JH 25 - Permulaan Penuh Semangat!

Drama Series 10957

Di meja makan. 2 petang...

Berjalan selamba Raykarl dan Farid mengambil tempat dimeja makan. Makan 'breakfast' katanya.

"Dey macha! dah zohor baru bangun ka?"  Datang Jannah menunjal kepala Farid.

Farah menepuk perlahan dahinya sendiri. Malu sampai ke dia! Berada dirumah orang tapi abangnya buat macam rumah sendiri.

Jeling bersahaja Farid kepada Jannah.  "Aku tengok bola la semalam. Kau apa tahu kau perempuan."

Jannah buat muka toya. Semalam ada perlawanan bola sepak ke?

"Tak payah kelentong aku la. Padahal kau-"

Pergaduhan kecil antara Farid dan Jannah disampuk Jamal.

"Nak abah kahwinkan kamu berdua? Sudah la tu mari makan," terselit ugut Jamal meskipun gurauan saja namun mengerikan buat Jannah yang mendengar.

Laju Jannah menggeleng. Bagi emas segunung pun dia tak mahu.

-.-

Sudah empat hari mereka bercuti dirumah Jamal. Dan hari ini Nenda, Farah, Farid dan Raykarl akan bertolak ke bandar. Berat hati mahu meninggalkan kampung halaman yang nyaman itu namun tanggungjawap dan kerja dibandar sentiasa mengejar.

"Bye Nenda!"  Lambaian Jannah dibalas lambaian juga oleh Nenda Aminah dan Farah yang sudah bergerak dengan pacuan empat roda itu.

Setelah kereta yang dibawa Pak Sudin sudah keluar dari perkarangan rumah itu, Jannah kembali kedalam rumah.

Perasaan Jannah saat ini? Sedih berjauhan dengan keluarga yang sudah menjaganya selama ini, dalam masa yang sama dia gembira dapat kembali kekehidupan asalnya!

Kaki diatur menaiki tangga bersama senyuman yang hiasi wajahnya. Jannah senyum melebar.

"Permulaan hidup Nur Jannah penuh bersemangat..." getus Jannah tersenyum sendirian.

-.-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience