JH 12 - Buat Hal

Drama Series 10957

FARAH mendekati kearah Jannah yang sedang solat. Sabar menunggu Jannah selesai solat, sambil itu telefon bimbit dikeluarkan. Aplikasi intagram dibuka, berubah teruja melihat nama Raykarl tentera distory.

"Amboii dik. Tersengih sorang-sorang tu dah kenapa?” Ujar Jannah melipat sejadah dan telekungnya.

"Cuba Kak janna tengok ni, tak sangka kan?” Farah menghulurkan hp nya. Jannah hanya melihat dengan wajah hambar.

"Laa takkan Farah tak tahu, si Raykarl tu memang ada bakat main gitar, suara tu boleh la... Dekat sekolah kan setiap minggu ada band tapi dia jarang munculkan diri. Dia main dari belakang pentas.” Terang Jannah melabuh punggung disebelah Farah di birai katil.

Farah melongo terkejut dengan kenyataan itu.

"Biar betul Akak ni? Kenapa Farah tak tahu pun? Asal tak perasan eh..? ke Fara yang tak peka?”

Selama ni A sampai Z dia tahu mengenai Raykarl a.k.a Crushnya sejak kecil. Hobi lelaki itu dalam poket dia saja..tapi hairan, macam mana dia boleh terlepas pandang. Di lihat semula video yang dipost Raykarl di media sosial itu.

Jannah ketawa kecil.
"Halah..nanti la Farah tanya dia. Sekarang ni dah pukul 6. Tadi kata nak gerak pukul 5..dah jom la .” Ujar Jannah yang siap bertudung shawl baby blue. Dikenakan pakaian yang sopan menutup seluruh auratnya.

Pap! Dahi ditepuk. Farah mula kalut melihat jarum jam sudah lewat.

'Aduhh..lewat ni. Sempat ke nak jalan-jalan dulu.’ Ngomel gadis itu.

Dua gadis itu turun dari tangga beriringi, Cantik dan kelihatan simple pakaian mereka tetapi tetap nampak moden dan seperti anak orang kaya. Walaupun pergi pasar malam. Farah sudah meminta izin Megat Zainal dan Kirana, mujur dibenarkan mereka keluar.

"Akak berdua!”

Tak semena-menanya mereka berpaling serentak ke belakang. Tiba Raja Rissa didepan mereka bersama wajah dinginnya. Farah sudah memandang meluat sepupunya itu. Jannah tersenyum sebaris.

"Pahal?” Tanya Farah kasar

Jannah menggeleng perlahan.
"Ada apa Rissa?”

Rissa menjeling sekilas Farah.
"Korang nak pergi pasar malam kan? Nak ikut.” Katanya selamba badak.

Jelas Jannah dan Farah tak berapa senang. Jannah hanya tersengih serba salah..dia sebenarnya malas nak bawa budak. Kang apa-apa jadi kat adik manja Raykarl ni. Dia juga susah sebab dia paling tua antara gadis bertiga itu. Rissa tak lah budak sanggat..umur pun dah masuk 15. Muda setahun dari Farah. Tapi perangai tu..payah nak urus kalau bawa.

"Dah kenapa kau gatal nak ikut lak? Selama ni aku pergi mana-mana pun..takde nak ikut. Halah anak raja ni, aku terajang kang!” Geram Farah tanpa selindung

Rissa tak hiraukan amarah Farah..didekati Jannah, muka pun ego nak tunjuk kesian. Jannah pura-pura membetulkan tudungnya..tunjuk perangai jahat sikit. tak ada orangkan.

Rissa merengus kasar.
"NENDA!!” Teriaknya lantang. Terkulat-kulat Farah dan Jannah.

Farah laju menarik lengan tangan Rissa keluar dari pintu utama. Jannah mengikuti mereka..berdiri menyorok ditempat yang sedikit tersorok di belakang garaj kereta.

Mata melilau memandang pintu utama. Jannah melepaskan nafas lega Nenda Aminah tak keluar. Farah melepas kasar tangan Rissa..

"Ehh kau pahal jerit? Eii aku geram betul ngan budak ni.. Masuk la dalam. Pasar malam tu bukan dekat, jauh tahu tak. Strees ada sepupu macam ni..” Farah melepaskan geramnya..tetapi diperlahankan volume suaranya. Badan disandar di dinding batu menenangkan angin.,belakangnya diusap perlahan oleh Jannah. Farah kalau dah keluar garang dia pun..hanya dengan Rissa saja.

Rissa mencebir bibir. Pandangan mula terarah pada Jannah. Menayang wajah meminta belas kasihan. Dia juga sama seperti Farah..walaupun anak orang kaya, tetapi payah untuk menemukan perkataan BEBAS. Keluar dengan kawan-kawan pun susah..semuanya dikawal.

Muka Rissa yg bulat menjadi comel seketika apabila tak dingin seperti selalu. Jannah pula mudah jatuh kasihan.

'Haihh pening kepala aku macam ni..layan dua ekor ni. Nasib mood aku baik..’ Desis Jannah. Kalau dibawa budak berdua ni..kira nya dikena jaga betul-betul. Tanggungjawap la dah dia paling tua..

"Boleh la... Rissa boring duk terperap je dalam rumah. Diorang semua tidur, kalau Rissa minta izin Mama dengan Papa,..diorang takkan bagi punya. Boleh la Kak Jannah..” Rayu Rissa lembut saja

"Eh Rissa...”

"Rissa nak pergi kan? Ye boleh la. Tapi ingat ikut mana akak pergi, jangan pergi ke tempat lain. Pasar malam kat situ ramai orang, susah nak cari kalau dah hilang.” Jannah tersenyum manis . Memintas percakapan Farah..

"Kak! Akak biar betul nak bawa budak ni??” Soal Farah masih tak puas hati

Rissa berubah teruja mendengar apa yg dikatakan Jannah. Walaupun mereka tak rapat..tetapi Rissa hanya ada abang. Pastinya kehausan juga kasih sayang seorang kakak. Jannah dan Farah juga sudah dianggap kakak. Selama ini sengaja dia berlaku sombong.

"Thanks Kak berdua..Rissa janji, rissa ikut apa yg akak cakap.” Jelas gembira terpamer diwajah bulat Rissa itu. Jannah mengangguk senang.

"Tapi kau bawa duit poket sendiri eh. Aku takde masa nak belanja ke apa.” Ujar Farah bersahaja. Mereka bertiga mula meloloskan diri kedalam perut kereta Myvi putih itu. Megat Zainal siap menyediakan sebuah kereta Myvi buat anak-anak gadis nya. Sebenarnya dia mahu beli jenama kereta yg beli mahal tetapi dihalang oleh Jannah. Myvi pun dah cukup mahal katanya.

"Ye lah ye lah. Bawa dah ni..” Balas Rissa.

KERETA yang dipandu Jannah mula berhenti di persidai jalan berdekatan Pasar Malam dituju mereka. Dibawah khemah terdapat banyak kedai-kedai yg menjual bermacam jenis. Dari makanan, pakaian, jam, cybercafe kecil, dan kedai-kedai makan. Orang ramai mula sesak kerna menjelang senja.

Mereka bertiga jalan beriringan berhenti dari satu persatu kedai. Ditangan masing-masing sudah penuh dengan plastik makanan.

"Jom makan kat kedai Tomyam tu. Nampak sedap saja..” Ajak Jannah sedikit teruja melihat ada sebuah kedai Tomyam yg lengkap menyediakan meja dan kerusi makan.

"Alahh kak. Hari-hari kita makan tomyam..Akak tak boring ke..” Balas Farah

"Kalau Farah taknak tak apa. Akak pergi dengan Rissa. Jom Rissa..” Jannah menarik tangan Rissa. Budak Rissa tu pula hanya mengikut seperti patung..

Farah mengeluh. Berjalan dari pukul 6 hingga pukul 7 sememangnya memenatkan juga.

"Yelah..Akak tunggu!” Farah berlari anak mengikuti Jannah.

SETELAH pesanan tiba . Mangkuk besar Tomyam disajikan didepan mereka.. asap berkepul kepul menendakan ia masih baru.

Mereka makan dengan berselera sekali..ditambah pula Jannah sememangnya Tomyam Thailand itu menjadi kegemarannya sejak kecil.

Farah memancing mata melihat Rissa yg diam sejak tadi yg duduk setentang dengannya.

"Kau kenapa diam saja dari tadi?” Soalnya pelik

Rissa tersenyum sebaris. Masih diam tanpa rasa mahu membalas tanyaan Farah..tangnnya tak henti menggaru lengan, muka,..lama kelaman wajah nya mula kemerahan. Di juga tak senang duduk dibuatnya dengan gatal seluruh badan.

Jannah baru perasan. Asik melayan Tomyam..pandangan mula beralih pada Farah. Mata mereka bertentangan. Hati mula rasa tak enak.

"Rissa. Jangan cakap yang kau ada alahan?” Serius pertanyaan Farah

Rissa sudah mencebir bibir, nampak gaya seperti mahu menangis. Tak henti henti tangannya menggaru pipi, lengan..hingga kemerahan. Dikerling Jannah yang sudah cemas memandangnya.

"Ha ah. Udang..” Jawap Rissa perlahan. Menunduk takut, pastinya akan dimarahi.

"Kenapa Rissa tak bagitahu awal-awal? Tak apa lah benda dah jadi. Sekarang ni korang berdua masuk dalam kereta dulu. Akak nak bayar makanan semua ni..” Jannah bergerak kearah kaunter pembayaran. Kalut.

Farah menjeling tajam setajam pedang samurai kepada Rissa.

'Masalah betul bawa budak ni. Ishh nasib kau tu bakal adik ipar aku. Dan mujur dah puas 'shopping’ keliling pasar ni, kalau dari awal lagi kau buat hal..memang penyet kepala lutut kau, Aku kerjakan!’ Desis Farah menahan geram. Nak marah lebih-lebih pun tak boleh. Kesian juga dia tengok Rissa separuh badan merah/gatal.

"Kenapa kau tak bagitahu dari awal kau ada alahan dengan udang? Kalau tak boleh saja order lauk lain.” Tanya Farah dingin

"Maaf la menyusahkan Kak Farah dengan Kak jannah..” Balas gadis itu sayu. Menunduk..

"Ha sedar pun. Memang kau menyusahkan aku. sekarang ni aku kenangkan kau tu sepupu aku saja, Kalau orang lain aku campak kau dalam sungai. Biar kena ngap dengan buaya kat sarawak tu.” Jawap Farah. Muka pun masih tak puas hati..saja nak tunjuk garang alang-alang lepas geram.

'Aku bukan apa, aku cuma risaukan Kak Jannah..apa-apa jadi dia kena jawap dengan semua orang. Aduhh menyusahkan betul lah bawa budak ni.’ Desis Farah tak senang duduk.

"Ehh! Kenapa tak masuk dalam kereta lagi..cepat-cepat. Kang makin melarat Rissa tu.” Jannah yang tiba membuka pintu kereta buat Rissa. Kasihan pula dia tengok.

Farah meloloskan diri di bahagian penumbang bersama rasa sebal. Membalik biji mata..Jannah hanya biarkan saja. Ada la tu yg tak puas hati.

'Hish! Kak Jannah ni baik sanggat lah, kenapa nak dihairankan Rissa tu melarat ke apa. Dah la menyusahkan orang.’ Ngomel Farah sebal.

Hospital berdekatan dituju mereka.
. .
. .
Farid melilau memandang sekeliling ruang rumahnya. Bag ransel dan bag galas nya ditinggalkan di bucu dinding, dibiarkan disitu sementara mencari makhluk-makhluk yang hilang seperti ditelan bumi dalam rumah ini.

Selalunya riuh dengan gelak tawa mereka. Riuh juga dengn suara perdepatan adiknya dan Raja Rissa. Tetapi balik dari hostel kali ini, senyap sunyi.

"Assalamulikum. Bonda! Karl!” Jerit Farid mencari setiap pelusuk . Tapi tak mungkin la sebab rumah keluarganya itu luas..besar.

Telinga nya dapat mendengar hp berdering nyaring. Farid turun dari tangga pantas mencapai hpnya.

'Nenda?’ Melihat nama Nenda tentera di skrin telfon. Digesel punat hijau..

"Farid! Ni Nenda nak bagitahu, Kami semua takde kat rumah tau. Nenda balik kampung Pak Sudin ni..anak dia kahwin, kamu takpe kan dekat rumah tu?” Terdengar suara kuat Nenda nya dicorong. Suara gelak tawa diselang seli bual mereka. Itu yang Nenda Aminah bercakap kuat.

"Oo. Patut la sepi saja..Farid tak kisah, Nenda balik bila? Lama ke kat sana tu?” Tanya Farid mengawal suaranya supaya tak terlalu nampak kasihan. Tangan kiri memegang perutnya bersama senyuman pahit.

'Balik dari asrama, ingatkan boleh juga makan sedap-sedap. Diorang sambut aku balik ke..dah dua bulan tak balik. Tapi..Haihh..dengan perut laparnya,. Sedih Ya Ampun hidupku..’ Ngomel Farid merenung perut yg mula bernyanyi lagi Rock. Mengenang nasib...

"Alaa! Boleh la dua tiga hari Nenda dengan yang lain tidur sini. Kampung sini best juga yea..ada pantai..ada pasar mini..makan malam pula, ngam ngam ulam pucuk..nasi panas panas dengan budu. Fuhh..boleh dikatakan best la lepak sini.” Rancak Nenda Aminah meluahkan rasa terujanya kepada Farid. Farid pula pasrah saja mendengar..nak potong pun tak sempat.

"Oh iya ke. Seronok juga bunyi tu..Eh Nenda!”

"Hah ye ada apa?!”Sahut Nenda tak kurang kuat juga

Farid tergelak geli hati. Neneknya memang sporting.
"Raykarl, Farah, diorang ikut sama ke?” Tanya Farid.

"Tak lah. Yang tua-tua saja ikut, budak zaman sekarangkan mana ikut orang tua pergi mana dah kan? Ha anak-anak dara tiga serangkai tu pergi pasar malam katanya..itu la.” Sempat Nenda Aminah berborak, mungkin dengan orang sebelah.

Farid mengeluh halus. Susah juga nak tanya kalau yang ditanya itu Nendanya.

"Okey lah Nenda. Cakap kat Ayahanda dengan Bonda, Farid boleh jaga rumah. Kirim salam kat semua orang..Iya iya waalikumsalam.” Selesai bersoal jawap dengan Nendanya. Farid menghempaskan tubuh lampainya di sofa empuk.

Krruuukkkk~~ perut mula berkeriuk meminta diisi. Badan juga rasa penat mahu melihat apa yg ada didapur. Itu pun kalau ada..selalunya memang tak kesempatan dia nak sentuh makanan ringan yg disimpan. Semuanya dikebas oleh adiknya dan Jannah.

Teringat Jannah, mata yang terpejam rapat itu kembali buka. Farid duduk tegak..hp dicapai, Nama Raykarl dicari. Apa-apa pasal gadis-gadis dara dalam rumah itu..Kaunter pertanyaan nya..Raykarl la.

'Pasar malam?’ Berkerut seribu wajah kacak Megat Farid itu teringat ucapan Nendanya sebentar tadi.

"Ha hello Karl. Kau kat mana? Adik-adik semua kat mana?” Soal Farid setelah talian tersambung.

"Heyh my lovely brother! Aduhai aku lupa la kau balik hari ni..” Sahut Raykarl teruja dihujung talian. Tak terjawap pula soalannya..

Farid tersenyum.
"Kau rindu nak makan kaki aku kan. Aku tanya ni adik-adik yang lain mana? Dah pukul 7 lebih ni tak balik lagi?” Bimbang juga Farid dengan keselamatan adik-adiknya.

'Adik-adik’ yg dimaksudkan Farid tu ialah..Farah,Jannah dan Raja Rissa.

Raykarl disana mula terdiam. Mungkin tengah berfikir-fikir. Melihat jarum jam didinding.

'Lewatnya..diorang cakap pergi pasar malam. Takkan tak balik lagi..Aih ni yang risau ni..’ Desisnya.

Tiga gadis itu memang dikawal. Tak mahu terlihat gadis bebas dan liar. Budak zaman sekarang kan..ada yg keluar dengan Boyf, keluar dengan kawan. Tapi ditakutnya dibawa lari jantan jahat dari entah mana-mana. Tak ke naya. Jadi senja yg beransur pergi..diganti pula dengan gelap malam..Pastinya dua jejaka itu risau.

"Hey engkau ni..jangan buat aku bertambah risau. Kau senyap ni..ke kau pula hilang?” Berkerut seribu Farid menanti respon Raykarl. Tiba tiba diam..maghrib macam ni, ke kena sorok dengan bunian.

Meremang bulu tengkuk Farid memikirkan hal itu. Dah la dia selama tinggal di hostel, banyak kali kena kacau.

"Wey bro, kira kau sorang la kat rumah tu. Kau tunggu jap, aku nak on the way dah.. nak sampai.” Ujar Raykarl dihujung talian. Tergesa-gesa kedengaran lelaki itu berlari..

Bip. Farid terkebil melihat hpnya..

"Dia letak macam tu je?” Gerutunya.

Kepala disandar kembali pada kepala sofa. Merehatkan badan yg letih..

Tiba-tiba hp Farid kembali berdering dengan lagu Aku Budak Girl. Alaa yang viral-viral. penyanyi tiktok Suekhaizhar, yang cute-cute tuu.

'Hari ni memang hari orang cari aku ek. Tahu la aku popular, glamour, hemsem, artis tu tak la..’ Desisnya sebelum punat hijau digesel. Hp berjenama Realme nya ditekup ke telinga.

"Aduh han*t punya member..siapa la yang tukar ringtone fon aku?” Ngomel Farid perlahan geram bercampur lucu.

"Kau fara, kat mana? Asal tak balik lagi nak masuk maghrib ni?” Tuju Farid

Riaknya mula berubah mendengar penjelasan Farah.

"Ha yelah .ish aku nak tenang rehatkan fikiran pun tak boleh!” Panggilan dimatikan.

Wajahnya diraup berat. Mengeluh kecil..tv gelap yg kosong didepannya dipandang kosong. Sementara menunggu Raykarl

"Aku dah agak. Kalau tiga ekor tu keluar dari rumah..mesti salah satu akan ada yg buat hal. Contohnya macam adik Raykarl ni lah, dah tahu ada alahan dengan udang, yang gatal mulut pergi makan juga tu kenapa. Hey si Raykarl ni mana??” Membebel seorang diri Farid.

kepala segera ditoleh kebelakang apabila melihat pintu dibuka mendadak oleh Raykarl.

Farid berdiri menghampiri Raykarl.

"Weyh kau lambat betul! Padahal drive bawa kereta bukan naik basikal..siput babi lagi laju dari kau.” Ujar Farid selamba.

Raykarl tergelak kecil.
"Halah bebel pula, dah jom la. Farah call aku, dia cakap diorang sekarang kat klinik. Selamat tak teruk alahan adik aku tu..kalau kena tahan wad. Tak ke mampus aku!” Tingkah Raykarl tak kurang kuat suara. Bercakap macam duk kampung sebelah.

Farid ketawa mengekek. Bahu Raykarl ditepuk,

"Kalau kau start sembang, sampai kiamat pun tak habis.” Ujar Farid

Raykarl tersengih menampakkan gigi putihnya tersusun cantik.

"Ok la ok. Aku drive, kau pun mesti penatkan.” Tukas Raykarl tersengih
. .
. .
#Bab 13 kita sambung malam nanti ok..#

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience