BEG galas kecilnya dihempas dikerusi. Pelajar juga sudah ramai yg datang dalam kelasnya.
Sebenarnya Hannah bukan sekolah sanggat pun hari ni.. SPM juga sudah settle dibantai dia yg usia 17 itu. Tetapi atas dasar paksaan para para guru yg memaksa pelajar disitu.. terpaksa lah mereka hadir kesekolah untuk satu hari ini. Entah majlis apa yg Para sekolah ingin adakan.
"Weyh Hanna! Awal dow kau sampai. Buat apa datang awal awal.” Sergah seorang gadis genit berkulit gelap, ala hitam manis la.. duduk di kerusi sebelah Hannah.
Hannah mengurut dadanya terperanjat sebelum berpaling tubuh kepada kawannya itu.
"Nasib kau anak Pak Mat, kalau tak aku heret kau masuk lokap. Buat terkejut aku jerlah, mati sakit jantung aku kat sini, jaga kau. Nanti aku jadi hantu.. aku kacau kau sampai tujuh keturunan.” Bidas mengancam Hannah. Kawannya itu memang begitu. Tak pandai bercakap dengan nada perlahan.
Wina ketawa acah malu, ditutup mulutnya dengn tangan. Tersengih.
"Ewah. panjang pulak kau bidas aku hari ni. Eh Na.. adik kau tak datang sekolah ke?” Wina mula menukar topik. Tersengih menanti jawapan Hannah.. memang Hannah dah tahu sanggat, kawannya itu dah lama suka pada Iqbal. Walaupun mereka tua 3 tahun dari Iqbal. Disebabkan rupa Iqbal yg kebudak budakkan comel.. menjadikannya ramai suka padanya. Tapi orang lain sekadar suka aje lah.. tapi si Wina ni minat betul betul.
Hannah menggeleng kecil kepada Wina.
"Wina. Aku heran ngan kau satu benda, apa la yang kau minat sanggat dengan si Iqbal tu? Nak kata hensem, boleh la dari takde. Nak kata ada ciri ciri bakal imam.. memang tak ada lah!” Sempoi Hannah mengutuk Iqbal.
Wina ketawa malu kucing. Acah sopan. Sekali tengok pun Hannah rasa nak hempuk.
Hujung tudung putih Hannah dipintal pintal. Tersengih gadis hitam manis itu.
"Banyak sebab Hana. Kalau aku cakap, sampai kita tua pun baru sekerat alasan aku tu. Betul kau nak tahu?”
Hannah mengangguk tersengih kambing. Dah alang alang tak belajar, cikgu pun tak masuk. Layan la dulu kawan nya itu.
Wina menguis nguis rambut hitam kerintingnya. Tersenyum berangan.
"Pertama, sebab kau bestie aku! Kalau aku kawin dengan Iqbal. Dah terang menyuluh la kau jadi kakak ipar aku. Tapi muak juga mengadap muka kau selalu. Tapi takpe.. nanti aku mintak my future husband beli rumah lain.”
Hannah yg bersandar dikerusi.. terus tegak.
"Pffttt.. HHAHAHAH SET*N! Senak perut aku gelak..” Hannah menghamburkan ketawa besar hingga lupa tutup mulut. Walaupun keadaan kelas nya ketika itu bising dengn pelajar lain, tapi suara gelak Hannah menarik perhatian mereka. Hannah dan Wina tempat mereka ditepi tingkap, jdi terhujung.
Wina cepat mengawal riak malunya.. tersenyum dibuat buat kepada pelajar yg memandang kearah mereka. Paha Hannah ditepuk kuat bagi menyedarkan sahabatnya itu seperti gelak dirasuk.
Apabila sedar. Hannah cepat cover malu. Terbatuk batuk kecil. Dilihat ada yg ketawa kecil kepadanya, ada yg hanya buat tak endah.
"Weyh. Hanna, perlahan la suara kau tu.. hish gile pompuan ni. Yang kau gelak macam setan tu kenapa? Lagi pun betul la apa aku cakap tu, dah kau tanya. aku jawap la. Ishh! Malas ah kawan ngan kau.” Wina berjauh hati. Muka sudah masam mencuka. Berpaling tanpa memandang Hannah disisi.
Hannah mahu sambung ketawa tetapi dibatalkan dulu niatnya. Mahu sambung nanti pulang dari sekolah.
"Okey oke. Aku minta maaf Win. hampeh betul kau ni, rilek ah. Lagi pun aku nak tergelak dengan kau punya confident tu tinggi langit.” Pujuk Hannah menarik narik lengan Wina supaya berpaling kepadanya semula. Wina menarik tangannya.. masih mahu dipujuk. Cemberut gadis itu.
"Malas layan kau. Kau bercakap la sorang sorang.”
"Alaa beb. Leceh la. Habis petang nanti aku pergi dengan Iqbal aje lah bawa dia kat klinik.” Kata Hannah bersuara sayu memancing Wina.
Kepala menoleh laju. Terkejut Hannah dibuatnya. Macam kepala robot pula kawannya itu.
"Aa nak ikut.. tak jadi la nak marah, nanti aku sambung esok marah. Eh tapi kau jangan bagitahu Iqbal tau aku ikut sekali. Aku nak suprise kan dia..” Wina sudah tersenyum senyum gatal. Kaki terloncat happy.
Hannah hanya tersenyum menggaru belakang kepala yg tak gatal.
"Sakit jantung la adik aku karang..” Ngomel Hannah perlahan
"Apa kau cakap?” Wina mencekak pinggang bersama wajah garang.
Hannah menggeleng laju.
"Tak takde apa!”
'Kehkehkeh..’ terkekeh gadis itu dalam hati
.
.
.
.
Hannah turun berhati hati dari muto. Kain dibetulkan elok. Kunci muto dicabut, Motosikal Honda EX5 birunya diusap penuh sayang. Dicium sekilas.
"Ucuk, kau duk diam diam kat sini tau. Jangan gatal nak lari. Aku naik dulu...Loveyou!” Bisik Hannah kepada muto kesayangannya sebelum kasut sekolah ditanggalkan.
"Love you too..”
Tak sempat kakinya mahu melangkah masuk, Hannah toleh kepala kembali ke arah tangga, tempat muto nya diletak. Berdiri Hafiz disitu tersenyum senang kepadanya.
Hannah jeling menyampah sebelum membalas dengan senyum nipis.
'Haih dia ni lagi. Nenek pun satu hal.. tak reti nak bawak balik ke cucu kesayangan dia ni. Errgh! Hari hari mengadap muka dia.’ Desis Hannah juga tak berapa selesa dengan ucapan Hafiz itu tadi. Yelah takkan muto dia pulak balas. Kan kan..
"Erk fiz. Tak apa lah, Hanna naik dulu.” Ujar Hannah mengatur langkah masuk kedalam rumah tak hiraukan namanya dipanggil berkali kali oleh Hafiz.
Masuk saja dalam bilik tidurnya, pintu dihempas kasar. Bag sekolah dilempar keatas katil bujangnya. Hannah membaringkan tubuh lampainya.
Tak terkesan apa yg keluar dari bicara Hafiz. Dia sudah biasa dan.. MUAK! Bagi Hannah, Hafiz hanya main main saja.. buat apa fikirkan hal yg remeh.
Dengusan kasar terlepas. Pandangann menghadap kipas silingnya. Tangan kiri diletakkan didahi.
"Ish dia tu memang sengaja nak uji aku ke apa? Sayang la.. love you too la.. Dia sedar tak yang dia tu hensem.. ingat aku tak tergugat ke? Aku pun perempuan lah.” Berkerut kening Hannah, cuma tak bercantum saja. Malas nak kusut lama lama.. dalam keadaan kusut dan serabutt berfikir banyak benda macam ni, berlumba la syaitan nak hasut masuk kepala.
"Sengaja la tu.. nak suruh aku ada hati juga kat dia. Ingat aku cair la tu ngan ayat tak berapa manis dia tu.. Ergh! Merimaskan!” Rungut Hannah serabutkan tudungnya hingga terkeluar anak tudung. Dah serupa orang gila.
"Kakak! Apa kakak ni. Main sorok sorok pulak fon iqbal. Akak, Akak!” Tembak Iqbal merungut menolak mendadak pintu bilik Hannah luas.
Hannah segera membetulkan tudungnya. Berdiri turun dari katil kalut. Dilihat Iqbal yang membalut badan dengan selimut.
Plakk! Tangannya terlekap belakang Iqbal kuat. Merah muka Hannah menahan geram teramat. Mahu tercabut jantungnya apabila disergah begitu, pintu pula dibuka terkejut oleh adiknya.
'Bod*h! Nak tercabut jantung aku dasar budak! Aku ingat Hafiz yang masuk..’ Hannah memandang tajam kepada Iqbal. Gigi diketap rapat.
Iqbal tersengih mengusap belakang nya yg ditampar Hannah.
"Nak apa? Masuk tak reti nak ketuk dulu, bagi salam ke?” Hannah membetulkan baju kurung sekolahnya yg belum sempat ditukar.
"Akak letak mana fon Iqbal? Ni mesti Akak yang hasut Umi kan suruh sorok?” Tembak Iqbal tepat. Sejak dari pagi dia merayu pada Zarina. Tapi kata Uminya, Hannah yg menyuruh. Sengaja nak lihat dia meraung. Tau sanggat yg dia takleh hidup takde fon. Erghh!
Hannah tersengih jahat. Tuala mandi dicapai. Suka gadis itu lihat adiknya gelisah seperti cacing kepanasan. Langkah mendekati Iqbal, dahi adiknya diraba-raba.
Bibir dicebir.
"Tak mati pun lah takde fon.” Sempoi Hannah mengenakan adiknya.
Mulut Iqbal ternganga mendengar apa yg diperkata kakak kesayangannya. lutut dijatuhkan, kaki Hannah dipeluk erat.
"Kakk! Tolong la jangan seksa Bal. Kenapa Kakak kejam sanggat aniaya adik sendiri? Adik nak bagitahu nenek! Huh.” Jatuh air mata palsu Iqbal memujuk Hannah. Sempat mengugut.
Giliran Hannah pula melongo. Kakinya dilari-larikan ..kuat pula adiknya peluk.
"Berani kau ugut akak. Ok fine! Amik lah fon atas almari tuh. Ishh! Dah keluar-keluar..” Hannah akhirnya mengalah. Iqbal pantas bangun ...mencapai hpnya seperti yang dikatakan Hannah.
Hannah menyilang tangan. Masam merenungnya. Pintu dibuka seluas alam buat menghalau adiknya.
Ketika melintasi Hannah..Iqbal menghadiahkan senyum kemenangan. Dia tahu kakaknya takut pada nenek. Nenek pula selalu datang petang-petang. Itu yang boleh dijadikan ugutan.
Cup!
Pipi Hannah dicium sekilas sebelum berlari keluar bersama ketawa mengekek suka. Hannah terkedu. Tak sempat berbuat apa-apa, akhirnya bibir ternaik tersenyum. Jarang dia bermanja dengan Iqbal.
Share this novel