JANNAH merebahkan badan perlahan lahan diatas katil supaya Farah tak terjaga, pasal mulut murai tu banyak tanya.
Siling putih berukir bungaan ditenung lama oleh Jannah. Terdengar keluhan halus, bibirnya ternaik sedikit. Fikirannya terbayang kejadian yang terjadi..
Farah yang membongkang tidur itu ditenung oleh Jannah ..
'Abang Fara memang mulut longkang..tipu la kalau aku cakap tak terasa. Tapi betul jugak apa yang Farid cakap.’ Getus Jannah kembali merenung siling.
'Kat mana la keluarga kandung aku sekarang..teringin la peluk,cium..nak dapat kasih sayang dari family sebenar. ‘
'Diorang ingat aku tak? Think positif Jannah..Aku yakin.. dugaan..’ Bisik hati Jannah sayu teringatkan keluarga kandung walaupun tak pernah lihat.
Ketika umur Gadis itu 7 tahun..ketika itu lah Jannah baru dapat tahu yg sebenarnya dia anak angkat..kerna dia hairan juga nama dia berbintikan orang lain..bukan Megat Zainal. Jannah memberontak, mengamuk tak percaya..baginya orang disekeliling nya hanya membohong. Hingga lah satu hari..
Imbas kembali 9 tahun lalu...
"Jannah sayang..keluar la. Dari pagi lagi..Janna tak makan. Bukak la pintu ni.” Pujuk Kirana risau mengetuk pintu bilik Jannah tetapi tetap tiada respon.
Tombol pintu dipulas tetapi terkunci dari dalam.
"Jannah..please la jangan buat Bonda risau. Bukak la sayang..pintu ni”
Sepi..
"Abang! Bang! Cepat la sini jap..” Laung Kirana memanggil Megat Zainal yang baru keluar dari kamar. Megat Zainal segera berjalan kearah isterinya yg duk ketuk pintu bilik Jannah.
"Ada apa ni? Dia tak keluar lgi..” Pintu diketuk Megat Zainal..tetap sama.
"Abang tendang jer pintu ni..” Gesa Kirana bimbang
Megat Zainal menendang dengan sekali pukulan. Mereka berdua terus menerpa masuk..
"Jannah!”
"Sayang..Jannah pergi mana?” Kirana dan Megat zainal mencari seluruh pelusuk bilik..kosong.
Megat Zainal mengurut pelipisnya..
"Nur Jannah! Where are you? Ayahanda dengan bonda banyak kerja lagi nak buat dari melayan karenah kamu..” Laung Megat Zainal ..dia merebahkan diri di sofa.
Kirana pula tak senang dengan percakapan suaminya..
"Abang! Kenapa cakap macamtu.. Dia cuma terkejut jer dapat tahu.”
"Apa yang bising-bising nih?! Farid nk study la..” Muncul Farid dengan wajah serabut..
Kirana mendapatkan anaknya..
"Jannah ada cakap kat Farid tak dia pergi mana?” Tanya Kirana bimbang
Farid bingung.
"Kenapa dia nak bagitahu Farid pulak? Farid bukan suami dia pun..” Balas Farid
Kirana menjeling tajam kepada anak terunanya.
"Bonda serius oky! Jannah takde sekarang ni.” Ujar Kirana duduk disebelah Suaminya
Wajah Farid berubah mendadak.
"Bonda tunggu sini..biar Farid pergi cari.” Farid berlari keluar..Basikal pink milik adiknya dicapai. Farid mengayuh selaju mungkin..
Tiba di Taman Permainan..
Farid turun dari basikal..berjalan ke arah bangku mini. Dimana ada seorang kanak kanak perempuan yang sedang termenung mendongak melihat langit sambil tersenyum.
Jannah merasakan bangku nya sedikit bergerak..kepala menoleh di sebelahnya.
Jannah terkedu!
'Farid? Dia buat apa kat sini? Dia ni tak pernah pernah pun datang Taman.’ Ngomel Jannah hairan
"Asal kau lari? Kau tahu tak Bonda dengan Ayahanda risau cari kau!” Marah Farid bertentang mata dengan Jannah.
Farid terpana!
Mata gadis putih disebelahnya itu bergenang..tunggu masa aja untuk pecah.
"Isk..isk..isk. Kenapa Bonda dengan Ayahanda cakap Jannah anak orang lain..Bonda mesti dah tak sayang Jannah sebab ada Farah..Kan?” Luah Jannah mengelap air mata dengan lengan bajunya.
Farid merenung wajah Jannah yg dibasahi air mata..
"Diorang bukan tak sayang kau..Bonda cuma tunggu masa sesuai jer nak bagitahu kau. Dan takde kena mengena dengan Farah lah. Kau kan anak perempuan sulung..” Balas Farid lembut..Dia memang tak rapat dengan Jannah tetapi kemana aja gadis itu pergi..dia akan tahu.
"Isk..isk.. Arghhh!” Tangis Jannah semakin kuat..kaki menghentak lantai.
Farid menggeleng.
'Manja betul!’
Bahu Jannah ditarik lalu masuk kedalam dakapannya. Farid menunduk..muka Jannah yg melekat di dada nya..
'Basah habis baju aku dengan hingus budak ni !’
Jannah membiarkan saja..dia cuma sedih..Dan penawar bagi kesedihan adalah pendengar yang selalu ada. Farid mengeratkan pelukan..tersenyum kecil..Terbit satu perasaan..iaitu senang.
"Dah la..jom balik..Habis basah baju aku.” Kata Farid memcahkan sunyi.
Jannah mengangguk akur. Tangan Farid dicapai lalu digenggam. Farid menoleh kepadanya hairan..Jannah hanya tersengih. Farid segera berpaling ke arah lain..
Ketika melintas didepan basikal pink milik Farah..Jannah tergelak kecil.
"Awak datang sini dengan basikal Farah ke?” Tanya Jannah..dibayangkan Farid yang jenis suka bermasam muka, pendiam..tetapi guna barang warna pink.
Farid menjeling sekilas..Basikal Farah dibiarkan tinggal disitu. Jannah memandang bingung..
"Kenapa tak naik jer basikal tu? Saya boleh jer jalan kaki..bukan jauh pun.” Ujar Jannah
"Saja..Aku nak tengok Farah pulak lari.” Jawap Farid selamba
Jannah tersengih..Tangan laju menampar kuat bahu Farid.
"Jahat la! Kesian kat dia..”
Farid menyelak bahu nya di bahu..
"Sampai berbekas kau tampar aku?! Sini buntut kau..Aku tampar.” Farid mengejar Jannah yang berlari tinggalkannya. Gadis itu ketawa riang..
'Kenapa dalam ramai ramai orang..dia jer boleh tenangkan aku..buat aku rasa selamat.’ Ngomel Jannah tersenyum kecil
End flashback....
*****************
Watak-watak lihat dalam ig Eyka @eykaLiss Tq sm support Eyka<33
Share this novel