Babak 19 – Budi Tidak Terbalas

Romance Completed 17168

Bunyi siren kedengaran. Pihak anggota polis berjaya menangkap Ghazali dan membawanya ke bilik kurungan untuk disoal siasat sebelum kes tersebut di kemukakan ke mahkamah atas kes pembunuhan Husayn. Pembicaraan kes tersebut akan diadakan mengikut jadual para peguam hakim. Manakala pihak paramedik sedang mengangkat Husayn lalu mereka masuk ke dalam ambulans dan Zaim turut masuk bersama. Faiqah dan Azzahra menunggu di rumah Zaim. Ambulans tersebut bingkas berangkat menuju ke hospital yang berdekatan dari perumahan Zaim.

Semasa di dalam ambulans, bibir Husayn bergerak dengan nada yang rendah tetapi jelas kedengaran ke telinga Zaim. Kata-kata Husayn itu sungguh menyayat hati dan persoalan demi persoalan bersilih-ganti dan berlegar-legar di ruang benak Zaim.

“Betul ke apa yang aku dengar tadi?...” soalan itu masih berlegar-legar di pemikiran Zaim.

Di rumah Zaim.

Faiqah menepuk badan Azzahra perlahan di katil sambil mengenangkan kejadian itu. Titisan air jernih jatuh berguguran dari sudut matanya.

“Husayn... kenapa kau sanggup nak tolong aku?... sedangkan kau hanya baru saja kenal aku... kau tak kesian ke dengan Shinah?... dia baru saja melahirkan anak kau... tapi kenapa aku?... kenapa semua orang bersusah payah nak tolong aku?... sedangkan aku ni bukan perempuan sempurna... walaupun aku masih tak faham sebabnya... aku berdoa semoga kau selamat di hospital... terima kasih Husayn...” Air matanya masih berlinangan tanpa henti.

Rashinah menerima panggilan dari Zaim pada malam yang sama apabila suaminya, Husayn, ditemui terlantar di rumah Zaim akibat satu kes pembunuhan dan dibawa ke hospital oleh Zaim. Rashinah merasa terkejut dan panik lalu dia bergegas pergi ke hospital dengan segera. Sebelum berangkat, Rashinah memesan kepada orang gajinya, Mak Kiah, untuk menjaga anaknya Wafiy sementara dia sedang keluar. Dia terus menangis dan berdoa agar suaminya dapat bertahan hidup.

Begitu tiba di hospital, Rashinah berjumpa dengan doktor yang merawat suaminya. Dia menceritakan betapa sulitnya untuk menerima kenyataan bahawa suaminya kini terbaring lemah di atas katil hospital. Dalam kesedihan yang mendalam, Rashinah memasuki bilik wad yang menjadi tempat suaminya, Husayn, dirawat. Rashinah melihat suaminya terbaring lemah di atas katil hospital, dengan mesin yang memantau detak jantungnya dan memakai pelitup muka oksigen agar menjaga nafasnya yang semakin lemah. Nafas Husayn yang tercungap-cungap terdengar samar-samar, dan keadaannya terlihat semakin merosot.

Sementara itu, Rashinah duduk di sebelahnya, memandang suaminya dengan hati yang berat. Air mata mengalir deras dari matanya, menyaksikan keadaan yang menyedihkan ini. Rashinah merasakan dirinya terlantar di arus resah dan tidak berdaya. Fikirannya semakin kusut kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menyelamatkan suaminya.

Malam itu, beberapa jam kemudian, keadaan Husayn semakin merosot, dan dia terpaksa dipindahkan ke ICU. Doktor-doktor yang bekerja keras berusaha menyelamatkan nyawanya, akan tetapi keadaannya semakin teruk. Rashinah terus menemani suaminya, agar Husayn pulang ke pangkuannya. Zaim membisu seribu kata. Demi permintaan Rashinah, Zaim mengangkat kaki pulang ke rumahnya.

Semasa melihat Husayn dari jarak jauh, Rashinah tidak pernah membayangkan keadaan ini akan tiba. Mereka selalu berborak santai tentang masa depan mereka bersama, tentang mimpi-mimpi dan harapan mereka seperti mencipta mahligai yang indah. Namun begitu, sekarang semuanya tiba-tiba berubah. Dia kini merasakan kekosongan yang amat dalam di hatinya, dan tiba-tiba menyedari bahawa dia tidak siap untuk kehilangan orang yang sangat dicintainya.

Pada keesokan harinya, Faiqah pergi ke hospital untuk melawat Husayn dan Rashinah. Dia menitipkan Azzahra kepada Faezah buat sementara waktu. Sekilas terpandang kelibat Faiqah, Rashinah bingkas bangun dari kerusi lalu dia memeluk Faiqah melepaskan segala perasaannya yang berkecamuk dengan sedih, pilu, gelisah dan hiba.

“Maafkan aku Shinah... disebabkan keluarga aku... Husayn jadi mangsa...” titisan air Faiqah mengalir ke bahu Rashinah.

“Aku takut Iqah... aku takut... kalau Abang Husayn pergi tinggal aku...” teresak-esak bila Rashinah berkata. Faiqah memandang jelas ke wajah Rashinah.

“Kita berdoa sama-sama ya... aku yakin Husayn itu kuat orangnya... kau harus bersabar...” ujar Faiqah sambil memberi semangat kepada kawan baiknya.

Ketika di pejabat, hati Zaim tidak tenteram memikirkan ucapan Husayn itu semalam. Jari jemarinya memutarkan pena biru sambil termenung jauh. Bagaikan melompat pagar tiga hasta; akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi. Kejadian itu memaksa dirinya memilih keputusan yang berat ditentukan.

Senja mengiraikan kegelapan malam. Zaim pulang dengan kepalanya berdenyut-denyut, anak matanya berpinar-pinar lalu dia duduk di sofa. Faiqah menyambut kepulangan suaminya sambil memberi secawan kopi hangat kepadanya. Faiqah perlahan menyentuh tangan Zaim sambil menitiskan air matanya.

“Abang... maafkan Neera... sebab berkata kasar kat Abang semalam... Neera tidak berniat nak meminta cerai kat Abang... Cuma Neera risau keselamatan Abang...” jelas Faiqah lalu dia mencium tangan kanan suaminya.

“Neera... Abang dah maafkan Neera... Abang faham... kita semua ni hanya mangsa keadaan....” Zaim memujuk Faiqah sambil menguntumkan senyuman tipis.

“Habis tu... kenapa Abang bermasam muka?...” Faiqah perlu kepastian.

“Oh... Abang sedang berfikir fasal amanah terakhir yang Husayn ucapkan sebelum dia berada di dalam koma....” jelas Zaim dengan suara yang senada.

“Oh... ya ke?... amanah apa yang Husayn pesan tu?... cuba terangkan... mana tahu Neera boleh bantu Abang...” gerakan mata Faiqah memandang tajam ke Zaim dengan penuh keyakinan.

Meskipun berat bagi Zaim bersuara tentang perkara itu, dia tidak mampu menyimpan rahsia dengan Faiqah sejak hubungan mereka berbaik dulu. Bibir Zaim bersuara dengan nada yang tertahan-tahan digagahinya untuk menerangkan amanah terakhir yang disampaikan oleh Husayn. Setelah mendengarkan amanat terakhir itu, hati Faiqah terusik dengan seribu perasaan bercampur baur. Tiada ungkapan yang mampu menggambarkan perasaan dialami oleh Faiqah. Tanpa bersuara, Faiqah bingkas bangun dari sofa lalu dia melangkah ke dapur untuk menyediakan santapan malam untuk Zaim.

Sejak perbualan itu, Faiqah sering menyendiri dan termenung akan nasib dirinya kelak. Zaim mula terasa kekok bila bertembung dengan isterinya. Oleh itu, Faiqah meminta izin kepada Zaim agar dia dan Azzahra tumpang di rumah Faezah buat sementara waktu untuk memberi ruang kepadanya berfikir dengan amanat itu. Untuk mengelak dari perselisihan faham, Zaim setuju dan membenarkan Faiqah tinggal di rumah Faezah dengan rela hati.

Manakala di dalam pembicaraan mahkamah itu, Ghazali didapati bersalah kerana membunuh Husayn tanpa sengaja. Menurut soal-siasat dari Faiqah, dia telah menyaksikan pertempuran itu dan memastikan bahawa tikaman itu bukan disengajakan malahan, dia melihat wajah Ghazali yang bersungguh-sungguh menginginkan si pelawannya mati. Oleh itu, mahkamah telah memutuskan bahawa Ghazali dihukum tali gantung.

Seminggu kemudian.

Tiap-tiap hari tidak putus, Rashinah terus menunggu di samping tempat tidur Husayn sambil berdoa dan berharap agar suaminya pulih dari koma. Dia juga seringkali tidak dapat tidur lena walau sepicing pun dan merenungkan setiap kenangan indah yang mereka miliki bersama. Mujurlah ada Mak Kiah boleh menjaga Wafiy sementara Rashinah berada di hospital menjaga suaminya.

“Abang... bangunlah... Shinah rindukan Abang... anak kita... Wafiy pun rindukan suara Abang yang ceria tu... Sekarang Mak Kiah menjaga dia di rumah... Tolonglah Abang...” rayuan Rashinah. Ada manik putih menempias pipinya.

Tiba-tiba, nafas Husayn yang tercungap-cungap terdengar sangat kuat, dan keadaannya terlihat semakin teruk dan tidak terkawal. Lantas Rashinah keluar dari bilik wad untuk memanggil doktor dan jururawat. Malangnya, setiba doktor dan jururawat datang untuk memeriksa, mesin yang memantau detak jantung Husayn telah menghasilkan bunyi pic yang tinggi serta memberikan satu garisan yang panjang.

Rashinah cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kabur. Rashinah terpaksa menghadapi kekosongan yang amat besar. Dia telah kehilangan suaminya yang sangat dicintainya dan harus menghadapi kehidupan yang baharu tanpa cinta dan kasih sayang suaminya.

Keesokan harinya.

Zaim sekeluarga serta Rashinah pergi ke kawasan yang penuh dengan batu-batu nisan. Husayn dikebumikan bersebelahan dengan arwah ibubapanya. Mak Kiah berada di dalam kereta sambil mendodoi Wafiy. Bunyi harmoni semasa seluruh orang yang berada di situ sedang bermuzik dengan kedua telapak tangan mereka. Setelah itu, Rashinah mengangkat jag berisi air bunga lalu menyiramkan ke lumpur-lumpur di pertengahan kedua batu nisan Husayn dari satu hujung hingga ke hujung batu nisan yang lain.

Sejak di hari pemergian Husayn, Rashinah menangis sepanjang hari dan malam, dia tidak boleh berhenti meratap atas kehilangan imam yang tersayang. Dulu, Rashinah kehilangan anak angkatnya, tapi kini, bapa kepada anak kandungnya sendiri telah pergi buat selama-selamanya.

Pada suatu hari, Zaim duduk di atas kerusi, memandang wajah Faiqah yang sedih dan gelisah. Faiqah meminta suaminya untuk berkahwin dengan Rashinah, kawan baiknya, atas permintaan terakhir dari suami Rashinah, arwah Husayn.

"Kita semua tahu bahawa Abang tidak akan sanggup hidup dengan dua isteri... Abang takut Abang tidak dapat memberi kasih sayang yang sama kepada kedua-dua belah pihak..." Zaim berkata dengan sedih.

"Neera faham perasaan Abang... Tapi ingatlah, Shinah adalah sahabat baik Neera. Dia seorang yang baik dan memerlukan sokongan kita dalam saat-saat sukar ini... Dan yang lebih penting, ini adalah permintaan terakhir arwah Husayn.... Kita harus memenuhinya..." Faiqah memujuk Zaim.

Zaim diam seketika, merenung wajah Faiqah yang lembut. Akhirnya, dia merenung ke arah Faiqah sambil menghirup nafas dalam-dalam dan mengangguk kecil.

"Baiklah... Abang akan melaksanakan demi arwah Husayn dan juga demi masa depan Shinah.... Tapi Abang berharap Neera akan tetap bersama Abang dan memberi Abang sokongan..." Zaim berkata, memegang tangan Faiqah erat.

Faiqah tersenyum lega, dan mereka berpelukan.

Di rumah Rashinah.
Rashinah sedang merenungkan gambar wajah arwah suaminya. Walaupun dia merasa sedih dan kehilangan, Rashinah berusaha gigih untuk memulakan hidup baharu. Dia belajar menerima kenyataan dan berusaha untuk menjadi kuat untuk dirinya sendiri dan untuk anak mereka.

Dia tahu bahawa Husayn akan selalu ada di hatinya, dan mereka akan bertemu lagi di akhirat. Walaupun perpisahan ini menyedihkan, Rashinah tahu bahawa kehidupan harus berjalan terus, dan dia berharap bahawa suaminya akan menjadi kekuatan dan cahaya yang memandunya di masa depan.

Tiga hari kemudian.

Zaim dan Faiqah pergi melawat rumah Rashinah sambil menunaikan permintaan arwah Husayn.

“Assalamualaikum Shinah, bolehkah saya berbicara dengan awak sebentar?...” Zaim dan Faiqah berdiri di depan pintu Rashinah.

“Waalaikumsalam, tentu saja. Ada apa, Zaim?...” Rashinah menyambut mereka berdua dengan hati yang terbuka. Kemudian Rashinah mengiringi mereka ke ruang tamu. Zaim dan Faiqah duduk di sofa. Faiqah meminta izin kepada Rashinah untuk mendukung Wafiy. Rashinah memberi Wafiy kepada Faiqah. Mata Faiqah terkenyit-kenyit ke wajah Zaim untuk memulakan dengan hajat mereka. Zaim bingkas bangun dari sofa itu dan berdiri di hadapan Rashinah, dia merentangkan tangannya dan memegang kedua tangan Rashinah.

“Shinah, saya ingin melamar awak menjadi isteri saya yang sah... Saya faham ini terdengar secara tiba-tiba dan mungkin masa ini kurang tepat, tetapi ini adalah permintaan terakhir dari arwah suami awak yang ingin melihat awak bahagia....” kata Zaim dengan nada lembut. Rashinah memandang Zaim, dengan tatapan kosong dan terdiam.

"Maafkan saya Zaim, tetapi saya tidak bisa menerima lamaran awak... Saya masih mencintai Husayn dan hati saya tidak dapat menerima orang lain buat masa ini..." ucap Rashinah, suaranya terdengar lirih. Zaim terdiam sejenak, kecewa dengan jawapan Rashinah itu. Dia tahu bahawa Rashinah masih terluka kerana kematian suaminya, tetapi dia ingin membahagiakannya buat sekali lagi.

"Shinah, saya faham sangat perasaan awak... Tetapi ingatlah, Husayn pasti ingin awak bahagia... Saya akan selalu berada di samping awak dan juga membantu awak melewati segala kekosongan di dalam hati awak..." ucap Zaim sambil menoleh ke Wafiy. Rashinah mengambil Wafiy semula dari Faiqah.

“Tetapi saya tidak ingin merosakkan hubungan awak dan Iqah... Saya tahu awak terlalu mencintai Iqah dengan sepenuh hati awak... dan saya tak mahu diri saya dipanggil sebagai ‘Perampas’...” Rashinah masih menolak dengan tegas. Faiqah yang telah mendengarkan pembicaraan mereka itu lantas dia bangun dari sofa melangkah ke arah Rashinah dan mengambil tangan Rashinah sambil memandang tepat ke wajahnya.

"Shinah, Husayn akan selalu menjadi sebahagian dalam hidup kau, tetapi kau juga perlu memikirkan masa depan kau. Abang Zaim akan mencintai kau dan dia akan menjaga kau serta anak kau dengan sepenuh hati... Aku tahu ini bukan keputusan mudah untuk kau... Tetapi kau perlu fikirkan masa depan kau dan Wafiy. Abang Zaim adalah lelaki yang baik dan bertanggungjawab... Aku yakin yang dia mampu menjaga kau dan anak kita nanti..." kata Faiqah sambil memberikan dukungan untuk Rashinah. Setelah mendengar kata-kata Faiqah itu, Rashinah merasa hangat di dalam hatinya. Dia tahu bahawa Faiqah mengerti perasaannya dan hanya ingin yang terbaik untuknya.

"Terima kasih Iqah... Tapi berikanlah saya ruang untuk berfikir," ucap Rashinah sambil memandang Zaim dengan tatapan lembut.

Setelah tiga hari berfikir, Rashinah akhirnya menyedari bahawa apa yang disampaikan oleh Faiqah itu adalah benar. Walaupun Zaim tidak dapat menggantikan suaminya yang telah tiada, dia sedar bahawa dia mempunyai hak untuk mencari kebahagiaan dan kebahagiaan itu mungkin terletak pada Zaim. Rashinah keluar sambil membawa Wafiy bersamanya untuk pergi ke rumah Zaim. Pada waktu tengah hari semasa Zaim pulang dari tempat kerjanya awal, Rashinah, yang sedang mendukung Wafiy, hadir di depan pintu rumah Zaim sambil memberi kata salam.

Kemudian Azzahra keluar dan menyambut kedatangan Rashinah dengan rela hati. Rashinah mengucup dahi Azzahra lalu dia dipimpin oleh Azzahra masuk ke ruang tamu. Faiqah dengan senang hati mempelawa kawan baiknya duduk di sofa sambil mendukung Wafiy dari Rashinah. Faiqah memberitahu kepada Rashinah untuk menunggu Zaim selesai dengan tugasnya.

Zaim menyuruh Azzahra pergi ke biliknya kerana tidak manis kalau ada anak kecil mendengar perbincangan orang dewasa. Azzahra hanya menuruti permintaan bapanya lalu dia perlahan naik tangga untuk pergi ke biliknya itu. Faiqah pula membawa Wafiy ke biliknya untuk memberi ruang kepada Rashinah. Setelah itu, Rashinah berbicara dengan Zaim dan memberitahu bahawa dia akan menerima lamaran itu jika Zaim turuti syaratnya iaitu Zaim harus menerima dirinya dan Wafiy kerana dia tidak mahu Wafiy dilayan seperti orang asing.

Zaim tersenyum bahagia dan memberikan janji bahawa dia akan menjadi suami yang setia dan ayah yang baik untuk anak mereka. Setelah itu, Zaim membincangkan dengan Rashinah tentang pernikahan mereka, yang akhirnya diatur selepas Rashinah tamat beridah. Walaupun Zaim masih merasa kurang selesa dengan situasi tersebut, dia bertekad untuk memberi kasih sayang yang seimbang kepada kedua-dua isterinya.

Diubah jalan cerita

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience