Babak 3 - Terpedaya Pada Helah

Romance Completed 17168

6 bulan kemudian.

“Papa... Zali dah pujuk dia untuk kahwin tapi dia masih beri jawapan yang sama... dia kata dia belum bersedia lagi...” kata Ghazali.

“Apa?!... dah berbulan kau dengan dia bersama... kenapa susah kau nak yakinkan dia?...” Encik Rahman mula naik minyak.

“kan Zali dah bilang tadi... dia masih degil untuk berkahwin...” jelas Ghazali.

“Ish... kenapa kau begitu bodoh sangat?... kalau cara ini tak boleh... gunalah cara lain pula...” jawab Encik Rahman.

“macam mana Papa?...” tanya Ghazali sambil mengaru kepalanya.

“kau ini... takkan itu pun... aku nak diajar?... mari sini... aku cakap dengan kau...” Encik Rahman bisik di telinga kiri Ghazali. Ghazali mula tersenyum lebar setelah mendengar rancangan ayahnya itu.

Di pejabat Kak Bibah, Zaim sering mendapat pujaan atas kesungguhan dan kecekapannya oleh Kak Bibah. Walaupun hanya dua musim Kak Bibah mengenal Zaim, dia telah menganggap Zaim seperti adiknya sendiri. Dalam jangka masa ini, Zaim telah mempelajari pelbagai aspek dalam perniagaan tersebut. Ibarat bak pepatah mengatakan, dipandang nampak senang, dicuba bertambah sukar. Pengalaman itu memberi semangat Zaim untuk terus memperbaiki dirinya supaya dia mampu meraih kejayaan di kemudian hari. Zaim teramat bersyukur atas kepujian itu dan Zaim suka mengajar serta mengongsikan pengalamannya pada orang lain.

Tanpa dijangka, seorang gadis masuk di pejabat katering makanan itu lalu bertanya mengenai servis serta pembayarannya untuk buat tempahan bagi menyambut majlis kesyukuran ayahnya itu. Zaim cuba menyorokkan dirinya setelah dia melihat gadis itu mirip dengan kejadian itu. Justeru itu, Zaim cuba menghindari daripada bertemu dengan gadis itu. Malangnya, Kak Bibah sedang sibuk untuk menyelesaikan tempahan bagi pelanggan yang lain dan Zaim terpaksa melayan gadis itu. Sekilas pandangan gadis apabila gadis itu membuka kaca mata hitamnya, dia mula naik minyak.

“Kau?!...” Faiqah meninggikan suaranya.

“oh Cik... ya saya... kenapa?... ada apa-apa boleh saya bantu?...” jawab Zaim.

“mana 5 ribu aku?...” balas Faiqah sambil meminta ganti rugi dari kejadian kelmarin itu.

“oh... yang itu... ingatkan Cik dah lupa?... sebab saya sedang menunggu panggilan dari Cik... tapi tak ada..” jelas Zaim.

“Apa?!... kau nak aku telefon kau?... memang taklah!... kenapa kau tak nak telefon aku saja?... atau kau tak mampu nak bayar?...” kemarahan Faiqah semakin membara.

“maaf Cik... bukan saya tak nak telefon Cik... sebab saya tak ada nombor telefon Cik... bukan ke hari itu... Cik enggan bagi nombor Cik pada saya?...” jawapan yang jujur dari Zaim sambil mengeluarkan sekeping cek dari dompetnya. Faiqah mula terpaku seketika. Zaim pula memberi cek itu kepada Faiqah. Faiqah berasa hairan apabila membaca jumlah wang dalam cek tersebut.

“6 ribu ringgit?... aku minta 5 ribu saja?... kenapalah kau bagi lebih?...” soal Faiqah dan dia ingin penjelasan dari Zaim.

“betul 5 ribu itu untuk pakaian Cik... saya tambah seribu lebih itu untuk kos rawatan Cik... kan Cik terjatuh hari itu... mana tahu... kaki Cik cedera ke atau tangan Cik terluka...” jawab Zaim.

“kau cuba perli aku kan?... kau ingat aku tak mampu bayar kos rawatan untuk diri aku?... kan aku dah bilang pada kau... aku ni anak orang kaya...” Faiqah mula berkata takbur.

“maafkan saya Cik... kalau tersilap kata... saya cuma khuatir kesihatan Cik... memang saya tahu Cik boleh beli atau bayar semuanya... tapi satu perkara saja Cik tak boleh beli... budi orang yang baik... sebab kalau terhutang budi... boleh bawa ke mati...” kata Zaim yang bercampur aduk dengan sindiran. Niat Zaim untuk memberi kesedaran kepada Faiqah. Faiqah hanya membisu sahaja lalu dia beredar dari situ dengan hati yang mendidih.

Di restoran, Rashinah menerima panggilan dari pelanggannya. Bunyi riuh rendah dari panggilan itu membuatkan diri Rashinah kurang selera dan hilang nafsu makannya. Rashinah terus bergegas ke butik rakannya untuk melihat situasi tersebut. Menurut dalam panggilan itu tas tangan wanita itu adalah tiruan dan tidak berjenama. Justeru itu, Rashinah cuba menyiasat perkara itu dan memastikan bahawa barang-barang itu adalah berjenama dan buktikan ia adalah asli.

Kemarahan Faiqah terhadap masih berleluasa sehingga dia lupa membuat pesanan katering itu. Ayahnya menelefonnya dan ingin menempah dari katering itu dan bukan dari katering lain. Faiqah berasa serba salah dan dia masih enggan patah balik ke katering itu disebabkan keegoannya itu. Tiba-tiba, Faiqah menerima panggilan dari Ghazali untuk berjumpa esok petang dan Ghazali akan mengambilnya di apartmen esok tetapi Faiqah mengajak Ghazali untuk bermakan malam dirumahnya esok. Setelah kedua pihak sudah sepakat, Faiqah sangat teruja dengan kedatangan teman lelakinya esok.

Sementara itu, Kak Bibah sedang menyoalkan mengenai pelanggan itu, Faiqah, kepada Zaim di pejabatnya.

“kenapa Kak?... dia cuma tanya harganya saja...” jawab Zaim.

“Zaim... Akak bukan kenal kau semalam tau... Ada staf nampak kau bagi cek kepada pelanggan itu?... itu cek syarikat ke?...” kata Kak Bibah.

“oh... fasal cek itu?... itu cek saya sendiri... kebetulan dia orang yang saya terlanggar dulu... jadi saya cuma bayar ganti ruginya... kenapa Kak?...” jelas Zaim.

“oh macam itu rupanya... cantik pula Akak tengok dia kan... kalau dia jodoh dengan kau pun boleh... nampak sepadan...” Kak Bibah bergurau.

“ish... Akak ini... dia dan saya ibarat langit dan bumi... dia itu anak orang kaya... saya orang biasa saja... lagipun saya pernah ceritakan Akak tentang kehidupan saya... siapalah yang nak saya Kak?...” balas Zaim dengan merendahkan dirinya.

“Zaim... maaflah... Akak cuma gurau je... harap jangan ambil hati ya...” Kak Bibah rasa serba salah. Zaim pun mengatakan bahawa dia tidak berkecil hati dengan gurauan itu.

Pada waktu malam, ketika Zaim sedang cuba melelapkan matanya, dia telah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

“helo... siapa tu?” Zaim bertanya.

“helo... ini Encik tempang itu ke?...” tanya Faiqah.

“ya saya... apa ni Cik Faiqah ke?...” balas Zaim sambil terpinga-pinga dengan panggilan itu.

“betullah tekaan kau itu... besok aku nak kau bawa sampel makanan yang ada dalam katering kau... petang di rumah aku...” tegas Faiqah.

“maaf... itu bukan polisi kami... kalau Cik nak rasa... cuba datang ke pejabat kami...” jawab Zaim.

“kau nak aku saman katering kau atau kau ikut kata aku?...” Faiqah cuba mendesak Zaim.

“kalau aku tak ikut cakap dia... katering akan kena saman... kesian Kak Bibah... nanti nama dia terjejas...” Zaim sedang berfikir dan mengambil keputusan untuk menuruti kemahuan Faiqah. Faiqah pun akan memberi alamat rumahnya lalu meletakkan panggilan itu.

“ish... banyak -banyak katering... kenapa katering si tempang yang Papa suka... tak apa... esok aku akan malukan kau teruk-teruk sebab kau dah memalukan aku dulu... kau tunggu saja esok...” Faiqah memberi senyuman kucingnya.

Setelah itu, Zaim sedang baring di katilnya sambil berfikir apa yang akan berlaku esok. Zaim boleh menelah bahawa Faiqah mempunyai niat kurang baik. Namun begitu, Zaim cuba berfikir secara positif dan tidak prasangka terhadap tingkah laku Faiqah itu.

Pada malam yang sama, Suraya sedang bersenang lenang di sebuah kelab malam sambil meyakinkan dirinya bahawa cita-citanya akan tercapai esok. Dengan keadaan mabuk serta fikirannya dalam dunia khayalan seolah-olah diri Suraya tidak terkawal.

Di rumah Rashinah, fikiran Rashinah terganggu dan dia berasa serba salah untuk memberitahu perkara yang berlaku di butik kepada Faiqah. Rashinah khuatir kalau Faiqah akan salahkan dirinya atas kesilapan itu.

“Patutkah aku beritahu Iqah?... kalau aku bilang dia sekarang... tentu dia akan panik...” fikiran Rashinah makin kusut.

Keesokan harinya.

Apabila Faiqah sampai ke butiknya, Rashinah enggan beritahu tentang masalah pelanggannya dan bertekad untuk menyelesaikan masalah itu bersendirian. Faiqah tidak syak apa-apa pun dengan rakan kongsinya itu.

Sementara itu, Dato Saidun tidak sengaja menjatuhkan segelas cawan semasa sedang meminum kopi. Dato Saidun mula teringatkan anaknya dan berharap bahawa Faiqah akan menempah katering Bibah itu.

Di pejabat katering, Zaim tidak rasa selesa jikalau dia tidak beritahu kepada Kak Bibah mengenai hal semalam. Kalau diikutkan hati Zaim yang terluka dengan kata-kata sinis dari Faiqah, Zaim bangkang untuk pergi ke rumah Faiqah. Namun, Zaim masih waras dan tidak mahu reputasi katering Kak Bibah terjejas akibat perbuatan Faiqah, dia sanggup pergi ke rumah Faiqah nanti. Kak Bibah faham perasaan Zaim dan dia bersetuju dengan cadangan Zaim itu.

Di rumah Encik Rasyad, naluri seorang ibu terhadap anaknya tidak ternilai kerana hati Puan Hasnah kurang tenang seolah-olah ada sesuatu akan berlaku kepada Zaim. Justeru itu, Puan Hasnah menyarankan Encik Rasyad untuk menjenguk anaknya di rumah Zaim selepas habis kerja nanti. Pada mulanya Encik Rasyad tidak mahu mengikut saran isterinya itu sebab dia ingin memberi ruang untuk Zaim dan tidak mahu menganggu anaknya. Tapi di sebaliknya, Encik Rasyad akan melawat anaknya pada petang nanti untuk memuaskan kehendak Puan Hasnah agar isterinya tidak terlalu risaukan Zaim.

Sejurus di kawasan yang sunyi, seorang lelaki sedang memberi satu bungkusan yang berukuran seuncang kecil kepada Ghazali dan Ghazali menukar bungkusan itu dengan sekeping sampul surat yang berisi cek. Lelaki itu pun beredar dan Ghazali bersenyum lebar sambil mencium bungkusan itu.

Di butik, Faiqah pulang awal sedikit pada waktu 3 petang sebab dia mahu menyiapkan juadah untuk teman lelakinya itu yang akan tiba pada waktu 6 petang nanti. Keghairahan Faiqah untuk membuat persiapan itu kerana dia sudah bersedia untuk berkahwin dengan Ghazali. Justeru itu, dengan menyediakan makan malam, ia akan memberi kenangan indah tentang cinta Faiqah dan Ghazali.

Manakala di pejabat Katering itu, Zaim masih teragu-ragu untuk pergi ke tempat Faiqah kerana dia segan pergi rumah orang tambahan pula rumah gadis.

“Zaim... kau pergi saja... setakat kasi sampel makanan saja... kau jangan risau tak ada apa-apa yang berlaku...” Kak Bibah memberi keyakinan kepada Zaim.

“Saya faham Kak... tapi dia tu perempuan... risau pula pergi rumah anak dara... apa kata Akak ganti tempat saya?...” kata Zaim sambil menganggukan kepalanya kepada Kak Bibah.

“maaflah Zaim... Akak kena jemput suami Akak dengan anak Akak... kau pergi saja... nanti kalau orang lain pergi... Akak takut dia akan saman kita... sebab perjanjian itu antara kau dan dia kan... jangan risau... kalau apa-apa berlaku... telefon saja Akak... okey?...” Kak Bibah cuba menenangkan Zaim lalu dia terus beredar dari situ untuk menjemput suami dan anaknya.

Hampir 6 petang dan loceng pintu rumah Faiqah berbunyi. Faiqah membuka pintu itu dan dia amat teruja melihat kekasihnya sudah sampai. Dengan membiarkan pintu rumah terbuka, Faiqah mempelawa Ghazali masuk untuk bermakan malam.

Mereka berdua pergi ke meja makan dan Ghazali kelihatan kurang selesa dengan Faiqah tapi dia terpaksa berpura-pura berasa gembira di hadapan Faiqah. Di atas meja makan, sudah tersedia makanan barat serta minuman jus seolah-olah mereka berada di restoran. Ketika Faiqah sedang pergi ke dapur sambil mengambil dua mangkuk untuk pencuci mulut, Ghazali membuka bungkusan kecil lalu menuangkan ke dalam minuman Faiqah dan bergerak semula ke kerusinya sekilas melihat Faiqah berjalan ke arah meja makan. Setelah itu, Faiqah mula terasa dahaga lalu dia minum jus mangganya sebelum mula dengan makanan malam mereka.

“Sayang... sebelum kita makan... saya ada benda nak bilang pada awak...” kata Faiqah.

“oh... ya ke sayang?... apa dia?...” soal Ghazali.

“sebenarnya... sebenarnya... saya... dah...” fikiran Faiqah terhuyung hayang lalu dia rebah. Ghazali tersenyum lalu dia mengangkat Faiqah ke sofa. Ghazali cuba memberitahu orangnya untuk menelefon Ahli Pencegah Maksiat sejam kemudian setelah dia menjamah tubuh Faiqah.

Beberapa minit kemudian, Zaim sampai ke arah tujuannya. Zaim ternampak pintu rumah Faiqah terbuka luas lalu dia memasuk ke dalam memastikan bahawa Faiqah sedang menunggu kehadirannya.

Sejurus Zaim melangkah ke dalam, Zaim melihat kelibat lelaki cuba membuka baju Faiqah lalu dia menjerit.

“Oh!... kau siapa?!...Apa kau nak buat ini?!...” Zaim bertanya.

Ghazali mula rasa cemas lalu dia berlari ke depan sambil menolak Zaim untuk melepaskan dirinya. Zaim terjatuh di lantai dan bekal makanan sampelnya pun pecah dan berkecah di lantai. Zaim pun menanggalkan jaketnya lalu menutup badan Faiqah yang hampir terdedah itu. Zaim pun cuba bangunkan Faiqah dengan pelbagai cara seperti meringis air di muka Faiqah, menampar pipi Faiqah dengan perlahan dan menolak menarik dari tangan kanan Faiqah tetapi Faiqah masih tidak sedarkan dirinya. Kemudian, Zaim berjalan ke depan pintu untuk meminta pertolongan. Tiba-tiba ayah Zaim menelefon Zaim untuk bertanya sama ada dia berada dalam rumahnya atau tidak.

“Maaf... Bapa... Zaim ada di rumah pelanggan... nanti Zaim balik...” kata Zaim.

“rumah pelanggan?... lelaki ke perempuan?... kenapa nak pergi ke rumah pelanggan?... kan boleh buat di pejabat saja?...” tegur Encik Rasyad. Zaim membisu seketika untuk berfikir alasan apa yang boleh diulas kepada ayahnya.

“Maaf... kami dari jambatan Ahli Pencegah Maksiat... kami mendapat aduan bahawa ada lelaki dan perempuan bukan mahram berada di rumah berdua-duaan saja...” salah seorang dari ahli pencegah maksiat itu cuba menerangkan kehadiran mereka. Gugur semangat Encik Rasyad apabila mendengar perbualan itu dari telefon pintarnya. Encik Rasyad mula meninggikan suaranya untuk mendapat penjelasan dari Zaim. Zaim terpaksa menghentikan panggilan itu lalu cuba menerangkan kepada Pencegah Maksiat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience