Babak 15 – Kasih Perlu Disemai

Romance Completed 17168

Di rumah Faezah.
Kejadian semalam menyebabkan soalan itu bertalu-talu datang dan pergi dalam fikiran Amira.
“Siapakah lelaki tu?... kenapa dia mengaku... yang dia tu suami aku?... sebelum ini... aku pernah berkahwin ke?... tapi kalau aku dah kahwin... kenapa suami aku tinggalkan aku dan anak aku?...” Amira hanya memeluk anak patungnya.
Faezah pula sedang memikirkan bahawa lelaki itu mungkin suami Amira. Ketibaan Zaim di kampungnya telah mengimbas kembali bagaimana Faezah bertemu dengan adik angkatnya itu.
5 tahun dulu.
Faezah dan suaminya, Ziyaad sedang kembali semula ke desa halamannya setelah mereka selesai menyertai kursus perniagaan. Tiba-tiba, Faezah terlihat seorang gadis terbaring di tepi jalan lalu memaksa suaminya untuk berhenti.
“Kenapa ni Ezah?...”
“Abang cuba tengok kat situ... ada orang yang terbaring kat situ...”
“Yalah... jom kita pergi tengok...” Ziyaad dan Faezah menuju ke sana untuk melihat kelibat orang.
“Abang... perempuan ni pengsan...”
“Isy... Isy... kesiannya... dah... kita angkat dia dan bawa dia ke hospital yang berdekatan...”
“Baiklah Abang...” Faezah membantu Ziyaad dengan membukakan pintu keretanya di belakang duduk. Pada awalnya mereka berdua ingin menghantar gadis itu ke hospital. Oleh kerana gadis itu tidak mempunyai sembarang identiti kad, Ziyaad bercadang menghantar ke rumah mereka saja.
Setelah sampai ke rumah mereka, Ziyaad mendukung gadis ke bilik kosong dan berikan dia berehat manakala Faezah pergi ke dapur untuk mengambil tuala dengan semangkuk berisikan air lalu masuk ke dalam bilik itu.
Ziyaad kemudian pergi biliknya untuk menyalinkan pakaiannya. Setelah itu, dia mengambil peti pertolongan cemas di dalam lacinya untuk merawat bekas luka di kepalanya. Faezah pula mengurut kaki gadis dan dia mendapati bahawa gadis itu sedang berbadan dua dan kandungannya masih selamat.
“Abang... dia mengandung...” ulas Faezah sambil melihat urat-urat tegang di kaki gadis itu.
“Masya-Allah... kandungannya selamat tak?...”
“Alhamdulillah... kandungan dia selamat...”
“Syukur Alhamdulillah... Ezah... awak tidur di sini jagakan dia... Abang nak tidur di bilik sana... nanti kalau Ezah perlukan Abang... panggil tau...”
“Baiklah Abang...”
Di pagi esok, matahari sedang menaik dari ufuk timur, kekacauan di minda gadis itu menyebabkan dirinya terjaga dari lenanya. Faezah menyusul ke bilik itu untuk memastikan keadaan gadis itu.
“Adik... Adik... Adik dah bangun...”
“Awak... ni siapa?.. saya kat mana ni?..”
“Adik sekarang berada di rumah kami... nama Akak ni Faezah... yang ni suami Akak... Ziyaad... Siapa nama adik?...”
“Nama saya?...” gadis itu memaksakan dirinya untuk mengingat namanya. Kepalanya berdenyut-denyut, anak matanya berpinar-pinar.
“Adik tak tahu nama adik?...”
“Siapa saya Kak?... Akak tahu tak?...” kata gadis itu. Tiba-tiba, tekak gadis itu terasa loya lalu dia bergegas ke dapur singki sambil memuntah bertalu-talu.
“Adik sabar ya... Adik jangan fikir bukan-bukan ya... sebab Adik ni sedang mengandung...”
“Apa?... Saya mengandung?... bila masa saya kahwin?... adakah ini anak luar nikah?...” pelbagai soalan telah mengelirukan diri gadis itu.
“Bawa mengucap... Abang rasa... Adik ni hilang ingatan... bawa bertenang... Adik tak boleh buat andaian sendiri... mungkin Adik pernah kahwin... Cuma sekarang Adik belum ingat kan...” Ziyaad cuba menenangkan keadaan. Gadis itu cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam.
“Sudahlah tu... tak perlu menangis... di sebaliknya... Adik sepatutnya bersyukur sebab adik dan anak Adik selamat... Adik anggaplah kami berdua ni kakak dan abang Adik ya... dan Adik boleh tinggal di sini sampai ingatan Adik pulih...” jelas Faezah sambil memegang bahu kiri gadis itu.
Seminggu kemudian.
Faezah sedang menyenaraikan menu makanan untuk dijual digerainya. Gadis itu membantu Faezah dengan memberi beberapa cadangan dan salah satu masakan itu adalah rendang paru.
“Rendang paru?... Akak manalah tahu nak masak lauk itu?...”
“Adik tahu...”
“Adik dah ingat semula?...”
“Tak ingat... tapi... dalam kepala Adik asyik terfikir lauk rendang paru itu saja...”
“Mungkin itu makanan kegemaran Adik?...”
“Tak pasti... tapi Adik boleh ingat resipinya dan cara-cara nak masak juga...”
“Kalau begitu... Adik boleh tunjuk dan ajar Akak masak lauk itu?...”
“Boleh... apa salahnya...”
Dua bulan kemudian.
Perniagaan Faezah semakin maju dan ramai orang singgah ke warung Faezah untuk menjamu selera hidangan yang disajikan. Faezah sangat bersyukur kerana ditemukan gadis itu. Oleh kerana gadis itu masih tidak ingat namanya dan tiada nama sebagai gelaran, Faezah memberikan namanya Nur Amira kerana Tuhan memberikannya cahaya puteri yang menyinari hidup Faezah dan suaminya.
Walaupun Amira tidak ingat tentang dirinya, dia sering mendapat ingatan bahawa dia pernah memiliki anak patung ‘Pooh’ dan gemar memasak. Faezah hanya memenuhi permintaan Amira agar dia mampu mengembalikan semula memorinya.
7 bulan kemudian.
“Wau... comelnya dia ni... muka macam maknya...” Faezah sedang mendodoi bayi Amira.
“Cantiknya... anak Pak Long... Mira... Mira dah fikir... nak letak nama untuk si comel ni?...” Tanya Ziyaad sambil menepuk tangannya di depan bayi itu.
“Belum lagi... apa kata... Abang dan Akak saja berikan nama ni untuk anak Mira...”
“Isy... Mira ni... ini kan anak kau... tak kan kita berdua nak kasi nama pula?...”Ulas Faezah.
“Abang... Akak... kamu semua dah bantu Mira... lagipun... ini saja yang mampu Mira buat untuk balas jasa baik Abang dan Akak...”
“Baiklah... kalau begitu... Abang nak letak kan nama dia ‘Imani’... sebab dia kelihatan tenang saja...wajah comel dia memberikan Abang kepercayaan...”
“Akak pula nak letak kan nama ‘Azzahra’... sebab dia ni nampak cantik... Insya-Allah dia akan jadi anak yang bijak...”
“Baiklah... Mira akan memberikan nama dia ‘Azzahra Imani’...” Tambah Amira. Hati Ziyaad dan Faezah kini dihuni perasaan gembira yang menggunung.
Sekarang.
Cuaca siang menghampiri malam. Selepas bekerja dan pulang ke bilik Zaim semakin hilang tumpuan dan pelbagai soalan sedang memutar di kepalanya. Raut wajah dari anak perempuan itu persis ada ciri-ciri rupa Zaim.
“Kenapa Neera tak cam muka aku?... apa yang berlaku dengan Neera?... adakah Neera sekarang... hilang ingatan?.. Isy... tak boleh jadi ni... Aku mesti pergi ke rumahnya untuk mencari kepastian...” Zaim mengeluarkan kunci keretanya lalu dia bergegas ke rumah Faezah.
Dengan fikirannya serabut, Zaim terlupa bahawa dia tidak tahu alamat rumah Faezah. Dia perlahankan keretanya untuk menanya orang sekiranya mereka tahu alamat rumah Faezah. Mujurlah Zaim terserempak ketua penghulu kampung itu untuk bertanya jalan. Dengan menerusi lorong-lorong kecil, Zaim dapat melihat bentuk rumah yang digambarkan oleh ketua penghulu kampung itu.

Akhirnya, sampai juga ke destinasi yang dituju. Zaim mematikan enjin keretanya sambil menarik kunci lalu dia bergegas ke depan pagar rumah itu.

“Assalamualaikum...” Zaim menekan butang loceng.

“Waalaikumsalam... Bukan ke awak ni lelaki semalam yang buat kecoh kat gerai saya?...” Ujar Faezah.

“Maafkan saya... fasal hari tu... saya tak mampu... mengawal emosi saya... boleh saya jumpa dengan Cik Amira sekejap...”

“Nak buat apa jumpa dengan Amira?...”

“Saya nak dapat kepastian kalau dia tu isteri saya?...”

“Tunggu sekejap... sebelum saya benarkan awak jumpa dengan adik saya... saya nak tanya sesuatu...”

“Okey... ada apa?...”

“Berapa lama isteri awak hilang?...”

“Oh... lebih kurang 5 tahun... Cik... dia diculik dan sepatutnya dia dibakar hangus... tapi... mengikut siasatan polis... mereka tidak ketemui sembarang rangka tulang atau kesan-kesan DNA isteri saya... hanya dompetnya sahaja dapat dijumpa...” jelas Zaim.

“Agaknya... Amira masa itu sedang melarikan diri dari penculikan tu?... mungkin lelaki ni berkata benar...” Faezah berfikir.

“Jadi awak datang ke sini cuma nak dapat kepastian saja kan?...”

“Ya betul... kalau ternyata Amira bukan wanita yang saya cari tu... saya tak kan ganggu Cik sekeluarga...”

“Baiklah... saya benar awak jumpa dengan Amira...” Faezah mengiringi Zaim ke rumahnya.

Zaim pun duduk di sofa sambil menunggu Amira. Debaran di dalam hati Amira sangat kuat tetapi dia tidak tahu mengapa perasaannya sedemikian rupa. Amira keluar sambil membawa anak patung ‘Pooh’ dari biliknya dan menuju ke ruang tamu untuk berdepan dengan Zaim.

“Apa lagi awak nak dari saya?...”

“Saya hanya nak kepastian saja...”

“Kan saya dah cakap... saya ni Mira... bukan Neera...”

“Okey... macam begini... berikan saya peluang untuk dapat kepastian kat awak... sekiranya... awak bukan Neera... saya janji... saya tak kan ganggu hidup awak lagi...”

“Baiklah... teruskan...”

“Kalau betul awak bukan Neera... siapa yang ajar awak masak rendang paru tu?...”

“Tak tahulah... resipi tu tiba-tiba ada kat fikiran saya...”

“Baiklah... saya nak tanya... awak suka pegang anak patung tu?...”

“Oh... yang ni... saya rasa... saya pernah ada anak patung dulu... saya teringat ada orang pesan... bercakap dengan anak patung adalah...”

“Satu terapi...” sampuk Zaim.

“Ya... betul... macam mana awak tahu?...”

“Okey... soalan yang terakhir...”

“Tapi saya nak awak jawab soalan saya dulu...”

“Sabar dulu... biarlah saya soal dulu... saya janji... selepas soalan ni... awak akan tanya sebanyak soalan pun boleh...”

“Okey la... teruskan...”

“Adakah awak mempunyai tanda beranak di belakang pinggang sebelah kanan awak?...” Soalan yang mengejutkan dari Zaim. Lidah Amira kelu. Soalan itu berpusing di sekeliling kepalanya. Faezah pula tercengang dengan soalan itu sebab hanya dia seorang saja tahu tanda beranak itu.

“Macam mana dia tahu?... betul ke dia ni suami aku?...” Amira tidak menyangka.

“Maaf menganggu... sebenarnya... Amira ni hilang ingatan... dia tidak tahu fasal asal usulnya...”

“Oh... kalau macam begitu... Cik... saya yakin sangat... yang Amira ni adalah Faiqah Mahneera...” balas Zaim.

“Faiqah Mahneera?... siapakah nama bapanya?...”

“Nama bapanya adalah Dato Saidun Amal... seorang usahawan yang berjaya... sayalah sedang mengambil alih syarikat beliau...” jelas Zaim. Bersinar mata Faezah mengingatkan detik-detik pahit semasa dia sedang berumur 10 tahun dahulu.

“Akak... kenapa ni?...” Amira bertanya.

“Kau Iqah?... adik Akak?...” Faezah memeluk Amira dengan perasaan gembira kacukkan pilu.

“Saya Iqah?...” Amira semakin keliru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience