3 Jam kemudian.
Rashinah terjaga dari pengsannya dan dia mula terasa panik. Dia membangun perlahan dan berpaling ke arah meja kabinet untuk mencari telefon pintarnya. Dengan tindakan Rashinah yang tergesa-gesa menyebabkan jururawat tampil di hadapannya.
“Maaf Cik... Cik tengah cari apa?” tanya jururawat.
“Nurse... Nurse nampak telefon pintar saya tak?” ujar Rashinah sambil mencari telefon pintar.
“oh telefon pintar Cik ada di dalam laci ini...” jururawat itu menarik pintu laci lalu mengeluarkan telefon pintar Rashinah dan memberinya kepada Rashinah.
“oh terima kasih...” balas Rashinah. Jururawat itu pun beredar dari situ dan Rashinah sedang buat panggilan ke Zaim tetapi Zaim tidak balas.
Dalam perjalanan Zaim ke Kelantan, Zaim tersedar bahawa dia terlupa mengecas telefon pintarnya dan juga tertinggal pengecas telefon di rumahnya. Oleh itu, dia terpaksa mematikan telefon pintarnya untuk mengelakkan daripada kerosakan.
Dato Saidun khuatir dan bimbang kerana anaknya masih belum sampai di rumahnya. Dia melihat jam dinding berputar sambil memikirkan Faiqah. Tanpa berlengah lagi, Dato Saidun menelefon Rashinah. Sudah beberapa kali Rashinah cuba menelefon Zaim tetapi mel suara sering kedengaran. Tiba-tiba, Rashinah menerima panggilan dari Dato Saidun dan dia menyilang tombol hijau lalu menjawab panggilan itu.
“ Helo... itu Shinah ke...” tanya Dato Saidun.
“Ya saya... kebetulan Dato kol saya... saya nak bilang sesuatu..”
“Iqah ada dengan Shinah tak?...” Dato Saidun menyampuk perbualan itu.
“sebenarnya... Iqah.... Iqah... kena...”
“Iqah kena apa?...”
“Iqah kena culik... saya tak sempat menolong sebab... tiba-tiba saya sedang pengsan...”
“APA?!... Iqah kena culik?... Shinah dah kol Zaim ke belum?... kenapa Shinah tak kol Dato terlebih dahulu?...” Pemikiran Dato Saidun semakin kusut.
“saya dah kol Zaim banyak kali tapi dia tak balas... maafkan saya Dato... saya tak sempat kol Dato sebab... saya sekarang di hospital dan saya baru sedar dari pengsan.” Jelas Rashinah dengan nada yang rendah. Matanya mula terasa basah.
Setelah tamat percakapan itu, Dato Saidun menelefon polis untuk melaporkan perkara tersebut ke pihak polis. Sementara itu, Rashinah telah dibenarkan keluar dari hospital lalu dia bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki teksi.
Setibanya Rashinah sampai ke kawasan tersebut, dia cuba menanya pegawai keselamatan untuk melihat rakaman CCTV pada jangka masa 12 tengahari hingga 2 petang supaya melihat nombor plat van itu untuk diberikan kepada polis.
Pada masa yang sama, Faiqah mula mencelikkan matanya perlahan dan melihat persekitarannya pada sudut pandangannya. Faiqah dapat merasakan bahawa kedua tangannya diikat dengan tali tebal dan kaki-kakinya juga diikat di kaki kerusi. Faiqah tidak mampu melawan ikatan itu. Kepalanya boleh mendongak ke atas dan bawah serta menggeleng kiri dan kanan.
“Oh... dah bangun pun ‘si puteri manja’... “ tegur Encik Rahman.
“Pakcik?... apa Pakcik nak buat dengan saya di sini?... saya berada di mana sekarang?..” ujar Faiqah.
“Oh... Pakcik nak tunjuk kau... pondok hebat ni... Selamat Datang Ke Pondok Neraka!... bagus tak?... selesa tak?” jelas Encik Rahman.
“Kenapa Pakcik?... Pakcik nak apa dari saya?...” Faiqah cuba melonggarkan ikatan itu namun, ikatan tersebut terlalu kuat.
“Diam!... aku nak harta bapa kau yang berjuta tu... kalau dia tak bagi pada aku... aku akan bakar pondok dengan kau... juga anak kau...” Jelas Encik Rahman sambil perlahan mengacukkan pistolnya di pipi kiri Faiqah sehingga ke perut Faiqah. Faiqah kelihatan kurang selesa dengan kelakuan Encik Rahman.
“Tolonglah... aku merayu... kalau kau nak bunuh aku... tunggulah aku selamat bersalin nanti... anak ini tak bersalah...” Faiqah merayu kepada Encik Rahman.
“Bila?... selepas 8 bulan?... dah lambat... siapa kata anak kau tak bersalah?... selagi kau dan anak kau masih hidup... peluang aku untuk membolot harta bapa kau sangat tipis... lagipun... kau tak layak ambil semua harta-harta itu semua...” tambah Encik Rahman.
“kalau begitu... bunuh saja aku!... jika itu boleh membuatkan kau bahagia!!!...” jeritan Faiqah.
“wah... tak sabar kau nak mati ya... tunggu dulu... aku nak telefon bapa kau dulu... desak dia untuk mengubah alih nama harta-harta itu ke nama aku... sesudah itu... kau akan aku hapuskan...”
“KAU MEMANG SETAN!!!... BINATANG!!!” tempikkan Faiqah berulang-ulang kali. Demi mengelak jeritan menjadi kuat, Encik Rahman menampar pipi kanan Faiqah sehingga dia membisu.
Encik Rahman menelefon Dato Saidun dengan menggunakan nombor samaran. Setelah beberapa kali Dato Saidun cuba hubungi Zaim, dia menerima panggilan tanpa nama lalu dia menjawabnya.
“Helo... siapa itu?”
“Anak kau ada pada aku... kalau kau nak dia selamat... kau mesti dengar cakap aku...” tegas Encik Rahman.
“Kau?!... apa kau nak dari aku?... lepaskan anak aku!...” Dato Saidun meninggikan suaranya.
“Kau dengar sini baik-baik... kau mesti siapkan duit sebanyak RM 16 juta... dan aku nak duit dihantar pada esok malam ... aku akan kol kau tengahari esok untuk beritahu lokasinya... kau faham tak?!...” tambah Encik Rahman.
“baiklah... aku akan siapkan duit itu semua ... tapi jangan apa-apakan anakku...” panggilan itu terputus. Dato Saidun mula panik. Dia menelefon peguamnya untuk menyiapkan duit tersebut.
“Adakah pisang berbuah dua kali?... Ya Allah... Kau selamatkanlah anak dan cucu aku... ” fikiran Dato Saidun semakin terganggu.
Manakala di Kelantan.
Setelah sampai ke sebuah hotel penginapan, Zaim pun meletakkan beg bagasinya di tepi katil lalu dia keluar untuk membeli pengecas ‘Powerbank’ serta pengecas elektrik supaya dia mampu menghidupkan semula telefon pintarnya.
Zaim berasa hairan melihat jumlah panggilan yang tidak dijawab itu. Zaim langsung menelefon bapa mertuanya. Dato Saidun menerima panggilan dari Zaim. Namun begitu, dia tidak menjawab dengan panggilan tersebut sebab dia tidak mahu Zaim risau di sana. Tambahan pula, Dato Saidun telah di peras ugut dengan Encik Rahman dan oleh itu beliau enggan memberitahu Zaim mengenai penculikan itu.
Apabila Zaim sedang menelefon Rashinah, dia terserempak kelibat seseorang berjalan ke arahnya dan orang itu menegurnya.
“Helo sayang....”
“Yasmin?... apa awak buat di sini?...” tanya Zaim sambil membatalkan panggilan tersebut.
“Oh... aku menginap di sini... untuk beriadah ... kenapa? Kau terkejut ke?” jelas Yasmin.
“ oh macam itu... baiklah... saya minta diri dulu...”
“Nanti dulu... aku nak...” Yasmin tidak sempat berkata panjang dan Zaim hanya bergerak dari situ dengan tidak menghiraukan Yasmin.
“Ish... kau ni Zaim... kau ingat kau boleh lepas macam tu saja?... aku akan pastikan kau milikku...” Kebingitan belenggu di minda Yasmin.
Yasmin pula menuju ke restoran yang berhampiran dari hotelnya. Tidak putus Zaim mencuba menelefon Rashinah atau bapa mentuanya namun, panggilan itu tidak disambung dan ia hanya menyambung ke peti suara. Ia amat sukar untuk Zaim menumpukan kerjanya kalau soalan itu bertalu-talu datang dan pergi dalam fikirannya yang melayang ke keluarganya.
“Ya... Allah... semoga tidak ada apa-apa yang berlaku kepada Neera dan anak dalam kandungannya itu... Kau berikan keselamatan kepada isteriku... Amin...” Zaim berdoa.
Lori katering pun sudah sampai dan Zaim harus memastikan bahawa makanan itu tidak basi dan boleh disantap sebelum tamat tempoh.
Di Kuala Lumpur.
Dato Saidun sedang menyusun wang tebusan untuk memberi kepada Encik Rahman dalam beg hitam. Tiba-tiba, loceng berbunyi dan Dato Saidun pergi pintu depan untuk membukanya. Kelibat Encik Rasyad berada di depannya dan Dato Saidun menjemput Encik Rasyad ke dalam rumahnya.
“Apa khabar Saidun?..”
“Aku... Aku khabar baik... ada apa kau datang ke sini Rasyad?...”
“Oh... aku sebenarnya datang nak melawat kau dan anak menantu aku... sebab Zaim pesan pada aku... supaya tengok-tengok kan kau berdua bila dia sedang ke luar kawasan...” jelas Encik Rasyad. Air muka Dato Saidun kelihatan pucat. Encik Rasyad dapat merasakan bahawa sesuatu tidak kena lalu dia bertanya.
“Saidun... kenapa ini... ada apa-apa masalah ke?.. cuba cerita... mana tahu aku boleh bantu...”
“Oh... tak ada apa-apa...” ujar Dato Saidun. Tiba-tiba bunyi telefon pintar Dato Saidun berdering dan Dato Saidun menjawab panggilan itu.
“Helo Dato... macam mana... kau dah siapkan wang tebusan itu?...”
“Dah... mana anak aku?.. aku nak cakap dengan anak aku...”
“Oh mau dengar suara anak kau... tunggu sekejap...” Encik Rahman meletakkan telefon pintarnya ke telinga kanan Faiqah lalu Faiqah teriak.
“Papa... Papa... Papa... jangan kasi duit tebusan itu... Papa...”
“Iqah... Iqah?...Iqah!?...” Dato Saidun cuba mendengar suara anaknya dengan jelas.
“Dah dengar suara anak kau bukan?... malam ini aku mesti kasi wang tebusan itu... kalau tidak... anak kau akan aku jadikan mayat... faham?...” Encik Rahman mematikan panggilan itu.
“Kenapa Saidun?... mana Iqah?...”
“Maafkan aku Rasyad... Iqah kena culik...”
“Apa?... Iqah kena culik?... kenapa kau tak nak beritahu hal ini kepada polis?...”
“Sebab penculik itu... ugut aku... kalau aku bilang perkara ini kepada polis... Iqah akan mati...”
“Saidun... bawa bertenang... anak kau tak kan mati... sebab mereka belum dapat lagi wang tebusan itu... pukul berapa kau kena jumpa dengan mereka?..”
“Pukul 11 malam... tempatnya nanti mereka kongsi lokasinya...”
“okey... aku telefon anak aku... dia anggota polis... kau bawa bersabar ya... lagipun kau tu tak berapa sihat...”
“Baiklah... aku berehat dulu...”
Encik Rasyad menelefon anaknya, Jeffri, supaya anaknya dapat membantu siasat kes penculikan ini. Setelah itu, Jeffri memohon kebenaran dari ketua jambatan agar dia dibenarkan untuk menyusul dalam ke penculikan itu.
Di tempat persembunyian.
Encik Rahman mengarah konco-konconya untuk memastikan Faiqah berada di pondok itu semasa Encik Rahman pergi ke lokasi untuk mengutip wang tebusan itu. Pondok kini telah dikawal dengan rapi.
Butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik. Angin malam bertiup sayu melewati jendela pondok itu, menyapa sepi wajah Faiqah. Faiqah telah ditemani dalam seribu kegelapan dan kesenyapan. Faiqah mencuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam. Faiqah mengenangkan nasib anak dalam kandungnya itu. Semua tenaga Faiqah disalurkan ke tangannya untuk membuka ikatan yang kuat itu.
“Ya Allah... Kau selamatkanlah anak dalam kandungku... berikanlah aku kuatkan untuk melepaskan diri dari tempat ini...” Walaupun mulut Faiqah tidak mahu menjawab dari sorakan konco-konco itu, tetapi hatinya meronta-ronta ingin membebaskan kata-kata.
Di tempat perjumpaan.
Dato Saidun datang membawa wang tebusan itu sambil menanti ketibaan Encik Rahman. Sepintas Encik Rahman sampai, Encik Rahman mendesak Dato Saidun untuk memberikan beg bimbit itu kepadanya tetapi Dato Saidun enggan turuti kemahuan Encik Rahman tanpa melihat anaknya.
“Kau jangan degil... bagi beg itu kepada aku...”
“Aku... nak tengok anak aku... lepas itu... aku bagi beg ni kat kau...”
“Baiklah... anak kau ada di situ... dalam kereta sana... dah campakan beg itu kepada aku...” Tegas Encik Rahman. Dato Saidun mencampakkan beg bimbit itu ke arah Encik Rahman. Encik Rahman mengulum senyuman kucing lalu dia beredar dari situ.
Jeffri dan anggotanya lain sedang perlahan menuju ke kereta tersebut. Angin mendesir agak keras, lantas memberkas hati Dato Saidun lagi dan Dato Saidun berlari ke kereta untuk menyelamatkan anaknya. Jeffri menyusul Dato Saidun untuk memberitahu kepadanya bahawa ini semua adalah perangkap. Setiba di kereta itu, Dato Saidun membuka pintu kereta lalu dia terlihat anak patung ‘dummy’ dan terdengar bunyi kerdipan lampu merah dengan pantas, Dato Saidun cuba melarikan diri dari kereta itu. Malangnya, awan-awan api mengembang jauh dan bunyi letupan yang berleluasa telah menyebabkan Dato Saidun melayang jauh. Semua yang berada di situ tidak cedera parah kecuali Dato Saidun.
Semasa dalam perjalanan pulang, Encik Rahman memberi isyarat untuk membakar pondok itu. Konco-konconya
Di pondok itu.
Salah seorang konco itu sedang membuka ikatan tali untuk membaringkan Faiqah sebelum bakar. Kelonggaran tali itu telah mengejutkan Faiqah dari lamunannya lalu Faiqah menendang bahagian tengah konco itu dan cuba melangkah keluar. Oleh kerana Faiqah dalam ketakutan, dia berlari sekuat tenaganya sehingga dia terhentak batang pokok itu apabila hampir melihat jalan raya kecil. Faiqah tidak sedarkan diri. Konco-konco itu cuba mencari Faiqah tapi tidak jumpa.
“Apa fasal kau cuai sangat?...”
“Sori la... aku ingat tadi dia tidur... tak tahu pula dia buat-buat tidur...”
“Sekarang macam mana?... Bos nak kita rakamkan kebakaran itu tau...”
“Tak apalah... kita bakar saja... kasi bos nampak kita buat kerja kita... lagipun kau nak upah saja kan...”
“Betul juga tu... lagipun Bos kita tu bukan layan kita dengan baik... asalkan kita dapat duit... dah cukup pun...”
“Okey... jom kita pergi bakar pondok itu... lagi cepat kita buat... lagi cepat dapat upah...”
“Baik... aku rakam... kau bakar...”
Seluruh pondok itu hangus sehingga menjadi abu. Konco-konco itu kemudian terus melarikan diri tanpa memikirkan apa-apa.
Di Kelantan.
Semasa selesai upacara itu, Zaim pulang ke bilik dan menutup pintunya. Kepala Zaim berdenyut-denyut, anak matanya berpinar-pinar lalu dia baring sambil melelapkan matanya. Engsel kunci pintu itu tersangkut menyebabkan pintu itu tidak tutup dengan betul.
2 jam kemudian.
Bunyi telefon pintar berdering membuatkan Zaim terjaga dari lenanya. Apabila melihat nama panggilan adalah ayahnya, Zaim terus menyelang butang untuk menjawab panggilan tersebut.
“Helo... Bapa... ada apa telefon Zaim malam buta ini...”
“Zaim... Bapa nak beritahu sesuatu...” Bunyi loceng bilik telah mengganggu perbualan Encik Rasyad sehingga Encik Rasyad tidak sempat mengulas khabar buruk.
“Sekejap Bapa... ada orang kat luar... Zaim pergi tengok...” Zaim menuju ke pintu itu lalu membukanya. Panahan mata Zaim terasa amat tajam menggetarkan kalbu apabila ramai orang sedang berdiri di depannya.
“Maaf... kami dari jambatan Ahli Pencegah Maksiat... kami mendapat aduan bahawa ada pasangan yang bukan mahram berada di bilik hotel ini berdua-duaan saja...” salah seorang dari ahli pencegah maksiat itu cuba menerangkan kehadiran mereka. Gugur semangat Encik Rasyad apabila mendengar perbualan itu dari telefon pintarnya. Encik Rasyad cuba memadamkan api kemarahan yang seterusnya apabila mendengar ucapan itu. Zaim terpaksa menghentikan panggilan itu lalu dia cuba menerangkan kepada Pencegah Maksiat.
“Encik... Saya rasa... Encik ni dah salah orang... saya tinggal seorang saja dalam bilik ni... lagipun... Saya dah kahwin... tak kan saya nak menduakan isteri saya pula...” jelas Zaim. Pencegah Maksiat itu menunjukkan kad waran agar mereka boleh masuk untuk menyelidiki tempat itu. Tanpa disedari, ada seorang wanita sedang berkemban keluar dari kamar mandi.
“Yasmin?... macam mana awak... ada dalam bilik saya?...” Zaim bertanya.
“Kau lupa ke... kau yang ajak aku masuk dalam bilik kau dan suruh aku mandi bersihkan diri...” Jelas Yasmin sambil mencuba untuk memegang lengan Zaim. Panas hati Zaim menggoncang sekelumit keimanan yang bertapak di pintu kalbu Zaim dan dia menepis dari pegangan itu lalu dia cuba menjelaskan kepada ketua Pencegah Maksiat bahawa ini adalah satu salah faham.
“Sudah cukup... sudah terang lagi bersuluh... kamu berdua mesti ikut kami ke balai...” Ahli-ahli Pencegah Maksiat sedang mengiringi Zaim dan Yasmin ke balai polis untuk diberikan keterangan.
“Ya Allah... dugaan apakah yang Kau berikan kepada diriku ini... Neera... Abang tak bersalah... Abang dianiaya... Abang harap Neera percayakan Abang...” Zaim sedang terapung dalam arus pengertian yang mencabar fikirannya.
Di Kuala Lumpur.
Setelah sampai di rumah persembunyian Encik Rahman, Encik Rahman sedang menuju ke ruang tamu lalu dia duduk di sofa sambil membuka wang dalam beg bimbit itu. Encik Rahman mengetap bibir tersenyum apabila melihat banyak keping kertas wang dalam beg tersebut.
Namun begitu, kegirangan terhenti semasa Encik Rahman mendapati bahawa duit-duit itu semua adalah palsu. Ibarat terpijak benang arang, hitam tapaknya. Perasaan marah Encik Rahman semakin meluap-luap dan dia melontarkan beg bimbit itu ke lantai. Umpama pisang ditanam tidak berjantung, Encik Rahman dapat merasakan bahawa usahanya adalah sia-sia belaka. Walau bagaimana sekalipun, Encik Rahman tidak berputus asa untuk membolot segala harta yang dimiliki oleh Dato Saidun.
“Jahanam!... kau tipu aku Saidun... Aku tak peduli... selagi aku masih bernafas... aku akan rampas semua harta benda kau... lagipun kau dan anak kau dah tak ada di muka bumi ni...” Raut wajah Encik Rahman amat menggerunkan.
Share this novel