BAGASI berwarna merah jambu itu diletak disisi dia. Telefon dikerling sekilas sebelum pandangan tercari-cari seseorang yang akan menyambutnya.
"Hanna..."
Hannah mengangkat wajah. Bibir automatik membalas senyum lelaki yang menegurnya itu.
Hafiz turun dari motosikal. Mendapatkan Hannah.
"Pak Ngah yang minta saya datang jemput Hanna. Tak apa ke ni naik muto? Sebab kereta Fiz kebetulan habis minyak." Hafiz tertawa kecil. Serba salah pun ada sebenarnya melihat raut letih Hannah.
Raut dan bicara lembut lelaki itu sedikit pun tak berubah. Itu la yang membuat Hannah senang dengan Hafiz. Pemuda itu sentiasa senyum kepada semua orang. Senyum yang dipamerkan pula penuh ikhlas dan sejuk mata memandang.
"Hanna tak kisah, tapi..."
Hafiz ikut memandang arah yang sama. Ya tak ya juga kan. Kalau naik muto nak sumbat kat mana beg-beg besar yang berada disamping Hannah itu.
Hannah serba salah.
Batin Hafiz cemas memikir cara lain untuk menangani situasi ini. Takkan nak tinggalkan disini beg-beg itu semua?
Pin! Pin!
Serentak Hannah dan Hafiz menoleh kepada sebuah kereta yang berhenti betul-betul berhampiran mereka.
Mereka hanya menanti cermin hitam kereta tersebut menurun. Terjegul muka ceria Raykarl.
Raykarl angkat sebelah tangan. "Assalamulaikum! Fiz, Hanna, lama tak jumpa."
Hannah dan Hafiz ikut membalas perbuatan yang sama.
"Waalaikumsalam. Karl, buat apa kat sini? Jemput someone juga ke?" Mesra Hafiz.
Raykarl keluar dari perut kereta.
Senyum yang ditayang Raykarl sudah lain macam. "Ha'ah." Mata tertala kepada Hannah pula. "Nak tumpang? Hanna..."
"Eh tak apa. Saya boleh uruskan Hanna. Pandai la saya ulang alik bawa beg bagasi tu." Celah Hafiz.
Hannah melirik raut tenang Hafiz yang bertentang mata dengan Raykarl. Kenapa dia rasa seperti ada aura panas di sini!
Hannah menunduk.
"Jangan risau, kakak awak yang minta saya datang jemput. Ke Hafiz nak tumpang sekali pun boleh." Beritahu Raykarl.
Segera Hafiz menggeleng. "Eh tak apa la. Lagipun memang kena pada masa la Karl datang ni."
"Kena time..?"
Baru saja Hafiz ingin membalas, dipintas oleh Hannah.
"Karl, betul awak nak tumpangkan saya? Tolong bawa bag saya boleh? Saya betul-betul tak larat. Boleh?" Pinta Hannah kedengaran benar-benar bermaksudkan itu.
Raykarl dan Hafiz terkebil.
"Haa ya," Raykarl mengangguk.
"Fiz, pergi dulu." Bagaimana pun, Raykarl dan Hafiz bersalaman mesra sesama lelaki sebelum mereka berpisah disitu.
Hafiz hanya mampu melihat langkah dua orang itu memasuki kereta.
"Fiz!"
Baru saja helmet selamat dikenakan dikepala, laungan Hannah membuat Hafiz berpaling semula. "Ada apa, Na?"
"Terima kasih! Kirim salam pada abah saya!"
Senyum Hafiz kembali diukir. Trump up di angkat. "Okay!"
Hannah melambai ceria padanya. Kereta yang dipandu Raykarl mula bergerak.
-.-
"HANNAH!"
Laju Jannah menerpa mendapatkan Hannah yang tak sempat berkata apa-apa.
"Aaa rindunya! Huhu..." Jannah mula berdrama.
"Haih rindu, rindu juga. Sudah mari masuk Hanna, Janna." Ujar Jamal dimuka pintu.
Zarina tergeleng kecil melihat kemesraan dua beradik kembar itu. Dia ikut senang dengan kepulangan Hannah yang bertahun duduk di negara orang.
"Umi,” sapa Hannah sambil mencium tangan Zarina.
"Hanna, umi masak lauk kesukaan Hanna tau hari ni. Mari masuk.” Kata Zarina berjalan beriringan dengan Hannah.
Tertinggal pula Jannah disitu. Jannah memandang silih berganti beg-beg yang masih ditangga. Aii nak tinggal kat aku ke beg semua ni?
"Abah, beg ni?"
Jamal tersengih. Bahu dan leher diurut-urut. "Yong tolong la bawa masuk. Abah kebetulan lenguh tengkuk hari ni. Kamu kan banyak tenaga selalu, boleh keluarkan peluh sekali sekala."
Jamal turut melangkah masuk. Saja mengenakan anak daranya itu.
Melotot Jannah melihat langkah Jamal yang sudah pergi.
Beg tersebut diambil Jannah. "Dia orang ni nak aku kurus ke apa?"
"Ya Allah, beratnya..." Jannah meletakkan kembali beg itu. Ditilik atas bawah seperti menscan. "Adik aku ni bawa balik kayu balak ke?"
"Jannah! Buat apa lagi kat bawah tu?" Laung Jamal.
"Ha ya ya! Nak naik la ni."
Hmm, anak beranak sama naik suara.
Jannah memegang kemas pemegang beg itu. Dengan keterpaksaan dia membawa naik beg Hannah yang bertimbun banyak.
"Jannah... bagi dia pada aku... Jannah..."
Suara berbisik itu menyapa ditepi telinga Jannah hingga membuat gadis itu terdiam kaku.
Langkahnya terhenti.
Angin petang tika itu menampar lembut wajahnya. Jannah memandang sekeliling luar rumah itu.
"Jannah..."
Akhirnya pandangan Jannah terpaku ke arah 'makhluk' yang bersembunyi dibalik semak samun yang berjarak agak jauh darinya.
Jannah meneruskan langkah tenang seperti tak terkesan dengan apa yang dilihat.
Senyum senget terbit dibibir Jannah.
"Siang hari pun kau nak kacau," ngumam nya perlahan.
-.-
Malam itu...
Waktu sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Namun Hannah terjaga dengan sendiri. Jannah yang tidur mati disebelah dilirik.
Hannah bangun menyandarkan kepala dikepala katil. Memang tak pelik la jika dia bangun waktu begini dia terbangun dengan sendiri.
Selalunya dia akan menyiapkan assigment dan setelah itu solat tahajud dikerjakan, memandangkan sudah terjaga.
Hannah turun dari katil dan berjalan ingin ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
Namun langkah Hannah terhenti didepan bilik air. Pintu yang sedikit terbuka itu menyebabkan matanya terpaku pada kelibat hitam yang menyingai tajam pada Hannah.
Jantung berdegup pantas. Perlahan tangan Hannah naik merayap menekan suis bilik air.
Mata dipejam rapat.
Jeda.
Hannah membuka kedua mata. Jika 'makhluk' itu muncul didepannya pun dia berani. Kerna dia tahu bangun solat ketika larut malam begini, kadang kala ada cabaran juga.
Hannah lega 'kelibat' itu sudah hilang. Dia segera mengambil wudhuk.
Usai solat tahajud, telekung dan sejadah dilipat dan disangkut.
"Alhamdulillah..." Hannah menyanggul tinggi rambut ikal mayangnya.
"Hanna... tak tidur lagi?"
Hannah berpaling kepada Jannah yang tersenyum padanya. Namun entah mengapa romanya tiba-tiba meremang. Hannah menggosok lengannya. Seram sejuk.
"Kenapa ayong pandang Hanna macam tu? Ke ayong haus? Hanna boleh ambilkan air." Hannah sengaja memecah suasana yang sepi.
Memandangkan dia mula merasa senyuman dan pandangan Jannah didepannya ini... sangat lah lain. Kenapa gemersik sangat suara tu kak? Gerutu Hannah berpeluh.
'Jannah' tepuk lembut katil disebelahnya seperti memanggil Hannah yang masih tercegat itu.
Hannah telan air liur.
"Mari... tidur sebelah ayong..." suara ini seperti membisik betul-betul ditepi telinga Hannah.
Hannah tersentak memandang kiri dan kanan. Kenapa suara itu terasa dekat ditelinganya padahal jarak dia dan Jannah masih berjarak.
"Hannah..."
Entah mengapa kaki Hannah berat mahu mendekat. Kenapa aku rasa tak sedap hati?
Akhirnya Hannah membuat keputusan untuk menutup kedua kelopak mata. Bibir terkumat kamit membaca ayat kursi yang dia ingat.
Tiba-tiba 'Jannah' menjerit nyaring seperti tak suka dengan bacaan yang disebut Hannah. Namun Hannah masih meneruskan dalam keadaan mata terpejam.
"Hannah tolong aku!"
Zap! Mata terbuka luas. Dahi yang merenik peluh itu berkerut aneh. Tiada siapa diatas katil saat ini! Jadi tadi itu...
"Astagfirullah..." Hannah meraup mukanya. Kipas siling dikuatkan lagi.
Hannah terdiam sejenak. "Tapi kenapa suara last tadi tu macam... aku kenal." Bagai suara terakhir itu familiar dipendengaran telingannya dan itu bukan suara Jannah.
Krikk...
Leher berpaling laju kepada pintu kamarnya yang terbuka.
Dup dap dup dap
Dapat dirasa jantung bekerja pantas tak seperti kebiasaannya. Meskipun dia sudah terbiasa diganggu makhluk halus, namun malam ini seperti menjadi malam yang panjang buatnya.
Hannah menanti penuh debar.
"Aduh ngantuknya! Pagi buta macam ni juga perut nak buat hal! Itu la umi dah pesan. Makan nasi 6 pinggan bukan 8 pinggan. Ishh kena diet ni..."
Muncul Jannah memegang perut, gadis itu masih tak perasaan Hannah yang membatu disitu.
"Eh Hanna! Buat apa berdiri tercegat kat sini? Nak nyanyi lagu NEGARAKU ke?" Sempat pula Jannah berseloroh.
Hannah senyum samar tak mahu kakaknya curiga. Dia merebah punggung dibirai katil. Dilihat kejap Jannah yang seperti ready mahu tidur.
"Ayong pergi mana? Bukan ke ayong tengah tidur ke?" Hannah mengawal debaran didada.
"Ayong bangun kejap, sakit perut! Dah Hanna guna tandas bilik ni. Ayong guna la tandas kat dapur tu. Kenapa?" Ujar Jannah.
"Hah?"
Jannah kelihatan sudah menghidu sesuatu dengan riak Hannah yang pucat lesi. Kipas dikerling.
Kipas berpusing bagai nak tercabut. Tapi kenapa Hanna nampak takut sangat ni? Berpeluh semacam saja. Getus Jannah curiga.
"Hey kenapa ni dik? Pucat saja muka macam nampak hantu pula. Kenapa ni?" Prihatin Jannah meraba-raba dahi adiknya.
"Panas, Hanna demam ni. Hanna tidur dulu. Ayong nak pergi ambil ubat dengan tuala kecil. Tunggu sini, tak pun baring dulu,"
Kalut Jannah ingin membantu adiknya. Namun dihalang Hannah.
Lengan Jannah dipegang meminta kakaknya duduk kembali. "Kak, tak payah. Badan Hanna memang macam ni, panas kejap saja. Nanti okay la balik. Akak tidur saja,"
"Ta-Tapi..."
"Tak pe. Ayong tidur saja."
Jannah teragak-agak. Tetapi badan dibaringkan juga. Pandangan dia risau pada Hannah.
Hannah melempar senyum. Dia turut tertidur disamping Jannah.
Meskipun masih ada perasaan diperhatikan....
Share this novel
next please tq