“Apa kau nak buat dengan aku ini?!... kau nak jual aku?!!...” Faiqah cuba melonggarkan ikatan itu.
“aku nak jual kau dengan yang terhormat... tapi sebelum itu...” Ghazali memandang susuk tubuh Faiqah dari hujung kepala ke hujung kaki.
“sebelum apa?... kau nak buat apa pada aku?...” Faiqah mula cuak apabila melihat wajah Ghazali yang menggerunkan.
“sabar dulu... jangan gelojoh... aku akan jamah tubuh kau perlahan-lahan... nanti kau akan puas dengan layanan aku ini...” Ghazali melangkah setapak demi setapak.
“tolonglah... aku dah kahwin... apa lagi kau tak puas hati?....” Faiqah cuba merayu pada Ghazali.
“memang aku tak puas... sepatutnya kau berkahwin dengan aku!... bukan si tempang itu!...” perasaan Ghazali semakin hangat.
“kau jangan nak buat-buat lupa?... dulu aku cari kau... telefon kau... mesej kau... tapi semuanya kau tak jawab!... pun kau nak salahkan aku?...” jelas Faiqah.
“itu sebab aku sedang ke luar negara... dan telefon aku hilang semasa berada di sana... tak apa... sekarang kau dah faham kan kenapa aku tak sempat hubungi kau... jadi aku nak kau minta cerai dengan si tempang itu... lepas itu kita kahwin okey?...” balas Ghazali.
“apa?! Minta cerai?!... memang taklah... aku dah cintakan suami aku...” Faiqah cuba menendang ke arah Ghazali tetapi Ghazali mengelak.
“kau tipu... kau cuma nak sedapkan hati kau saja kan?... aku tahu kau masih cintakan aku... cuba mengaku sedikit...” Ghazali membelai pipi dan rambut Faiqah dengan manja.
“Cinta aku pada kau.... sudah lama hilang... sejak kau tinggalkan aku... dan aku bersyukur sangat... sebab aku berkahwin dengan suami aku... bukan dengan lelaki pengecut macam kau!...” Ghazali menampar pipi kiri Faiqah. Bibir Faiqah di bahagian kirinya mula berdarah.
“dah cukup!... kalau aku tak dapat kahwin dengan kau... jamah tubuh kau pun bagus... nanti aku cakap terima kasih dengan si tempang itu... sebab sudi berkongsi tubuh dengan kau!...” Ghazali menarik seluar Faiqah dan Faiqah cuba menendang Ghazali.
“kau memang binatang?!!!....” jerit Faiqah. Penampar yang kuat telah menyebabkan Faiqah tertidur lena. Ghazali pun mengoyakkan baju sehingga menonjolkan pakaian dalam Faqiah. Mendidih darah Zaim apabila sampai dan melihat isterinya yang separuh pakaian sedang terbaring di lantai dengan berikat lalu dia terkam di belakang Ghazali dan menumbuk Ghazali secara berterus-terusan. Khairi menggantikan posisi Zaim untuk menahan Ghazali sementara Zaim menanggalkan baju kotnya lalu menutup di bahagian tubuh atas Faiqah sambil memasuk semula seluar Faiqah. Setelah sepuluh minit kemudian, pihak polis pun sampai lalu mengari Ghazali. Ghazali hanya tersenyum dan mengetawakan Zaim.
Zaim mendukung isterinya lalu masuk ke dalam keretanya dan menuju pulang untuk berehat. Faiqah masih tidak sedarkan diri semasa berada di dalam kereta Zaim. Setelah sampai di rumah Zaim, Zaim pergi ke biliknya lalu membaringkan Faiqah di katilnya.
“badan dia panas.. kalau aku tak gantikan pakaian dia... nanti bertambah teruk... macam ini?... aku takut kalau dia ingat aku nak buat tak elok pada dia... alamak kau ini Zaim... dengan isterinya sendiri pun nak rasa takut?... bukan kau nak ambil kesempatan dengan dia... kau cuma nak tukar pakaian saja... tak apa... aku buat saja... nanti kalau dia nak marah... biarkanlah...” Zaim pergi ke bilik Faiqah untuk mengambil pakaian tidur Faiqah lalu kembali semula ke biliknya.
Sebelum Zaim menukarkan pakaian Faiqah, Zaim membersihkan badan Faqiah dengan tuala basah untuk mengurangkan suhu badan Faqiah. Faiqah masih tidak merasa apa-apa setelah Zaim menyalinkan pakaian Faiqah.
Waktu Isyak pun sudah selesai dan Faiqah masih tidak terjaga dari pengsan. Zaim mula risau dan dia cuba melihat keadaan isterinya. Zaim terpandang wajah isterinya yang comel sambil membelai dan mengurut dahi Faiqah.
Kepala Faiqah mula bergerak dan mata-mata Faiqah pun tercelik. Reaksi tangan kanan Faiqah mula bergerak ke pipi kiri Zaim setelah penglihatannya mula jelas dan cuba menjauhi Zaim.
“tolong jangan rogol aku!...tolong jangan rogol aku!... “ trauma Faiqah masih belum hilang dan dia kelihatan cemas.
“bawa bertenang Neera... ini abang... suami Neera... Neera jangan takut... abang ada... abang tahu Neera hampir jadi mangsa oleh Ghazali... jangan risau... dia sudah ditahan dengan polis... “ Zaim hanya berjauhan dari Faiqah untuk memberi ruang kepada Faiqah. Faiqah menggeserkan matanya lalu dia melihat semula.
“ini abang ke?... abang!...” Faiqah bergegas ke Zaim lalu dia memeluknya dengan titisan air matanya.
“jangan risau... abang ada... Neera tak apa-apa?... “Zaim menepuk di belakang Faiqah.
Di sebuah pondok.
Suraya bertemu dengan Encik Rahman untuk berbincang rancangan seterusnya. Tiba-tiba, Suraya menampar Encik Rahman sebab gagal mengikut seperti yang di rancang.
“anak kau sangat tak berguna!... sebab itu aku bencikan anak kau... sepatutnya... perempuan itu sudah kita lempar ke kampung yang serba kekurangan...” tegas Suraya.
“hoi!... kau ini dah gila?... aku tahulah anak aku itu... dia buat sesuatu tanpa berfikir... aku tak tahu kenapa dia buat sedemikian... sekarang apa rancangan seterusnya?...” Encik Rahman mula bingit.
“nak buat macam mana?... kita kena tunggu dulu... sekarang aku ada seorang yang sedang menggoda suami dia... jadi kita tunggu saja... kalau masih gagal juga... aku nak kau cari jalan supaya suami dia pisah dengan dia buat sementara... kali ini... bila kita dapat dia... kita akan hapuskan dia dan ayah dia sekali...” rancangan Suraya.
Di keheningan malam, Faiqah termenung berseorang diri di katil Zaim sambil mengaitkan kejadian baru-baru ini dengan kejadian yang berlaku di rumah apartmennya dulu. Faiqah mula merasakan bahawa Zaim tidak buat perkara terkutuk pada dirinya. Faiqah terpandang gelang yang di sarungkan di lengan anak patung Pooh itu lalu mengambil dan mengecam gelang tersebut.
“bukan ke ini gelang aku yang hilang dulu?... macam mana ada pada dia?...” Faiqah merenung gelang itu. Zaim terkejut memandang Faiqah pegang gelang itu lalu dia menarik gelang itu dari isterinya.
“Abang?... gelang siapa itu?... bukan ke itu gelang saya?... macam mana ia berada pada awak?...” soal Faiqah. Lemah jantung Zaim mendengar soalan-soalan itu. Oleh kerana tidak mahu menegak benang yang basah, Zaim duduk di katil lalu dia menceritakan segalanya.
“Neera ingat tak kemalangan sebelas tahun dulu?...” Zaim cuba menanya kepada Faiqah.
“oh... fasal itu... ingat... saya hampir dilanggar dengan van... tapi ada seorang lelaki itu... dia pernah selamatkan saya... dan saya tak sempat terima kasih selepas kemalangan itu... “ ujar Faiqah.
“habis itu... Neera tak pernah cari lelaki itu?...” tanya Zaim.
“pernah... tapi jiran tetangga cakap keluarga lelaki itu sudah pindah... kenapa abang tanya ini semua?... bukan ke saya yang bertanya fasal gelang itu?...” ulas Faiqah.
“okey... sebenarnya... lelaki yang selamatkan Neera itu adalah... abang...” jelas Zaim. Faiqah terpaku dan tidak tahu berkata apa-apa.
“gelang ini... Neera tercicir dan abang sempat mengambil gelang itu...” tambah Zaim.
“jadi abang dah tahu?... tapi kenapa tak nak bilang dengan saya?...” Faiqah mula meronta.
“abang sebenarnya tak tahu... abang hanya tahu bila abang terjumpa Neera di kawasan perumahan yang kita tinggal dulu... masa itu... abang pernah datang ke rumah Neera kan?... sebab abang sebenarnya sedang mencari perempuan yang abang selamatkan dulu...” jelas Zaim.
“tapi kenapa abang?... bukan ke kita terpaksa kahwin?...” Faiqah berasa hairan.
“Neera ingat kan dulu Neera tak mahu abang jadi suami Neera... sebab itu abang rasa bahawa... orang yang layak jadi isteri abang adalah perempuan itu... sehingga abang baru dapat tahu yang perempuan itu adalah Neera... abang pernah ingin berterus terang tetapi Neera masih dingin dengan abang... baru sekarang abang sempat bilang hal ini kepada Neera... “ Zaim menjelaskan kepada Faiqah. Faiqah menoleh dari Zaim dengan perasaan yang serba salah. Zaim memegang tangan Faiqah lalu dia berkata.
“maafkan abang... sebab rahsiakan perkara ini semua pada Neera... abang cuma tak nak Neera anggap abang mengungkit kisah lama supaya Neera sukakan abang... abang...”
“tak... abang tak perlu minta maaf... saya sepatutnya meminta maaf kepada abang... sebab... saya pernah menghina abang... mencaci abang... mengutuk abang bukan-bukan... padahal... saya yang punca abang jadi begini... saya tak tahu macam nak balas budi abang... selama ini... saya hanya pentingkan diri sendiri... tak hormat orang... terutama sekali abang... maafkan saya...” Faiqah tersedu-sedu semasa meminta maaf.
“sudahlah itu... abang dah lama maafkan semua kesalahan Neera... abang nak Neera tahu yang hati abang hanya Neera seorang saja... andai kata ada fitnah atau orang berkata buruk pada abang... abang harap... Neera jangan dengar atau melihat perkara itu... selagi Neera tak dengar penjelasan dari abang... selagi itu Neera jangan mudah terpedaya dengan mulut orang...” tegur Zaim.
“okey... mulai hari ini... saya janji... saya tak akan sakiti hati abang lagi... saya akan jadi anak kunci ke hati abang... “ ujar Faiqah sambil menyandar sebelah Zaim.
“abang sebenarnya... tak berapa pandai nak berkata dengan ayat-ayat manis... atau jadi seorang jejaka romantik tapi abang nak Neera tahu yang abang sangat cintakan Neera... “ Zaim membelai rambut Faiqah lalu memberi kucupkan di dahi Faiqah.
“Neera tak perlu abang berayat manis kepada Neera atau ubah jadi orang lain... Neera suka tingkah laku dan perbuatan abang untuk melayan Neera dengan baik... Neera sangat bersyukur... terima kasih abang...” ulas Faiqah dengan pertama kalinya dia menggunakan nama gelaran itu.
“Neera... gunakan nama gelaran itu?... Neera suka?... abang baru nak panggil Neera... ‘Iqah’...” balas Zaim sambil mencubit hidung Faiqah dengan manja.
“tak apa abang... Neera suka nama gelaran ini...” tambah Faiqah.
“tapi... nama ‘Iqah’ untuk orang yang Neera sayang?...” tanya Zaim.
“betul... tapi nama ‘Neera’ sangat istimewa dan hanya untuk orang bergelar suami boleh memanggil nama itu...” jelas Faiqah.
“baiklah... kita cuba untuk membina hidup baharu kita bersama...” ulas Zaim dan Faiqah masih sandar di sebelah Zaim.
Pada keesokan harinya.
Ketika Yasmin dalam perjalanan ke syarikat Zaim, Shukri, bekas suami Yasmin, tiba-tiba muncul di hadapannya.
“kau nak apa dari aku?... aku bukan isteri kau lagi...” tegas Yasmin.
“Yasmin... boleh kita bincang?...” balas Shukri sambil mencuba untuk pegang tangan Yasmin dan Yasmin pula mengelak dari pegangan itu.
“bincang?... kau nak bincang apa?...” Yasmin masih berdalih.
“okey... aku faham kita dah lama pisah... tapi aku harap kita boleh rujuk semula...” jelas Shukri.
“kau ini dah pekak ke?... aku tak nak rujuk semula dengan kau!... baik kau nyah dari sini!... sebelum aku panggil polis...” tegas Yasmin.
“tapi aku sekarang dah hidup senang... dah boleh mampu sara kau... kita rujuk balik?... “ pujukan Shukri.
“memang sekarang senang... tapi nanti... bisnes kau tak akan kekal!... dah... jangan kau ganggu aku!... lagipun... aku tak yakin kau boleh sara aku... kau ingat dulu...kita sampai hidup merempat sebab syarikat kau muflis... jadi aku tak nak kau...” Yasmin terus beredar dari situ lalu pulang supaya Shukri tidak mengekorinya ke syarikat Zaim.
Yasmin adalah seorang wanita yang sangat obsesi dengan wang, harta dan kekayaan. Yasmin tidak kisah kalau orang itu kacak, muda, tua, atau kurang upaya. Baginya, selagi orang itu memberi kemewahan kepadanya, Yasmin hanya menutup sebelah mata. Sejak bercerai dengan Shukri, kehidupan Yasmin semakin senang disebabkan dirinya menggadaikan maruahnya demi meraih kekayaan. Sudah banyak lelaki teruna, duda mahupun yang beristeri, Yasmin akan menikis seluruh harta mereka dan akan menghilangkan diri apabila niatnya sudah tercapai. Dengan wajah yang ayu, jelita serta menawan, telah menjadi gaya tarikan untuk memberi perhatian sesiapa saja.
Namun, kejelitaan Yasmin itu tidak mampu menarik perhatian atau menggoda Zaim. Pelbagai cara dan kaedah untuk mengurat hati Zaim, tetapi Zaim tidak terpedaya dengan pujuk rayu dari Yasmin itu. Itulah sifat semula jadi Zaim iaitu kalau seseorang sudah menghampakan dirinya dengan cemuhan, dia hanya memaafkan tapi tidak mampu berkawan semula. Yasmin dapat merasakan bahawa dirinya sudah tercabar oleh lelaki tempang itu. Oleh kerana sukar pujuk Zaim, Yasmin tekad untuk mengacau Faiqah agar Faiqah boleh merasa cemburu dan boleh meminta cerai dari Zaim. Banyak gambar-gambar fitnah sudah dihantar kepada Faiqah dan perasaan Faiqah tidak pernah tergugat sebab Faiqah sudah mempercayai suaminya. Akan tetapi, Yasmin masih tidak berputus asa dan kini dia sudah obsesi dengan Zaim. Justeru itu, Yasmin tetap melakukan cara kotor seperti memberi surat amaran, mengugut dan lain-lain lagi.
Setelah hampir putus asa, Yasmin memberitahu kepada Suraya bahawa ia amat sukar untuk menggoda Zaim. Suraya mengarah Yasmin supaya jangan mendesak dan juga berhenti seketika. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak, Suraya merancang ini semua secara taktik. Suraya akan beritahu Yasmin masa yang sesuai untuk bertindak semula.
Share this novel