghazali tetapi tidak dibalasnya. Ini telah membuatkan hati Faiqah kurang selesa seolah-olah dia sedang berumah di tepi pantai.
“Ish... kenapalah tak nak angkat telefon ini?... aku baru saja nak setuju kahwin dengan kau... kau dah tak balas aku?... kalau sibuk sekali pun... sekurang-kurangnya balaslah... cakap boleh bincang esok ke... atau jumpa di tempat kerjanya ke... tapi ini tidak... sepatah pun tak balas... tak apa... esok aku telefon dia lagi... mungkin sekarang dia dah tidur...” dengan rasa penat dan lelah, Faiqah meletakkan telefon pintarnya di atas laci almari lalu melelapkan matanya.
Keesokan harinya.
Kak Bibah menarik Zaim masuk ke dalam pejabatnya.
“Zaim... apa yang terjadi semalam?... macam kau kena tangkap basah?... Zaim... Akak tak marah atau hukum kau... Akak dah kenal kau lama kan... Akak yakin ini mesti cuma salah faham saja... cuba jelaskan... ” tanya Kak Bibah.
“Kak... saya boleh terangkan... tapi saya nak Akak tahu yang saya sudah anggap Akak macam kakak saya sendiri... saya minta maaf kalau buat Akak risau atau kurang selesa...” jawab Zaim. Zaim pun menjelaskan semuanya kepada Kak Bibah. Pada mulanya, Kak Bibah tidak setuju dengan keputusan Zaim untuk mengahwinkan dengan Faiqah. Oleh kerana Zaim ingin menutup aib Faiqah, Kak Bibah mula menyokong dan berdoa agar semua keputusan Zaim akan berjalan lancar.
Di restoran.
Geram, marah, hampa dan kecewa. Itulah yang perasaan Faiqah sedang bercampur aduk sekarang dan dia sangat bimbang kalau dia tidak mampu membawa Ghazali untuk ditemukan dengan ayahnya sebelum tempoh 3 hari. Seluruh tempat yang pernah Ghazali bawa Faiqah berjalan-jalan serta tempat kerja Ghazali pun tidak jumpa. Rashinah yang sedang berada dengannya pun bertambah risau. Masalah perniagaan mereka belum selesai, kini ditambah pula dengan masalah peribadi dan Rashinah sedang mati kutu memikirkan jalan penyelesaian bagi kedua pihak.
Di kelab hiburan, Suraya sedang memikirkan rancangannya seterusnya untuk menjatuhkan maruah Faiqah itu. Remuk rendam hati Suraya bila Ghazali meninggalkannya disebabkan kemewahan dan harta benda. Sejak itu, Suraya bersumpah bahawa dia akan pastikan kehidupan Faiqah lebih sengsara serta penuh derita.
Di rumah Encik Rahman.
“ada anak pun tak berguna... tak apa Saidun... aku akan pastikan kau dan keluarga kau hidup merempat di tepi jalan... kalau dengan cara ini tak berhasil... aku akan gunakan cara lain untuk mendapatkan seluruh harta kau...” kening kiri Encik Rahman menjelak ke atas sambil memberi senyuman kucing.
Share this novel