Cerita ini berdasarkan seorang lelaki bernama Zaim Kazim telah melarikan diri dari keluarganya sebab dianggap memberi beban. Oleh kerana kaki kiri Zaim cedera akibat kemalangan ketika dia masih kecil, dia sering menjadi bahan ejekan dari orang sekelilingnya. Angkuh. Bongkak. Cerewet. Itulah perangai seorang gadis bernama Faiqah Mahneera yang tidak pernah mempercayai lelaki dan akan tekad untuk memalukan setiap lelaki yang ingin menggodanya di khalayak ramai. Suatu kejadian yang menyebabkan Zaim terlanggar Faiqah semasa berjalan. Dengan hati yang panas, Faiqah meminta ganti rugi atas pakaian disimbah oleh air kumbahan. Zaim ingin menanggung kerugian itu namun, dia tidak membawa wang yang banyak. Faiqah enggan memberi nombor telefonnya kerana dianggap taktik lapuk yang pernah digunakan oleh jejaka untuk menggoda wanita. Oleh itu, Zaim memberi kad namanya lalu beredar dari situ. Sejak kejadian itu, Faiqah sering terserempak Zaim seolah-olah Zaim mengintipnya dan memarah Zaim sehingga Zaim menebalkan telinganya. Apakah Faiqah akan terus memarahi Zaim atau kemarahan itu adalah satu alasan untuk Faiqah bertemu dengan Zaim? Apakah juga yang berlaku setelah itu? “kain batik hasilan melayu, kain ceongsam buatan cina, kalau anda mahu tahu, sila baca dengan rela.”
Update 06 December 2024
2023-03-09 1 Replies
Best cerita ini... cuma saya tak sempat baca versi sebelumnya... apa pun dengan kesudahan cerita ini sangat menarik. Syabas! terus menulis! ^_^
2023-03-09
Donated 400 nCoins
2023-03-09
Donated 400 nCoins