JH 19 - Menaruh Harapan

Drama Series 10957

JANNAH melangkah keluar dari pintu utama. Sempat kaki menyarung selipar. Malam sudah pekat dan dia suka ketenangan malam. Jam sudah menginjak pukul 12 tengah malam dan rumah sudah sunyi sepi. Selalunya ketika penghuni rumah sudah tidur lah, dia akan duduk termenung sendirian ditaman mini yang masih tak diluar pagar.

Baru saja kaki mahu mengorak ke arah pondok sederhana besar ditaman mini, matanya terlekat pada sebatang tubuh tua duduk bersandar kepala ditepi garaj.

Langkah Jannah terhenti. "Itukan pak sudin?” Dia kecilkan mata melihat lebih jelas. Maklum la mata rabun jauh, ditambah pula rasa mengantuk.

"Ayah.” Seru Jannah lalu diduduk disebelah Sudin.

Sudin tersentak dengan panggilan itu kepadanya. Dia toleh kepada Jannah yang mengukir senyum padanya.

Jannah sedikit hairan melihat air muka Sudin keruh. Walau orang tua itu tersenyum... tetapi dia boleh bezakan itu senyum plastik yang menutup galau hati.

Panggilan 'Ayah’ itu sejak dulu lagi sebenarnya. Tapi ketika hanya mereka bersembang berdua saja Jannah dan pak sudin berborak bagai anak dan ayah. Kerna pak sudin larang Jannah memanggilnya begitu... katanya takut gadis itu malu jika didengar oleh kawan-kawan walaupun Jannah sudah menidak. Bagaimanapun, Jannah hargai dengan hati mulia pak sudin yang mengutip dia ketika dia bayi yang dibuang.

Pak sudin pula katanya hanya sebatang kara didunia ini, duda kematian isteri dan anak perempuan akibat kecelakaan jalan raya. jadi sudah dianggap Jannah sebagai anak... meski begitu mereka tak bersentuhan atau salaman tangan sekalipun, kerana Jannah dan Pak sudin masih tahu batas.

Sudin ikut senyum. Tak mahu gadis itu membaca riak keruhnya. "Buat apa dekat luar ni malam-malam? Nyamuk kat luar ni...” lembut pak sudin tegur.

Jannah tersengih dalam ngantuk. Mengantuk, badan penat, tapi tak lena. Seksa betul. Akibat asyik memikirkan Farid yang kebelakangan ini kembali dingin dengannya.

"Tak boleh tidur... Ayah? termenung apa malam-malam dekat luar ni? Teringat Kak Da ek?” Jannah sengih menyakat. Kak Da pembantu rumah di Villa itu.

Pak sudin ketawa kecil. Ke situ pula budak ni... dia tergeleng kepala. "Macam-macam la kamu ni Janna. Kak Ida kamu tu muda lagi... Ayah ni dah tua.” Balasnya sekadar melayan celoteh Jannah.

"Alah muda 20 tahun je. Lagi muda lagi baik, orang-orang kata, baru subur nak dapat anak lagi. Tak gitu yah?” Tungkas Jannah tak mahu kalah awal. Dia angkat sebelah kening dengan sengihan nakal.

Pak sudin tercetus ketawa. "Ishh kamu ni! Mengarut saja kerja. Ni mesti ayat rekaan sendiri. Dengar dek Kak Ida tu, mahunya merajuk balik kampung. Dia takde... Janna dengan Farah la kena masak.”

Jannah menggaru kepala yg tak berapa gatal. Tak tahu nak balas apa dah kalau keluar bab masak.

Pak sudin geleng kepala bersama senyum. Mereka sama-sama membuang pandang kearah kolam ikan yang cantik dan kreatif dihias oleh Farah. Sebenarnya taklah 'indah mata memandang’ pun... entah apa-apa yang diletak kertas yg dilipat berbentuk burung. Sekali pandang macam hasil budak tadika.

Suasana menjadi hening. Masing-masing mengelamun. Hanya bunyi pancuran air kolam ikan dan cengkerik dicelahan rumput.

Jannah merenung kosong kepada kolam sedangkan fikiran melayang entah kemana. Tapi kemana sanggat kalau yang difikir hanya berada dirumah ini. Jannah hanya mampu mengeluh dalam hati. Sikap dingin Farid buatkan dia bertambah tak senang duduk, padahal baru saja dia mahu berbaik-baik dengan abang angkatnya itu... kini kembali bermasam muka.

'Salah aku jugak... kenapa susah sanggat aku nak minta maaf dekat dia. Takkan nak tunggu dia yang minta maaf dulu sedangkan memang salah aku! Tapi aku tak boleh la... malu sia.’ Jannah menggerutu bersama rasa bersalah yg bergunung tinggi.

'Ahh bukan salah aku sepenuhnya oky! Salah dia jugak! Siapa suruh angkat aku suka hati. Ergh... miang gatal! Oky now aku sedar, bukan salah AKU. Tapi salah DIA! Kesimpulannya tak payah minta maaf sebab bukan salah kau.’ Bisik hati Jannah sudah hilang rasa bersalah dan resahnya. Elok la tu... sorang kepala keras macam batu konkrit...sorang lagi ego setinggi gunung everest. Sama naik perangai.

Dan Jannah kembali sambung berperang antara hati lembut dan keras. Dalam hati sajalah.

Sudin hela nafas panjang. Dia merenung tekur lantai jubin bercorak itu. Dalam fikiran nya pula berperang antara mahu beritahu atau tak kepada Jannah mengenai perkara yang menjadi kekusutan dia semenjak pulang dari kampung. Mengenai seorang gadis yang terlalu mirip dengan Jannah... adakah ketika itu dia rabun? Kerna masa tu dia lupa nak pakai kaca mata, tapi mustahil!

Dengan berdiri jarak dekat... walau mata sudah tua... tapi dia cukup kenal rupa Jannah. Gadis muda ini memiliki rupa jelita yang lain dari yang lain. Sejuk mata memandang ditambah pula sikap Jannah yang baik hati.

"Patut ke aku cakap sekarang?” Tanpa sedar Pak sudin sudah mengomel hingga terdengar kepada Jannah.

Jannah apa lagi, laju berlipat maut leher berpusing pandang Pak sudin. Muka yang penuh tanda tanya itu membuat Pak sudin terkulat.

"Erk... kenapa pandang Ayah macam nak tembus saja?” Pak sudin serba tak kena dibuatnya.

"Jannah dengar ayah cakap dua saat yang lalu. Kenapa muka ayah tak berseri saja ni? Ayah tak cukup duit ke? Atau dah mengantuk? Kalau macam tu Janna naik dulu la. Kalau ayah takde, Janna pun takut seorang diri kat bawah ni...”Laju sekali nafas saja Jannah berkata demikian lalu bingkas bangun.

Pak sudin menahan, Jannah kembali duduk. Pak sudin mengukir senyum dengan bicara polos itu.

Dia tak hiraukan soalan bertubi itu, nafas diambil sebanyk mungkin untuk menenangkan jiwa yang kacau bilau memikir banyak perkara. Seraut wajah polos dihadapannya itu dipandang.

"Ayah rasa. Ayah dah jumpa keluarga kandung kamu.”

Zapp!
Jannah bagai terkena panah kilat. Senyum yang hias wajahnya juga hilang serta merta. Jantungnya bekerja pantas melebihi had hingga peluh mula merenik disetiap celah muka. Dia tergamam.

Pak sudin sudah tak senang melihat Jannah kaku membisu. Dia mula dilanda bersalah. Salah time ke? Tapi takkan nak rahsiakan saja. Jannah berhak tahu kerana gadis itu juga mahu bertemu dengan orang yang lahirkan nya.

Betulkah?

Maknanya... aku akan bertemu secara berdepan dengan keluarga kandungku? Ya Allah... Ya Allah syukur. Alhamdulillah kau makbulkan doaku yang bertahun lama. Jannah meraup wajahnya sebentar sebelum pandangan mula berkaca kepada Pak sudin.

Namun pandangannya bercampur aduk. Dia tersenyum gembira. Hati tak henti mengucap syukur kepada Ilahi. Jiwa kecilnya sudah tak sabar mahu berjumpa keluarganya. Peluk cium... Ya Allah seronoknya. Senyum Jannah masih tak hilang, air mata diseka melihat terharu pada Pak sudin.

"Terima kasih Ayah. Janna tahu ayah tak main-main. Janna percaya ayah... terima kasih sekali lagi yah. Kalau macam tu ayah bawa Janna jumpa keluarga Janna.” Jannah bersungguh-sungguh dengan ucapannya.

Mahu saja dia peluk cium Pak sudin, tapi tak boleh la. Bukan darah daging sendiri.

Pak sudin senyum nipis. Dia mengangguk walau dia juga tak yakin sepenuhnya. Bagaimana jika salah? Jannah mungkin akan kembali kecewa kerna dia beri harapan.

Tapi hati tuanya kuat menyatakan gadis yang iras Jannah itu adik beradik, kembar, atau saudara. Tak mungkin pelanduk... seiras sanggat jika mahu dikata pelanduk dua serupa.

Baru dia teringat sesuatu, sepantas kilat Pak sudin berpaling pada Jannah.

"Baru Ayah ingat sesuatu.”

“Apa tu yah?” Jannah memberi fokus dilihat bagai ada yang serius.

"Orang yang ayah jumpa sama mirip dengan kamu tu, dekat tempat yang sama Ayah jumpa kamu dulu. Kat Lumut! Ayah ingat lagi... maknanya...”

Jannah bulat mata. Kemudian menyambung ayat Pak sudin. "Maknanya betul la dia keluarga Janna!”

Pak sudin mengangguk lalu tersenyum. Menumpang gembira untuk Jannah. Kalau dia ditempat gadis itu pun dia rasa yang sama. Tapi adakah perkara ini turut mrnjadi berita gembira buat majikan nya sekeluarga?. "Iya, kamu jangan risau, InsyaAllah Janna boleh jumpa saudara kandung Janna semula.”

Jannah terasa seperti mahu melompat sampai kelangit. Sebak, hiba, gembira, sedih bercampur aduk hingga sekali lagi kolam mata terasa panas. Gembira tak terkata dan susah ditafsir.

Pak sudin dipandang sambil senyum terharu. "Ayah dah banyak bantu Janna. Sampai janna sendiri tak tahu nak balas macam mana. Ayah adalah hero terbaik Janna. Terbaik lah!” Jannah tampak girang bagai kebudakkan, siap angkat trump up.

Bahu Jannah ditepuk beberapa kali oleh Pak sudin. Lelaki tua itu tersenyum.

Kening Jannah berkerut. Bagai tersedar. "Jap! Ayah cakap apa tadi? Siapa orang mirip dengan Janna yang ayah cakap tadi?”

"Ouh itu, ayah ada jumpa orang ni... muka dia sama dengan Janna. Saudara Janna kot. Eyh sekarang naik bilik... tidur. Dah lewat malam ni, nanti esok Ayah bincang dengan Encik Megat.” Pak susin halau secara halus. Tak mahu juga gadis itu memikirkan sanggat.

"Yea ya. Assalamulikum yah. Love you... hehe.” Jannah terus berlari terkedek masuk kedalam rumah itu.

Sudin senyum sebaris sebelum senyumnya hilang. Nafas berat dihela...

'Macam mana kalau anak tu bukan keluarga Janna? Urmm... mesti Janna kecewa. Tapi tak cuba tak tahu, Insyallah itu saudara Nur Jannah.’ Sudin tersenyum.

****

Keesokkan harinya...

Jannah berjalan ke arah Kirana yang sedang breakfast, keluarga mereka turut ada dimeja makan.

Melihat Jannah cantik bersiap seperti mahu keluar. Megat Zainal menegur. "Kamu nak pergi mana Janna?”

Jannah senyum menutup debaran. "Jumpa kawan. Dan dia perempuan.” Bohongnya.

Megat Zainal angguk kepala. Dia tak kisah Jannah bergaul dengan kawan-kawan, asalkan kawan itu perempuan dan baik-baik.

Tak membuang masa Jannah segera menyalami tangan Kirana dan Nenda Aminah.

"Thanks Ayahanda. Pergi dulu,” Ujar Jannah baru saja mahu berlalu pergi...

"Pak Sudin teman. Tak pun Farid teman, Kalau Farah tak boleh diharap sanggat. Bahaya Janna keluar seorang saja,” Kata Megat Zainal masih tenang menyuap makanan.

Farah yang terdengar namanya disebut terus muncung. Sebenarnya mahu saja dia tanya Jannah, kenapa tak ajak dia? Tapi tak pelik pun, mungkin Jannah mahu privacy. Ada la tu urusan mahu disettle kan.

Kirana dalam kerisauan hanya mengia kata-kata Megat Zainal itu. Bimbang takut jadi apa-apa pad gadis itu. Tapi dia hairan, selalunya Jannah kalau pergi mana-mana mesti berkepit dengan Farah. Tapi hari ini tak pula.

Jannah terdiam. Sempat pandangannya dan Farid bertaut. Jejaka itu pula kosong saja muka. Robot ke apa lelaki ni? Macam tak ada perasaan. Nak merajuk pasal haritu la tu. Huh suka hati kau lah! Takde masa aku nak pujuk. Sempat Jannah mengutuk.

"Ehem!” Megat Zainal berdehem bagi sedarkan gadis itu yang mengelamun.

Jannah cepat tersedar. "Tak. Tak. Janna pergi dengan Pak sudin aje. Erk.. oklah bye!” Berdesup Jannah berlari ke pintu utama dimana ada Sudin yang sentiasa menunggu disitu.

Sesampai saja dikereta Alphard hitam, Jannah melepas nafas lega. Sememangnya dia hanya mahu Sudin saja temankan dia mencari gadis yang dikata seiras mukanya. Perkara ini tak dibesarkan lagi. Hanya Jannah dan Sudin saja tahu... mereka mahu mencari dan siasat dulu. Jika betul.. Alhamdulillah. Jika tak.. dia pasrah.

Jannah buka pintu sebelah pemandu. "Cepat yah. Gerak sekarang.. Ayahanda dengan Bonda dh bagi izin.” Kata Jannah tersandar dikerusi.

"baik Cik Jannah.” Usik Sudin lagak seperti driver. Sekaligus mencuit hati Jannah untuk tersenyum.

"Ada-ada je ayah.” Ketawa kecil Jannah.

Sudin tersenyum. "Insyallah dia saudara Janna. Jangan fikir sangat.” Kereta itu mula keluar dari perkarangan rumah Megat Zainal.

Jannah balas dengan senyum samar. 'Harapan aku tinggi... dan aku sedia untuk kecewa.’

***

Amik yg sejemput ni dulu, kay? Hari yg membsy kan... so Eyka update la cikit buat tenangkan hati readers tersyg<33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience