Di dalam bilik pejabat Zaim, Zaim membuka bungkus hadiah itu. Dalam bungkusan, terdapat noktah dan Zaim membacanya.
“Kepada Zaim,
Aku sebenarnya mahu minta maaf sebab layan kau macam orang asing. Aku tak sangka kau ingat tarikh hari jadi aku. Sejujurnya, kalau aku tahu kau nak sambut hari jadi aku semalam, aku tak akan pergi ke rumah Papa. Aku tahu aku bukan isteri yang baik tapi aku cuba untuk terima kau dalam hidupku. Memang dulu aku bencikan kau. Tapi disebabkan kesungguhan kau untuk menjaga aku, aku mula suka kan kau cuma aku masih dalam keegoanku.
Oleh itu, aku harap kau pun sudi terima hadiahku ini walaupun aku pernah campak atau tolak hadiah-hadiah kau dulu.
Sekali lagi aku minta maaf kalau aku melayan kau sebagai suami.
Dari Faiqah.” Zaim mula terharu dengan ucapan itu. Zaim terus memanggil setiausahanya untuk menangguhkan semua janji temu hari ini dan bergegas untuk pulang ke rumahnya.
Setiba di rumah Zaim, Faiqah terus ke biliknya dan menyelerak bantal-bantal di katil sambil mengamuk dan menjerit. 40 minit kemudian, Zaim pun sampai lalu cuba membuka pintu bilik Faiqah sambil mengetuk dan memanggil Faiqah untuk keluar dari bilik Faiqah.
“Sudahlah!... apa lagi kau nak?!... pergilah! Jangan kau ganggu aku!...” jeritan Faiqah.
“Sabar dulu Neera... biar abang cuba jelaskan... tolong buka pintu ini... kita bincang ya?...” kata Zaim.
“kau pekak ke?... aku bilang pergi... maknanya pergi!... apa lagi kau nak tipu aku?!... selama ini aku ingat kau seorang lelaki yang jujur... tapi kau sudah curang di belakang aku!... lelaki semua sama saja!!! Dah... jangan kau ganggu aku! PERGI!!... Aku nak bersendirian!!!...” Kemarahan Faiqah semakin meluap-luap. Zaim pun mengalah dan bagi ruang kepada Faiqah untuk menenang fikirannya.
“ya Allah... kenapa susah untukku memperbaiki perkahwinan ini?... Kau berikanlah aku kekuatan untuk bersabar dengan isteriku ini...” Zaim pun masuk ke biliknya.
Tiga jam kemudian, bunyi pemegang pintu berputar mengikut arah jam lalu menarik pintu perlahan agar engsel pintu Faiqah tidak berbunyi nyaring. Faiqah pergi ke dapur lalu membuka peti sejuk dan mengambil botol besar 2 liter kemudian menuangkan ke dalam segelas cawan. Setelah itu, Faiqah menghirup air putih dengan pantas. Sementara itu, Zaim berasa lapar lalu dia pergi ke dapur. Zaim memandang Faiqah sedang duduk di kerusi meja makan lalu dia cuba menegur.
“apa pandang-pandang?... “ Faiqah bertanya.
“tak ada apa... Cuma abang nak masak untuk makan malam... Neera nak makan apa?...” jelas Zaim.
“aku tak lapar... dah cukup tadi makan hati dengan kau... dah aku nak ke bilik...” Faiqah pun termengah-mengah simpan semula air botol itu dan mencuci cawan lalu bergegas bila melangkah. Tanpa sengaja, jejari di kaki kanan Faiqah tertendang meja makan dan seluruh badan Faiqah tidak terkawal lalu tumbang di depan Zaim. Mujurlah Zaim sempat mempertahankan badan Faiqah dari jatuh di lantai. Oleh kerana badan Faiqah sukar dikawal, dia tertolak Zaim dan mereka berdua terjatuh sambil berpelukan. Pada saat itu, mata mula memandang mata, mereka berdua terpaku seketika dan debaran hati mereka mula berdegup sehingga ia diakhiri dengan tamparan dari Faiqah.
“eh... kau cuba ambil kesempatan dekat aku?!...” Faiqah cuba mengelakkan dari pelukan itu. Tapak kaki kanan Faiqah terkehel dan sangat sakit jika bergerak.
“maaf... abang hanya sambut Neera daripada jatuh... Abang tak sengaja... Neera dah boleh bangun sekarang... Abang tak boleh bergerak sebab Neera masih baring atas Abang...” jelas Zaim sambil mencuba untuk membangun dari situ.
“ish... kenapalah aku tendang meja itu... kan dah sakit... susah pula nak bangun ini...” Faiqah cuba menahan kesakitan itu. Zaim cuba memutarkan badannya supaya dia dapat berdiri. Setelah itu, Zaim mendukung isterinya lalu membaringkan di sofa.
“tak padan dengan tempang... kuat juga dia mengangkat aku?...” Faiqah hanya memandang Zaim semasa Zaim mendukungnya itu.
Zaim mengambil minyak urut di biliknya lalu dia mengurut di tapak kaki kanan isterinya itu. Faiqah terkejut dengan perbuatan ganjil Zaim itu.
“pelik sangat... kalau dia curang dengan perempuan itu... kenapa dia masih mengambil berat fasal aku?... ish... kenapa dengan aku ini?...” fikiran Faiqah bercelaru.
“kenapa Neera?... Abang urut sakit ke?...” soal Zaim.
“Erm... siapa perempuan itu?... kekasih kau ke?...” Faiqah berterus terang.
“dia cuma klien Abang... tadi dia ajak Abang untuk pilih jam tangan tunangnya... sebab dia nak buat kejutan pada tunangnya itu...” jelas Zaim sambil mengurutkan kaki kanan Faiqah.
“habis itu... kenapa kau beri jam tangan itu kepada perempuan itu?...” tambah Faiqah.
“oh itu... tadi dia sedang nak bayar di kaunter... sebab itu dia suruh abang pegangkan barang itu dulu... jadi tadi yang Neera nampak itu... sebenarnya Abang hendak pulangkan kepada dia... itu saja...” Zaim menjelaskan semuanya kepada Faiqah.
“oh... aku minta maaf... jadi kau selalu ada banyak klien perempuan?...” Faiqah mula cemburu.
“taklah banyak ... lebih kurang 7 atau 8 klien wanita... tapi itu semua atas urusan kerja... kenapa Neera tanya?... Neera cemburu ke?...” Zaim cuba mengusik Faiqah.
“aku? Cemburu dengan kau?... tolonglah... jangan nak perasan sangat ya...” Faiqah masih menafikan perasaan cemburu itu.
“Neera tak perlu cemburu... sebab tak ada wanita yang mahu kan Abang... lagipun... orang tempang macam Abang ini... siapalah nak berjalan berdua-duaan... Kalau Neera sendiri tak sudi abang teman kan... takkan lain perempuan sudi?...” Zaim cuba meyakinkan Faiqah.
“tak ada... aku takut kalau Papa nampak kau dengan perempuan lain... tentu dia akan fikir bukan-bukan...” balas Faiqah.
“jangan risau... semua klien-klien abang... dah ada rumahtangga... jadi tak perlu bimbang... kaki ini sakit lagi tak?...” Zaim berhenti mengurut.
“dah kurang sakit...” jawab Faiqah.
“baiklah... kalau begitu... Abang pergi masak... Neera nak makan apa?...” tanya Zaim.
“erhmm... apa-apa sajalah... “ Faiqah masih malu hendak meminta pesanannya. Zaim pun bangun dari lantai lalu melangkah ke dapur.
“Zaim...”
“ada apa Neera?...”
“erhmm... terima kasih... sebab tolong urutkan kaki aku...” darah gemuruh Faiqah mula berkembang. Zaim hanya memberi senyuman yang manis lalu dia pergi ke dapur.
3 minggu kemudian.
Zaim dan Faiqah kini sudah sering bertegur sapa. Namun, bagai kata orang-orang tua, cemburu itu tandanya sayang dan Faiqah tidak sanggup melihat Zaim pergi janji temu dengan klien wanita kerana dia mula rasa sangsi terhadap suaminya itu.
Setiap kali Zaim berjumpa dengan klien wanita, Faiqah akan menyoal Zaim dengan pelbagai soalan. Zaim hanya menjelaskan sejujurnya dan dia tidak tahu bagaimanakah caranya lagi untuk meyakinkan isterinya bahawa hatinya hanya milik Faiqah seorang sahaja. Faiqah masih berasa keraguan sebab setiap perbualan antara Zaim dan Faiqah, Zaim tidak pernah menyebut perkataan ‘cinta’, ‘sayang’ atau ‘rindu’. Justeru itu, menurut pandangan Faiqah, Zaim hanya mengambil berat tentang dirinya semata-mata tanggung jawab sahaja dan bukan disebabkan kasih sayang dan cinta.
Bukan Zaim tidak mahu mengucap kata-kata itu, dia hanya bimbang kalau kata-kata itu tidak dibalas seolah-olah bertepuk sebelah tangan. Lantaran itu, ia amat sukar mengenangkan keadaan apabila berlaku sembarang perselisihan.
“Awak cakap dengan saya... kenapa awak selalu berjumpa lain perempuan?...” Faiqah ingin kepastian dari suaminya.
“Neera... Abang jumpa klien abang saja... Itu pun atas urusan kerja... Abang pernah ajak Neera dulu... Untuk bekerja dengan abang... Tapi Neera tolak sebab nak uruskan butik Neera... Tolonglah percaya pada abang...” jelas Zaim sambil memegang kedua tangan Faiqah.
“saya tahu... Awak cuma jaga saya kerana tanggungjawab kan?... saya tak suka awak dengan perempuan lain... Tak ada klien lelaki ke? Kenapa asyik perempuan saja awak nak layan?...” Faiqah masih tidak percaya pada suaminya.
“Baiklah... Abang minta maaf kalau Neera tak suka... lain kali abang cari orang untuk gantikan abang bila bertemu dengan klien wanita... Tapi Neera ini dah kenapa?... Selalu meradang bila abang jumpa dengan klien wanita?...” tambah Zaim dengan nada yang lemah lembut.
“Apa awak rasa?...kalau awak ternampak saya dengan pelanggan lelaki di butik?...” Faiqah bertanya.
“Rasa biasa saja... Sebab lelaki itu hanya pelanggan Neera kan... “ Jawab Zaim.
“Dah malaslah nak cakap fasal hal ini...” Faiqah melepaskan pegangan itu lalu masuk ke biliknya dengan mengunci pintu.
“Kenapa dengan Neera ini?... Tak habis-habis nak marah saja?... atau Neera dah mula cintakan abang?...” fikiran Zaim semakin kusut.
“Susah sangat ke... dia nak nampak yang aku dah sukakan dia?... Aku dah beri petunjuk yang aku cemburu kan dia dengan perempuan lain... itu pun tak ada apa-apa kesan pada dirinya?... Kalau boleh... Aku nak cakap dengan dia yang aku dah jatuh cinta pada dia... Tapi aku malu dan takut kalau dia tak cintakan aku...” pelbagai soalan sedang berlegar-legar di minda Faiqah.
Meskipun tidur berasingan, keakraban Zaim dan Faiqah sudah berkembang. Bak pepatah orang tua, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan apa pula dengan suami isteri.
Di bilik Zaim.
“Maafkan abang Neera... Abang sudah lama mencintai Neera... Cuma abang takut... Kalau cinta abang itu tak terbalas... Abang sedar diri abang yang tempang ini... Neera pernah kata yang Neera terima abang sebab terpaksa dan bukan kerana cinta dan sayang... Abang tak mampu berkata apa apa dengan Neera... Melainkan abang menjaga dan memberi perlindungan kepada Neera...” kata Zaim dalam hati sambil memandang wajah isterinya di telefon pintarnya.
Sejak itu, Zaim dan Faiqah sering bertengkar walaupun perkara itu sangat remeh. Zaim masih tidak faham dengan sikap Faiqah yang panas baran itu. Faiqah pula masih terpendam perasaan cintanya kepada Zaim dan sukar diluahkan perasaan itu.
3 bulan dulu.
“kau mesti ingat dan janji kepada aku... bahawa kau tak akan jatuh cinta dengan aku... aku pun tak ingin nak bercinta lelaki macam kau...” Amaran Faiqah.
“kenapa Iqah?... awak tak suka kan abang?...” Zaim bertanya.
“memang aku tak suka kan kau!... tak cinta kan kau!... tak sayang kan kau!... apa yang aku rasa sekarang ini bila tengok muka kau... adalah benci.. meluat.. sakit hati...” jelas Faiqah.
“tapi Iqah...” Zaim cuba memujuk Faiqah.
“Iqah?... ish kau jangan panggil aku Iqah... hanya orang yang aku sayang dan cinta saja boleh panggil aku ‘Iqah’...” meremang bulu Faiqah bila Zaim memanggilnya.
“habis itu... abang nak panggil awak apa?...” soal Zaim.
“suka hati kau lah...” Faiqah terus mencampakan dua bantal di lantai lalu dia tidur.
“kenapa Iqah benci pada abang?... sedang abang tak buat apa kesalahan pada Iqah... kalau Iqah tak mahu abang panggil nama gelaran itu... abang panggil Neera... unik tak?...” tegur Zaim. Faiqah tidak berkata apa-apa seolah-olah sedang tidur dengan lenyak.
Sekarang.
“maafkan Abang kalau abang masih tak luahkan perasaan abang... Abang hanya turut semua perjanjian Neera itu... kalau abang luahkan... tentu Neera akan pergi tinggalkan abang... abang tak sanggup kehilangan Neera...” hati Zaim berbisik sambil memandang gelang Faiqah.
“Zaim... kenapa susah sangat kau nak bilang padaku yang kau sayang kan aku?... Kenapalah aku bodoh sangat?... beri perjanjian yang tak masuk akal... kalaulah aku tak bagi perjanjian itu... tentu dia akan luahkan perasaan dia pada aku... macam mana harus aku bilang kepada dia yang aku ingin sangat mulakan hidup baru dengan dia?...” Faiqah berasa serba salah sambil memandang rantai emas yang dihadiahkan oleh Zaim sempena hari lahirnya.
Keesokan harinya, Zaim pergi ke rumahnya sebab ada pengumuman yang penting. Zaim mempunyai dua abang iaitu Johari, merupakan abang sulungnya, dan Jeffri, abang tengahnya, telah memutuskan untuk berkahwin tidak lama lagi dengan pilihan mereka masing-masing. Zaim sungguh teruja dan mengucapkan tahniah kepada abang-abangnya. Meskipun jarang bertemu dengan Johari dan Jeffri, abang-abangnya tidak mempunyai sifat kebencian terhadap Zaim dan selalu memberi nasihat dan kata-kata semangat agar Zaim terus berusaha tanpa putus asa.
“kenapalah jodoh aku berlainan dengan abang-abangku?... Mereka mendapat pasangan mereka dengan rasa kasih sayang... Tapi aku ini... macam pasangan tak serasi... dan peliknya... Aku kahwin dulu daripada mereka... Aku sepatut memberi nasihat malah mereka pula menasihati aku... sampai sekarang, aku masih tidak mengerti tujuan isteriku... Kenapa dia asyik cari fasal perkara yang remeh... Mampukah aku mempertahankan perkahwinan aku?...” Zaim berkata dalam hati.
3 bulan lepas.
“kau ingat baik-baik... jangan sesekali kau nak luahkan kata-kata cinta atau sayang pada aku... aku meluat mendengarnya... kalau kau masih berdegil... aku tak teragak-agak minta cerai dari kau... faham tak?!...” Faiqah masih menegaskan hal itu Zaim.
Sekarang.
Kalau lembu pegang pada tali, Zaim terpaksa pegang pada perjanjian itu. Ibu Zaim sangat merisaukan masa depan Zaim yang kucah-kacir itu dan beliau hanya menasihati Zaim agar tidak putus asa untuk memulihkan perkahwinan Zaim itu. Bagi ibu Zaim, walaupun Faiqah bukan menantu pilihannya, dia tidak mahu anaknya menceraikan Faiqah sebab kurang serasi atau alasan yang tidak munasabah. Zaim tidak beritahu tentang perjanjian antara Faiqah dan dirinya itu.
Share this novel