Babak 5 – Bukan Pilihan hati

Romance Completed 17168

3 hari kemudian.

“Ish... manakah kau pergi Zali?... dah banyak kali aku telefon... hantar mesej... tak ada balas dari kau?... sampai hati kau buat aku macam begini?... kenapa tak nak jawab panggilan aku?... sekarang aku dah semakin buntu... mana aku nak cari kau sekarang?... aku ada lagi dua jam untuk bawa kau jumpa dengan Papa... tapi kau ni pula buat hal... Aku tak nak kahwin dengan si tempang tu... tapi kalau aku tak kahwin... aku tak dapat mewarisi harta Papa... aku mesti ada zuriat dari perkahwinan itu untuk mendapat hak itu... apa harus aku perlu buat?...” pelbagai soalan berlegar-legar di minda Faiqah.

Sementara itu, Zaim berada di rumahnya dan sedang menunaikan solat untuk menenangkan dirinya daripada ketentuan Ilahi. Sejujurnya Zaim tidak mahu memperisterikan wanita yang angkuh itu, tetapi untuk menjaga aib keluarga dari kedua pihak, Zaim hendak berserah kepada yang Esa.

3 jam kemudian.

Masa yang diberikan telah tamat, Encik Rasyad dan Zaim sudah sampai di rumah Dato Saidun. Malangnya, tiada kelibat Faiqah dalam perbincangan itu. Dato Saidun cuba menelefon Faiqah tapi panggilan itu terputus seolah-olah Faiqah telah mematikan telefon pintarnya. Dato Saidun sedang kelihatan cemas dan merisaukan Faiqah.

Dengan keadaan yang cemas, Zaim, Encik Rasyad dan Dato Saidun sedang tergesa-gesa di luar untuk membuka pintu kereta. Tiba-tiba, sebuah kereta berwarna biru laut sedang berhenti di depan pagar rumah Dato Saidun. Rashinah keluar dari keretanya lalu dia memberitahu pada Dato Saidun bahawa Faiqah tidak ada di rumah dan Rashinah mampu jumpa sepucuk surat lalu memberi kepada Dato Saidun. Dato Saidun menerima surat itu lalu membacanya.

“ Salam Papa,
Iqah betul-betul minta maaf. Iqah tahu tempoh yang diberikan itu sudah tamat. Tapi, Iqah masih tak setuju dan tak boleh terima si tempang itu menjadi suami Iqah. Memang susah untuk Iqah hadap semua ini dan tak boleh bayangkan kehidupan Iqah dengan si tempang itu.
Bukan niat Iqah untuk melawan cakap Papa tapi Iqah tak cintakan dia. Kalau Papa masih nak kan Iqah kahwin dengan dia juga, beri Iqah masa seminggu untuk berfikir sebab ini akan melibatkan masa depan Iqah.
Jadi, Iqah harap Papa sokong dengan keputusan Iqah. Iqah akan pergi bercuti untuk tenangkan fikiran dan buat keputusan. Apa-apa pun Iqah sayang Papa.

Selamat tinggal.” Itulah isi kandung surat Faiqah. Dato Saidun tidak mampu berkata apa-apa selain hanya menunggu Faiqah pulang dari bercuti.

Setelah itu, semua yang berada di rumah Dato Saidun telah pulang dan Dato Saidun merasakan bahawa dirinya gagal menjaga anak sehingga anaknya sanggup pergi tanpa pengetahuannya.

Di rumah Zaim.

Perasaan Zaim kurang pasti kerana dia tidak tahu sama ada mahu rasa gembira atau kecewa. Zaim sudah boleh menelah peristiwa ini akan berlaku sebab dia yakin bahawa memang sukar mencari wanita yang sanggup menerima dirinya seadanya. Jadi, memang wajar kalau Zaim tidak merasa apa-apa kalau perkara ini berlaku.

“sudah aku duga... dia akan menghilangkan diri... tak apalah kalau ada jodoh... ia takkan ke mana... perancangan Allah adalah yang terbaik untukku... mungkin perempuan yang aku selamatkan dulu adalah jodoh aku... bukan si angkuh itu... aku rasa aku perlu ambil cuti untuk pergi ke tempat rumah lama aku itu... mana tahu aku boleh jumpa perempuan itu semula... sekarang dia sudah besar... mungkin dia cantik... kalau kurang cantik pun... tak mengapa... yang penting dia akan terima aku...” fikiran Zaim bercelaru sambil memandang gelang yang kepunyaan perempuan itu sepuluh tahun lalu.

4 hari kemudian.

“Mama... Iqah rindu sangat dengan Mama... kalau Mama masih ada sekarang ini... tentu Mama tak suka tengok Iqah kahwin dengan orang yang Iqah tak cinta... Papa itu asyik paksa Iqah... kenapalah semua ini terjadi pada Iqah, Mama?... adakah Iqah tak mampu hidup dengan orang yang Iqah cinta?...” Keluhan Faiqah sambil memeluk pakaian ibunya.

Kini Faiqah sedang berada di rumah lamanya. Rumah lama itu tidak di jual atau sewa. Dato Saidun tidak mampu buat sedemikian sebab rumah itu telah mempunyai kenangan yang manis dan indah. Tiada sesiapa tahu keberadaan Faiqah sekarang. Faiqah hanya mengurungkan dirinya di rumah itu sambil memikirkan masalah yang rumit itu.

Setelah penat berfikir, Faiqah pun keluar sekejap untuk mengambil angin di luar. Semasa berjalan sambil menggunakan telefon pintar, Faiqah terlanggar seorang jejaka sedang berdiri termenung dengan laluan tersebut.

“Oi!... kau buta ke?...” Faiqah mula meninggikan suaranya. Jejaka itu berpaling ke arah Faiqah dan terkejut seolah-olah dia pernah jumpa Faiqah.

“KAU?... Awak?!...” kedua-duanya balas serentak.

“macam mana kau boleh ada di sini?... kau ikut aku ke?...” Faiqah mula serkap jarang.

“kenapa awak selalu sangka buruk dengan saya?... saya sedang bercuti... ini kawasan perumahan saya dulu... saya pun tak tahu awak ada di sini...” jelas Zaim.

“kau jangan nak jadi hipokrit!... aku tahu kau sengaja nak ikut aku kan?... sebab Papa suruh kau?... berapa Papa bayar kau?...” Faiqah cuba menuduh Zaim.

“tak apa lah... terpulanglah apa awak nak cakap...” Zaim berundur dari situ dengan muka selamba. Faiqah tercengang lalu dia menjerit dari jauh dengan hati yang panas.

Tiba-tiba, Faiqah menerima pemberitahuan dari mesej lalu dia membuka mesej itu. Badan Faiqah mula menggigil dan semangatnya lemah apabila melihat gambar-gambarnya disebarkan di media sosial. Faiqah terus kejar ke arah Zaim sambil menyuruh Zaim untuk berhenti seketika. Sekilas mendengar panggilan dari Faiqah, Zaim pun berhenti. Tanpa disedari, Faiqah melepaskan tangan ke muka Zaim dengan perasaan yang meluap-luap.

“Apa motif kau?... apa kau nak dari aku?!...” Faiqah terus menerus memukul Zaim.

“awak boleh tolong sabar tak?... saya tak faham apa awak cakap...” Zaim semakin keliru.

“janganlah kau pura-pura tak tahu... kau ambil gambar aku hari itu kan?!....” Faiqah menunjuk gambar itu kepada Zaim.

“awak ini kan... dari hari itu sampai sekarang... asyik nak tuduh saya saja... cuba fikir sedikit... kalau saya ambil gambar itu... bukan ke saya sepatutnya tunjuk gambar itu pada awak?... kalau awak ingat saya nak apa-apakan awak hari itu... cuba ingat kembali... siapa yang berada dengan awak sebelum saya?...” Zaim menyoal semula kepada Faiqah.

“habis itu... kalau bukan kau... siapa?... Ghazali?... tak mungkin Zali... dia orang baik...” tambah Faiqah.

“terpulanglah pada awak nak nilaikan... saya dah malas nak layan karenah angkuh awak... dah saya pergi dulu...” Zaim beredar dari situ. Perasaan Faiqah mula membara dan kepanasan hatinya ke tahap tinggi ketika melihat Zaim melangkah jauh darinya.

“Ish... kenapalah aku terjumpa si cik angkuh itu... lain yang aku cari... lain pula yang aku jumpa...” Zaim berfikir sambil berjalan.

Manakala di rumah Encik Rasyad.

Dato Saidun tergesa-gesa mencari Encik Rasyad untuk memberitahu gambar-gambar itu.

“maafkan aku kalau datang secara tiba-tiba... kau cuba tengok... gambar-gambar ini... manalah aku nak letak muka...” Dato Saidun menyoalkan hal itu kepada Encik Rasyad.

“bawa bersabar Saidun... aku bukan nak berpihak sesiapa... kita masih ada 3 hari lagi menunggu kepulangan Iqah... dalam hal ini... hanya Zaim dan Iqah sahaja mampu selesaikan masalah ini... kita berdoa yang terbaik untuk mereka...” Encik Rasyad cuba tenangkan Dato Saidun dari perasaan cemas.

“aku bukan apa... kalau Iqah masih enggan tak nak kahwin dengan Zaim macam mana?... aku risaukan maruah dia...” tambah Dato Saidun.

“Saidun... aku faham... sebab itu aku nasihatkan kau untuk berdoa supaya Allah melembutkan hatinya untuk terima Zaim... aku pernah bilang kau dulu... kita tak boleh paksa mereka... bersabarlah... dan berdoa yang terbaik untuk anak kau dan anak aku...” jelas Encik Rasyad sambil mempelawa Dato Saidun minum secawan teh yang telah disajikan oleh isterinya.

Sementara itu, Rashinah mula tertekan dengan bisnes mereka disebabkan barang-barang jualannya sudah ditukar menjadi barang bukan tulen. Dengan juga Kelly, penolong kedai itu, pun meminta berhenti secara mendadak. Rashinah kini berasa serba salah sama ada untuk menutup kedai itu atau tidak. Rashinah cuba menelefon Faiqah tapi tidak dijawabnya. Tatkala itu, Rashinah terpaksa membuat pilihannya untuk menutup kedai itu sehingga Faiqah pulang dan sementara itu, Rashinah perlu siasat mengapa barang-barang mereka tidak tulen dan yang menghairankan lagi adalah bentuk dan corak barang-barang itu seiras hampir 90 peratus tidak cam ketulenan itu.

Pada malam itu, Faiqah telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Zaim demi mendapatkan harta dari ayahnya itu dengan bersyarat. Justeru itu, Faiqah membuat panggilan kepada Zaim untuk bertemu di kafe esok tengah hari dan bincang mengenai hal mereka itu. Zaim hanya balas sepatah lalu dia mematikan panggilan itu.

“ish... geramnya... aku nak berbuat baik dengan kau... kau sedap-sedap balas sepatah saja?... tak apa... kau tunggu saja nanti bila aku sudah jadi isteri kau...” Faiqah menyimpan telefon pintarnya di atas laci lalu melelapkan matanya.

Keesokan harinya.

Faiqah sudah berada di kafe yang ditetapkan dan dia sedang menunggu Zaim. Zaim sengaja datang lewat supaya Faiqah tidak suka padanya. Tujuan sebenar Zaim bercuti adalah untuk mencari perempuan yang dia pernah selamatkan dulu bukan untuk membuang masa dengan melayan karenah Faiqah yang angkuh itu.

“ini... aku nak bincang dengan kau...” kata Faiqah.

“apa dia?... cuba cepat sikit... saya malas nak layan awak...” balas Zaim.

“okay... aku dah setuju nak kahwin dengan kau...” ulas Faiqah dengan pantas.

“maaf... saya tak boleh terima... perjanjian awak dengan ayah awak sudah tamat... jadi tak perlu saya kahwin dengan awak...” jelas Zaim sambil mengangkat kaki untuk teruskan misinya. Faiqah tidak faham dengan sikap Zaim itu sebab dia yakin bahawa Zaim akan setuju serta merta. Oleh kerana menaruh harapan yang tinggi, Faiqah mula naik angin dan tidak mengawal emosinya. Faiqah mula tercabar dengan penolakan itu.

“tak apa-apa... esok aku cuba sekali lagi... biar aku berlembut... asalkan aku dapat kahwin dengan kau... kalau aku perlu melutut kau sekalipun... aku sanggup... kau tunggu saja nanti...” Faiqah sedang memikirkan rancangan untuk melembutkan hati Zaim.

Sementara itu, Zaim sedang mencari perempuan itu di merata tempat. Dari gerai ke kedai runcit, masih sukar mendapat informasi. Hari semakin senja dan Zaim berhenti mencari lalu pulang ke rumah sewaannya di kawasan itu.

Selepas waktu Isyak, Faiqah cuba menelefon Zaim dan Zaim tidak jawab panggilan itu. Setelah hampir 13 kali menelefon, Faiqah mesej kepada Zaim untuk berjumpa kali terakhir dan Faiqah tidak mahu menganggu Zaim setelah itu. Zaim hanya balas sepatah.
Keesokan harinya, sewaktu perjalanan Zaim ke kafe, ada seorang lelaki menanyakannya dan memberi maklumat mengenai perempuan itu. Lelaki itu tidak tahu nama sebenar perempuan itu dan dia hanya mampu beri alamat rumah perempuan itu dari kawasan itu. Zaim amat teruja dan bersyukur kerana dia dapat berjumpa semula dengan perempuan itu.
Sekilas sampai ke kafe, Zaim berterus terang kepada Faiqah bahawa dia masih teguh dengan pendiriannya itu.

“tak apa Zaim... aku faham... aku minta maaf dengan kau kalau dulu aku pernah menuduh dan cakap buruk fasal kau... maafkan aku... aku berjanji... aku tak paksa kau... aku pergi dulu... selamat tinggal...” Faiqah mula mengangkat kaki pulang ke rumahnya. Zaim pun tidak berasa serba salah sebab fikirannya hanya untuk mencari perempuan itu.

Manakala di tempat terpencil.

“bos... ini hasil yang dijanjikan...” Kelly memberi wang berjumlah RM 500 ribu dalam beg hitam kepada Encik Rahman.

“hahaha... bagus... tak sia-sia anak aku suruh kau untuk jatuhkan anak si Saidun itu... sekarang... aku nak kau bersembunyi dulu... tunggu di situ bila keadaan sudah reda... nanti aku akan siapkan tempat untuk kau tinggal di sana...” jawab Encik Rahman sambil memberi upahan kepada Kelly.

“baik bos...” balas Kelly sambil menerima habuannya itu.

Keesokan harinya.

Zaim pergi ke alamat rumah itu selepas solat Asar. Setelah sampai ke rumah itu, Zaim mula dengan menekan butang loceng. Berdenyut-denyut di kepala Faiqah apabila mendengar loceng itu lalu dia membuka pintu depan.

“kau?...” Faiqah bertanya sambil mengaru kepalanya.

“tak mungkin dia yang perempuan itu... orang yang aku selamatkan dulu?...” bisikan hati Zaim sambil merenung wajah Faiqah.

“helo?... encik Zaim... kenapa kau datang ke sini... macam mana kau tahu aku tinggal di sini?...” pelbagai soalan ditanya oleh Faiqah.

“oh... saya tanya orang di sini fasal alamat awak... sebenarnya... saya...” Zaim cuba menjelaskan soal itu.

“sebenarnya apa?... kau dah nekad tak nak kahwin dengan aku kan... tapi kenapa nak datang semula?... bukan ke aku dah bilang kau semalam... aku dah tak akan mengganggu kau lagi...” Faiqah menyampuk.

“sabar dulu... saya minta maaf fasal semalam... saya tersilap kata dengan awak... saya tak sangka awak boleh minta maaf kepada saya semalam... jadi kedatangan saya ini untuk memberitahu kepada awak yang saya setuju berkahwin dengan awak...” jelas Zaim.

“apa?... kau dah bersetuju?...” Faiqah terkejut.

“betul Cik Faiqah Mahneera... saya tak berolok-olok... saya setuju berkahwin dengan awak...” tambah Zaim.

“bagus juga pelan aku ini... orang macam dia ini... kena perlu banyak strategi... nasib baik dia datang dekat aku... dan setuju berkahwin dengan aku... haish... aku masih ragu-ragu kalau pelan aku semalam tak berhasil... kau tunggu bila aku jadi isteri kau yang sah nanti...” berkata di minda Faiqah sambil tersenyum sipu ke arah Zaim untuk menandakan Faiqah pun setuju.

“mungkin dia tak ingat aku kejadian itu... tak apa lah... kalau betul dia ini jodoh aku... aku akan berusaha untuk mengubah perangai angkuh dia itu... tapi mampukah dia sanggup dan terima aku?... apa-apa pun aku mesti cuba..” berkata dalam hati Zaim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience