Babak 6 – Menanggung Beban Besar

Romance Completed 17168

3 bulan kemudian.

“Neera... kenapa Neera selalu mengelak dari abang?...” tanya Zaim sambil memegang tangan kanan Faiqah.

“sudahlah... tak perlu nak prihatin sangatlah... kau dah tahu kan aku tak cintakan kau... kau lupa ke perjanjian kita dulu?... kau buat hal kau... aku buat hal aku...” balas Faiqah.

“sampai Neera nak buat abang macam begini?... abang ini kan suami Neera... kalau Neera ada masalah... boleh kongsi pada abang...” saran Zaim.

“apa?... masalah?... oh ada masalah... masalahnya adalah kau... kau ingat aku suka nak mengaku kau suami aku?... sudahlah berjalan tempang... berdiri tak seimbang... ada anak patung pula itu.. kalau kita jalan berdua... malu tau... kau ingat baik-baik... aku kahwin dengan kau sebab pilihan Papa... bukan aku sukakan kau... jadi tak payahlah nak nasihatkan aku bagai...” Faiqah masuk ke dalam biliknya. Zaim hanya terpaku dan berfikir apa yang harus dia lakukan untuk menambat hati isterinya.

Zaim masuk ke biliknya lalu duduk di katilnya. Zaim mengambil anak patungnya sambil meluahkan perasaannya itu.

“Pooh... kau tahu tak... aku sangat gembira bila mendengar suara isteriku... walaupun bukan penyampaian yang aku hiraukan... suara isteriku yang sukar di dengar... aku tahulah aku bukan suami idaman wanita... tapi aku akan berusaha untuk pertahankan perkahwinan ini... kau rasa apa perlu aku buat?...” luahan Zaim sambil memeluk anak patung itu.

Di bilik Faiqah.

“ish... dah beberapa bulan tak tegur sapa... kenapa hari ini nak bertanya bagai?... aku hairan kenapa Papa belum serahkan hartanya pada aku?... bukan ke aku akan dapat harta-harta itu selepas berkahwin... tapi sampai sekarang belum dapat... kalau tak aku dah boleh minta cerai dari dia... aku pun bodoh sangat.. buat perjanjian yang lama itu...” ulas Faiqah dengan perasaan yang menyebalkan sambil memukul bantalnya.

3 bulan sebelumnya, selepas berkahwin.

Pengantin baharu itu masuk ke dalam bilik berduaan pada malam pertama. Zaim memegang kedua-dua tangan Faiqah lalu berterima kasih sebab terima Zaim sebagai suami. Senyuman manis Faiqah berubah menjadi bengis lalu dia melepaskan pegangan itu.

“apa suami?... kau ingat aku terima lelaki tempang macam kau sebagai suami?... aku kahwin dengan kau sebab Papa aku suruh...” tegas Faiqah.

“apa maksud awak?... saya cuba nak berbaik dengan awak... tak boleh ke kita cuba?... lagipun awak sudah jadi isteri saya... jadi tanggung jawab saya untuk menjaga awak...” kata Zaim.

“tak payah!... aku boleh jaga diri aku sendiri... sekarang aku nak buat perjanjian dengan kau...” ulas Faiqah.

“perjanjian?... untuk apa?...” Zaim bertanya.

“baiklah... perjanjian ini adalah mengatakan bahawa... aku hanya berkahwin dengan kau selama setahun... kalau dalam tempoh itu kau mampu menambat hati aku... perkahwinan ini akan diteruskan... kalau tak... selepas setahun... kita berpisah... sepanjang perkahwinan ini... aku nak kau bawa aku tinggal di rumah kau... aku tak nak Papa tahu yang aku tak ada hati dengan kau... kau juga mesti sediakan satu bilik untuk aku... kita tidur berasingan... dan terakhir... aku nak kau buat hal kau dan aku buat hal aku... tak payah kau nak ambil tahu ke mana dan siapa aku jumpa... anggaplah kita tinggal sebagai rakan serumah saja... macam mana... kau setuju tak?...” jelas Faiqah.

Sekarang.

Faiqah terus tidur setelah melepaskan kemarahannya itu.

Sejak Zaim berkahwin dengan Faiqah, kehidupan Zaim sangat berubah. Zaim sudah mengambil alih syarikat ayahnya dan juga masih bekerja di katering Kak Bibah. Manakala Faiqah sedang memperbaiki bisnes butiknya sehingga perniagaannya mampu bertahan. Sepanjang perkahwinan itu, Zaim dan Faiqah tidak bertegur sapa dan mengambil haluan masing-masing. Sedegil-degil Faiqah itu, Faiqah masih kekal dengan batasnya dan tidak pernah berbuat kegiatan yang kurang senonoh. Selepas bekerja, mereka berdua terus balik rumah.

Zaim cuba mengajak makan bersama atau keluar berjalan-jalan bersama, tetapi Faiqah menolak pelawaan itu. Pelbagai cara untuk menambat hati isterinya, namun di sebaliknya, Zaim diberi celaan dan cemuhan oleh isterinya itu. Zaim tidak berkecil hati malah, dia berusaha gigih untuk mempertahankan perkahwinannya itu.

Faiqah pula membencikan Zaim sebab dia beranggap bahawa Zaim cuma menginginkan harta ayahnya itu dan tidak ikhlas mengahwinkannya. Sampai sekarang Faiqah masih tertanya-tanya kejadian yang berlaku dirumahnya dulu dan siapakah yang ingin menjatuhkan maruahnya. Justeru itu, semua hadiah atau habuan dari Zaim, Faiqah menolak barang-barang itu. Tetapi hadiah dan habuan yang bukan dari suaminya itu, Faiqah menerimanya dengan rela hati.

Sebenarnya hadiah dan habuan itu di butik Faiqah adalah dari Zaim dan Zaim terpaksa menggunakan nama ‘jejaka idaman’ setiap akhir ucapan itu supaya Faiqah boleh terima hadiah itu. Zaim sangat bersyukur apabila Faiqah menerima semua barang-barang Zaim. Pada fikiran Faiqah, Ghazali yang memberi hadiah-hadiah itu kepadanya dengan sulit.

“Neera... siapa bagi Neera hadiah-hadiah itu?...” soal Zaim untuk memulakan percakapan itu.
“dari orang istimewa... kau buat apa nak ambil tahu?...” jelas Faiqah sambil menutup pintu biliknya. Zaim hanya tersenyum sipu.

Seminggu kemudian.

“Zaim... kau ini dah kenapa?... Akak tengok Zaim... asyik termenung saja... kenapa?...”tanya Kak Bibah.

“tak ada apa-apa Kak... Zaim sedang fikiran hadiah untuk hari jadi isteri Zaim...” jelas Zaim.

“Zaim... Akak bukan nak masuk campur dengan rumahtangga kau... Cuma Akak nak pesan... Zaim ini suami... mesti perlu tegas dengan isteri... berdosa tau kalau suami isteri tak bertegur sapa... lagipun kalau ada masalah... cuba selesaikan elok-elok... Akak tak suka tengok kau ke timur... isteri kau ke barat...” pesan Kak Bibah.

“Akak... Zaim faham tapi... biarlah Zaim cuba dengan cara Zaim sendiri... sebab kekurangan seorang isteri itu adalah sama dengan kekurangan seorang suami... jadi... Zaim perlu memperbaiki diri Zaim dulu sebelum perbaiki isteri Zaim...” kata Zaim.

“kau ini baik sangat... sampai orang pun mengambil kesempatan... baiklah... kalau begitu keputusan kau... Akak sokong kau... dan doakan kau semoga jodoh kau dan Faiqah berpanjangan hingga ke Jannah...” balas Kak Bibah. Zaim pun berterima kasih dengan pesanan Kak Bibah itu.

Dalam proses perdamaian antara Faiqah dan Zaim, dendam Encik Rahman semakin membara. Encik Rahman tidak mahu berganjak atau berundur selagi beliau belum peroleh seluruh harta dari Dato Saidun.

Encik Rahman sedang mengupah orang untuk menangkap Faiqah menjadi bahan tebusan. Namun membuat perkara itu sangat sukar. Faiqah jarang keluar bersendirian dan waktu kerja adalah satu-satunya peluang untuk mereka tetapi kawasan butik Faiqah dikelilingi dengan kedai-kedai lain dan terkawal.

Sudah banyak kali Encik Rahman cuba merancang penculikan itu tetapi gagal seolah-olah Faiqah itu mempunyai pendinding diri. Zaim sangat merisaukan keselamatan Faiqah sebab baru-baru ini ada orang sedang memperhatikan Faiqah dari jarak jauh. Zaim pernah nampak orang yang mencurigakan apabila dia sedang melihat isterinya dari jauh. Oleh kerana Zaim malas bertengkar dengan isterinya, Zaim cuba berwaspada sambil mencari jalan untuk memastikan keselamatan isterinya terjamin.

Keesokan harinya, hari jadi Faiqah.

Selepas makan tengah hari dengan Rashinah, penghantar hadiah pun sampai lalu memberi bungkusan hadiah itu kepada penerima. Senang hati Faiqah apabila menerima hadiah itu. Zaim dari jarak jauh mula tersenyum sipu setelah memandang isterinya mengambil hadiahnya itu. Zaim pun mesej isterinya untuk balik awal selepas kerja dan Faiqah hanya balas sepatah saja. Riang di hati Zaim dan Zaim pun bergegas ke rumahnya untuk buat persiapan bagi kejutan hari jadi isterinya.

Namun malangnya, Faiqah tidak pulang ke rumah Zaim. Zaim sedang menunggukan isterinya sehingga hari sudah larut malam. Zaim cuba menelefon dan mesej tapi tidak jawab atau balas dari isterinya. Namun begitu, Zaim tetap menunggu kepulangan isterinya itu. Zaim membaringkan kepalanya di atas meja makan sambil menunggu sehingga dia terlelap matanya.
Apabila matahari sedang terbit, Faiqah mula membuka pintu rumah Zaim lalu dia masuk ke dalam. Faiqah mula terpegun apabila melihat dekorasi kejutan hari jadi yang sangat indah itu.

“Wow... cantiknya... biar betul dia buat semua ini?... “ Faiqah berfikir. Faiqah melangkah perlahan sambil melihat kecantikan dekorasi dengan teliti. Sekilas sampai di meja makan, Faiqah mula terharu apabila memandang Zaim sedang tidur di situ.

“dia pun masak makanan kegemaran aku?... alah... mungkin Papa bilang dia semua tentang diri aku... tapi... kenapa dengan aku ini?... adakah perasaan aku mula berubah?... kesian pula aku lihat dia terbaring di sini... mungkin ke aku mula jatuh cinta?... oh... tidak... tak mungkin... atau ini cuma perasaan simpati sebab dia dah buat ini semua untuk aku?... Aahhh... bingungnya aku?... “ pelbagai soalan di fikiran Faiqah sambil membuka tudung salji. Zaim terjaga dari tidur.

“Oh... Neera dah balik?... maaf... Abang terlelap tadi... Neera dah makan?...” Zaim bertanya.
“oh... dah makan... tadi aku pergi ke rumah Papa... dan tidur disana... kau belum makan lagi?...” balas Faiqah.

“belum makan... nanti Abang makan... sekejap ya... Abang ada sesuatu nak berikan untuk Neera...” Zaim bangun dari kerusi itu lalu dia pergi ke biliknya untuk mengambil hadiah Faiqah dan memberinya.

“apa ini?... tak naklah... kau ambil balik...” Faiqah pulangkan hadiah itu kepada Zaim.

“Neera... Abang tahu Neera tak sudi menerima hadiah Abang... tapi tolonglah... kali ini saja terima hadiah Abang... sebab ini hadiah hari jadi Neera yang pertama dari Abang... tolonglah terima...” Zaim memegang tangan Faiqah dan meletakkan hadiah di tangan Faiqah. Oleh kerana Faiqah melihat kesungguhan dan simpati pada Zaim, Faiqah menerima hadiah itu lalu berterima kasih dengan nada yang perlahan dan masuk ke bilik Faiqah.

Di bilik Faiqah, semasa Faiqah duduk di katil sambil membuka hadiah itu. Dalam kotak hadiah itu adalah seutas rantai emas berbentuk hati dengan ukiran abjad ‘F’ dan ‘M’. Faiqah menutup hadiah itu lalu letakan di katil. Tiba-tiba, sekeping surat telah melayang ke lantai. Faiqah mula membongkokkan badannya lalu mengambil surat itu. Faiqah kembali semula di katil sambil membaca isi kandungan surat tersebut.

“Selamat Hari Jadi Neera!

Abang tahu Neera mungkin tidak selesa dengan ucapan Abang itu. Abang minta maaf kalau Abang bukan suami idaman Neera. Abang tidak kecil hati sebab banyak kekurangan Abang untuk diperbetulkan. Walaupun kita jarang bertegur sapa, tapi Abang sangat gembira bila tiap kali Neera mengeluarkan suara Neera. Kalau Neera tidak sudi terima hadiah Abang dulu, tapi kini Abang harap Neera sudi terima hadiah Abang yang tidak seberapa ini. Apa-apa pun, Abang akan selalu mendoakan Neera panjang umur dan murah rezeki. Terima kasih sebab sudi membaca surat ini.

Dari Zaim , Suami Tempang.” Tanpa disedari, air mata Faiqah mengalir berterusan apabila membaca surat itu.

“ya Allah... apa aku dah buat ini?... aku ini kejam ke?... dia bersusah payah untuk meraikan hari jadi aku... tapi satu pun aku tak menghargai usaha dia... kenapa aku teruk sangat?... sekarang aku mula rasa serba salah... ish... malunya aku ini... tak tahu macam mana nak minta maaf dengan dia... “ Faiqah membuka semula hadiah itu lalu memakainya.

Di bilik Zaim, setelah memakai baju polo, Zaim memeluk anak patungnya.

“aku sangat bersyukur Pooh... Neera terima hadiah aku tadi... tak tahu macam mana aku nak luahkan kepada kau Pooh... aku macam gembira sangat... dah... aku pergi kerja dulu... tolong tengok kan isteri aku... hahaha... itu pun kalau kau pun boleh bergerak Pooh...” luahan hati Zaim.

Sesudah menyiapkan diri, Zaim mengetuk pintu bilik Faiqah untuk memberitahu bahawa Zaim sedang berangkat pergi kerja dan berpesan agar tidak perlu mengemaskan rumah jika penat. Faiqah hanya berdiam diri sahaja dan Zaim pun melangkah ke pintu rumah untuk keluar.

Faiqah membuka pintunya lalu berjalan ke ruang tamu sambil menyaksikan keindahan dekorasi tersebut.
“seumur hidup aku... tak pernah ada orang yang hias dekorasi seorang diri dengan warna serta corak yang aku suka... ish... kenapalah aku kejam sangat?... sanggup aku biarkan dia baring di kerusi meja makan... wanita jenis apa aku ini?... aku nak minta maaf tapi macam mana?... kalau aku tahu dia nak sambut hari jadi aku... aku tak pergi ke rumah Papa semalam... ish... aku betul-betul malu pada diri aku... aku selama ini... aku hina dia... caci dia... kutuk dia macam-macam... tapi orang yang aku benci itu... ingat hari jadi aku dan sanggup buat kejutan sebegini besar... aku harus cuba minta maaf pada dia...” Faiqah mengesat air matanya lalu dia pergi ke bilik mandi.

Manakala di pejabat Zaim, klien Zaim sedang menunggu untuk berbincang mengenai pelancaran bangunan untuk tempat peranginan di Muar. Cik Rozita, klien itu, mengajak makan tengah hari untuk memberi cadangan bagi menyambut ulang tahun kekasih dengan tunangnya. Zaim membesar hati untuk membantu Cik Rozita.

Waktu makan tengah hari sudah tiba dan Zaim sedang menemani Cik Rozita ke kedai jam tangan.

Pada masa yang sama, Faiqah sedang berjalan ke arah syarikat Zaim setelah membeli sebuah jam tangan pintar yang padan dengan warna telefon pintar Zaim. Sementara itu, Cik Rozita meminta Zaim untuk memegang kotak hadiah itu semasa Cik Rozita sedang buat pembayaran. Zaim menunggu di luar kedai itu. Dalam perjalanan Faiqah ke tempat kerja Zaim, Faiqah melihat kelibat Zaim sedang berdiri di depan pintu kedai jam tangan itu lalu cuba menegurnya.

Tiba-tiba, Cik Rozita keluar dari kedai itu dan Zaim hanya bersenyum sambil memulangkan hadiah itu kepada Cik Rozita. Bunyi barang jatuh di lantai dan Zaim berpaling ke arah bunyikan itu. Wajah Faiqah berubah dan kecewa dengan Zaim lalu dia melangkah seribu dari situ. Zaim cuba mengejar Faiqah tetapi tidak berjaya sebab kaki kirinya tidak mampu berlari dengan pantas. Zaim hanya mengambil kotak di lantai itu.

Sepintas sampai di kereta Faiqah, dia masuk ke dalam keretanya lalu memandu pulang ke rumah Zaim.

“kan aku dah kata... lelaki semua sama saja!!! Tak jujur!!! Tak setia!!!... aku betul-betul bodoh yang dia prihatin dan sayang dengan aku!!!... ISSHHH... geramnya... tapi kenapa... aku mula rasa cemburu bila dia dengan perempuan itu?... ahh... Sudahlah... aku benci kau....AKU BENCI KAU ZAIM!!!...” perasaan Faiqah tidak terkawal apabila kepanasan di hatinya mula membara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience