Babak 9 – Paksa atau Desak

Romance Completed 17168

Di saat Zaim keluar untuk bertemu dengan klien, tiba-tiba, seorang gadis berkerjaya muncul di hadapan Zaim semasa Zaim sedang keluar untuk pergi ke lokasi yang di janji temu. Gadis itu tidak lain dan tidak bukan adalah Yasmin, rakan kelas kolej di universiti. Zaim hanya berasa hairan ketika bertemu dengan Yasmin semula. Yasmin mengajak Zaim untuk makan tengah hari bersama tetapi Zaim menolak kerana ia tidak manis pergi berdua tanpa urusan kerja dan Zaim tidak ada perasaan pada Yasmin. Keluhan di wajah Yasmin semakin ketara apabila Zaim menolak pelawaan tersebut.

6 tahun dulu.

Ketika Zaim sedang mengajak Yasmin untuk makan malam setelah habis kertas ujian yang terakhir.

“apa?... kau nak ajak aku makan malam?... tolong sedar diri kau sikit... kau itu tempang... kalau aku berjalan dengan kau... banyak orang akan mengata...” cemuhan Yasmin sambil menjeling dari Zaim.

“Yasmin... tolonglah... ini semester terakhir... dan kita baru habis kertas ujian yang terakhir... lepas itu kita mungkin takkan jumpa... lagipun kita pernah belajar bersama kan?...” pujuk Zaim.

“maafkanlah... selama ini... aku sebenarnya... hanya menggunakan kau saja sebab kau pandai... aku terpaksa belajar dengan kau semata-mata nak lulus setiap semester... sekarang semua dah selesai... jangan harap aku nak teman kau pergi makan pula...” balas Yasmin sambil mengelak dari Zaim.

“tunggu dulu... saya betul-betul ikhlas.. nak belanja awak makan... tolonglah... kali ini saja... lepas itu saya takkan kacau awak...” Zaim mencuba untuk memujuk Yasmin.

“kau belanja aku makan apa?... aku nak makan di restoran mewah bukan warung murah tau... lagipun... semasa aku teman kau belajar... kau selalu makan di gerai murah... mana pernah aku tengok kau makan di restoran mewah... jadi mampukah kau belanja aku di restoran mewah?..” cela Yasmin.

“sekarang saya belum kerja... saya mampu belanja awak di warung sederhana... bolehlah... asalkan niat saya itu baik...” jawab Zaim.

“tak nak!... kau itu sudahlah tempang... sengkit pula itu.. kau ingat aku nak makan dengan kau?... bukan aku saja akan tolak pelawaan kau... aku yakin semua perempuan dalam kolej ini akan buat benda yang sama... jadi tolong jangan ganggu aku... kekasih aku sedang tunggu aku di sana dengan kereta Mercedes-Benz tau... kau ada?...” kata-kata sinis dari Yasmin. Dengan muka selamba, Yasmin terus pergi ke kawasan perhentian kereta atau pikap. Zaim memandang kereta kekasih Yasmin yang mewah itu.

“hina sangat aku ini?... Yasmin... aku fikir kau seorang gadis yang berlainan... tapi aku silap... kau hanya mahukan kepintaran aku saja... kau tak ikhlas berkawan dengan aku... kalau aku tahu kau bersikap buruk pada aku... aku rela belajar sendiri... tapi apa kan daya... nasi sudah menjadi bubur... biarlah ini satu pengajaran besar dalam hidup aku... aku memang tak layak menikmati kasih sayang dari wanita...” kepiluan dan kepedihan di hati Zaim sangat meluap-luap. Zaim terus pergi ke tong sampah lalu membuangkan bungkus hadiah dan sekuntum bunga ros ke dalam tong sampah. Kemudian, Zaim bergegas ke rumah sewaannya itu.

Sekarang.

“Yasmin?... kenapa kau datang kembali?... apa kau nak dari aku?... bukan ke kau dah ada kekasih?... aku pun tak ganggu aku...” fikiran Zaim semakin kusut sambil membayangkan peristiwa dulu sementara menunggu ketibaan kliennya.

Manakala di butik Faiqah.

“kau nak apa datang ke mari?...” tanya Faiqah.

“eh... pura-pura tak tahu pula... nak jumpa sayanglah... rindu tak?...” jelas Ghazali.

“dah jumpa kan?... pergi!... jangan kau datang di sini lagi!...” tegas Faiqah.

“alah sayang... takkan tak rindu abang?... jom kita pergi makan...” Ghazali menarik tangan kanan Faiqah lalu menuju ke depan pintu butik. Faiqah cuba melepaskan genggaman itu.

“eh... kau dah kenapa?... aku tak nak ikut kau!... kau pergi!...” Faiqah meninggikan suaranya.

“amboi... sombong betul kau ini kan... kau mesti ikut aku!... sebab kau milik aku!...” Ghazali menarik semula dengan genggaman yang kuat lalu mengheret Faiqah di luar untuk mengikutnya pergi makan.

“lepaskanlah!... aku bukan milik kau!... aku dah kahwin!... aku ada suami!...” jerit Faiqah.

“apa? Kau ada suami?... siapa?... si tempang itu?... mana serasi dengan kau?! Macam si bongkok dengan puteri...” sindir Ghazali.

“jangan kau menghina suami aku!... ya betul lelaki tempang itu suami aku!... tapi dia tak pengecut macam kau!...” Faiqah berpaling dari Ghazali lalu melangkah seribu ke butiknya.

“Tak apa... satu hari nanti kau jadi milik aku!... kau ingat baik-baik!...” jeritan kuat dari Ghazali.

Faiqah terus masuk ke bilik pejabatnya lalu duduk di kerusi sambil menitiskan air matanya.

Di restoran mewah, Yasmin memakan tengah hari sambil membayangkan wajah Zaim.

“Zaim... Zaim... aku tak sangka kau dari seorang anak usahawan... aku akan pastikan kau jadi milik aku... aku tahu... kau masih ada hati dengan aku... kau tunggu saja nanti...” Yasmin sedang membelit makanannya sambil berfikir.

Apabila matahari gerhana, Zaim pun pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan Zaim itu, Zaim ternampak sebuah kereta berhenti di tepi simpang dan Zaim sangat mengecam kereta lalu dia berhenti untuk membantu.

“Neera... kenapa dengan kereta awak?...” tanya Zaim sambil memeriksa kereta itu.

“abang... tak tahulah... tiba-tiba enjinnya mati...” jawab Faiqah.

“okey... kalau macam itu... abang panggil mekanik untuk bawa kereta itu ke bengkel...” ulas Zaim.

“okey... saya panggil teksi...” balas Faiqah.

“tak perlu panggil teksi... Neera tumpang kereta abang... kita balik bersama...” cadangan Zaim. Faiqah terpaku seketika.

“kenapa Neera?... awak tak sudi naik kereta dengan abang?...” tambah Zaim sambil membuka pintu kereta kiri.

“tak ada apa... saya sudi... Cuma malu saja...” merah di pipi Faiqah dengan darah gemuruh.

“tak perlu malu... kita kan suami isteri... dah... masuk ke dalam... atau nak abang dukung Neera...” tegas Zaim. Oleh kerana takut didukung oleh Zaim, Faiqah bergegas ke dalam kereta Zaim.

Setelah sampai ke rumah mereka, Faiqah kelihatan pucat lalu duduk di sofa. Sekilas pandang wajah isterinya, Zaim dapat menelah bahawa ada sesuatu menganggu di fikiran Faiqah.

“Neera... Neera... awak ada masalah?...” tanya Zaim.

“oh... tak ada apa-apa... saya pergi mandi dulu...” jawab Faiqah lalu masuk ke biliknya.

Setelah membersihkan diri dan salin pakaian mereka, mereka berdua membuka pintu masing-masing dengan serentak. Faiqah mula melangkah ke dapur dan Zaim pegang tangan kiri sambil mengiringi Faiqah ke ruang tamu.

“okey... ada apa abang?...” Faiqah duduk di sofa. Zaim pun duduk bersebelahan dengan Faiqah.

“kalau tadi Neera ternampak perempuan di depan syarikat abang... abang minta maaf... sebenarnya...”

“tak bukan fasal itu... abang tak buat apa-apa... saya dah percayakan abang... Cuma...”

“sabar dulu... pandang wajah abang... Neera... kita dah janji nak mulakan hidup baharu... dan abang tak mahu ada rahsia antara kita...”

“maksud abang?...”

“ abang tak tahu kalau Neera marahkan abang sebab perempuan tadi atau sebab-sebab lain... abang minta maaf... sebenarnya... perempuan itu adalah bekas rakan kelas abang semasa di kolej dulu... abang pun tak tahu kenapa dia tertiba-tiba muncul setelah apa dia buat pada abang dulu...”

“dia buat apa pada abang?... boleh saya tahu?...”

“dulu... masa abang belajar di kolej... abang tak ada ramai kawan... semua orang tak mahu berkawan dengan abang... dan perempuan itu... Yasmin... dia adalah orang pertama yang tegur dengan abang... abang ingat dia seorang wanita yang lain daripada semua orang... tapi...”

“tapi apa abang?... dia curang ke?...”

“dia... hanya menggunakan kepandaian dan pengetahuan abang... semata-mata nak lulus dalam peperiksaan... dia hanya berlakon sebab... dia tahu tiada orang boleh bantu pembelajaran dia selain abang... bila abang mula sukakan dia... dia menolak... abang boleh terima kalau dia ada kekasih lain... yang abang tak boleh terima... dia menghina abang... di depan kampus... pada hari itu... abang berjanji pada diri abang yang abang tak akan bercinta selain seseorang yang abang pernah...” Zaim terhenti seketika.

“seseorang? Siapa?...” Faiqah mula tertanya-tanya.

“yang itu abang akan ceritakan lain hari... tapi buat sekarang... abang nak Neera faham yang perasaan cinta abang hanya pada Neera seorang... kalau Neera dengar perkara buruk fasal abang dari mulut orang lain... abang harap sangat Neera harus dengar dari mulut abang sendiri...“ jelas Zaim.

“kenapa abang tak bilang pada dia yang abang adalah anak usahawan?...”

“itu harta bapa abang... bukan abang... masa itu abang tinggalkan keluarga abang... sebab abang terlalu menyusahkan mereka... jadi abang belajar sambil bekerja sambilan...”

“abang... saya faham...tak perlu teruskan... saya pun minta maaf dengan abang sebab saya belum bilang yang Ghazali dah balik...”

“Apa?... Ghazali?... abang tahu... dia pernah jumpa abang beberapa kali... Cuma abang terpaksa merahsiakan...”

“betul ke?... dia nak apa dari abang?...”

“apa lagi dia nak... dia nak kan Neera... dia paksa abang untuk lepaskan Neera...”

“abang... sejujurnya dulu saya sukakan dia... tapi sejak berkahwin dengan abang... perasaan cinta saya pada dia sudah hilang... saya harap... abang tak marah dengan saya kalau saya terjumpa dengan dia...”

“abang faham... abang tak salahkan Neera... Cuma abang berharap... Neera bagi tahu abang kalau Neera ada masalah...” Zaim membelai rambut Faiqah.

Setelah berbincang, pasangan yang baru berputik itu sedang menikmati makanan malam.
Keesokan harinya, Yasmin sedang menunggu Zaim di ruang tetamu. Zaim hanya mengelak dari Yasmin dan langsung tidak pandang kelibat Yasmin. Bak pepatah orang lama, pisang tidak akan berbuah dua kali. Justeru itu, Zaim tidak akan terpedaya dengan Yasmin lagi.

4 tahun lalu.

“aku tak nak hidup susah dengan kau!... aku nak cerai dengan kau...” jerit Yasmin.

“oh... nak minta cerai?... mentang-mentang bisnes papa aku dah gulung tikar... kau senang-senang nak minta cerai?... aku menyesal kahwin dengan kau!...” balas Shukri, suami Yasmin.

Sekarang.
“aku akan buat kau terpesona dengan aku... kau tunggu saja Zaim Kazim...” Yasmin melebarkan bibirnya sambil memandang ke pejabat Zaim.

Manakala, di butik Faiqah.

Semasa Faiqah sedang membuang sampah di belakang butik, seorang lelaki bertopeng melangkah seribu ke belakang Faiqah lalu menerkamnya sambil menutup mulut dengan kain dan mengheretnya masuk ke dalam sebuah van. Rashinah terdengar jeritan itu lalu pergi di belakang lalu mencari Faiqah. Rashinah kelihatan cemas lalu menelefon Zaim mengenai Faiqah. Zaim bergegas ke tempat kejadian itu. Rashinah mencari kesan atau tanda-tanda arah penculik itu pergi. Tiba-tiba, Rashinah terpijak benda keras lalu dia melihat dan terjumpa dompet lelaki. Rashinah membuka dompet itu dan ternampak wajah gambar di kad pengenalan.

“Ghazali?... ish... kenapa dia nak culik Iqah?...” Rashinah terpinga-pinga.

Zaim muncul beberapa minit kemudian dan Rashinah memberi dompet itu kepada Zaim. Zaim mengarahkan Rashinah untuk menghubungi polis sementara Zaim sedang mencari Faiqah.

Di sebuah gundang terpencil, Faiqah terbangun dari pengsan dan melihat tangan kanan dan kirinya sudah diikat oleh Ghazali.

“apa ini semua?... apa kau nak dari aku?...” jerit Faiqah.

“kau tunggu saja nanti... “ jelas Ghazali sambil membelai rambut Faiqah.

Semasa Zaim sedang dalam pencarian, pegawai peribadi Zaim, Khairi, sudah mendapat maklumat dari rakan-rakannya mengenai lokasi van itu dan Zaim pun beralih ke destinasi yang ditujunya. Rashinah memberi informasi tentang persembunyian Ghazali kepada pihak polis sejurus dia menerima mesej dari Zaim.

Manakala, Ghazali sedang menelefon Encik Rahman dan Encik Rahman mengarahkan Ghazali untuk menghumbankan di tempat perkampungan yang berjauhan perumahan atau kawasan tinggal Faiqah. Namun begitu, Ghazali mengingkari arahan ayahnya disebabkan nafsu buasnya sedang berleluasa. Oleh kerana Ghazali tidak mahu menurut arahan dari ayahnya, Encik Rahman tidak menurun padang dan juga tidak akan bertanggung jawab kalau apa-apa berlaku pada anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience