“Tunggu sekejap... kalau Cik ni mengaku bahawa Cik ni adalah kakak Neera... maknanya... Cik ni... adalah Faezah Munirah...”
“Macam mana awak tahu saya?...”
“Sebab Dato Saidun pernah ceritakan tentang Cik Faezah... dan beliau telah amanahkan saya untuk mencari Cik Faezah sebab... Cik Faezah ada 40 peratus syer dalam syarikat beliau...” jelas Zaim. Faezah mengiringi Amira ke hadapan Zaim. Zaim bangun dari sofa sambil menatap wajah Amira.
“Neera... Abang... yakin... awaklah Neera... sebab hanya orang yang tersayang saja yang tahu tanda beranak Neera... Abang ni suami Neera...” Zaim cuba meyakinkan Amira.
“Mira tak percaya... kalau betul awak tu suami saya... kenapa awak tinggalkan saya dan Zahra?...” Amira pula perlu kepastian dari Zaim.
“Jadi anak perempuan tu... anak awak?... Zahra?...”
“Yalah... kalau Zahra tu anak saya... maknanya dia tu anak awaklah...”
“Boleh Abang jumpa Zahra?...”
“Maaf... Zahra sedang tidur lenyak... saya pun tak sampai hati nak kejutkan dia...”
“Tak apalah... esok Abang jumpa dia...”
“Baiklah.. Tapi awak belum jawab soalan saya... kenapa awak tinggalkan kami berdua?...”
“Neera... sebenarnya... Neera kena culik...”
“Siapa?... Encik Rahman ke?...” Faezah menyampuk.
“Macam mana Cik Faezah tahu?...”
“Tak payahlah nak panggil saya ‘Cik’... Panggil saja ‘Akak’... lagipun kita kan sekeluarga... Sebenarnya... Encik Rahman yang menculik Akak dulu semasa Akak berumur 10 tahun dulu... tempat kejadian hampir serupa di kawasan yang Akak jumpa dengan Iqah pengsan...”
“Jadi... apa nasib Akak semasa Akak diculik?...” Zaim ghairah bertanya.
“Sudahlah tu... hari dah lewat ni... kita sambung besok ya... Zaim boleh tidur sini... lagipun di luar lampu suluh rosak...”
“Saya boleh saja kalau Akak dah izinkan... terima kasih...” ujar Zaim. Amira masuk ke dalam biliknya lalu mengambil lebihan bantal dan selimut. Kemudian, dia memberikan bantal dan selimut kepada Zaim. Merah pipi Zaim setelah menerima bantal dan selimut dari isterinya.
Pada keesokan harinya.
Zaim sedang bangun dari lenanya sambil menggeserkan mata kirinya serta merentangkan-rentangkan anggota badannya untuk bersiap-siap ke bilik mandi. Amira menemani Azzahra untuk mandi sambil membersihkan anaknya manakala Faezah sedang menyediakan sarapan untuk semua.
Semasa Zaim bertembung dengan Amira, mereka terasa agak ganjal untuk bertegur sapa setelah 5 tahun berpisah seperti semua harus mulakan dari awal. Firasat Amira mengatakan bahawa dia pernah lihat lelaki di depannya dulu tapi ingatannya masih pudar.
Setelah Zaim mencuci mukanya, dia beredar dari rumah Faezah untuk pulang ke bilik penginapannya. Apabila sampai ke bilik penginapannya, Husayn diri di depan pintu bilik sambil memandang ke Zaim seperti ingin memakannya.
“Kenapa ni Sayn?... sampai tunggu saya di sini....”
“Zaim... kau pergi mana?... puas aku cuba telefon kau... tapi kau tak angkat... aku mesej kau pun tak balas...”
“Maaflah... saya ada di rumah Amira semalam... kenapa ni?...”
“Apa?... kau pergi rumah Amira?... okey... yang itu aku boleh tanya kau nanti... sekarang ni fasal anak kau... Wafiy...”
“Kenapa dengan Wafiy?...”
“Wafiy pengsan... sebelum itu... dia asyik muntah-muntah... sekarang Shinah ada di hospital untuk menjaga dia...”
“Masya-Allah... Wafiy... baiklah.. saya pergi siapkan barang-barang untuk berangkat pulang...” Zaim terus masuk ke dalam biliknya lalu dia mengemaskan barang-barangnya.
Oleh kerana tindakkannya tergopoh-gapah, Zaim terlupa memberi nombor telefonnya kepada Faezah atau Amira dan dia pula tidak mempunyai nombor telefon mereka. Zaim melabuhkan diri ke dalam keretanya sambil menghidupkan enjin untuk berangkat ke alamat hospital yang diberikan kepada Husayn.
Di Kuala Lumpur.
Zaim berlari anak untuk menuju ke bilik wad yang diberikan oleh jururawat itu. Setibanya sampai, Zaim melihat Wafiy sedang terbaring dengan memakai pelitup muka oksigen dan tangan kanannya sedang mengisikan titisan air saluran untuk mengatasi bakteria di dalam tubuhnya.
“Shinah... macam mana keadaan Wafiy sekarang?...” Zaim memegang tangan kiri Wafiy sambil melihat raut wajah anaknya.
“Zaim... sabar dulu... doktor cakap... Wafiy... Wafiy...”
“Apa yang doktor cakap fasal Wafiy?...” Zaim ingin tahu dan cuba mendesakkan Rashinah untuk menceritakan tentang Wafiy. Rashinah cuba menahan air matanya tetapi matanya berkaca dan kemudian berair. Rashidah kemudian keluar dari bilik wad itu dengan tangisannya tidak henti. Kepala Zaim semakin kusut melihat reaksi Rashinah itu.
Zaim pergi ke Rashinah untuk memastikan keadaan Rashinah tenang. Sedang Zaim melihat wajah Rashinah, Rashinah berpaling ke Zaim sambil mengesat air matanya lantas mengukirkan segaris senyuman, tetapi senyuman itu tidak mampu menutup redup yang menyaluti wajahnya.
“Shinah... tolonglah... bilang kat saya... kenapa dengan Wafiy?...” Pujukan Zaim. Rashinah menarik nafas perlahan dan menghembuskan semula lalu dia berkata.
“Doktor cakap... Wafiy... menghidap kegagalan hati... sebab itu dia selalu muntah-muntah dan sering nampak letih saja...” Jelas Rashinah dengan suara yang teresak-esak.
Ranjau duri hidup semakin menikam-nikam sanubari. Rasa gelisah menjamah hati Zaim. Ibarat memakan buah kepayang, ditelan pahit, dibuang sayang. Zaim sedang berada dalam dilema kerana dia perlu menjenguk isterinya dan juga perlu berada di sisi Wafiy semasa Wafiy sedang sakit.
Zaim semakin buntu memikirkan Wafiy, Faiqah dan Azzahra. Menjaga Wafiy adalah amanah arwah Kak Bibah dan mencari isteri serta kakak iparnya adalah amanah arwah bapa mertuanya. Yang manakah harus Zaim utamakan dulu?
Apabila Rashinah melihat wajah Zaim yang tidak terurus, dia mula bertanya.
“Zaim... kau okey ke?...”
“Tak tahulah Shinah.. saya semakin buntu ni...”
“Kenapa ni? Fasal Wafiy ke?...”
“Bukan fasal tu.. fasal Neera...”
“Maksud kau Iqah?... kau dah jumpa Iqah? Iqah masih hidup?...”
“Betul... Neera masih hidup... Cuma dia sedang hilang ingatan...”
“Kenapa kau tak jemput dia pulang?...”
“Masa berjalan terlalu pantas... saya tak sempat nak jemput dia...”
“Zaim... aku faham... mungkin kau tengah dalam dilema... apa kata kau pergi ke sana semula dan jemput dia pulang... biarlah aku jaga Wafiy di sini...” Rashinah cuba meyakinkan Zaim agar diri Zaim rasa tenang.
“Betul kamu okey?...” Hati Zaim masih ragu-ragu.
“Betul Zaim... dah kau pergi dulu... sekurang-kurangnya Wafiy boleh tengok mama dia bila dia sedar...” yakin Rashinah.
“Baiklah... terima kasih Shinah...” Zaim bergerak ke tempat letak kereta di tingkat bawah lantai.
“Tak mengapa... aku harap Iqah boleh ingat aku...” Rashinah masuk semula ke bilik wad itu.
Husayn tiba ke bilik wad itu sambil membawa makanan untuk mengganti Zaim semasa sedang dalam perjalanannya ke Desa Sebarau untuk menjemput Faiqah dan Azzahra pulang ke Kuala Lumpur.
Di Desa Sebarau.
Tidak ada bayang Zaim tampil di depan pagar rumah Faezah. Amira semakin risau kalau Zaim itu seorang penipu, tidak menepati janji. Namun begitu, hati Amira tergerak untuk membuka pintu depan dari rumahnya sambil melihat kelibat Zaim.
“Betul tak kata aku... mungkin dia hanya menipu saja...” Amira perlahan menutup pintu itu. Tiba-tiba, bunyi hon kereta kedengaran. Zaim menjerit memanggil nama isterinya. Tanpa disedari, terpapar kebahagiaan yang melonjak tinggi ke angkasa di wajah Amira lalu dia membuka pagar rumahnya.
Zaim tersenyum sipu apabila melihat wajah isterinya. Di luaran, Amira nampak seperti ingin makan orang namun, di dalam hati, dia sangat teruja melihat kehadiran Zaim di depannya.
“La... kenapa biarkan Zaim berdiri kat situ?... kesianlah dia tu dengan kaki tempang berdiri kat situ... mari masuk ke dalam... di luar tu panas...” Ujar Faezah.
“Tempang?...” Amira tercengang. Perkataan itu merentas ke mindanya dan tercetus semula ingatannya untuk mengimbas kembali kenangan pahit, suka dan duka bersama Zaim. Meskipun perkataan itu sering digunakan semasa perhubungan Zaim dan Faiqah sedang renggang, ia telah menjadi penawar untuk memulihkan ingatan Amira.
Sejenak kemudian, Amira teringat semula lalu dia berpaling ke Zaim.
“Abang?!...” Amira tidak mampu mengawal perasaannya lalu dia rebah di tepi pagar.
“Neera!...” Zaim cuba mendekati Amira untuk menyambutnya daripada jatuh.
Zaim mendukung isterinya lalu dia bergegas ke hospital yang berhampiran. Setibanya di hospital itu, Zaim mendukung isterinya sambil menjerit memanggil jururawat. Jururawat itu menyediakan katil beroda dan Zaim meletakan isterinya atas katil itu lalu dia menolaknya ke bilik kecemasan. Jururawat itu menasihati Zaim agar tunggu di luar sementara mereka sedang memeriksa keadaan Amira.
Beberapa minit kemudian, salah seorang daripada jururawat itu memanggil Zaim untuk memberi kad pengenalan isterinya supaya boleh mengesahkan identiti pesakit itu. Jika kejadian berlaku secara mendadak, fikiran seseorang itu akan semakin buntu. Kebuntuan Zaim amat berleluasa sehingga dia memberitahu kepada jururawat itu bahawa isterinya hilang ingatan dan tidak mempunyai kad pengenalan isterinya. Namun, tanpa kad pengenalan Amira, jururawat tidak mampu melanjutkan pemeriksaan kerana ia adalah salah satu undang-undang dipatuhi. Zaim cuba sedayanya untuk mencari kad pengenalan isterinya di dalam dompetnya. Gerak hati Zaim mengatakan bahawa dia pernah menyimpan kad itu di dalam dompetnya. 5 minit kemudian, Zaim berjaya jumpa kad pengenalan Faiqah dan memberikan kepada jururawat itu. Lapang dada Zaim sambil menarik dan menghembus nafasnya yang panjang.
Di rumah Faezah.
Azzahra terjaga dari lenanya dan dia ingin mencari ibunya. Faezah menyambut Azzahra dari bilik Amira. Azzahra bertanya kepada Faezah keberadaan ibunya. Faezah hanya memberitahu kepada Azzahra bahawa ibunya keluar sekejap sebab ada urusan penting dan dia akan pulang nanti.
Manakala di hospital yang berada dari Kuala Lumpur.
Tangan Wafiy mula bergerak dan dia sering menyebutkan nama bapanya. Rashinah mula terkejut dengan penggerakan Wafiy tu lalu dia memanggil jururawat untuk menenangkan Wafiy. Doktor dan jururawat menyarankan Rashidah untuk tunggu di luar agar mereka memeriksa keadaan Wafiy itu.
Husayn mengiringi Rashinah ke kawasan menunggu. Husayn melihat air muka isterinya melukis kepedihan yang maha dalam. Apa yang Husayan mampu lakukan supaya isterinya tenang adalah menyarankannya untuk membuat solat hajat agar semua dugaan ini akan dipermudahkan.
Walaupun bukan anak sendiri, Rashinah telah mencurah sepenuh kasih sayangnya kepada Wafiy sehingga dia menganggap Wafiy anak kandungnya sendiri. Husayn turut rasa yang sama dan kehadiran Wafiy juga telah memberi nikmat kehidupan kepadanya setelah mereka berusaha untuk mendapat cahaya mata sendiri.
Di hospital yang berada di kawasan Desa Sebarau.
Amira telah sedar dari pengsannya dan doktor memanggil Zaim untuk menjenguk Amira. Setapak kaki kanan melangkah, Amira terus memanggil Zaim.
“Neera... Neera?... Neera dah ingat semula?...” Wajah Zaim yang gelisah menjadi riang.
“Ya... Neera dah ingat semula... Neera ingat... masa tu Encik Rahman yang menculik Neera... dan masa tu... Abang ada kat Kelantan... lepas tu... Neera cuba melarikan dan tiba-tiba Neera terjatuh di pinggiran jalan...” Denyutan di kepala Faiqah sudah hilang setelah meluahkan ingatannya itu.
“Syukur Alhamdulillah... Neera dah sembuh...” Zaim ingin memegang tangan Faiqah dan pegangan itu terlepas lalu Faiqah berpaling dari Zaim.
“Kenapa Abang tak cari Neera dulu?... kenapa sekarang baru Abang cari Neera?...” Faiqah mula bermasam muka.
“Maafkan Abang... Neera... masa tu... polis kata... yang Neera meninggal akibat kebakaran... jadi semua orang ingat Neera dah meninggal dunia... tapi firasat Abang mengatakan bahawa Neera masih hidup... Shinah pun rasa Neera masih hidup juga...”
“Oh... Shinah... ya Shinah... masa tu dia sedang pengsan semasa Neera kena culik... macam mana dengan dia?... sihat tak?...”
“Shinah sihat saja... Cuma Wafiy saja...” Zaim cuba menjelaskan dan Faqiah menyampuk percakapannya.
“Wafiy?... siapa Wafiy?...” Faiqah mula tidak sedap hati.
“Oh dia anak kepada...” Zaim cuba kata sepatah.
“Anak? Anak siapa?... anak Abang dengan isteri baharu Abang ke?...” pelbagai soalan Faiqah panah ke telinga Zaim.
“Sabar dulu... Abang tak kahwin dengan sesiapa... Wafiy itu anak kepada Kak Bibah... masa tu dia amanahkan Abang untuk menjaga dia semasa dia berusia 2 tahun...”
“Kak Bibah?... habis tu mana mereka pergi?...” Faiqah masih curiga.
“Kak Bibah yang sedang mengandung itu dan suaminya... telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya... mereka titipkan Wafiy kat Abang sebab mereka perlu pergi ke luar kawasan atas urusan kerja suaminya...” Zaim menjelaskan puncanya. Riak wajah Faiqah kelihatan semakin pucat seolah-olah dia melihat hantu di depan Zaim.
“Maafkan Neera Abang... Neera tak tahu...”
“Tak apa... Abang faham... sekarang... Abang nak Neera dan Zahra... ikut Abang jumpa Wafiy... di hospital kat KL...” Zaim menyentuh bahu kanan Faiqah.
“Jumpa Wafiy kat hospital?... dia sakit apa Abang?...”Rasa gelisah menjamah hati Faiqah.
“Dia menghidap penyakit kegagalan hati... dan Shianh sedang menjaga dia sekarang...” Mata Zaim berkaca kemudian berair.
“Baiklah Abang... Neera dan Zahra ikut Abang pergi KL...” Faiqah alis berkerut.
Setelah itu, Zaim dan Faiqah menuju ke rumah Faezah sambil menjemput Azzahra lalu mereka bergegas ke destinasi mereka di Kuala Lumpur dan mereka masih dalam perjalanan mereka ke sana.
Share this novel