Babak 14 – Ingatan Yang Pudar

Romance Completed 17168

5 tahun kemudian.
“Mira... tolong Akak... angkat barang-barang keperluan untuk warung kita...” ujar Faezah.
“Baiklah Kak... Mira akan bantu...”
“Mama... Mama... Zahra... nak tolong Mama...”
“Tak mengapa Zahra... Zahra pergi belajar dulu... nanti Mama belikan ais krim... nak tak?...”
“Nak... terima kasih Mama!...” Azzahra memeluk ibunya kemudian dia menulis semula huruf abjad di buku latihan.
Amira sedang mengangkat dua bakul berisi lauk pauk untuk meletakkan di dapur warung itu manakala Faezah sedang menolak troli berisi bahan-bahan keperluan untuk masak nanti.
Di Kuala Lumpur.
Di rumah Zaim, semasa Zaim sedang bermakan tengah hari bersama Wafiy, anak titipan tuhan kepadanya, sambil melihat gambar wajah isterinya yang sekian lama menghilangkan diri. Sedih yang terlalu sukar nak dihapuskan dari perasaan Zaim. Ibarat kehilangan isteri, Zaim semakin tidak bermaya sejak kehilangan Faiqah, makmum yang dicintai.
“Papa... Papa... Papa okey ke?...” Wafiy bertanya.
“Tak ada apa-apa... Papa cuma rasa penat sikit... sebab semalaman... Papa kerja...”
“Kalau Papa... penat... lain kali saja kita menziarah kubur arwah Abah dan Umi Wafiy...”
“Wafiy... jangan risaukan Papa... dah pergi makan itu.. selepas makan... kita pergi ziarah kubur arwah Abah dan Umi Wafiy...”
“Tak apa Papa... Papa berehatlah... Wafiy tak nak kehilangan Papa... Wafiy sayangkan Papa..”
“Terima kasih Wafiy sebab Wafiy sayangkan Papa... tapi Papa dah janji dengan Wafiy kan... jadi... Papa nak tunaikan janji Papa...” Zaim mengangkat Wafiy lalu dia meletakannya ke bahu kirinya dan memberi kecupan di dahi Wafiy.
Di Desa Sebarau, daerah Selangor Malaysia.
Amira, Azzahra dan Faezah sedang berada di warung gerainya untuk menyediakan makanan supaya boleh dijual nanti. Azzahra hanya duduk di meja bersebelahan gerai itu supaya tidak mengganggu Amira dan Faezah semasa berniaga. Oleh itu, Azzahra menulis atau melukis sesuatu untuk menanti masa pulang.
Perniagaan Faezah sangat laris sejak kehadiran Amira dan Azzahra. Masakan yang dihidangkan semua adalah dari hasil air tangan Amira. Tiba-tiba ada pelanggan yang suka mengkritik muncul dan memberi komennya.
“Hei... masakan apa kau orang masak ini?... kenapa rasa masam saja rendang ini?...”
“Maaf Cik... mungkin kita silap bagi kepada Cik... boleh saya tukar lauk ini?...” ujar Amira.
“Baiklah... aku nak ganti rugi dua kali... faham?...”
“boleh Cik... sekejap ya...” Amira masuk ke dalam dapur untuk membungkus dua bekas berisi rendang paru serta dua sajian orang nasi putih kemudian masuk ke dalam plastik merah lalu dia memberikan kepada pengkritik itu. Pengkritik itu dengan senang hati mengambil lauk baharu yang telah ditukar oleh Amira lalu dia bergerak pulang. Air hangat dan jernih itu mengalir juga di lurah-lurah pipi Faezah yang gebu seperi kuih pau apabila melihat pelanggan itu memperlekehkan adiknya.
“Mira... lain kali... kau tak perlu nak tukar makanan itu kalau orang sombong macam dia itu...”
“Tak apa Kak... pelanggan kan selalu betul... Mira tak nak sebab dia... nanti warung kita tak laku... sekarang kan zaman media sosial... nanti kena ‘viral’ macam mana?...”
“Eh... betul juga tu... sori la... Mira... Akak beremosi sikit...”
“Tak apa Kak... Mira faham... jom kita pulang... sekarang dah waktu senja...”
“Baiklah... Mira pergi panggil Zahra... Akak nanti susul ke situ...”
“Baiklah Kak...” Amira keluar dari dapurnya lalu bertemu anaknya yang sedang melukis gambar rumah.
Di Kuala Lumpur.
Rashinah telah berumah tangga dengan seorang usahawan, yang merupakan rakan kerja Zaim, bernama Husayn Fawwas. Zaim meminta Rashinah untuk menjaga butik Faiqah supaya kenangan Faiqah di butik akan terus berkekalan. Rashinah selalu berdoa semoga Faiqah dapat ditemui. Hari hampir gelap dan Rashinah sedang bilik ofis, yang dulu diduduki oleh Faiqah, sambil teringat kenangan manis bersama sahabat karibnya. Semakin lama dikenang, semakin banyak juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipi Rashinah. Husayn pun melangkah ke bilik itu lalu dia mengetuk pintu dengan nada yang gendang dan bunyi ketukan telah mengejutkan Rashinah dari lamunannya.
“Amboi... termenung jauh... Abang sampai pun... Shinah tak perasan...” tegur Husayn.
“Oh... Abang... sori... Shinah... tak perasan...” Rashinah mengesatkan air matanya.
“dah nak dekat malam ini... jom balik...”
“Baiklah... Shinah kemaskan barang dulu... Abang tunggu Shinah kat luar...” Rashinah bangun dari kerusi lalu dia mengambil beg tangannya dan dia bergegas ke luar pintu butik itu untuk mengunci pintu depan sebelum pulang. Kemudian, Rashinah diiringi dengan suaminya ke kereta Husayn dan mereka berangkat pulang.
“Shinah... Abang ada sesuatu nak beritahu kepada Shinah...” ujar Hasyn sambil memandang depan untuk mengekalkan tumpuan semasa memandu.
“Apa dia Abang?...”
“Oh hujung minggu ini... Abang dan Zaim kena pergi ke Desa Sebarau untuk memantau projek binaan... jadi Abang nak ajak Shinah pergi dengan Abang... Shinah nak ikut tak?...”
“Oh... kalau macam tu... Abang pergi Zaim saja... Shinah tak boleh tinggalkan butik kawan Shinah tu...”
“Baiklah... Abang faham...”
“Wafiy ikut sekali tak?...”
“Tak pasti... mungkin Zaim minta tolong kat keluarga untuk jaga Wafiy...”
“Erm.. boleh tak.. Abang tanya pada Zaim kalau Shinah nak jaga Wafiy sementara Abang dan Zaim pergi ke luar kawasan..” Tanya Rashinah.
“Wah... sayang betul Shinah kepada Wafiy...”
“Memanglah sayang... sekarang Shinah dapat peluang jaga Wafiy... esok atau lusa... kalau Allah nak bagi kita anak... senanglah... Shinah boleh bersiap sedia...”
“Insya-Allah... Abang selalu berdoa supaya kita dapat anak... nanti Abang akan bilang kat Zaim...”
“Terima kasih Abang...” balas Rashinah.
Di Desa Sebarau.
Malam telah mengiringi cahaya bulan dan bintang. Amira sedang menemani Azzahra di biliknya sambil membaca buku cerita kanak-kanak supaya anaknya dapat melelapkan matanya. Perasaan Amira mula berkocak seolah-olah ada petanda yang akan berlaku dan Amira tidak dapat menelah apa yang akan terjadi nanti.

“Ya... Allah... kenapa hatiku kurang selesa... kenapa aku rasa... seolah ada orang yang merindui aku?... kalau betul... siapakah dia?...” Fikiran Amira melayang jauh sambil menepuk bahu Azzahra perlahan.

Di Kuala Lumpur.

Di rumah ibubapa Zaim, Encik Rasyad dan Puan Hasnah sedang berbincang untuk mencari pengganti Faiqah. Encik Rasyad tidak setuju kalau isterinya masuk campur dalam hal peribadi Zaim. Tiada sesiapa pun boleh memahami perasaan seorang ibu, Puan Hasnah tidak mampu melihat anak bongsunya dengan keadaan seperti langit runtuh, bumi telah terban.

Di rumah Zaim pula, Zaim masih terpandang wajah isterinya di bingkai gambar. Zaim cuma mengumpulkan rindu dan membawanya pada musim-musim persuaan bersama Faiqah. Baginya, Zaim sangat yakin bahawa isterinya masih hidup dan dia akan cari isterinya sampai jumpa.

“Ya Allah... Kau temukanlah aku dengan isteriku... berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala dugaan yang Kau berikan...” Mata Zaim mula terasa basah.

4 hari kemudian.

Zaim sedang menuju ke rumah Husayn untuk menghantar Wafiy kepada Rashinah. Hati Wafiy melonjak gembira seolah-olah dia berjumpa dengan ibunya sendiri.

“Papa... Papa... Mami Shinah... baik kan?...”

“Ya Wafiy... Mami Shinah... sangat baik... nanti jangan nakal-nakal tau...”

“Kalau Papa cari Mama baharu... Wafiy nak Mama macam Mami Shinah...”

“Wafiy... Papa tak perlu cari Mama lain... nanti Mama Wafiy akan muncul di hadapan Wafiy... kita berdoa ya...”

“Baik Papa...”

Setibanya di luar pagar rumah Husayn, Wafiy berlari untuk memeluk Rashinah. Keceriaan wajah Rashinah amat menyerlah apabila Wafiy di sampingnya.

“Terima kasih Shinah... sebab sudi menjaga Wafiy semasa kami ke luar kawasan...”

“Tak mengapa Zaim... aku dah menganggap Wafiy ni macam anak aku sendiri... kau tolong aku jaga Abang Husayn bila kat sana nanti...”

“Hesy... isteri Abang ni... macam tak percaya Abang saja...”

“Bukan tak percaya... Shinah tak nak kehilangan orang yang Shinah sayang... cukuplah Shinah dah kehilangan kawan...” Rashinah terhenti bila terlepas kata. Zaim tidak bersuara.

“Zaim... maafkan aku... aku tak berniat nak buat kau tersinggung...” Tambah Rashinah.

“Tak apa... Zaim faham... Jom kita bergerak...”

“Okey... Jom...” Husayn masuk ke dalam kereta Zaim manakala Zaim menghidupkan enjin untuk berangkat.

Di Desa Sebarau.

Seperti biasa, rutin seharian Amira adalah berniaga bersama kakaknya di warung. Kakaknya mempunyai suami yang bernama Ziyaad Hakeem yang sedang bekerja sebagai jurugambar sambilan dan ada kalanya dia membantu Faezah semasa tiada kerja tempahannya. Walaupun kehidupan mereka sederhana, namun di sebaliknya mereka bersyukur dan bahagia.

4 jam kemudian.

Perut Husayn keroncong dan dia tidak mampu menahan kelaparannya lalu dia menyuruh Zaim berhenti ke warung yang berhampiran di tapak projek tersebut. Setelah sampai ke warung, kesabaran Husayn menjadi rapuh ibarat kucing mendapat ikan lalu dia duduk di meja makan. Zaim hanya ikutkan karenah kawannya itu.

“Bro... kau cakap... rendang paru kau tak ada orang boleh tiru kan?...”

“Betul tu... kenapa?...”

“Kau cuba rasa rendang paru di sini... aku boleh yakin rasanya tidak tumpah macam rendang paru kau...”

“Hesy... Kamu biar betul?...”

“Cubalah dulu... tak kenal maka tak cinta... sekali cuba hari-hari minta...” Husayn mengusik Zaim.

“Baiklah... saya pesan yang sama...”
Setelah makanan mereka sampai dan di hidangkan di atas meja, Husayn menyendok nasi bercampur paru dan masuk ke dalam mulutnya sambil mengunyah. Kesedapan rendang paru itu telah memukau Husayn sehingga dirinya berada di syurga. Sepintas Zaim merasa rendang paru itu, matanya bersinar membayangkan kenangan pahit, manis, suka dan duka bermain dalam kotak fikirannya.

“Siapa tukang masaknya?...” Zaim bertanya.

“Oh namanya Amira... dia ada di situ...” balas Husayn. Zaim menolak kerusi ke belakang lalu bangun dan bergegas ke dapur warung itu. Zaim menoleh kanan dan kiri untuk memastikan isterinya ada di sini. Tingkah laku Zaim menyebabkan Faezah terasa musykil lalu dia bertanya.

“Encik... Encik cari siapa?...”

“Oh... Cik ni Amira ke?... Saya sedang mencari tukang masak rendang paru itu...”

“Oh dia ada di sana bersama anaknya... kenapa Encik?... masakannya kurang sedap ke?...”

“Oh bukan fasal itu... saya mohon diri dulu...” Zaim bergegas ke arah Amira.

“Maaf... Cik ni Amira?...” Tanya Zaim.

“Ya... Saya Amira...” Amira bangun dari kerusinya lalu berpaling ke Zaim. Apabila memandang raut wajah Amira, ingatan Zaim kembali menjangkau suasana masa lampau.

“Neera... Neera... awak masih hidup...” Zaim memeluk Amira. Pelukan itu telah menyebabkan seluruh anggota badan Amira menjadi kurang selesa lalu dia menolaknya.

“Maaf Encik... Encik salah orang ini... Saya Mira... bukan Neera...”

“Awak tak kenal saya Neera?... Saya Zaim... suami awak...” Zaim mencuba pegang tangan Amira tapi pegangan itu tidak kecapaian.

“Encik jangan buat macam-macam... nanti saya panggil polis...” Tegas Amira. Amira mendukung anaknya lalu bergegas pulang. Zaim cuba menyusulnya namun ia dihalang oleh Husayn.

“Bro... kau janganlah buat kecoh... sini tempat cari rezeki...”

“Tadi tu Neera bro... kamu nampak kan?...”

“Itu Amira la... aku dah lama tahu... tapi mungkin dia pelanduk dua serupa...”

“Saya pasti dia tu... Neera...”

“Zaim... apa kau merepek ni?...”

“Sebab... hanya saya dan Neera saja tahu resipi rendang paru tu...”

“tapi tingkah laku dia beza sangat... kau yakin ke dia ni Neera... mungkin ia hanya satu kebetulan saja...”

“Husayn... resipi itu tak orang akan tahu... tak apa... saya akan siasat hal ini...” Zaim menuju ke keretanya. Husayn mencuci tangannya lalu dia pun menyusul Zaim dari belakang.
Di sudut otak ini dikerumuni oleh andaian-andaian yang merumitkan. Ada yang bergolak di hati Zaim. Bintik-bintik peluh mula bercambah di air muka Zaim. Tujahan matahari yang terik bagaikan membakar kulit Zaim yang cerah. Zaim dan Husayn sedang rehat di bilik penginapannya sementara menanti hari esok menjelang tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience