Babak 2 - Kejadian Tidak Diduga

Romance Completed 17168

3 bulan berlalu.

Faiqah sudah berjaya berniaga dengan butiknya itu yang diberi “Queen’s Treasure” telah mendapat sokongan yang positif dari pelanggannya. Walaupun sikap pandang rendah terhadap orang masih ada dalam diri Faiqah, Faiqah mampu mengetepikan demi meraih keuntungan dalam butiknya itu.

Faiqah mempunyai seorang teman lelaki bernama Ghazali, anak orang berada, dan Faiqah sering bermesra dengan Ghazali. Suraya sangat cemburu dan meluat dengan Faiqah apabila orang yang dia sayang dan cinta telah dirampas oleh Faiqah.

“Ish... kenapa kau tamak?... semua kau nak... sampai pujaan hati aku pun kau sanggup nak rampas... tak apa... hari ini... hari kau Faiqah... lain hari... kau tengok saja nanti...” meluat mata Suraya ketika memandang ke arah pasangan kekasih itu.

Sebenarnya, Ghazali tidak mempunyai perasaan kepada Faiqah dan dia hanya terpaksa berlakon di hadapan Faiqah semata-mata untuk memuaskan permintaan bapanya. Meskipun keluarga Ghazali adalah orang berada, namun syarikat bapanya sedang hampir merosot dan akan gulung tikar jika tidak diperbaiki perniagaan tersebut. Satu dari kelemahan Faiqah adalah, dia tidak berwaspada kalau dia berada sekeliling dengan orang yang setaraf dengannya. Tatkala itu yang menyebabkan Faiqah mudah terpedaya dengan janji palsu orang-orang tersebut.

Manakala di gerai Zaim, perniagaannya kurang maju disebabkan dirinya yang tempang itu. Ramai orang telah menghinakan dirinya dan mengaibkan bahawa masakan Zaim tidak enak. Perbuatan ini adalah punca dari bekas rakan kerjanya dulu. Mereka telah berjaya memburukan Zaim, sehingga Zaim hampir membuat keputusan untuk tutup gerai itu.

“Ya Allah... dugaan apakah yang Kau berikan kepada diriku... aku tidak mencuri atau membohongkan orang... niat aku hanya berniaga seikhlas hati... kenapa orang masih tidak terima aku?... apakah harus aku lakukan?... sudah pelbagai cara diikhtiari namun masih orang tidak mahu membeli nasi campur aku...” dengan perasaan kecewanya itu, Zaim mengemaskan barang-barang untuk ditutup selamanya.

Tiba-tiba, seorang wanita 40an ingin membeli makanan dari gerai Zaim. Zaim hanya berminta maaf kepada wanita itu sebab makanannya tidak lazat. Wanita itu pun tidak percaya lalu dia meyakinkan Zaim untuk memberi sampel lauk-pauk tersebut. Oleh kerana Zaim tidak mahu menghampakan permintaan wanita tersebut, dia mengeluarkan sepiring pinggan dan sudu besi dari beg plastiknya. Kemudian, Zaim mengambil sedikit lauk-pauk seperti, sambal goreng pengantin, rendang paru, lemak cili api dan sayur masak chap-chai lalu Zaim memberi kepada wanita itu. Wanita itu berbesar hati menerima pinggan tersebut lalu dia duduk sambil mencuba sampel lauk-pauk tersebut.

“bukan main selera tengok wanita itu makan?... mungkin makanan percuma kot... orang lain bilang tak sedap...” perasaan gemuruh mula mendatang serta tanda tanya apabila Zaim melihat wanita itu.

“ermm... Encik Zaim masak semua ni seorang ke?...” tanya wanita itu.

“ya... saya masak ini semua Cik... kenapa?...” tanya Zaim.

“semua lauk ni sedap sangat... kenapa tak nak jual?..” soal wanita itu sambil mengunyah paru dalam mulutnya.

“bukan tak nak jual Cik, Cuma mungkin rezeki saya bukan di sini... “ jawab Zaim.

“oh... kalau begitu... Encik nak tak jadi rakan niaga saya?... saya buka penghantaran makanan untuk majlis-majlis terkemuka seperti perkahwinan, tahlil, keramaian dan pelbagai lagi... saya tertarik dengan masakan Encik ni... ini kad nama saya... kalau berminat... sila hubungi saya...” Wanita itu memberi kad namanya kepada Zaim.

“terima kasih Cik Abibah... nanti saya pertimbangkannya... terima kasih sekali lagi atas pujaan Cik itu...” balas Zaim dengan teruja apabila melihat pinggan itu licin ibarat sudah dicuci.

“tak perlu panggil saya ‘Cik’... panggil saya Kak Bibah saja... kak ni dah kahwin... sebelum itu, boleh kak beli semua lauk pauk ni?...” tambah Kak Bibah sambil mengeluarkan dompetnya. Zaim memberi seluruh lauk-pauknya tanpa dibayar dengan seikhlas hati.

Di rumah Ghazali, ayah Ghazali, Encik Rahman, sedang berbincang dengan anaknya. Ghazali mula dengan perbincangan itu.

“kenapa kau tak bolot hartanya?...” tanya Encik Rahman.

“Papa... Faiqah itu... susah sikitlah... dia dah mula syak bukan-bukan dengan Zali... macam mana Zali nak ambil duitnya?...” jelas Ghazali.

“okey... kalau susah sangat... Papa rancang untuk kau kahwin dengan dia selama 6 bulan... selepas kau dah bolot semua hartanya... kau ceraikan Faiqah...” cadangan Encik Rahman.

“tapi Papa... Zali tak cinta kan dialah... lagipun wang RM100 ribu... Zali dah ambil darinya dan konon-konon untuk operasi penyakit Mama... tak cukup ke Papa?...” tambah Ghazali sambil menghulurkan sepucuk cek kepada ayahnya.

“seratus ribu ringgit tak cukup!... kau mesti bolot semua harta budak itu... ayah budak itu akan serahkan hampir lima ratus juta ringgit kepada budak itu... kayakan budak itu... tak kerja dan dapat harta sebanyak itu... kau jangan jadi bodoh... kau ikut apa Papa cakap... kau tahan saja selama 6 bulan dan ceraikan budak itulah...” Encik Rahman meyakinkan Ghazali dengan memberi fikiran yang panjang.

“tapi Papa... Zali tak boleh tunaikan permintaan Papa... sebab Zali dah ada teman wanita Zali sendiri... lagipun kalau kahwin tanpa rasa cinta... akan cerai secepat mungkin... Zali punya pendapat lain... apa kata kita curi atau ambil hartanya secara perlahan?...” Ghazali memberi beberapa pendapat lain asalkan dirinya tidak memperisterikan Faiqah.

“sebenarnya macam begini... Faiqah sekarang masih belum mewarisi harta tersebut... dia perlu berusia 35 tahun ke atas atau sudah berkahwin... itu fasal aku nak kau kahwin dia saja... setelah selesai pengagihan harta itu pada kau... kau ceraikan dia...” jelas Encik Rahman.

Penjelasan dan keyakinan Encik Rahman itu tidak mudah untuk Ghazali menolak permintaan ayahnya. Namun bagaimanapun, Ghazali masih enggan untuk berkahwin dengan Faiqah sebab dia tidak suka dengan sifat Faiqah apatah lagi mempunyai perasaan terhadap Faiqah.

Di rumah Dato Saidun.

Dato Saidun tidak berapa sihat dan dia menginginkan anak perempuan berumah tangga sebelum dirinya menutup mata. Dato Saidun tahu bahawa amat sukar mencari jodoh untuk Faiqah disebabkan perangai dan tingkah laku Faiqah yang kurang bermoral itu.

“Siapakah akan menjaga anakku kalau aku tak ada di dunia nanti?... bagaimanakah nasib anakku sekarang?... sudah hampir 4 bulan dia tak datang ke rumah menjenguk aku... Faiqah... baliklah Iqah... Papa minta maaf kalau Papa tersilap kata... tolonglah jangan merajuk dengan Papa lagi...” air mata Dato Saidun mula mengalir sambil memandang gambar anaknya itu.

Selalunya kalau Faiqah merajuk, dia akan pulang dua tiga hari kemudian. Tapi kini, keadaan menjadi tegang dan kelibat Faiqah tidak muncul di rumah Dato Saidun .

Seminggu kemudian.

Zaim telah mengambil keputusan untuk menerima tawaran Kak Bibah itu setelah seminggu berfikir dan menyalahi diri sendiri akibat perniagaannya itu.

Justeru itu, Zaim pergi ke kedai Kak Bibah lalu mencari Kak Bibah. Kak Bibah berasa amat teruja walaupun dia risau kalau Zaim tidak sudi terima tawarannya itu. Zaim pula bersyukur kerana mendapat peluang untuk menjadi rakan niaga.

“terima kasih Allah... aku akan buat yang terbaik untuk membuktikan bahawa aku ada cita-cita tersendiri... aku akan buktikan pada orang... yang aku boleh maju walaupun keadaan aku macam begini...” bisikan di hati Zaim.

Zaim sebenarnya tidak mahu mengambil alih syarikat ayahnya sebab dia ingin membuka perniagaan dengan hasil titik peluhnya sendiri. Syarat yang diberikan itu hanya satu alasan untuk dia tidak ambil alih syarikat ayahnya. Tambahan pula, Zaim tahu bahawa dirinya tidak akan kahwin kerana tiada gadis yang ingin mempersuamikan Zaim. Justeru itu, ia tidak akan bisa membuat ayahnya memberi syarikat itu kepada Zaim.

Di pejabat Kak Bibah, Zaim sedang menanda tangani surat perjanjian untuk menjadi rakan kongsi serta mengatakan bahawa resipi masakan Zaim adalah rahsia dan tidak boleh disebarkan kepada orang luar. Hanya Kak Bibah sahaja yang tahu resipi-resipi tersebut.

Sejurus itu, di kafe yang berdekatan dari butik Faiqah, Ghazali sedang mengupah seorang gadis, Kelly, untuk berpura-pura kerja di butik Faiqah supaya boleh mengambil keuntungan Faiqah secara sulit.
Ghazali memberi tempoh setahun kepada Kelly atau kurang untuk membolot harta atau hasil jualan di butik Faiqah.

“ingat... jangan buat dia curiga dengan kau... aku tahu kau boleh buat kerja ni...” tegas Ghazali.

“okay... aku tahulah... aku boleh buat apa saja... asalkan bayarannya lumayan...” kata Kelly dengan senyuman yang manis itu.

Di rumah Encik Rasyad, Puan Hasnah sedang berbincang suaminya untuk mencari jodoh pada Zaim agar Zaim dapat mengambil alih syarikat suaminya. Encik Rasyad nasihati Puan Hasnah supaya bersabar dan patuh dengan syarat-syarat yang diberikan oleh Zaim. Seorang ibu yang membesarkan anaknya dari kecil sehingga dewasa, Puan Hasnah tidak sampai hati melihat nasib anak bongsunya seperti itu. Puan Hasnah ingin anak-anaknya bahagia dan masa depan mereka terjamin.

“Abang... Nah tahu Abang patuh syarat Zaim... sebab Abang kesal dengan apa yang Abang katakan Zaim sepuluh tahun lalu... tapi Nah nak cuba pujuk Zaim untuk terima calon-calon isteri kepada Zaim... mana tahu ada yang Zaim berkenan..” kata Puan Hasnah dengan hati yang hiba.

“Nah... Abang bukan tak nak Nah masuk campur... tapi... biarlah kita beri peluang kepada Zaim untuk menentukan kehidupannya sendiri... kalau kita buat sedemikian... tentu Zaim akan fikir yang Abang desak dia untuk ambil alih syarikat Abang... lagipun calon-calon menantu yang Nah cadangkan tidak sesuai sebab ia akan lukakan hati anak kita...” balas Encik Rasyad sambil memegang bahu kanan isterinya.

“tapi bila Abang?... setahun? Lima tahun atau dua puluh tahun?... Abang sendiri pernah bilang pada Nah... ‘siapa yang nak kan anak kita tu?’... mungkin dia gunakan syarat tu sebab dia tak nak mengurus syarikat Abang...” tambah Puan Hasnah.

“Nah... Abang tahu... Abang yang salah pada hal ni... maafkan Abang... kita hanya mampu berdoa... agar Allah berikan jodoh kepada Zaim... lagipun doa ibubapa akan dimakbulkan... kita bersabar ya...” jelas Encik Rasyad sambil tenang Puan Hasnah.

Setelah selesai membuat perjanjian itu serta melihat persekitaran tempat kerjanya itu, Zaim pun beredar dari Kak Bibah untuk pulang ke rumahnya. Zaim berjalan tanpa menghiraukan sekelilingnya disebabkan Zaim berasa gembira dan bersyukur apabila rezeki baharu mula dicipta. Tiba-tiba, tanpa di sengaja, Zaim tertolak seorang gadis yang sedang mengangkat beg-begnya dengan kedua tangannya itu. Gadis itu tergelincir dan dia tidak dapat mengimbangi badannya lalu terjatuh.

“maaf.. maaf.. saya tak sengaja...” kata Zaim sambil mencuba menolong gadis itu. Dengan perasaan yang mendidih, gadis itu menepis pertolongan Zaim itu.

“apa?... Maaf?... kau ingat baju aku ini murah ke?... kalau jalan tempang itu... tengok-tengok oranglah... jangan nak jalan ikut suka saja...” celaan gadis itu.

“Cik... saya sudah minta maaf... tapi janganlah nak menghina saya... saya betul-betul tak sengaja...” jawab Zaim. Gadis itu membangunkan diri dengan perasaan yang meluap-luap.

“eh!... aku ini Cik Faiqah... anak Dato kaya!... kau ingat kau tolak aku... lepas itu minta maaf saja?... sedarlah diri kau itu sikit... kau tu tak layak diberi maaf dan aku nak kau ganti rugi pakaian aku ini!...” Faiqah mula naik minyak sambil memaksa Zaim untuk bayar ganti rugi.

“okey... jangan panjangkan isu ini... saya bayar... berapa ganti ruginya?...” Faiqah menunjukkan angka lima di tangan kanannya. Zaim mengeluarkan dompetnya dari kocek kirinya lalu mengambil sekeping noktah berwarna hijau dan berikan kepada Faiqah. Raut wajah Faiqah berubah dengan matanya terbuka besar serta mulutnya terngah-ngah apabila melihat noktah berwarna hijau itu.

“hoi!... bukan lima ringgit... tapi lima ribu ringgit!... kau ini suka sakitkan hati orang ke?...” tegas Faiqah sambil mencampakkan noktah itu ke Zaim.

“Cik... saya dah cuba selesaikan hal ini dengan cara baik... tapi kenapa Cik masih nak menghina saya?... Kalau Cik bilang lima ribu ringgit tadi... saya boleh bayar... Cuma saya tak wang itu sekarang... apa kata Cik beri alamat rumah atau nombor telefon Cik supaya kita boleh jumpa untuk selesaikan perkara ni...” balas Zaim dengan hatinya tabah.

“itulah kan... orang cuba ambil kesempatan... tak sengaja tolak... lalu minta nombor telefon atau alamat rumah... kalau kau betul-betul sengkit sangat... cakap jujur saja... tak payah nak jumpa lain hari bagai...” Faiqah mendesak Zaim untuk bayar ganti rugi sekarang.

“baiklah... kalau Cik tak sudi bagi nombor telefon Cik pada saya... ini nombor telefon saya... Cik boleh hubungi saya untuk tuntutan ganti rugi itu... tapi... kalau tak sudi telefon... pun tak apa... saya tak ganggu Cik... lagipun orang macam saya ni tak layak kan... tapi satu perkara saya nak ingatkan Cik... jangan sesekali menilai keburukan orang itu dari luaran... mungkin orang terdekat Cik akan menjadi musuh Cik..” Zaim membuka tangan kanan Faiqah lalu meletakan wang noktah hijau itu serta nombor telefonnya di dalam tangan kanan Faiqah dan mundur dari situ.

“hoi!... tak payah bagi aku ceramah percuma kau!... kalau tak mampu bayar... cakap sajalah!... Ish!...” jeritan Faiqah. Zaim tidak peduli dengan jeritan itu.

Faiqah mula bingit dengan kejadian itu sehingga mulutnya tidak henti mencela Zaim. Faiqah tidak pernah hadapi situasi seperti itu kerana padanya semua lelaki ambil kesempatan atas kekayaannya. Namun begitu, Faiqah hanya berkawan atau hormat orang yang berada dan berharta sahaja.

Apabila Zaim sampai di rumahnya, seperti biasa, Zaim akan peluk dan berbual kepada anak patungnya ketika dirinya berasa sedih dan pilu. Zaim tidak mahu pendam perasaannya terlalu lama kerana ia akan bertukar menjadi dendam. Ibu Zaim pernah nasihatinya bahawa setiap cemuhan dan sindiran orang itu adalah biasa bagi sesama manusia. Ia kadangkala akan menjadi penawar atau racun jika terlalu ambil hati setiap perkataan itu. Justeru, nasihat ibu Zaim adalah untuk luahkan perasaannya terpendam dan bila perasaan itu pergi, seseorang itu akan tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience