Babak 12 – Dendam Tanpa Henti

Romance Completed 17168

Sebulan kemudian.

Sewaktu Faiqah ingin sedang menuju ke tempat kereta untuk pulang, kepala Faiqah mula berputar dan pandangannya semakin pudar lalu dia rebah. Mujurlah Rashinah sempat nampak kawannya itu apabila dia sedang memberi kunci rumah Faiqah oleh kerana Faiqah tertinggal di butik. Dengan keadaan Faiqah yang lemah itu, Rashinah menelefon ambulans dan juga Zaim.

Gugur jantung Zaim apabila mendengar berita yang kurang baik itu. Zaim pun menghentikan kerjanya lalu bergegas ke lokasi hospital yang dikongsikan oleh Rashinah.

Zaim tidak mampu berfikir dan dia hanya mahu tahu keadaan Faiqah. Setelah sampai di hospital, Zaim menanyakan Rashinah terhadap isterinya itu.

“sabar dulu Zaim... Iqah baru saja masuk ke dalam bilik kecemasan... kita tunggu bila doktor keluar dari bilik itu...” jelas Rashinah. Perasaan Zaim kurang tenang dan dia berjalan ke hulu dan ke hilir sehingga pintu bilik kecemasan itu terbuka dan doktor pun melangkah ke arah Zaim.

“Maaf... ini suami Puan Faiqah?...” tanya Doktor Farah.

“Ya saya Zaim... suami Puan Faiqah... kenapa dengan isteri saya doktor?... “ tanya Zaim.

“Encik Zaim tak perlu risau... kadar gula isteri Encik sangat rendah dan tekanan darahnya pun rendah... sekarang isteri Encik perlu berehat... dan saya sarankan Encik... supaya jangan bagi Puan Faiqah melakukan kerja yang berat... sebab...”

“sebab apa Doktor?...”

“sebab... Isteri encik sedang mengandung... sudah 3 minggu... tahniah Encik...” jelas Doktor Farah.

Wajah Zaim yang muram itu telah menjadi ceria. Doktor pun telah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Zaim mula terenjut-enjut kakinya oleh kerana dia berjalan terlalu pantas untuk berjumpa dengan isteri yang dikasihi. Rashinah pun menyusul Zaim dari belakang agar dia boleh melihat kawan baiknya di situ.

Di pinggiran hutan, terdapat satu persembunyian di mana Encik Rahman dan Suraya sedang berbincang. Pengintip Suraya telah memberitahunya bahawa Faiqah sedang berbadan dua dan ini adalah masa yang sesuai untuk menghancurkan keluarga Saidun. Encik Rahman pula memanggil semula Kelly untuk merancang satu penculikan dengan segera. Suraya bangkang dengan idea tersebut sebab Zaim masih bersama Faiqah. Encik Rahman mula naik minyak seolah-olah dirinya ibarat lembu dicucuk hidung. Lantaran itu, Encik Rahman mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Suraya. Suraya memberi amaran kalau apa-apa berlaku pada Encik Rahman dan konco-konconya, Suraya tidak bertanggung jawab. Bagi Suraya, Encik Rahman adalah seorang mat jenin yang suka berangan tapi tidak mahu bertindak dan jika beliau bertindak, ia seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Oleh itu, tidak rugi apa-apa kalau Suraya harus melakukan rancangannya sendiri.

Di rumah Zaim.
Setelah melakukan solat Isyak, Zaim berdoa kepada yang Esa agar memberi isteri dan keluarganya perlindungan dan rahmat dari yang Esa.

Di sudut wajah Faiqah, ada sesuatu yang sedang berlegar di fikirannya sambil memandang ke satu arah dengan lama. Sekilas pandang wajah isterinya, Zaim dapat menelah bahawa ada sesuatu yang merunsingkan di minda isterinya.

“Jauh termenung... Neera sedang fikir apa?...” tanya Zaim sambil menyentuh bahu kanan Faiqah. Badan Faiqah mula bergetar dan matanya mula berpaling ke Zaim.

“oh... Abang... tak... Neera cuma risaukan kesihatan Papa...” balas Faiqah sambil menunduk ke bawah dengan perasaan runsing.

“Neera... Janganlah Neera sedih hati... kita berdoalah semoga Papa cepat sembuh... lagipun Neera sedang mengandung... tak baik kalau Neera fikir banyak...” nasihat Zaim sambil menyentuh perut Faiqah.

Faiqah mula menyandar di bahu kiri Zaim dan Zaim pula membelai kepala Faiqah. Setelah itu, pasangan tersebut terus ke dapur untuk makan malam. Zaim sering memasak lauk kegemarannya , iaitu rendang paru, sehingga ia telah menjadi makanan kesukaan isterinya.

“ Neera suka rendang ini... siapa yang ajar Abang masak?” soal Neera sambil meramas daging paru.

“oh... rendang ini Abang belajar dari Mak Abang... tapi Abang cuma ubah mengikut cita rasa Abang...” jelas Zaim sambil menambah sayur di pinggannya. Faiqah mula bertanya mengenai kehidupan Zaim sebelum ini. Zaim hanya memberi senyuman manis kepada Faiqah. Mereka berdua pun santap dan keadaan persekitaran agak janggal. Faiqah cuba menanya lagi. Zaim pun meletakkan cawan minumannya di meja lalu dia pergi ke tangki untuk mencuci tangan dan pergi ke biliknya.

Pada awalnya, Faiqah mula rasa bingit sebab dia tidak dapat jawapan dari suaminya. Namun begitu, Faiqah cuba mengawal emosinya dan mengalah untuk memujuk Zaim. Faiqah mengemas dan mencuci pinggan mangkuk lalu dia melangkah ke bilik Zaim.

Bila Faiqah membuka pintu itu, dia ternampak Zaim sedang termenung panjang sambil memegang surat status kesihatannya itu. Faiqah mengerakkan kakinya secara perlahan lalu dia menyentuh bahu kanan Zaim.

“Abang, Neera minta maaf... kalau soalan Neera telah buat Abang rasa tersinggung. “ ujar Faiqah. Zaim memegang tangan Faiqah dan menarik perlahan ke hadapan.

“Neera... Abang bukan tersinggung dengan soalan Neera tadi... Cuma kehidupan Abang dulu agak membosankan... jadi Abang malu nak berbual fasal kehidupan Abang yang lalu...” Jelas Zaim. Faiqah mendongakkan kepalanya sambil melihat raut wajah Zaim lalu memujuknya.

“Abang tak perlu risau.... kalau Abang dengar kehidupan Neera dulu pun tentu Abang rasa bosan... tolonglah Abang... ceritakan kehidupan Abang...” ujar Faiqah. Dengan pujuk rayuan isterinya itu, Zaim pun menceritakan kisah silamnya itu.

“baiklah... sejauh mana Neera tahu tentang Abang?...” soal Zaim.

“hmm... mungkin setakat apa yang Abang beritahu Neera kelmarin... yang lain, Neera tak pasti ...” balas Faiqah sambil mengaru kepalanya. Zaim memberi cubitan lembut di hidung Faiqah lalu dia mula bercerita tentang kisah silamnya.

“okey... sejak kemalangan itu... Abang telah menjadi seorang yang pendiam... Abang merasakan bahawa diri Abang tidak berguna lagi...?”

“eh... kenapa Abang rasa begitu... bukankah Abang telah selamatkan Neera dulu...” Faiqah bingung.

“bukan itu yang Abang maksudkan... macam begini... ayah Abang nak Abang jadi salah satu dari pegawai seragam seperti... pegawai polis, tentera askar, ahli bomba dan lain-lain... oleh kerana kaki kiri Abang bermasalah, permintaan ayah Abang tidak tercapai... dia mula menganggap bahawa Abang tak ada masa depan... jadi selepas pembelajaran di sekolah menengah, Abang mengambil keputusan untuk belajar di KL secara bersendirian... “

“kesiannya... jadi... apa Abang buat selepas itu?...” Ghairah Faiqah.

“Abang cari kerja sambilan untuk menampung kos perbelanjaan yuran universiti... dan Abang belajar sendiri... setelah itu... Abang jadi yang mana Abang ceritakan kat Neera...” tambah Zaim.

“itu saja ke?... cepat sangat...?...” Faiqah mula tercengang.

“Kan Abang dah cakap tadi... kehidupan Abang dulu sangat membosankan... “ jelas Zaim.

“habis tu... takde lagi?... takkan begitu je?...” tanya Faiqah. Zaim mula menguap.

“Abang rasa ngantuk ini... kita sambung cerita lain hari ya... lagipun besok kita kerja kan...” Zaim pun merangkak di tilam ke hujung tepi lalu dia baring sambil memejamkan matanya. Faiqah pula memadamkan lampu dan terus baring di samping Zaim.

Pada keesokan harinya, Kak Bibah sedang berbadan dua, merupakan anak sulungnya, dan dia tidak larat pergi ke Kelantan untuk menghantar tempahan bufet pada majlis ulang tahun syarikat yang terkenal di Kelantan. Majlis itu akan di buat secara dua hari berturut-turut dan ia akan diadakan pada hujung minggu ini. Justeru itu, kak Bibah menyuruh Zaim untuk menggantikan tempat kak Bibah dan menguruskan segala perancangan majlis tersebut.

Zaim tidak memberi kata putus kerana dia perlu berbincang dengan isterinya yang sedang berbadan dua. Kak Bibah faham akan situasi Zaim dan oleh itu, dia memberi Zaim masa untuk bincang isterinya. Kak Bibah hanya percaya dengan Zaim dan berharap sangat kalau Zaim boleh membantunya. Dalam perbualan itu, ada seseorang, yang memakai baju hoodie berwarna kelabu, berseluar panjang hitam dan pelitup muka hitam, sedang mencuri dengar.

Di Ofis Encik Rahman.

Encik Rahman sedang menelefon konco-konconya untuk mendapat maklumat dari musuhnya supaya dia boleh bertindak mengikut perancangannya itu.

“aku mesti dapatkan harta itu!... “ ujar Encik Rahman sambil meletakan telefon pintarnya di mejanya.

Di butik Faiqah.

Semasa Faiqah sedang mengira stok barang begnya di rak beg, Rashinah perlahan melangkah di belakang Faiqah lalu dia menerkap bahu Faiqah.

“kus semangat.... Shinah... kau takde kerja lain ke... asyik nak usik aku je...” teriak Faiqah sambil cuba memukul Rashinah dengan perlahan. Rashinah mengelak dari pukulan itu lalu bibirnya tersengih sambil kepalanya goyang atas bawah.

“sori la beb... aku kacau manja je... tapi... lucu betul dengan reaksi kau tadi...” tersipu-sipu dengan gelakkan Rashinah itu.

Faiqah pun mula muncung lalu dia berjalan ke ofisnya. Rashinah hanya memberi kejutan kepada kawannya dan tidak sangka lain pula yang dijadinya. Rashinah bergegas di tempatnya untuk mengambil sebongkah hadiah lalu dia pergi ke ofis Faiqah untuk disembahkan kepada Faiqah. Melihat Faiqah sedang termenung jauh, Faiqah mengetuk pintu untuk memberi perhatian.

“boleh aku masuk?... “ Rashinah bertanya sambil memandang raut wajah Faiqah.

“Oh kau rupanya... masuklah... “ Faiqah menukar posisinya sambil mengesatkan air matanya. Rashinah pun berasa hairan.

“kenapa dia tiba-tiba sedih?... cari aku buat dia terkejut sangat agresif ke?...” soalan yang berlegar di minda Rashinah.

“Iqah... Kau okey ke ni?.... sori lah kalau aku terbuat salah... “ soal Rashinah.

“ish.. takde lah bukan fasal itu pun Shinah... aku... aku... aku... sebenarnya... risau kan bapa aku... rasa macam nak tinggal dengan dia seminggu dua... tapi aku takut kalau Abang Zaim tak setuju...” jelas Faiqah dengan nada yang rendah.

“la... itu masalahnya.... kau buat aku suspens je... menurut aku kan... Zaim boleh bertimbang rasa... jadi aku boleh jamin dengan kau ... dia tentu setuju dengan keputusan kau itu...” nasihat Rashinah.

“apa yang kau bawa itu?... “ Faiqah bertanya apabila terlihat ada barang tersembunyi di kiri Rashinah.

“Oh barang ni... ini untuk kau... hadiah dari aku...” Rashinah memberi hadiah itu kepada Faiqah. Dengan perasaan teruja, Faiqah membuka hadiah itu.

“Wow... cantiknya... pakaian bayi... terima kasih Shinah...” wajah Faiqah bertambah seri apabila melihat 2 set pakaian bayi itu.

“Sama-sama... aku tahu ini terlalu awal... tapi aku cuma nak kau bahagia... “jelas Rashinah.

Faiqah bangun dari kerusinya lalu bergerak ke arah Rashinah dan memeluk Rashinah dengan perasaan yang terharu. Setelah itu, mereka berdua menyambung semula kerja mereka masing-masing.

Hari semakin gelap, Zaim pun hampir sampai di rumahnya sementara Faiqah sedang menghidangkan makan malam di dapur. Kerja Zaim hari ini sangat banyak dan dia harus berjumpa 5 klien untuk menyelesai projek cadangan demi meyakinkan kliennya untuk mengekalkan perkhidmatan di syarikatnya agar tidak menukar syarikat lain.
Faiqah kini memahami situasi Zaim dan oleh itu, dia cuba memasak. Zaim tersenyum sipu apabila melihat makanan di meja itu. Penat, lelah dan letih sudah hilang setelah memandang wajah isterinya itu.

Selepas waktu Isyak, Faiqah ingin berbincang sesuatu dengan Zaim . Mereka berdua pun menuju ke biliknya untuk bincang. Faiqah memulakan dengan perbincangan itu. Faiqah memberitahu bahawa dia ingin tinggal di rumah ayahnya dalam beberapa minggu untuk menghabiskan masa dengan ayahnya. Zaim hanya setuju sebab dia faham dengan keadaan kesihatan ayah mertuanya itu. Kemudian, Zaim memberitahu bahawa dia akan pergi di Kelantan pada hujung minggu ini untuk menggantikan Kak Bibah. Wajah Faiqah mula berubah. Zaim hanya meyakinkan Faiqah bahawa dia akan pulang dengan segera apabila selesai acara itu.

Setelah dipujuk dengan isterinya, Faiqah akhirnya setuju dan mereka berdua pun melelapkan mata merekanya masing-masing.

Tiga hari kemudian.

Rashinah sedang menunggu Faiqah di restoran untuk menemani Faiqah pulang ke rumah ayah Faiqah. Faiqah akan menyusul ke restoran setelah Zaim selamat berangkat dan perjalanan ke Kelantan.

Di apartmen Zaim.

“Abang pergi dulu... Neera jaga diri ya...” ujar Zaim sambil mengucup di dahi Faiqah.

“Baik Abang... Abang pun sama tau... “ Faiqah pun menyalam suaminya sambil lambai ke arah Zaim.

Setelah itu, Faiqah pun menutup dan mengunci pintu pagar dan mula bergegas ke restoran kegemaran. Rashinah sebenarnya ingin jumpa Faiqah di apartmennya sebelum ke restoran. Oleh kerana restoran tersebut itu penuh dengan pelanggan, Faiqah menyuruh Rashinah untuk pergi ke restoran itu dulu agar mereka mendapat tempat duduk. Tambahan pula, Faiqah teringin makan stik daging lembu dan Rashinah pun tidak mahu menghampakan permintaan rakannya yang sedang berbadan dua itu.

Apabila Faiqah sampai ke restoran itu, Rashinah menyambutnya dengan hati terbuka dan Faiqah pun duduk berhadapan Rashinah. Faqiah melihat sepiring plat panas dialas dengan pinggan kayu serta semangkuk kecil untuk kentang lenyek. Wap-wap dari plat panas itu telah mengharumi aroma lada hitam di sekitar Faiqah. Selepas makan, Rashinah dan Faiqah berundur dari restoran dan menuju ke kereta Rashinah di tempat meletak kereta.

Semasa berjalan ke kereta Rashinah, tanpa disedari, ada sebuah van menuju ke arah Faiqah. Van itu berhenti di hadapan Faiqah dan Rashinah semasa mereka hendak memasuki kereta Rashinah. Tiga orang penculik, yang memakai pelitup muka dengan sarung kepala berserta pakaian serba-serbi hitam, dari van itu bergegas turun untuk menangkap Faiqah. Rashinah mula menjerit tetapi mulut di tutup oleh salah seorang dari tiga penculik itu dan terhidu bau ‘styrofoam’ lalu matanya mula lelap dan suara jeritan itu menjadi sayu.

Setelah berjaya meletakan Faiqah di dalam van tersebut, Van itu mula beredar dari situ dan membiarkan Rashinah pengsan di lantai. Setelah 20 minit kemudian, salah seorang dari pegawai sekuriti itu telah menjumpai seorang gadis terbaring di lantai dengan tidak menyadarkan diri semasa dia sedang bertugas untuk memantau di seluruh tempat letak kereta pada setiap tingkat. Rashinah kemudian dihantar ke hospital untuk dirawat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience