Di sebuah rumah yang mewah, ada perbincangan yang tegang sedang berlaku.
“Awak sepatutnya tengok-tengok kan Zaim... sekarang apa yang terjadi?” telahan Encik Rasyad.
“Abang, benda dah berlaku... Zaim ada kemalangan tak dijangka...” balas Puan Hasnah.
“Tengoklah keadaan dia sekarang... kaki kirinya tak berfungsi.... dia perlu buat pembedahan... Abang tak risau fasal pembayarannya... Cuma Abang risaukan keadaan Zaim... masa depannya akan terjejas... siapa yang boleh jaga dia nanti?...” tambah Encik Rasyad.
“Abang... jangan risau... Nah kan boleh jaga Zaim...” jawab Puan Hasnah.
“Jaga?... sekarang boleh jaga... nanti bila dia dah besar... siapa nak jaga dia?... awak kan masa tu dah tak larat lagi... awak ingat ada perempuan sanggup nak beristerikan dengan keadaan dia sekarang?...” tegas Encik Rasyad.
“Abang... tak elok Abang cakap macam tu... Zaim kan anak kita Abang... lagipun jodoh, ajal dan maut semua tu di tangan Tuhan... kita hanya mampu berdoa yang terbaik untuk dia Abang...” tegur Puan Hasnah sambil memegang bahu kanan suaminya.
10 tahun kemudian.
Di sebuah syarikat kejuruteraan, Zaim Kazim , seorang pengawal pengurusan material, sedang menyemak bahan-bahan yang diperlukan untuk membina struktur kapal pengeluaran minyak.
“Hoi... aku nak ambil barang untuk modul lantai 2!... eh.. kau dengar tak!” salah satu jurutera sedang meninggikan suaranya.
Zaim tidak berkata apa-apa melainkan angguk kepalanya sahaja. Kebanyakan pekerja di ofisnya tidak suka dan sering pandang serong terhadap Zaim. Dengan kakinya tempang dan kurang bergaul dengan orang atau rakan sekerjanya, Zaim sering dijadikan bahan lawakan dalam ofisnya itu. Namun begitu, Zaim tabahkan hati dan cekalkan mindanya untuk menghadap setiap hari dalam kehidupannya.
Begitulah nasib seorang penyabar yang telan setiap cemuhan orang lain terhadap dirinya. Bak pepatah mengatakan, ‘berdiam diri tidak semestinya lemah’. Zaim telah mengambil keputusannya untuk keluar dari rumahnya 6 tahun lalu kerana dia tidak mahu membebankan ibubapanya. Sejak kemalangan yang menimpa pada dirinya 10 tahun yang lalu, hubungan antara Zaim dan bapanya menjadi renggang serta kurang bertegur sapa. Bapa Zaim masih menganggap bahawa Zaim memberi beban pada dirinya disebabkan kaki kiri Zaim. Oleh kerana kaki kiri Zaim bermasalah, Zaim tidak boleh berjalan seperti orang biasa. Kaki kirinya pendek satu inci dan dia sering merendahkan kaki kanannya supaya mudah untuk meletakkan kaki kirinya di lantai atau tanah bila berjalan. Bapa Zaim mempunyai impian bahawa menginginkan Zaim untuk berkecimpung dalam kumpulan berseragam seperti askar, pegawai polis atau ahli bomba sebab bapanya adalah seorang mejar kolonel dalam tentera. Justeru itu, seluruh impian bapanya musnah akibat peristiwa itu.
Di restoran yang mewah.
Seorang gadis yang angkuh dan takbur, Faiqah Mahneera, sedang memakan tengah hari dengan tiga rakannya iaitu Camelia, Rashinah dan Suraya.
“Iqah... kau ni dah kenapa?... gembira semacam je?...” tanya Rashinah.
“macam mana aku tak gembira?... ingat tak mamat yang tergila-gilakan aku itu?... aku sudah kerjakan dia...” jawab Faiqah.
“oh... mamat itu... apa kau buat dengan dia?... kongsilah dengan kita?... “ balas Camelia sambil memegang bahu kiri Faiqah dengan perasaan yang sangat teruja.
Faiqah pun ceritakan tentang lelaki yang suka menguratnya itu. Menurut Faiqah, dia telah memalukan lelaki itu di tempat umum dengan menyakiti hati lelaki itu. Lelaki itu pun naik minyak dan mula menampar Faiqah. Impak tamparan itu tidak menjadi isu bagi Faiqah tapi dari rakaman video itu, tamparan itu telah beredar dengan pantas di Internet dalam media sosial. Video itu membuktikan bahawa lelaki itu seorang kaki pukul dan ia memberikan kritikan yang drastik terhadap lelaki itu.
“Wow!... kau ni hebat juga kan... sanggup kena tampar... untuk jadi bukti... kau tak takut ke?” tegur Rashinah.
“Shinah... aku tak suka lah orang macam begitu... suka ganggu orang... lagipun dia tu sengkit sangat... ada hati nak ajak kahwin dengan aku.... aku ni anak orang berada tau...” balas Faiqah dengan akur.
“sombong betul kau ni kan... tak apa... suatu hari nanti... aku akan pastikan kau kena kahwin dengan orang yang sederhana... baru kau tahu langit itu tinggi ke rendah...” bisikan hati Suraya sambil merenungkan Faiqah.
Di rumah sewa Zaim.
Setelah pulang dari kerjanya, Zaim melonggarkan tali lehernya sambil melangkah ke bilik tidurnya. Dalam bilik tidur, ada anak patung bernama Pooh. Walaupun Zaim mempunyai anak patung tersebut, dia masih waras dan tidak kebudakan. Anak patung itu adalah cara untuk dia luahkan perasaannya seharian supaya tidak pendam demi menghindari dari perasaan dendam.
“Pooh... kau sihat hari ini?... aku cuma nak bilang saja... hari ini dekat ofis... sangat sibuk... sampai banyak orang perlukan banyak material untuk buat struktur kapal itu... itu aku tak risau... Cuma cara dia orang semua tanya kasar sangat... maklumlah... aku tak ada sesiapa nak luahkan hal ini kepada sesiapa... kau saja yang aku ada...” kata Zaim sambil memeluk anak patung itu dengan kuat.
Kemudian, Zaim membersihkan dirinya serta menghidangkan makan malamnya. Setelah selesai solat Isyak, Zaim menghulurkan kedua telapak tangannya.
“Ya Allah Tuhanku, ampunilah semua dosa ibuku... ampunilah dosa bapaku... ampunilah dosaku... Kau berikanlah aku kekuatan untuk berdepan hari esok.... aku reda dengan ketentuan-Mu dan aku berdoa semoga Kau berikanlah seseorang yang boleh menerima segala baik burukku...Amin...” kata Zaim sambil mengesatkan air matanya.
“Kenapalah orang tak suka aku?.... apa salah aku?.... lagi pun aku tidak minta ia jadi begini... kalau begini pandangan orang terhadap aku... aku telan saja... biarlah seratus tahun mereka mengata... aku tetap dengan pendirian aku untuk membuka kedai sendiri... sekarang duit simpanan aku sudah mencecah 200 ribu ringgit... lagi dua tahun... aku dah boleh buka kedai...” bisikkan hati Zaim sambil mengurut kaki kirinya.
Di rumah Suraya, Suraya sedang ke hulu dan ke hilir sambil memikirkan sesuatu. Walaupun Faiqah itu adalah kawan Suraya, Suraya sangat meluat dengan sikap sombong dan angkuh Faiqah itu.
“bencinya aku melihat si sombong tu... asyik nak berlagak saja... tak apa... aku mesti kerjakan kau... kau selalu suka nak pandang rendah pada orang sederhana... aku pun terasa tau... aku mesti buat sesuatu... tapi apa yang harus aku buat?...” kata Suraya di mindanya.
Pada keesokan harinya.
Dato Saidun sedang menegur dengan tegas terhadap anaknya, Faiqah, agar tidak memboros setiap hari berbelanja dengan kawannya.
“Papa ini kan... asyik nak berkira kan... dengan anak sendiri pun nak sekat duit... Iqah bukan beli barang tak senonoh...” jawab Faiqah sambil buat mukanya.
“Iqah... Papa tak larang Iqah nak belanja... tapi biarlah berpada... baju, beg dan kasut kan dah banyak di almari Iqah... kenapa nak beli lagi?... kan masih boleh pakai?... lagipun Papa cuma tak suka sikap kamu yang boros itu... sekarang terpulang dengan Iqah... kalau Iqah masih tidak ubah perangai Iqah... Papa tak teragak-agak nak hadkan kad kredit Iqah...” tegas Dato Saidun .
Dengan tidak berkata apa-apa, Faiqah mengambil kunci keretanya di atas meja lalu menuju di luar rumahnya. Oleh kerana Faiqah mengikut perasaannya, dia tinggal di apartmen sewa sejak perselisihan faham itu.
Di pejabat Zaim, Ketua Jambatan memberi sepucuk sampul surat kepada Zaim dengan wajahnya kelihatan kurang selesa lalu dia beredar dari situ. Dengan perasaan amat curiga, Zaim membuka sampul surat itu lalu dia membacanya. Matanya membuka besar seolah-olah dia ternampak hantu setelah membaca isi kandung surat itu. Zaim berasa musykil dan dia terus bertanya kepada ketua jambatan itu.
“Encik Hakim... kenapa saya diberhentikan?... apa silap saya?...” Zaim bertanya.
“Maafkan saya Zaim... saya telah mendapat aduan bahawa awak membeli bahan material yang gred berbeza dari apa yang klien kita nak... ini akan timbul masalah dalam syarikat kita... lihat invois ini... invois itu telah buktikan bahawa awak sudah membeli salah gred untuk projek ini...” jelas Hakim dengan perasaan yang luap-luap.
“tak Encik... ini bukan invois saya buat... saya boleh jelaskan... tapi encik tolong jangan berhentikan saya...” Zaim cuba pertahankan jawatannya itu.
“Zaim... saya sudah cakap dan jelaskan kepada awak secara baik... saya tak peduli dengan penjelasan awak... awak dah dipecat sekarang... pergi kemaskan barang-barang awak dan keluar dari syarikat ini!...” tegas Hakim sambil menunjuk arah keluar. Ibarat tikus berkata pada harimau, Zaim tidak mampu memberi penjelasan sebab dia hanyalah orang bawahan.
“Ya Allah... apa harus aku lakukan... dah 3 tahun aku kerja di sini... kenapa bos aku tak percaya aku?... tak apalah... mungkin rezeki aku di syarikat ini hanya setakat ini saja... mungkin Kau berikan aku rezeki yang lain... apa-apa pun... aku bersyukur Kau telah memberikan aku kekuatan untuk bersabar sehingga kini... mungkin masa aku untuk membuka kedai sendiri...” bisikan Zaim sambil mengemaskan barang-barangnya di ofis.
Apabila Zaim pulang dari apartmennya itu, Zaim melihat kelibat seorang yang sedang menunggu di depan pintunya.
“Bapa?... Bapa buat apa di sini?... macam Bapa tahu Zaim tinggal di sini?...” soal Zaim dengan perasaannya mula bercampur aduk.
“Zaim... apa khabar?... Zaim sihat?... Bapa upah orang untuk mencari kamu...” kata Encik Rasyad dengan air matanya mula mengalir.
“buat apa Bapa nak cari Zaim?... bukankah Zaim ini hanya beri beban untuk Bapa... Zaim tak boleh ikut jejak Bapa jadi askar, pegawai polis atau ahli bomba...” tegas Zaim dengan kecewa.
“Zaim... Bapa tahu... Bapa bersalah... boleh Bapa masuk dalam dulu... kita bincang?...” Encik Rasyad cuba memujuk Zaim. Zaim hanya berdiam diri sambil membuka pintu rumahnya lalu dia memberi ayahnya masuk dalam untuk berbincang.
“terima kasih Zaim sebab sudi ajak Bapa masuk dalam...” Encik Rasyad pun duduk di sofa.
“okey... apa Bapa nak bincang?...” Zaim bertanya.
“sebenarnya... Bapa nak serahkan syarikat Bapa kepada Zaim... “
“serahkan syarikat Bapa untuk Zaim?...” Zaim menyampuk.
“Ya betul tu... Bapa harap Zaim terima tawaran ini...” jelas encik Rasyad.
“kenapa saya Bapa?... kan Bapa boleh serahkan syarikat itu pada Along atau Angah?...” soal Zaim.
“Along kamu tu... dah tetarik dengan tugas ahli bomba... manakala Angah kamu asyik beri tumpuan dengan kariernya sebagai pegawai polis... jadi mereka tak mahu ambil alih syarikat itu...” balas Encik Rasyad.
“Maaf Bapa... Zaim tak boleh terima tawaran Bapa itu... sebab Zaim akan beri beban dan masalah pada Bapa nanti...” tambah Zaim.
“Zaim... Bapa betul minta maaf... Bapa silap... dan tak berlaku adil pada Zaim... Zaim... Bapa sekarang dah berusia... kalau suatu hari nanti... Bapa pergi... siapakah yang akan menjaga syarikat Bapa tu.. berikanlah Bapa peluang untuk tebus semua kesilapan Bapa pada Zaim...” Encik Rasyad memegang tangan kanan Zaim sambil merayu dan memohon maaf kepada Zaim.
“Bapa... kalau begitu... Zaim boleh terima tawaran Bapa... tapi dengan bersyarat...” kata Zaim.
“okey... apakah syarat-syaratnya?... “ Encik Rasyad.
“Zaim akan ambil alih syarikat Bapa... tapi selepas Zaim bertemu jodoh dan kahwin...” jawab Zaim.
“apa?... kahwin?... Zaim ada calon ke?... Bapa boleh masuk meminang sekarang...” tambah Encik Rasyad.
“belum ada calon lagi... lagi pun siapa nak kan Zaim dengan keadaan Zaim macam begini?...” kata Zaim.
“habis tu... kenapa Zaim letakkan syarat itu?...” berkerut di dahi Encik Rasyad bila bertanya.
“Bapa... seperti apa yang Zaim kata tadi... selagi Zaim belum kahwin... Zaim tak kan ambil alih syarikat Bapa... kalau Bapa nak Zaim cepat ambil alih syarikat Bapa... Bapa berdoa untuk Zaim agar Zaim dapat seorang yang mampu terima Zaim seadanya...” jelas Zaim. Encik Rasyad tidak mampu berkata apa-apa melainkan untuk menghormati dengan keputusan Zaim lalu beredar dari situ.
Setelah Encik Rasyad pulang, Zaim pergi ke biliknya lalu duduk di katilnya sambil mengenangkan peristiwa yang dulu. Manakala Encik Rasyad sedang berfikir mengenai keputusan Zaim itu semasa memandu. Encik Rasyad pun berasa serba salah dengan apa yang dia katakan pada Zaim sepuluh tahun yang lalu.
Di bilik Faiqah, Faiqah sedang memikirkan sesuatu supaya dia boleh berdikari tanpa wang jajan dari ayahnya. Faiqah mengambil pena dan kertas lalu dia menyenaraikan perniagaan yang mampu dilakukan.
Setelah dua jam berfikir, Faiqah akhirnya telah membuat keputusan untuk berniaga butik barang-barang eksklusif seperti beg tangan, fesyen, kasut wanita dan pelbagai lagi. Justeru itu, Faiqah bercadang untuk membuka butik itu dengan kawannya, Rashinah. Walaupun Faiqah mempunyai ramai kawan, namun dia hanya rapat dengan Rashinah.
Manakala di rumah Zaim, bunyi deringan telefon pintarnya dari pemilik gerai makanan lalu Zaim menjawab panggilan itu. Hati Zaim kini teramat riang tidak terkata apabila dia boleh menyewa gerai tersebut. Cita-cita Zaim adalah untuk berniaga dan dia tidak hiraukan apa yang hendak meniaga asalkan perniagaan itu halal dan tidak membelakangi undang-undang kerajaan. Dengan senang hati, Zaim menghulurkan dua telapak tangan untuk berdoa pada yang Esa.
Share this novel